Wednesday, November 30, 2016

Nomad di Indochina 3.0 Crossing Border

Assalamua'laikum...

Day 3 3rd October 2014

Aranyaphratet - Siem Reap

Pukul 4 pagi dah dengar bunyi wisel. Dalam keadaan mamai kitorang bangun. Pak guard kat situ kejutkan orang-orang yang masih nyenyak tidur depan stesen keretapi. Stesen dah mula dibuka. So, kitorang masuk. Waktu masuk ke dalam stesen keretapi tuh, aku tergamam. Amazed giler. Seriously. I don’t know how to describe it. Stesen tuh memang old school sangat. Dan aku rasa kerajaan Thailand sangatlah cool sebab mampu mengekalkan stesen keretapi nih dengan maintain structure lama. Jakun kot. Hualomphong train station dah beroperasi lebih 100 tahun kalau tak silap. Bapak lama kan.

Stesen keretapi yang kosong di awal pagi.

Monday, October 24, 2016

Nomad di Indochina 2.5 Kerana "Mafia"

Assalamua'laikum...

Day 2 2nd October 2014

Bangkok

So, dari Sala Daeng MRT satu station je ke Hualamphong MRT dengan harga 16 baht. Nasib tak kena bukak bag scan bagai macam sebelumnya. On the way ke train station, tetiba, kitorang ditahan oleh petugas MRT. “Go back. Go back,” kata dia. Dah kenapa pulak kan. Kitorang reply in English tanya kenapakan. Dia duk cakap “Go back, go back.” Sepatah haram tak pandai English. The funniest part is, dia nampak Hana dan mula cakap Thai. Kitorang dah bantai gelak dah. Dah berapa kali dah local Thai duk bercakap Thai dengan Hana. Sampai tahap dah macam ayam itik. Aku dah hangin betul, cakap-cakap tak paham sampai end up aku cakap melayu dengan dia.  “Dah kenapa pulak kena go back. Tak boleh lalu ker?”

Mengangkut segala luggage untuk ke Hualonphong Train station yang cuma satu station jer pon.

Nomad di Indochina 2.0 Cubaan Pakcik Babana untuk Scam

Assalamua'laikum...

Day 2 2nd October 2014

Bangkok

Memandangkan kitorang duduk dorm 8 orang dengan satu bilik air, makanya terpaksalah bergilir-gilir mandi. So, dapatlah lajak tido sementara tunggu turn mandi. Pagi-pagi lagi dah dengar jeritan Hana dari dalam bilik air. Kitorang memang dah bantai gelak dari luar walaupon tak tahu apa cerita. Nasibla, dapat kawan-kawan yang suka gelakkan orang. Rupa-rupanya bilik air dah banjir giler. Kepala paip dah tercabut. Air pressure kuat giler, nak pasang balik kepala paip tu pon tak mampu. Aku dah rasa macam bomba dah dalam bilik air. Elok sangatlah dulu kecik-kecik tak ada Kidzania nak berangan jadi bomba. Dah besar dapat jadi bomba sementara kat Bangkok pun jadilah. End up report dekat lobby, then tukang paip datang baiki. Tiada lagi kejadian bomba selepas itu. Sampai habis trip duk seriau takut paip air tercabut bila masuk toilet. Tulah Hana, semalam duk puji sangat paip air best. Ambik kau, best sangat sampai tercabut.

Right in front of Hualomphong Wat with the Jejongs minus Tikin.

Wednesday, October 19, 2016

Nomad di Indochina 1.5 Jangan Tertipu Patpong Pingpong Show

Assalamua'laikum....

Day 1 1st October 2014

Bangkok

Bersambungan dari previous post. Dah balik, perut kenyang senang hati dah masak maggi semua, most of us dah selamat dibuai mimpi. Si Hana ajak ke Patpong. Initially si Tikin yang paling excited, tapi dia awal-awal dah selamat dibuai mimpi. Last sekali, aku, Hana dengan Put yang pergi usha kawasan. For those who doesn’t know, Patpong ni adalah tempat nak menengok show yang 18 tahun ke atas. Kitorang cukup umur nak tengok, jangan risau. Patpong jugak ada night market.

*ihsan Google

Tuesday, October 18, 2016

Nomad di Indochina 1.0 : Misi mencari Cha Yen dan Passport Case

Assalamua'laikum...

Day 1 1st October 2014

Kuala Lumpur – Bangkok

Aku tak sempat tido. Bila semua dah gather, sebelum bergerak ke kaunter untuk check-in bag, kitorang sort-out dulu makanan dan all the liquid stuff. Thanks to Aizan sebab telah volunteer untuk bawak beg besar. Banyak giler rupa-rupanya makanan bila dah kumpul. Sebab kitorang ramai, jadi instead of kutip duit dan sorang je beli makanan, aku telah arahkan (macam gipang gilerkan, kasi arahan) semua orang masing-masing bawak 4 pot beras, 4 makanan bertin tak kesahlah apa-apa pun dan cikedis. Tak sangka pulak sangat banyak sampai beg Aizan yang besar pun tak muat. Nasib baik aku bawak satu beg kosong yang kemudiannya belum apa-apa diguna untuk isi segala macam makanan yang tak muat dalam beg Aizan.

Dah timbang segala bagai. Ngam-ngam 40kg. Fuh. Nasib aku tambah lagi luggage. Makanan dan liquid stuff sahaja. Yang tak menahan tuh, makanan dah macam nak pegi camping. Nak nasi impit, rendang, sambal kacang, spaghetti, carbonara, sebut je semua ada. Beg Aizan dah jadi macam poket doraemon penuh dengan makanan. Dalam nak dekat pukul 5, kitorang check-in dan terus heading to departure hall. Memandangkan semua first time di KLIA2 naik international flights, ada sedikit kerisauan memandangkan hand luggage masing-masing mostly more than 7kg. Tapi, KLIA2 tak strict. Yeay!! Diorang tak check hand luggage berapa kilo.

 Muka semua happy giler. Padahal tak cukup tido semua.