Monday, November 23, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 4.0 : Menyirap dengan Teksi Driver

Assalamualaikum...

Lama giler nak update kisah last day Medan nih. Bila mood mengarang berlari ketakutan dek kerana kerja yang melambak di office.Untuk last day, nothing much happend. Kitorang balik kemudian, naik flight malam manakala Haji Abah dan Hajjah Ibu balik dulu. Last minute baru reveal dekat Haji Abah yang kitorang naik flight kemudian. Kalau tak bising plak Haji Abah. Padahal macamlah anak-anak dara dia nih tak biasa travel. 

Pagi tuh, memang tak ke mana memandangkan kitorang tunggu check out sekali dengan both of our parents sebelum diorang straight ke airport. Yang paling leceh kalau nak balik ialah packing. Nak mengasingkan segala barang shopping yang tak seberapa bagi mengelakkan kena cukai dan mengelakkan beg overweight tak boleh hand carry. Lagipon kitorang first time di Medan dan tak tahu tahap ke'strict'an airport dia. Aku yang pada mulanya nak bawak bagpack jer end up bawak beg tarik kosong setelah disuruh oleh Hajjah Ibu. Nampak tak niat tersirat di situ walaupon kononnya tak nak shopping. Penuh jugak beg tarik aku tuh bila balik. Aku tak shopping pon. Officemate akupon aku tak inform sebab tak nak felt obligated untuk beli souvenier.

Replika Istana Maimoon yang terletak di Kualanamu Airport.


Pagi tuh kitorang boleh nampak dari tingkap hotel orang berpusu-pusu ke Masjid Raya untuk ada upacara keagamaan ape entah. Its Ramadhan and its weekend. Tu yang ada event tuh. Apa yang aku perasan di Indonesia, macam menjadi diorang punya culture untuk memakai pakaian berwarna putih ke masjid for any religious activity. Waktu kitorang ke Istana Maimoon sebelum ni pon ade kelas agama and semua berpakaian serba putih. Kalau kita kat Malaysia, pakai bedal jer as long as menutup aurat. Kalau putih pun pompuan jelah kain sembahyang putih. Itupon sekarang dah colourful dah kain sembahyang nya. Yang ni both side lelaki dan perempuan serba putih. Rupa-rupanya ada sembahyang tasbih berjemaah.

Kitorang check out. Abang Wan dah sedia menanti untuk fetch ke airport. Untuk yang mendapatkan khidmat Abang Wan nih, boleh contact dia +6282365650280. Dia bawak teksi and kalau pergi more than 4 people mungkin dia boleh arrange kot. Peramahlah dia nih. Dalam banyak-banyak driver teksi kitorang sepanjang di Medan, aku boleh katakan dia yang paling ok. Banyak dia share tentang Medan. Makanya, sebab kitorang ada plenty of time sebelum balik, kitorang sekali lagi ke Pajak Ikan. Kali nih, untuk cari souvenir untuk officemate Haji Abah dan aku nak cari balik kain sembahyang longgok sale semalam. 

Memandangkan kitorang dah belajar tricknya untuk tidak suruh hotel call teksi, sebab kalau call ada extra charge. Jadi, aku dan adik aku tahan teksi dari depan hotel. Naik je teksi, kitorang khabarkan untuk ke pajak ikan dengan hasrat dapatlah lebih murah, guna meter. Naik-naik pemandu teksi ni cakap, kita tak pakai meter yer, kita pakai fixed rate 25,000 rupiah sebab kononnya ada customer hotel mana entah call dan kemudian cancel. Setan betul pakcik nih. Padahal aku dah mark dah muka dia, semalam kitorang naik teksi dia trick sama gak dia guna. Sebab malas nak turun, cari teksi lain, naik jelah. Lagipon matahari dah mencanak naik.

Keadaan macet di kota Medan, Pajak ikan nih diseberangnya adalah laluan keretapi ini.

Trafik agak macet memandangkan hari Ahad. Local people pon agak ramai beli kain nak buat raya kekdahnya. Kitorang masuk ke Pajak Ikan untuk cari kain sembahyang longgok murah. Unfortunately, dah habis. Padan muka. Haritu tak nak beli. Sekarang, melepas. End up tak beli apa pun cuma sekadar souvenir yang dikirim Haji Abah yang agak mahal. Yang aku peliknya, orang jual makanan relax jer tepi jalan. Siap pakai tudung lagi. Yang makan pon sama, pakai tudung. Bersangka baik, diorang nih tak boleh sembahyang. Yang lelaki tuh teman jer tuh bini senggugut. Kalau kat Malaysia, habuan naik van mayat sebelum jadi mayatlah jawabnya. 

"Apa lagi Ain. Pegilah join sekaki makan murtabak," aku test adik, memandangkan dia uzur. Memang taklah dia nak join. Mujurlah iman senipis kulit bawang nih, kulit bawang tuh tak terkoyak lagi. Kalau tak, dengan aku sekali berjemaah masbuk dengan akak tuh. Akak tuh imamlah sebab dia makan dulu. Di sini quite common gerai makanan dibuka siang hari even bulan puasa sebab tiada JAKIM untuk kuatkuasakan undang-undang.

Suasana di Pajak Ikan.

Bukan takat murtabak, dengan ais tebu sekali ada. Mana tak tergoda. Akak tuh duk menngoreng murtabak. Pandai pulak dia tutup dengan banner. Ko ingat aku tak nampak sape yang makan.

Aku dan adik aku berpelesaran tanpa hala tuju. Tak tau nak gi mana. Duit pon, bukan banyak mana pon. Kalau nak explore outskirt Medan, I dont think we can catch up our flight on time. Flight lambat lagi tapinya. Kitorang jalan kaki sekitar tanpa hala tuju sekitar bandar Medan. Tengah panas terik, musim panas pulak tuh. Ditambah dengan puasa. Kitorang melalui bangunan-bangunan zaman kolonial Belanda yang masih kekal. Sebelum nih Abang Wan pernah tunjuk, bangunan lama sekitar bandar. Ada another rumah zaman dulu, Tjong A Fei di tengah bandar. Rumah bercirikan seni bina cina. Tjong A Fei nih a well-known tokeh cina zaman dulu. Rumah dia diorang still maintain sebagai one of the objek wisata di Kota Medan.

Maybank pon ade kau.

Tjong A Fei, tokeh cina Indonesia.

Entrance Tjong A Fei. Mampu senyum jer depan pagar. Nak masuk kena bayar.

Dah merayap tanpa hala tuju sampai tahap aku kena tegur dengan orang local suruh beware dengan peragut. Sebab banyak kes ragut katanya. Mana taknya, aku dengan selamber kelek handphone dengan beg duit kat tangan. Dah macam gaya nak pergi kedai runcit dekat rumah dengan selipar jepunnya. Kitorang tahan sebuah teksi tepi jalan. Payah kot nak dapat teksi area sini. Bila dapat tahan sebijik teksi, aku try to arrange teksi nih untuk drop di hotel pick up luggage dan terus hantar ke stesen Amplas supaya dapat terus naik bas Damri. Dia kata dia caj 50,000 rupiah, 25,000 ke hotel kemudian 25,000 lagi untuk hantar ke tempat bas. Tapi, pakcik batak nih duk dolak dalik tak nak hantar ke Amplas cakap jauh lah apalah. Fine. Aku malas nak cakap banyak yang penting nak gi airport cepat-cepat nak rest kat sana. Walaupon flight aku malam kang.

Restoran TipTop nih dari zaman dahulu kala lagi. Kalau zaman dulu golongan bangsawan dengan raja-raja jer mampu. Sekarang pon masih surviving. Rakyat marhaen macam aku nih mampu tengok dari jauh jelah. Nak pegi belakon tanya menu makanan untuk usha harga, tak sesuai pulak aku pakai selipar jepun. Kalau dok boleh buat-buat nak booking nak makan besar waktu raya. 

Initially, the arrangementnya adalah Abang Wan hantar kitorang ke airport. Tapi, bila fikir-fikir naik bas jelah. Murah pon murah. So, Abang Wan hantar Haji Abah dan Hajjah Ibu jer. Nak dijadikan cerita, Pakcik Batak tuh, setelah dia drop kitorang untuk pick up our luggage, kitorang dibawa ke tempat kitorang di drop oleh bas Damri masa hari pertama sampai of which sejengkal jer dari hotel. Don't take me wrong, by mentioning Batak, it does not meant untuk menghina atau mengutuk. He is from suku Batak. Orang batak nih muka ganas, dan kasar. Rahangnya besar. Begitulah diberitahu kepada kitorang perbezaan orang melayu dengan batak. Yelah, rambut sama hitam, kulit sama coklat, batak ke melayu mana ko tahu kan. Boleh jadi peribahasa baru nih. Menyirap betul darah aku. Sejengkal jer dia caj 25,000 rupiah. Aku trylah negotiate mintak kurang. Pekebenda nih sampai 25,000. Aku boleh jalan kaki kot. Dia insist jugak suruh bayar. Aku malas nak bergaduh. Aku bayar jelah. No wonder Abang Wan ada pesan orang batak nih tak jujur, dia main pakuk jer. Tak ada agama kan. 

Dalam hati aku,"Setan punya batak. Kalau aku tau dekat camni aku jalan kaki jer kot." Tapi, aku banyak-banyak istighfar. Kurang pahala aku bulan-bulan poser nih. Tuhan nak uji nih. Nasib aku tak pandai silat, kalau tak aku kasi jurus halilintar langit petala 8 dah kat Pakcik Batak nih. Mungkin sebab nilah Haji Abah tak kasi aku belajar silat. Takut disalah gunakan. Haha. Ada sorang pakcik meniaga air ke benda entah tepi jalan tempat kitorang berenti. Tanya kitorang apa kecoh-kecoh nih. Aku pon mengadu dombalah dengan dia pasal Pakcik Batak ni dah tipu kitorang. Muka dia terkejut gila bila dengar berapa aku bayar sambil geleng kepala. Lagilah menyirapnya aku of which membuktikan lagi aku memang dah kena kencing walaupon aku tahu aku kena kencing. Lagi ujian, bas Damri baru jer lepas sebelum kitorang sampai. Sabar.. Sabar.. Poser nih. Kurang pahala poser. Then, terus ke airport menaiki bas Damri. Dalam bas Damri satu hal lagi. Pakcik bas dia berhenti dan mula kutip tambang. Aku sah-sahlah bayar cukup-cukup dah tahu berapa harga tiket. Ade 2 orang local depan kitorang, hulur duit besar, then pakcik bas tak kasi duit baki. Bila ditanya, pakcik bas ni jawab jawapan alal-ala halalberalal jelah. Pastu, diorang macam pasrah jer kena pow. 

Hentian bas Damri punyalah eco friendly. Bawah pokok jer.

Another miniature replica of one of the palace.

Kitorang sampai kat airport awal giler. Kononnya bolehlah meround airport. Bayangkan flight kitorang pukul 10 malam, pukul 3 dah ada kat airport. Dah macam transit plak dah. Airport yang kecik tuh 15 minit pon dah habis round. Kitorang ambik kesempatan untuk tido di kerusi yang disediakan sebelum ke surau untuk sembahyang jamak. Sejam sebelum berbuka kitorang dah start riki port nak berbuka puasa di restoran mana. Punyalah undecided, aku dengan si Ain tak tahu berapa round dah kitorang duk tawaf usha restoran dalam airport tuh. Ko taulah kalau zaman belajar dulu, soalan paling susah sekali nak makan mana atau nak makan apa. Boleh sakit otak. Undecided giler. Bayangkan lebih sejam kitorang ke hulu hilir dari hujung utara airport ke selatan airport. Akak yang jaga depan restoran tu pon aku rasa dah cam muka kitorang. Apa hallah budak dua ekor nih. Last sekali, aku decide untuk bukak puasa di outlet Bakso Lapangan Tembak of which kedai franchise makanan Indonesia. Itu pon setelah tengok ada orang order nasi padang di restoran lain, satu-satu lauk dia mahal nak mampos. Sedap belum tentu. Nasib makanan yang kitorang order tidak menghampakan. Actually, pihak airport ada sediakan makanan untuk penumpang beragama islam, tapi kitorang tak pergi ambik sebab malas nak masuk departure hall awal sangat.
Makanan diagihkan untuk penumpang muslim berbuka.

Mata sampai tertutup-tutup gembira bukan kepalang sebab abang imigresen ingat aku masih student. Hilang menyirap kat Pakcik Batak sekejap.

Berakhirlah kembara singkat kitorang di Medan dengan pelbagai ibrah. Sebelum tu, aku nak share intipati kuliah subuh di Masjid Raya pagi tu untuk diambil iktibar. Ustaz menegur tentang apa yang berlaku di Medan pada bulan Ramadhan yang boleh diambil teladan. First of all, Ustaz remind berkenaan rezeki dan tentang menghormati bulan Ramadhan. Di Medan, seperti yang aku mention di post yang lepas, tiada restrictions atau majlis ugama yang akan menguatkuasakan undang-undang berkenaan pembukaan kedai makanan. So, Ustaz ni tegurlah peniaga kedai makan yang bulan puasa pon duk bukak kedai. Bulan Ramadhan, yang pagi-pagi pegi bukak kedai jual lontong jugak buat apa. Apalah salahnya tutup kedai bulan Ramadhan sebagai menghormati, lagipon dah sebelas bulan dah meniaga. Rezeki kan Allah yang kasi. Tak luaknyalah rezeki kalau takat sebulan jer tak meniaga. 

Ustaz pon tegur tentang remaja-remaja yang berpelesaran tak tentu hala. Sembahyang ke mana apa pun ke mana. Terutamanya yang jaga parking depan masjid. Sibuk jaga parking time orang sembahyang, diri sendiri tak turut sama sembahyang berjemaah. Ustaz tersebut mention tentang seorang bekas Presiden Indonesia, seorang ulamak. Dia dihormati oleh semua orang even pembesar luar negara. Sembahyang jemaah tak pernah tinggal. Dhuha dan tahajjud pun tak pernah tinggal. Padahalnya dia tuh presiden semua dia ada jawatan, harta, kedudukan compare to kita rakyat marhaen nih. Tapi, hubungan dengan tuhan dia jaga. Kita nih sapa? Hubungan dengan Allah pon tak jaga sedangkan dia yang pegang kunci rezeki tuh. Sentap giler kan. Tak silap aku Presiden yang dimaksudkan Abdul Waheed kot tapi sekejap je dia jadi Presiden oleh sebab faktor kesihatan. Bilalah Malaysia nak ditadbir oleh golongan ulamak.

Beliau ada mention jugak berkenaan sembahyang terawikh laju yang dilakukan di Medan. Apa kebendalah tuh. Padahal kat pesantren tuh, institusi agama. Kata beliau lagi, by right nak sembahyang nak mengadap tuhan, kenapa perlu tergesa-gesa. Sepatutnya ditunaikan dengan penuh tawaduk. Ustaz ni kabo jugak yang orang Medan nih dah lagho sangat dan disuruh kembali ke jalan Allah. Jangan sampai Allah turunkan bala. Acheh yang dipenuhi oleh orang-orang alim pon dah kena bala. Padahal kat sana banyak giler ulamak besar. Tuhan nak turunkan bala, dia tak turun dekat orang-orang yang buat maksiat sahaja. Semua kena. orang alim ke dok, pakat kena belaka. Kesimpulannya, its eye opening trip for us dan kuliah subuh pagi terakhir kami di Medan seperti ulasan dan pengajaran yang Tuhan rumuskan untuk diambil pengajaran bukan sahaja kepada kami, penduduk Medan,malah juga kepada everyone who read this. Moga bermanfaat. Not a typical trip that I always did. Astalavista. Wassalam.

Od


1 comment:

  1. Catatan Perjalanan yang menarik. Saya pernah ke Medan bersama rombongan #KembaraEsasteraMedan. Lapuran saya ada di Esastera Travelop;http://bit.ly/2a7lbho

    ReplyDelete