Thursday, August 25, 2016

Nomad di Indochina 0.0 Pre-planning

Assalamua'laikum...

This time around nak cerita pasal Indochina trip back in 2014. Memang stok peram habis citer nih. The idea came upon masa aku still an auditor. Aku sure semua yang kaki berjalan tak kiralah backpackers style ke beg tarik style macam aku ker, mesti berangan nak pergi Euro Trip. Then, one of us waktu tu si Hana ni pernah pergi EuroTrip dan memandangkan aku memangla tak mampu nak simpan duit nak pergi Euro Trip with the cost of living that keep increasing.

So, idea pop-up, memandangkan kitorang tak mampu why not buat Indochina Trip. Bila aku dah resign, menda tu senyap jer. Lagi pulak aku menganggur agak lama jugak. Bila dah menganggur paham-paham jelah, mana mampu nak pergi travel. Nak cekau duit mana. Nasib baik saving cukup tuk bayar kereta je. So, bila aku dah start bekerja balik, usha punya usha tiket flight return ticket ke Bangkok dapat RM183 je. So, contact geng-geng Jejongs dan budak-budak auditor ex-collegue aku. It was November 2013. Initially aku mention kat diorang yang aku nak book for early November 2014 for 14 days. Macam mana entah baru perasan yang aku book October. Bongok gila. Dan-dan tu jugak perasan within that period adalah raya haji.

End up book tickets for 8 people which is later become 10 sebab my dearly friend, Fiqah and her newly married husband pun nak ikut. Fine, aku pun book la jugak which aku tak bagi at first takut terberanak ke apa kan sebab trip lagi one year. So, the plan was to travel from Bangkok naik sampai Vientiane dan turun balik ikut jalan lain ke Bangkok semula. Plan ni gila pon ada jugak aku rasa to be completed in 14 days. Dalam end of February 2014, macam mana entah aku tergerak nak cek one way ticket from other place plak. Hanoi mahal gila. So, aku cek from Vientiane. That's it. Lagi murah dari kalau naik train turun balik ke Bangkok dari Vientiane. Plus jimat masa lagi. Contact diorang semua and end up beli tiket balik dari Vientiane for 8 people memandangkan mulut aku yang masin, Fiqah preggie. So, xboleh follow kitorang. All girls trip dowh.

Finalised route sepanjang trip Indochina

**********************************

Sekian sahaja sejarah kewujudan trip nomad indochina yang secara spontan telah menggabungkan my 2 sets of friends, ex-collegue and ex-unimate. Berbalik kepada persediaan. Memang aku pulun research last minute. Lagi satu aku prefer aku sendiri plan. Sebab boleh ikut my own available time and boleh cater based on my own budget and preference. Almaklumlah kawan-kawan aku nih semua careerwoman yang super duper busy lagi-lagi plak auditor-auditor tuh. Lagipon setelah dah bermastautin di Kuantan dan achieve work life balance kononnya so, aku ada masa untuk buat research. Lagi pulak long distance communication. Every thing was communicated through whatsapp group. Cuak gak sebenarnya sebagai mastermind nih sebabnya kitorang all girls trip dan aku usha dekat blog-blog tak adalah pulak orang buat route macam plan kitorang. Kalau ada pun they did it like in a month or 2 months ataupun mostly blog-blog yang aku baca diorang from Malaysia up to Phnom Penh sahaja ataupun sampai Ho Chi Minh. Ataupon part of the journey sahaja. Mungkin adelah yang buat tapi mereka tidak berblog pengalaman diorang menyukarkan traveller amatur macam kitorang nak buat research.

There's a few checklist yang aku compile yang very important before the trip that might be useful untuk korang yang nak plan jugak :

1) Itenararies

Untuk itenararies, makesure kena sediakan beberapa set itenararies sebabnya your plan might be changing. Unless, you fixed the itenararies and decide that wajibbal ghunnah untuk follow the plan accordingly. But, I bet memang korang tak boleh nak follow accordingly the plan pun. Kalau untuk traveller tegar boleh pakai redah jer. Macam kitorang pun, banyak circumstances yang menyebabkan plan kitorang keep changing. Memula dulu aku siap buat dua main itenararies of which either Bangkok-Vientiane-Hanoi-Danang/Hue-Ho Chi Minh-Phnom Penh- Siem Reap-Bangkok atau the other way around. Please refer to the below finalised itenararies yang kemudiannya berubah jugak.



2) Transportation

Bila dah figure out itenararies and where to go and stuff. Maka, bolehlah start buat research on the transportation. Untuk travel belah indochina nih, expecially on train and stuff, aku banyak refer dekat seat61. In fact, all around the world punya info pun ade jugak dekat sini. So, your mode of transport kena pilih betul-betullah depends on korangnya preference. Contohnya, kalau within Vietnam naik flight is cheaper than naik train yang lama giler. Tapi, the ride was worth it sebab scenery cantik. Kalau dekat Thailand, nak dapatkan info untuk transportation sangatlah banyaknya available info dekat internet. So, boleh google sahaja.
  
Dua faktor penting yang menetukan mode of transport yang dipilih iaitu masa dan kos. Keselesaan jatuh ranking bawah-bawah. Kalau masa penting, mungkin korang akan opt for flights within cities sebab jimat masa. Macam kitorang lebih kepada kos dan tempoh trip agak lama, jadi agak bertoleransi tang masa. so, we don't really mind if the journey is long as long as we enjoy the ride.

3) Budget

Dah settle tang transportation senang nak buat bajet. Apa yang aku boleh katakan, 70% of the budget is on transportation. Penginapan murah jer. Selalunya dalam RM15-RM50 sorang untuk satu malam bergantung kepada tempat yang dipilih. Range harga ini adalah untuk backpacker hostel. Kalau nak lagi jimat, amiklah overnight bas or overnight train. Transportation basically from one place to another banyak giler options. Even naik bas pon, price varies ikut company. Kadang-kadang, beza harga banyak jugaklah. Macam for us, of course we opt for the cheapest transportation but then, cheapest transportation nih usually time consuming. So, basically depends on masing-masing punya style of travelling and duration of travelling. Kalau aku rajin,  aku akan breakdownkan budget sepanjang trip di akhir entry nomad di Indochina. Kalau rajinlah.

4) Food

Indochina basically makanan halal ada tapi quite limited dan mahal. Well, standardlah kan mana-mana negara bukan islam. Kalau di Bangkok still boleh dapat cari banyak makanan halal. Tapi, going further up north makin susah cari makanan halal terutamanya di Laos. Macam kitorang habis semua jenis makanan kitorang bawak sebagai bekal. Tapi, end up berlebih banyak. So, untuk food kena bajet cukup-cukup untuk tempoh journey. Kalau kurang berlapar, kalau lebih menyusahkan plak sebab nak kena angkut ke sana ke mari dan jadi beban pulak. Untuk aku, selalunya waktu travel tak makan sangat pon. Kalau jenis makan nasi tak boleh tinggal macam aku nih, angkutlah periuk nasi atau small multi cooker sekali.

5) Exchange Rate

Exchange rate memang kena usha. Sebabnya kadang-kala lagi jimat tukar di Malaysia and vice-versa. Mujurlah RM tak seteruk sekarang waktu trip nih. Roughly, USD is widely accept di sekitar Indochina kecuali di Bangkok mereka guna Thai Baht. So, its better to tukar USD banyak sikit. Di Vietnam, specifically di Ho Chi Minh, RM diorang widely accept. Sekarang aku tak pasti diorang accept lagi ke tak dengan kejatuhan RM. Kalau di Laos, diorang guna Lao Kip dan USD. Lao Kip dan Cambodian Riel ni tak laku luar Laos dan Kemboja. So, kalau ada duit lebih Kip dan Riel, better habiskan atau tukar siap-siap ke USD. Bagi memudahkan urusan jual-beli di sana, its better prepare exchange rate table. Kalau nak sof copy, boleh email aku dan korang boleh personalize ikut exchange rate korang. Korang print dan letak dalam purse. So, bila nak shopping refer jer table. Takyahlah bersusah payah dengan calculator atau main congak.






Sangatlah convenientnya sebabnya kalau dah banyak sangat currency, sampai boleh confuse. Kadang-kadang, nak shopping, 1 Dollar, 2 Dollar macam murah tapi padahal bila convert mahal. Lagi satu, kat sana kalau korang bayar in USD, diorang bayar baki in local currency. Aku yang tak berapa nak benak Math pon boleh jadi benak asyik duk main convert duit jer. Lastly. aku nasihatkan better tukar RM dari Malaysia sebab kalau penukaran RM dilakukan di luar negara boleh menyebabkan RM jadi semakin lemah. Well, its the economy thingy. Googlelah sendiri. Aku nak terang lebih-lebih aku bukan pakar ekonomi.

6) Insurance

Yang ni sangatlah penting. In case of emergency di negara orang. You never know what will happend. So, before travel ambiklah travel insurance. Bukannya mahal sangat pon considering the coverage. Aku, suruh Ablong jer buat sebab dia agent AIG. Untuk memilih insurans, jangan pakai bantai jer ambik as long as murah. Kena cek jugak coverage dia. Those yang murah kadang-kadang tak cover pon compensation in case of loss of travel documents ataupon theft of money. So, kena tengok betul-betul. Sekarang senang jer boleh quote online jer. Antara insurance yang menawarkan travel insurance adalah Etiqa, AIG dan AXA. Choose wisely.

Sekian sahaja. Nanti aku sambung lagi story journey Indochina nih yang banyak drama dan benda kelakar. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment