Monday, October 24, 2016

Nomad di Indochina 2.5 Kerana "Mafia"

Assalamua'laikum...

Day 2 2nd October 2014

Bangkok

So, dari Sala Daeng MRT satu station je ke Hualamphong MRT dengan harga 16 baht. Nasib tak kena bukak bag scan bagai macam sebelumnya. On the way ke train station, tetiba, kitorang ditahan oleh petugas MRT. “Go back. Go back,” kata dia. Dah kenapa pulak kan. Kitorang reply in English tanya kenapakan. Dia duk cakap “Go back, go back.” Sepatah haram tak pandai English. The funniest part is, dia nampak Hana dan mula cakap Thai. Kitorang dah bantai gelak dah. Dah berapa kali dah local Thai duk bercakap Thai dengan Hana. Sampai tahap dah macam ayam itik. Aku dah hangin betul, cakap-cakap tak paham sampai end up aku cakap melayu dengan dia.  “Dah kenapa pulak kena go back. Tak boleh lalu ker?”

Mengangkut segala luggage untuk ke Hualonphong Train station yang cuma satu station jer pon.

Last sekali dengan bantuan walkie talkie dia, ada orang cakap English yang mengatakan ada beg tertinggal dalam tren. So, diorang suruh patah balik untuk ambik beg. Kitorang dah pandang sesame sendiri. Beg sape pulak? Beg aku semua ada. Then Aizan, “Moksu, bukan beg Moksu ker?” Si Moksu pulak macam blur-blur. “Aahlah, beg saya,” setelah beberapa ketika berfikir. Boleh pulak tak ingat beg sendiri. Masing-masing dah tersadai sementara tunggu Mok Su ditemani Hana untuk patah balik. FYI, keluar je Hualalomphong MRT station, terus nampak stesen keretapi Hualomphong. So, tak perlu nak risau untuk cari mana stesen keretapi.

Menunggu Moksu dan Hana pegi collect barang tercicir.

So, right after dah keluar dari MRT station boleh nampak orang bersepah tidur depan stesen. Memandangkan kitorang sampai dah pukul 11.30 malam, so, stesen keretapi ni dah tutup of which pukul 11 malam tutup. Kitorang punya plan tak berapa proper sangat. Initially waktu aku prepare itenarary, aku kasi diorang choice samaada nak tidur dekat train station ataupun nak bermalam di nearest guest house. Tapi, macam biasalah semua lepak jer kan. Sampai train station baru decide. Memandangkan luggage banyak, so, kitorang buat keputusan gamble tidur dekat train station. Kang tidur tempat sedap kang, terlepas train pagi esok. Next day, we have to catch an early train untuk ke Aranyaphratet sebelum menuju ke Siem Reap. Lagipun, ramai je orang yang tidur dekat luar stesen tuh.

Diskusi nak tido sini ke nak gi tido hostel. Tikin kat belakang dah mengantuk benar dah.

Konon, mula-mula nak pergi night market China Town sebab dekat dengan Hualomphong tapi semua dah malas. Jadi, berkampungla di stesen keretapi. Memandangkan semua tempat depan stesen tuh macam dah dipenuhi dengan manusia yang sedang tidur dan kelihatan agak kotor, kitorang decide untuk lepak betul-betul luar stesen MRT. Lagipun ada CCTV. Rasa selamat sikit. Nasib, Put dan Dyla bawak sleeping bag, so, bolehlah dijadikan lapik. Dah selamat duduk dah semua, tiba-tiba, mamat “Go Back” tu muncul lagi. Adoi, takkan kena go back lagi kot. Setelah diexplain dalam bahasa thai, apa yang kitorang faham adalah jangan duduk melepak di kawasan MRT sehingga pukul 12 malam iaitu waktu operasi stesen MRT berakhir. One thing about travelling yang aku amazed adalah, even ko cakap dengan local macam ayam itik, somehow korang boleh faham apa yang dia cakap. The miracles of travelling overseas.

Waktu nih stesen MRT kat belakang tak tutup lagi. Ni sebelum Pakcik Go Back datang. Dengar gosip mendalah khusyu' sangat memasing.

Kejadian malam tu tak berakhir begitu sahaja. Bila jam sudah menghampiri pukul 12 kitorang pun start melepak atas sleeping bag yang telah diapar. Malam masih muda. Jadi, Hana suggest main Mafia. Dia keluarkan daun terup yang dia dah bawak. Jenuhlah si Hana dengan Tikin nak explain macam mana nak main mafia nih. Maklumlah, semua first time main. Basically, macam main the mole, whereby kita kena teka who’s the mafia in the group dan try to guess. Kalau salah teka, makin ramai kena bunuh dengan mafia.

Sedang diorang busy terangkan pasal game mafia nih, tiba-tiba muncul sorang mamat nih entah dari mana. Dia tegur kitorang. Perbualannya lebih kurang begini.

“Are you muslims?” tanya dia.

“Yes, we are muslims,”jawab kitorang.

“I’m a muslim too. Where are you from?” tanya dia lagi.

Kitorang macam reluctant nak jawab. Yerlakan entah sesape pulak mamat nih. Ada pulak minah Thai sebelah kitorang ni inform dia yang cakap kitorang dari Malaysia. Sibuk betul minah nih. Then, here you go, dia start bercerita.

“Owh from Malaysia. I’ve been to Malaysia 71 times (kira pulak tuh). I’m from Bangladesh. Now, I stay in Thailand and married to Thai woman. I’ve stayed in Thailand for over 12 years already. You know what, I’ve been to Malaysia so many times but I cannot speak malay because Malaysian don’t speak their language with tourist but English,” panjang lebar dia bercerita nak start conversation dengan kitorang.

Tapi, betul jugak dia cakap. Orang luar yang dah duduk Malaysia dah bertahun-tahun pun tak pandai cakap bahasa melayu whereas orang luar yang tinggal di Indonesia atau Thailand selepas setahun dua dah boleh bercakap local language dengan fluentnya. Teringat client aku dulu, Managing Director dari Jepun, boleh cakap Thai kot lepas tinggal di Thai for a few years. Takyah cakaplah, even local yang bukan mother tounge malay pun tak fasih bahasa melayu.

Then, dia bercakap lagi. Semangat betul mamat nih.

“As we are muslims, can I buy you some drinks?”

“Its ok. Nevermind,” kata kitorang. Macam dah was-was dengan mamat nih. Mabuk ke apa. Dahla nampak ada macam botol atas lantai dia letak. Dia dah start membebel apa entah. Sebab macam was-was dengan mamat tuh, kitorang ignore jer dia dan sambung main mafia.

Then, tetiba, dia menyampuk.

“Excuse me. Can you give me a second.”

Kitorang pun stop main dan berpaling kepada dia.

“Do you believe in Allah?”

“Of course we believe, we are muslim,” jawab kitorang.

“Allah is our god. Astaghfirullahalazim Wabillahi……….. (panjang giler istighfar dia, first time aku dengar istighfar sepanjang tuh). Allah can see us. Nabi Muhammad is our prophet. Assalamua’laikum.” Then, dia chow.

Kitorang macam blur giler. Semua dah macam lost. Apehal pakcik Bangla nih. Aku dah pelik giler tau. Sebab dia punya istighfar panjang giler. Dahlah siap sebut Allah dengan Nabi Muhammad. Setelah berfikir beberapa saat, then, I got it why.

“Weh, korang. Aku rasa aku tau kenapa dengan pakcik tu tadi. Aku rasa dia ingat kita main judi. Tu yang istighfar panjang lebar siap tanya kita muslim ke idak.”

Semua punya reaction, ya ampun, betullah. Mana taknya daun terup kat tangan dengan semua tengah duduk keliling macam tengah berjudi kot. Si Hana yang pegang daun terup terus campak daun terup.

Tengok belakang tuh, penuh orang bergelimpangan tido. Belah atas MRT punya compound macam bersih sikit.

“Cis!! Sepatutnya bawak Old Maid ke Snap ke.” Padahal bukan main black jack ke apa pun. Main mafia je pon. Setakat guna 4 ke 5 kad jer. Lepas tu, diorang citer, masa memula kitorang nak main tuh, ada macam gangster ke ape entah , ajak pergi gambling. Cakap thai tapinya. Adoiaiii. Habis semua orang dah salah faham. Kesimpulannya, janganlah main daun terup di tempat public. Pukul 1.30 pagi, kitorang stop main sebab dah penat. Aku pon dah bosan. Sebab asyik kena tuduh mafia jer. Susah jugak jadi orang yang paling bising. Sentiasa kena tuduh mafia. Budak lain semua dah tido. Aku berjaga sebab nak buat catatan perjalanan Indochina nomad sambil jaga barang-barang. Pukul 2.30 pagi aku pon tidur.

Last sekali semua tido secara bergelimpangan. MRT belakang pon dah tutup.

On the bright side, bila difikirkan balik, Pakcik Bangla tu adalah seorang muslim yang berani dan baik hati. Walaupun dia salah sangka yang ingat kitorang berjudi, dia sebagai a good muslim cuba untuk menasihati kitorang untuk kembali mengingati Allah dan tak terjebak dengan perkara berdosa dan kembali ke pangkal jalan. Even kalau aku nampak orang islam buat maksiat pon, aku tak rasa aku mampu untuk nasihat. Well, dalam islam pun, kita disuruh ingat-mengingati. Dan pengajarannya don't judge a book by its cover. Ingatkan mamat mabuk mana. Well, orang kata dont trust people who is being too nice to you because there might be a hidden agenda. But then, not all nice people has bad intentions. So, a reminder to us, betulkan niat moga perjalanan penuh berkat. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment