Wednesday, November 30, 2016

Nomad di Indochina 3.0 Crossing Border

Assalamua'laikum...

Day 3 3rd October 2014

Aranyaphratet - Siem Reap

Pukul 4 pagi dah dengar bunyi wisel. Dalam keadaan mamai kitorang bangun. Pak guard kat situ kejutkan orang-orang yang masih nyenyak tidur depan stesen keretapi. Stesen dah mula dibuka. So, kitorang masuk. Waktu masuk ke dalam stesen keretapi tuh, aku tergamam. Amazed giler. Seriously. I don’t know how to describe it. Stesen tuh memang old school sangat. Dan aku rasa kerajaan Thailand sangatlah cool sebab mampu mengekalkan stesen keretapi nih dengan maintain structure lama. Jakun kot. Hualomphong train station dah beroperasi lebih 100 tahun kalau tak silap. Bapak lama kan.

Stesen keretapi yang kosong di awal pagi.


Our train has arrived. Kalau tengok train nih macam train hiasan jer.

As much as I adore the train station, of course I adore sleeping more. Aku dah terbungkam tidur dekat benches yang disediakan dah. Some of us pergi mandi untuk menyegarkan badan. Di stesen keretapi ini ada disediakan shower room yang bersebelahan dengan toilet. Harga untuk masuk ke toilet adalah 2 baht manakala untuk mandi 20 baht. Waktu tu dah tak kesah dah pasal mandi. Yang penting dapat tidur. Bila jam dah menunjukkan pukul 5, kaunter pon dah dibuka. So, aku beli 8 keping tiket ke Aranyaphratet pada pukul 5.55 pagi dengan harga 48 baht. Serius murah giler untuk perjalanan 6 jam naik train.


Peta layout train station.
 
Harga tiket naik teksi balik rumah aku dari Terminal yang sekangkang kera tu pon tak lepas dengan harga nih.

So, memandangkan dah masuk waktu subuh, aku ke surau. Dalam train station nih siap ada surau untuk muslim nak bersembahyang di tingkat 2. So, kalau jumpa toilet, boleh naik tangga di depan toilet terus ke surau. 5.55 pagi sharp, keretapi bertolak. Keretapi dia sumpah old school giler. Naik train boleh free seating. Untuk ke Aranyaphratet hanya ada 3rd class train seating. 3rd class ni maksudnya seat tegak, tiada aircond dan free seating. Pengudaraan hanyalah angin sepoi-sepoi bahasa di tingkap train. Pagi-pagi naik tren dah ada orang meroyan. Entah marahkan saper entah. Tengok-tengok minah yang meroyan tuh adalah minah yang inform pakcik bangla yang kitorang dari Malaysia tuh malam tadi. Naik sama tren rupanya. Pschycho sungguh.

Sebelah kiri toilet and shower dan masuk nampak tangga dan naik atas untuk ke surau.
 
Aranyaprathet. Nak sebut pon boleh tergeliat lidah. Berbelit-belit macam tulisan diorang jugak.
 
Ko tengok train dia. Tingkap pon non hado. Ke dia sorok ke aku pon tak tahu. Kalau hujan memang selamat.

Untuk pengetahuan, kepada sesiapa yang nak ke Kemboja dengan harga yang murah bolehlah follow the same route as we are using. Tapi, bear in mind, keretapi ke Aranyaphratet hanya ada dua kali sahaja sehari. 5.55 pagi dan satu lagi pukul 1 petang tak silap aku. Tapi, kalau naik yang pukul 1 petang, korang perlu bermalam di border sebab at certain time imigresen dah tutup. So, tak boleh cross border. Kalau korang nak sampai di Kemboja on the same day, dinasihatkan naiklah tren pagi. Walaubagaimanapun, still ada option lain. Korang boleh naik bas express terus ke Kemboja dari stesen bas Mochit. Harga sedikit mahal. Tapi, tak perlu bersusah payah nak mengangkut segala luggage untuk cross border.

Old school tak old school train dia.

Luckily train tak full. So, boleh sesuka hati duk memana. Aku baca kalau ada time-time busy, rakyat jelata Thai nak pulang ke kampung halaman, tempat duduk pon takde. Makanya, hazablah berdiri sepanjang perjalanan.

Sepanjang perjalanan, kitorang asik tidur jer. Walaupun tak selesa, penat punya pasal, lena jer tidur. Rutin sepanjang perjalanan, tidur, jaga dan makan. Dan rutin berulang sehingga sampai. Sepanjang perjalanan boleh nampak sawah padi. Sampai di Aranyaphratet lebih kurang pukul 12 tengahari. Masing-masing muka dah macam pakai foundation. Bila basuh muka, then, lap. Hambik kau, boleh tahan tebal jugak foundation habuk semulajadi. Sepanjang perjalanan macam ko hadap muka tepi tingkap untuk habuk-habuk melekap di muka.

Cuaca memang cun betul.
 
Muka pon tak mandi. Bermandikan angin sepoi-sepoi bahasa. Air bath kekdahnya.
 
Based on research aku, harga tuktuk dari stesen Aranyaphratet ke border lingkungan 80-100 baht. Melampau betul kan. Perjalanan 10-15 minit je. Tren 6 jam pon 48 baht jer. Aku try kowtim untuk dapatkan harga 80 baht. Dia tak kasi. Dia letak 120 baht. Aku tawar lagi. Last price dia kasi 100 baht. So, aku cakap 2 tuktuk. Dia dah geleng kepala. Katanya, 3 tuktuk. Barang kitorang banyak. Logik jugak kata dia. Aku tak terfikirla pulak. Masing-masing bawak barang macam travel Europe. Padahal merentasi IndoChina. Hana sorang jer truly backpacker. Jadi, kitorang naik 3 tuktuk dengan harga 100 baht each tuktuk. Yang bagusnya, dia hantar betul-betul depan laluan nak masuk ke border.

After 6 hours, safely arrived in Aranyaprathet.
 
Tuktuk dah get ready nak bawak ke border.

Untuk Malaysian, mungkin tak mempunyai masalah sebab kita tak perlukan visa untuk ke Kemboja. Tapi, untuk foreigners expecially mat saleh, diorang ni yang selalu menjadi mangsa scam untuk buat visa diorang. Imigresen Thailand punyalah kerek. Ada dikalangan kitorang dia campak jer passport. Masa nak cross border, kitorang telah di follow oleh seorang lelaki yang memakai tag petugas kerajaan untuk assist tourist. Aku tak tahulah betul-betul petugas ke apa kan. Kitorang macam cuba nak elakkan diri dari dia. Pusing belakang, tengok dia tak ada. Sekali tengok-tengok tiba-tiba muncul di depan. Sebelum ke imigresen Kemboja, kitorang kena isi dulu survey pasal kesihatan. Mungkin diorang nak jadikan reference in case ada yang bawak wabak-wabak yang tidak diingini ke negara diorang. Boleh tahan jauh jugak dari imigresen Thai ke imigresen Kemboja. Kitorang mengangkutlah segala macam luggage. Yang peliknya, orang lain semua dengan backpack. Sekali tengok kitorang, masing-masing dengan beg tarik masing-masing redah kawasan berdebu.

Akak driver tuktuk nih rock giler. Siap ngan tengkolok di kepala lagi.
 
Dalam keadaan panas terik, masing-masing menarik beg tarik dengan backpack di belakang, singgah beli air. Air favourite aku sepanjang trip adalah Sprite. Diorang, Coke dan Fanta. Padahal kat Malaysia air tin tak pandang pun. Kalau lepak minum, even dua tiga kali belek menu, still teh ais jugak order. Sementara berhenti tuh, kitorang disuruh untuk isi form imigresen sebab risau takut orang dah panjang beratur, lambat pulak kitorang nanti. Ada sorang budak peminta sedekah nih, dia dah tengok kitorang berkumpul, terus datang hulur tangan kat aku. Aku tend to not give him duit. So, aku seluk beg aku yang penuh makanan dan kasi dia. Dah dapat makanan dari aku, dia tak chow tapi pusing ke arah Hana dan hulur tangan kat Hana meminta something. Hana yang tengah meneguk Coke dia terus kasi Coke dia dekat budak tuh. Tindakan refleks. Serius, aku rasa memang budak nih tak malu gila, dah mintak kat aku, dia mintak pulak dengan orang lain. Padahal kitorang sama group. I bet kesusahan hidup diorang buat dia jadi tebal muka.

Tangga nak kena panjat ke Thai punya imigresen. 
 
Dengan beg tarik, ko kena hadap tangga yang tinggi nih. Kekuatan tangan dan ketahanan beg menjadi pertaruhan. Beg Aizan yang bagak terpaksa angkat 2 orang.

Sampai di imigresen Kemboja lama giler. Imigresen dia memang cikai giler. Aku rasa ada lebih setengah jam kitorang kena berdiri sampai giliran kitorang. No wonderlah lama giler. Habis semua jari dia nak scan. Those yang pakai spec siap kena cabut. Yang paling tak boleh blahnya, yang pakai tudung bawal siap kena kelepet lagi tudung depan nak kasi nampak muka waktu dia nak ambik gambar. Dah selesai urusan imigresen, keluar kitorang disuruh tunggu untuk free shuttle ke bus station. Based on pembacaan aku kat internet, bus station tuh diuruskan oleh thugs. Bus station dia memang jauh like secluded area. Sampai bus station si mamat tadi duk follow kitorang macam usherer.

Pintu gerbang memasuki sempadan Kemboja. Replika Angkor.

Kat sini memang berhabuk giler. Bertambah-tambah foundation kitorang.
 
Sampai kat situ dah pukul 2. Nak tunggu sampai Siem Reap memang tak sempat. So, we decide bentang je sejadah sembahyang kat stesen bas. The next bus is at 2.45pm. Masa naik bas tu pun bas dah penuh dengan mat saleh, tinggal tunggu kitorang jer untuk gerak. Harga bas ke Siem Reap adalah USD9. Memang standard price as per what I have researched. Sebelum naik bas, aku tanya mamat yang kononnya pekerja kerajaan tuh, kat mana bas ni berhenti. Dia cakap Old Market Bus Station. Dalam hati, legalah sikit memandangkan aku pernah baca blog yang cakap dia akan stop dekat entah mana-mana tempat yang tuktuk dah standby tunggu untuk pakuk ko. Dalam nak naik bas tu, sempat lagi dia mintak tips. Aku kasilah USD2 sebab dia dah bawak kitorang dari Thailand sampai cross border Kemboja plus sebab dia tolong bawak beg aku yang berat dengan cikedis.

Nilah rupanya stesen bas tuh. Tak ke pelik entah ceruk mana entah.


Apar sleeping bag dengan sejadah kecik dan take turn semayang.

Sepanjang perjalanan aku tidur jer.  Bas ada jugak berhenti for toilet. Tapi, kitorang semua tak turun. Duduk dalam bas berpanas. Nasib baik aku dengan Put duduk dekat seat belakang. Diorang kat depan bengang jer dengan sorang minah saleh nih duk bercerita dengan mat saleh yang dia baru kenal dengan suara kuat sampai mengganggu ketenteraman tidur. Siap diorang boleh story kat kitorang apa conversation minah tuh. I bet, dia nak bragging pasal trip dia selama nih. Dari border sampai ke dalam bas tak habis-habis bercerita.

The scenery along the journey. Tapi, scenery lawa pon tido jugak. Pantang aku jadi passenger mesti nak tido. Kalau jadi driver pandai pulak tak mengantuk.

Sampai di Siem Reap lebih kurang pukul 6 petang. Hari pun nak gelap. I’m glad that kitorang sampai sebelum gelap sebab as what I expected bas drop kitorang entah dekat ceruk workshop mana. Dahlah waktu tu aku mamai baru bangun tidur. Damn it. Ni memang kes nak pakuk la nih. Nasib I already did my homework before. So, dah tahu modus operandi scam diorang. Bebudak ni semua dah sibuk tanya aku, “So, camna Od? Nak naik tuktuk tak?” Aku dengan yakin bolehnya ajak diorang jalan keluar. Padahal dalam hati waswas giler, tuhan jelah tahu. Workshop dia park bas jauh gaklah dari main road. So, kitorang jalan kaki sampai nampak main road. Dahlah jalan tanah merah, bawak pulak beg tarik. Memang jahanamlah beg jawabnya.

Masa kitorang nak keluar dari kawasan bas tuh memang tuktuk semua dah sibuk follow kitorang dah. Giler kau, harga dia pakuk nak hantar ke hotel USD15. Aku just cakap kat diorang ignore jer. Mat saleh yang naik bas sekali dengan kitorang semua naik tuktuk kat situ. Memandangkan aku dah book hotel with free transfers, so, apa yang perlu dibuat adalah untuk call hotel untuk pick-up kitorang. Masa di Bangkok aku dah e-mail diorang dan diorang suruh call bila sampai. Cuma masalahnya none of us roaming phone. Kalau roaming pon nak call mahal kot.

Kawasan tanah merah yang kitorang redah dari hujung jalan. Beg tarik pon tawakkal jelah.
 
Nasib aku dah salin siap-siap nombor telefon hotel. So, Nelly tanya driver tuktuk yang tengah tunggu kitorang nak pinjam handphone. Dia cakap tak ada kredit. Kalau ada pon, takkan dia nak kasi pinjam kan. Hujung jalan tanah merah, tepi jalan besar tu ada satu gerai. Waktu tupon nak maghrib dah. Gerai tupon nak tutup dah. Then, Nelly tanya pulak seorang lelaki depan gerai tu cakap nak pinjam handphone. Lelaki tu tunjuk dekat sorang perempuan tepi gerai yang tengah sibuk mengemas. Dia buat keluar phone dia. Aku tunjukkan no telefon dan dia dial. Kemudian, dia pass kepada aku, aku explain kepada pihak hotel yang kitorang dah sampai dan suruh diorang pickup kitorang. Pihak hotel tanya kitorang kat mana. Sumpah, aku tak tahu. Kalau tanya di Kuantan, aku taulah. Nasib aku tak jawab Stesen Bas Pasor atau Terminal jer. Jadi, aku pass handphone kepada owner phone tadi untuk explain where exactly we are. Dia dah cakap bahasa khmer dia dan kemudian dia angguk tanda selesai. Aku dah berkira-kira dah berapa nak kasi kat dia sebab pinjam phone. Belum apa-apa dia dah mintak dulu 1000 kip. Macam dah biasa kasi pinjam phone kat orang. Nasib aku ada duit kip, baki duit masa aku ke Phnom Penh masa family trip a few years back.

Tersadai tepi jalan and totally lost tak tahu kat ceruk mana kitorang sekarang nih.
 
So, kalau korang plan untuk naik bas ke Siem Reap dari Bangkok, better book siap-siap hotel sebab most of the hotel di Siem Reap include sekali airport/bus station transfers. So, dah jimat kat situ. Hari pun makin gelap. Dalam 15 minit, dua tuktuk dari hotel sampai. Untuk di Siem Reap, aku dah prebooked online di Agoda dan kitorang stay di Bou Savy Hotel. Review dan rating di Agoda untuk Bou Savy agak bagus that’s why aku book kat situ.

Dah gelap baru tuktuk sampai. Nasib baik tak ada hantu kopek. Kalau tak dah kena sorok dah masing-masing, maghrib-maghrib ada kat luar lagi.
 
Dalam 10-15 minit, kitorang sampai di hotel. Ridiculous giler kalau aku bayar tuktuk tadi dengan harga 15USD consider jarak ke hotel agak dekat. Kitorang disambut dengan fruit punch as welcome drinks. Memandangkan aku hanya book untuk 7 orang sebab Dyla last minute cakap nak join, jadi, masa check-in aku plan to add jelah another one person. Yang tak masuk akalnya, dia suruh aku bayar untuk 2 orang. Tak masuk akal betul. Katanya sebab diorang kena tambah satu lagi bed. Banyak cantik nak suh bayar untuk 2 orang. Setelah negotiate, aku agree untuk tak tambah extra bed tapi hanya bayar untuk sorang dengan harga USD16 untuk 2 malam with breakfast. Nasib orang Kemboja ni lembut, kalau tak hangin jugak aku. Dia punya cakap, alahai lemah gemalai. Nasib tak hensem kalau muka ala-ala pelakon Korea, gamoknya aku main bayar jer kot. Btw, rate walk-in dengan rate booking online memang beza. Online lebih murah dari walk-in rate. Another reason to pre-booked your accommodation before coming here.

Waktu nih aku tengah nego dengan mamat Bou Savy. Nasib cakap lemah lembut. Kalau tak, aku boleh bertukar jadi hantu kopek. Eh. Jadi monster.

Kali ni, too bad kitorang terpisah. Sisterhood of the travelling pants duduk sebilik di tingkat 2 dan kitorang geng Jejongket berlima di tingkat 3. One thing yang tak best pasal Bou Savy adalah tak ada lift. Jadi, agak hazablah nak angkut segala luggage ke atas. Dah puas tidur seharian sepanjang perjalanan ke sini, kitorang bersiap untuk ke night market.  Makan nasi panas berlaukkan kari ayam dengan sambal bilis. Makan dalam keadaan kebulur dan berebut-rebut memang best. Walaupun macam agak sadis kalau mak ayah kitorang tengok.

Bou Savy ke Night Market sebenarnya agak jauh. Aku memang purposely book hotel jauh sedikit dari keserabutan orang expecially dekat area Pub Street dan Night Market yang bising. Malam tu kitorang bertujuh jalan kaki ke night market. Moksu tinggal di hotel berehat. Awal-awal lagi dah surrender kepenatan. Misi malam tu adalah nak beli seluar silk sama untuk dipakai together-gether di Angkor Wat. Ni semua idea Hana sebab katanya dalam gambar cun. So, we manage to get each of us a pair of seluar kembang silk dengan harga USD7 each.

Night market.
 
Punyalah kosong night market. Mana entah pergi orang.

Testing seluar kembang. Setelah melalui proses tutorial memakai seluar kembang yang complicated. Akhirnya, Dyla sebagai model berjaya.

Everything here is in USD. Diorang prefer kita bayar dalam USD. Shopping in USD bahaya giler. Sebab dengar macam murah. USD1, USD2, USD5. Padahal bila convert mahal. Aku memang have no intention to shop tapi terbeli jugak satu sling bag dengan harga USD5 dan terpengaruh dengan Tikin, terbeli baju gambar gajah mada dengan harga USD3.5. One thing yang kena alert waktu beli t-shirt kat sini adalah, korang kena tengok betul-betul material. Sebab kadang-kadang harga sama tapi material lain. Pukul 11.30 malam kedai semua dah start tutup. Aku pun heran jugak sebab awal sangat tutup plus tourist pon tak ramai kat sini macam Bangkok jugak. Adekah memang off peak tourist datang ataupon kitorang dah lewat ke Night Market. Kitorang bertujuh pon balik ke Hotel dengan terkedek-kedek berjalan meredah malam. Esok nak bangun pagi nak tengok sunrise. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment