Assalamua'laikum...
Day 1 1st October 2014
Day 1 1st October 2014
Kuala Lumpur – Bangkok
Aku tak sempat tido. Bila semua dah gather, sebelum bergerak ke kaunter untuk check-in bag, kitorang sort-out dulu makanan dan all the liquid stuff. Thanks to Aizan sebab telah volunteer untuk bawak beg besar. Banyak giler rupa-rupanya makanan bila dah kumpul. Sebab kitorang ramai, jadi instead of kutip duit dan sorang je beli makanan, aku telah arahkan (macam gipang gilerkan, kasi arahan) semua orang masing-masing bawak 4 pot beras, 4 makanan bertin tak kesahlah apa-apa pun dan cikedis. Tak sangka pulak sangat banyak sampai beg Aizan yang besar pun tak muat. Nasib baik aku bawak satu beg kosong yang kemudiannya belum apa-apa diguna untuk isi segala macam makanan yang tak muat dalam beg Aizan.
Dah timbang segala bagai.
Ngam-ngam 40kg. Fuh. Nasib aku tambah lagi luggage. Makanan dan liquid stuff sahaja.
Yang tak menahan tuh, makanan dah macam nak pegi camping. Nak nasi impit,
rendang, sambal kacang, spaghetti, carbonara, sebut je semua ada. Beg Aizan dah
jadi macam poket doraemon penuh dengan makanan. Dalam nak dekat pukul 5,
kitorang check-in dan terus heading to departure hall. Memandangkan semua first
time di KLIA2 naik international flights, ada sedikit kerisauan memandangkan
hand luggage masing-masing mostly more than 7kg. Tapi, KLIA2 tak strict. Yeay!!
Diorang tak check hand luggage berapa kilo.


