Monday, January 4, 2016

Phuket Bikinilah Sangat 3.0 James Bond Island & Abandoned the Ship

Assalamua'laikum....

Hari ketiga kitorang di Phuket, akan dihabiskan untuk trip sea canoeing dan ke James Bond island. Pepagi van dah pick up untuk dibawa ke jeti. Jeti untuk trip hari nih adalah jeti berbeza dengan yang sehari sebelumnya.

Thursday, December 24, 2015

Phuket Bikinilah Sangat 2.0 : Island Hopping Maya Bay, PhiPhi Island & Khai Island

Assalamua'laikum...

Awal pagi kitorang dah bersiap dan memandangkan breakfast is included, kitorang breakfast dulu. Makan apa yang rasa selamat of which sah-sahlah roti, buah ngan cereal. Nak makan nasi goreng kang ade Cik bab kang. Nasi lemak jangan nak beranganlah kat Thailand ni dia nak hidang. Tomyam pon tak ada. Kesimpulan yang aku buat bahawa pagi-pagi orang Thai tak makan tomyam.

Jangan disangka air yang jernih tiada buaya. Kalau ada mungkin, buaya darat.

Tuesday, December 8, 2015

Phuket Bikinilah Sangat 1.0 : Selamat Bermatahari-matahari

Assalamua'laikum.....

Nama trip takleh blah gilerkan. Phuket in Bikinilah sangat. This trip happended on 2012 lagi. Ini adalah trip epic yang telah mengumpulkan hampir satu pertiga dari geng Jejongket since last our trip was Jejongket in Redang masa final sem in UiTM. Tapi, dulu masih hingusan hyper baru habis belajar. Yang ni pulak trip wanita-wanita berkerjaya gituh.

Jejongket ni basically nama yang kitorang beri kepada geng classmates kitorang yang satu kelas kepala giler. All girls plak tuh. Telah menjadi ritual every sem since diploma, kitorang akan pegi trip around Malaysia. Kecuali sekali 7 of us telah ponteng first week of the final sem untuk ke Bandung. So, since masing-masing gigih bekerja setelah grad, makanya secara randomnya trip Phuket di plan.

Air laut punya warna rasa macam nak bawak balik buat kolam kat rumah.

Monday, November 23, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 4.0 : Menyirap dengan Teksi Driver

Assalamualaikum...

Lama giler nak update kisah last day Medan nih. Bila mood mengarang berlari ketakutan dek kerana kerja yang melambak di office.Untuk last day, nothing much happend. Kitorang balik kemudian, naik flight malam manakala Haji Abah dan Hajjah Ibu balik dulu. Last minute baru reveal dekat Haji Abah yang kitorang naik flight kemudian. Kalau tak bising plak Haji Abah. Padahal macamlah anak-anak dara dia nih tak biasa travel. 

Pagi tuh, memang tak ke mana memandangkan kitorang tunggu check out sekali dengan both of our parents sebelum diorang straight ke airport. Yang paling leceh kalau nak balik ialah packing. Nak mengasingkan segala barang shopping yang tak seberapa bagi mengelakkan kena cukai dan mengelakkan beg overweight tak boleh hand carry. Lagipon kitorang first time di Medan dan tak tahu tahap ke'strict'an airport dia. Aku yang pada mulanya nak bawak bagpack jer end up bawak beg tarik kosong setelah disuruh oleh Hajjah Ibu. Nampak tak niat tersirat di situ walaupon kononnya tak nak shopping. Penuh jugak beg tarik aku tuh bila balik. Aku tak shopping pon. Officemate akupon aku tak inform sebab tak nak felt obligated untuk beli souvenier.

Replika Istana Maimoon yang terletak di Kualanamu Airport.

Wednesday, September 30, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 3.0 : Berangan Anak Raja Sultan Deli

Assalamua'laikum...

Untuk hari ketiga di Medan, the plan is to go to Istana Maimoon. Istana Maimoon nih terletak dalam 200 meter jer dari Masjid Raya. Kalau dari hotel Madani, lintas jalan , then straight jer sampailah nampak Istana Maimoon tersergam indah. Kitorang jalan kaki jer ke sana memandangkan its just within walking distance. Even sangat panas tapi still okay sebab pagi lagi.

Istana Maimoon dari luar pagar.