Sunday, July 24, 2016

Phuket Bikinilah Sangat 4.0 DIY Food Phuket Town

Assalamua'laikum...

It has been awhile since aku punya last post. Semua pon duk peram. Kemalasan tahap moksha untuk update menyebabkan dah lama tak update. So, we continue. Untuk hari ke-4, memang totally tak ada plan. Free and easy kekdahnya. So, pagi-pagi lagi lepas breakfast kawan-kawan aku pakat ajak terjun kolam hotel. Kolam dia yang cantik memang mengundang untuk terjun. Oleh kerana aku dah tido lambat pagi tuh, katil lebih mengundang dari swimming pool. Kang tak cukup tido kang, nak berjalan takde mood plak kang. Kijaan duk menguap jer kang.

Luckily, aku tak join diorang bermandi-manda. Habis baju T-shirt turun warna. Hipotesis yang dibuat kononya klorin banyak sangat. Yeye je member-member aku nih, macamlah diorang sukat kandungan klorin dalam kolam guna termometer. Eh. Bedooh jer. Rambut tak yah cakaplah masing-masing memang kejong jadinya. Nangnak tengok pon boleh lari.

Menuju keluar ke jalan utama dari hotel.

Kemudian, kitorang bersiap untuk ke Phuket Town. Misi dan visi ke sana non hado. Aku pon tak study sangat apa yang ada di pekan Phuket nih. Ni aci redahlah kiranya. The plan is untuk naik bas ke sana. So, dari hotel ke luar ke main road nak try and error pakai tahan bas jer. Nampak sebijik bas lalu, bas kitorang tahan. Tanya orang bas, dia kabo bas ni dari Phuket Town. Kalau nak ke Phuket Town kena tunggu bas dekat tepi pantai Patong.

Suka hati tahan bas. Pakcik bas suruh tunggu tepi pantai Patong. Syif dia dah habis gamoknyer.

Geng minah bastand. Dah biasa dah dari diploma travel reramai turun naik bas tambang dah macam buat trip budak sekolah. Kalau budak-budak sekarang student pon pakai kereta dah.

Maka, kitorang pon berjalanlah terkedek-kedek menuju ke tepi pantai Patong nak tahan bas. Pakat beramai-ramai tunggu tepi jalan sehinggalah sebijik bas passed-by untuk ke Phuket Town. Tambang bas aku pon dah lupa dah berapa tapi murah jelah. Bas dia siap ada kipas old school kat siling bas. Aku macam biasa, port belakang sekalilah, bajet-bajet Gengster buat Phuket macam kampung sendiri. Yelah dari zaman sekolah sampailah ke UiTM mesti pilih port belakang bas. Nasib tak kena berebut macam berebut bas UiTM. Those budak UiTM kat Shah Alam taulah hardcore tak hardcore berebut bas time peak hours. Aku kira antara champion gaklah. Berlagak giler kan Fuh.*flip tudung

The most anticipated bus is coming. Kalah happy nampak bas UiTM.

Port belakang bas seperti biasa. Orang Phuket tengok pon tergelak agaknya, naik bas tambang duk pakai spek hitam.

Old school giler bas. Kuantan pon dah takdok dah bas pesen gini. Semua dah rapid dah.

Kipas dia ancient betul. Bas red and yellow aku naik dari Kuale Kangsar ke Lenggong dulu pon takde kipas cenggini. 

Perjalanan amik masa setengah jam lebih kurang. Aku ingat dekat jer. Sesampai di pekan Phuket, macam lost sikit nak ke mana. Almaklumlah homework tak buat. Kitorang di approach oleh seorang brother nih. Muka ganas, kepala botak dan tangan penuh tatoo. Sekali dia cakap, memang sopan santun habis. Berbudi bahasa habis. Aku tak tahulah faktor bahasa thai yang lenggok gemalai ke apa yang buat brother ni kelihatan sopan santun. Basically dia approach untuk bawak kitorang tour satu bandar Phuket. Memandangkan kitorang tak ada actual plan, kitorang bersetuju jer. Lagipon memang tak tahu nak tuju mana dan bajet pun masih ada.

Nasib slim semua. Sumbat jer satu kereta.

Kitorang dibawa menaiki kereta macam Toyota Rush yang belakang ada 2 row seat. Nasiblah semua slim, so belakang memang kitorang sumbat jer. Dari satu tempat ke satu tempat, semua dibawa ke tempat untuk pakuk tourist. Macam ala-ala ko pegi Beijing, dia bawak ko pegi kilang jadelah, mutiaralah. Tempat-tempat yang tak sesuai langsung untuk kitorang yang travel secara budget nih. Dia bawak ke kedai barang souvenir, kedai barang kemas batu-batu,well Thailand kan famous jugak batu-batu nih, bawak kedai sabun ke apa entah. Semua mahal.

Gems gallery. Tengok muka kitorang pon tahu tak berduit. Muka pon memasing macam baru habis SPM.

Last sekali kitorang cakap, kitorang taknak pegi tempat-tempat camnih, nak cari biji gajus murah. Katanya Phuket nih famous jugak. Dia bawak ke tempat tourist. Perisa tak yah cakaplah memang macam-macam. Tapi, ya ampun mahal. Apa lagi complainlah. Brother ni dah serba salah jadinya. Dia dengan sopan santunnya cakap sorry dan mintak izin untuk bawak ke beberapa kedai lain sebelum kitorng dibawa ke pekan balik. Katanya nak ambik cop. Tempat ni pon on the way jer pon. Dia suruh kitorang turun sekejap je tengok-tengok. Takyah beli pon tak apa. Melihatkan muka kesian dia dan dengan sopan santunnya dia mintak. Kitorang pun bersetuju. Yelah, side income dia kot kumpul cop untuk dapat commission. So, no harm. Tolong jelah.

Dekat depan kedai sabun ke ape entah. Semua duk serius tengah discuss camno nak bitau abang botak.

Finally, dia bawak kitorang ke kedai jual biji gajus di pekan. Kedai memang takde orang. Obviously it's not a tourist punya place. The best part kitorang diajar dan ditunjukkan macam mana diorang dapatkan bijik gajus siap buat demo lagi. Dekat dia punya yard pon ada satu pokok gajus. Ni baru betul. Apa lagi terus masing-masing borong biji gajus yang perisa macam-macam jenis. Perisa pedas, gula, masin and in fact siap ade perisa kopi. Harga lebih murah dan logik sikitla. Siap dia kasi murah sebab dah masing-masing duk memborong. Kedai nih dah dibuka since a few generations dah. So, memang agak lama lah. Aku wonder kenapa tak ramai orang. Tak silap aku, gajus nih berbuah sekali setahun jer. Sebab tuh mahal kacang dia. Dia punya outer layer kacang keras giler. Kena guna alat khas tuk bukak dapatkan kacang. Kalau setakat gigi banyak cavity jangan pegi gigit or kekah pulak. Tak pasal-pasal kena pakai polident.

Cover album dengan tajuk single pertama kami, "Gajuh oh Gajus". Didi and Friends pon kalah.

Setelah berpuas hati, kitorang decide untuk cari tempat makan. So, kitorang tanya abang botak yang dalam hati ada taman tempat makan halal. Dia inform, dalam 200 meter jalan kaki ada gerai yang ada banyak tempat makan. So, kitorang jalan kaki ke sana. Kebanyakan kedai still belum dibuka lagi. Fortunately, ada beberapa gerai dengan tanda halal baru dibuka. Akak tuh baru tengah setup barang- barang. Tanpa berfikir panjang dengan memasing dah dalam keadaan kebuluran, kitorang decide to untuk makan di situ. Seperti biasa, masing- masing duk order mee tomyam. Tapi, untuk aku for surelah nasi. Perut melayu tak sah tak makan nasi.

Strolling around the city. Abang oi, beg tuh bebaik takut kena rembat nanti.


Akak nih duk explain menu yang ada. Muka Nelly pon siap kerut-kerut baca menu dia.


Si Nora nih over sangat baca menu. Tak reti pronouncelah tuh. Lidah pon boleh belit-belit sebut nama makanan Thailand.

Beberapa ketika, makanan sampai. Lauk banyak giler. Sotong besar-besar. Tapi, mee tomyam tak rasa tomyum macam clear soup jer. Aku punya nasi goreng pon bland jer rasa. At that moment barulah salah seorang dari kitorang perasan apa yang ada atas meja. One whole set of garnishing and all kinds of Thai seasoning. Ada paste tomyum, fish oil, kicap, garam gula, dan beberapa lagi unknown seasoning. Maka bermulalah sesi menunjukkan bakat masing-masing dengan Do-It-Yourself meals.

Atas meja tuh all garnishing untuk DIY your own food.


Sawadikap Kapkunkrap Tomyam Laichee Somtam Chulalongkorn. Eh.

Hasilnya, masing-masing punya makanan rasa lain. Memang rare betul order makanan sama rasa lain-lain. Tak penah dibuat orang. Nasib aku punya sedap. Si Tikin frust, mee tomyam dia tak sedap. Nasib badan. Aku nak menolong pon dah tak dapek. Bagus jugak buat kedai DIY camnih. Takdelah kena blame dengan customer kalau tak sedap. The taste of your food lies on your own hand. Camtu ha motto nya. Aku puji konsep makan camni. Nora kasi 4 bintang.

Belah kiri bihun tomyam si Tikin belah kanan si Put punya. Tengok warna pon dah tau mana sedap.

Lauk dia banyak dan besar-besar seafoodnya.

Selesai makan kitorang dibawa ke tempat bas oleh abang botak memandangkan hari pon dah petang. Terima kasih abang botak. Kesimpulannya, don't judge a book by it's cover. Abang botak muka ganas penuh tatoo rupa2nya abang yang dalam hati ada taman. Dengar pon lagu-lagu lenggok gemalai ala-ala irama Malaysia. Kali nih bas ala-ala mini bas yang dia bukak pintu belakang jer. Memandangkan kitorang naik dah petang, bas dipenuhi dengan budak-budak sekolah.

Haruslah bergambar dengan abang botak dengan senyuman manis, calon suami mithali. Haha.

The different type of bus on the way balik.



Abaikan jerawat batu yang macam lebam kena dera suami. Nak gi holiday tak sah tak keluar jerawat batu. Screw you jerawat.

Budak-budak balik sekolah ni pon sporting je bergambo.




Aku sambung lagi on our drama bacheloret night. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment