Assalamua'laikum...
Day 2 2nd October 2014
Day 2 2nd October 2014
Bangkok
Memandangkan kitorang duduk dorm
8 orang dengan satu bilik air, makanya terpaksalah bergilir-gilir mandi. So,
dapatlah lajak tido sementara tunggu turn mandi. Pagi-pagi lagi dah dengar
jeritan Hana dari dalam bilik air. Kitorang memang dah bantai gelak dari luar
walaupon tak tahu apa cerita. Nasibla, dapat kawan-kawan yang suka gelakkan
orang. Rupa-rupanya bilik air dah banjir giler. Kepala paip dah tercabut. Air
pressure kuat giler, nak pasang balik kepala paip tu pon tak mampu. Aku dah
rasa macam bomba dah dalam bilik air. Elok sangatlah dulu kecik-kecik tak ada
Kidzania nak berangan jadi bomba. Dah besar dapat jadi bomba sementara kat
Bangkok pun jadilah. End up report dekat lobby, then tukang paip datang baiki.
Tiada lagi kejadian bomba selepas itu. Sampai habis trip duk seriau takut paip
air tercabut bila masuk toilet. Tulah Hana, semalam duk puji sangat paip air
best. Ambik kau, best sangat sampai tercabut.
Right in front of Hualomphong Wat with the Jejongs minus Tikin.


