Tuesday, August 18, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 1.0 : Ramadhan Fair

Assalamua'laikum...

Perjalanan bermula dari rumah Ablong selepas sahur. Dan-dan nak turun dari parking, Ablong dah tergores kereta Haji Abah sebab kereta yang panjang tak boleh nak bajet. Ditambah pulak kereta belakang yang tak menyabo duk horn kereta suruh cepat. Bunyi macam teruk gaklah. Konpem Ablong cuak giler. Nasib Haji Abah dan Hajjah Ibu bising sekejap jer dengan kecuaian Ablong. Adekah ini petanda permulaan perjalanan yang tidak baik. Awan gelap berarak beserta kilat sabung-menyabung. Over sangat effect aku kan. Banyak sangat baca komik.

Kitorang berhenti untuk sembahyang subuh di Masjid KLIA. It was first time aku bersolat kat situ. Cantik dan besar. Siap kain telekung disimpan dalam bilik persalinan khas. Proper gilerkan. Dalam tu siap ade vending machine. Sebab puasa punya pasal air dalam vending machine pon boleh tempting. Siap ade air Coway lagi di koridor. Banyak giler pahala orang yang infaq Coway dekat masjid nih. Yang lagi tak menahan siap ade kerusi mengurut yang masuk duit tu lagi. Btw, masjid tu sangat bersih dan cantik of which a good first impression considering bila orang touch down di airport, the first masjid yang akan di jumpa adalah Masjid KLIA.

Saturday, July 4, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 0.5 : "Bulan Puasa orang buat Ibadat bukan Pergi Berjalan"

Assalamua'laikum...

Aku, adik aku,Ain dan both parents aku, Haji Abah dan Hajjah Ibu berkesempatan merasai suasana berpuasa di perantauan untuk 4 hari. Baru jer balik last weekend dari Medan. It was random trip that aku dan Hajjah Ibu decide to book the ticket biler Pak Tony buat offer for Big ID members. Basically, aku selalu berangan nak try puasa kat tempat orang, nak tengok suasana berpuasa, nak rasa makanan dan nak feel terawikh in other place. So, because of that aku suggest Hajjah Ibu booked during Ramadhan ke Medan. Kenapa Medan? Entah. aku pon tak tahu kenapa. Tak tahu pon ada apa kat Medan. A random pick.

Thursday, July 2, 2015

Negara Muka Fake 6.0 : Hari Terakhir di Seoul

Assalamua'laikum...

Lima hari di negara muka fake dirasakan sangatlah pantas berlalu. Hari ni dah hari ke- enam di kota Seoul. Rasa macam baru jer kitorang bersama-sama sesat di Apgujeong. Kitorang tiada specific plan for today. Makanya, upacara penghabisan duit won. Macam banyak sangat je duit.

Dengan manager Dalkom kot, yang sangatlah membantu before we depart to airport.


Friday, June 19, 2015

Negara Muka Fake 5.5 : Air Beirama di Banpo Bridge

Assalamua'laikum.....

Korang pernah tengok tak air keluar dari jambatan? Aku pon tak pernah tengok sebelum nih. Selama ni duk tengok air bawah jambatan jer kan. Petang tuh kitorang menuju ke Banpo Bridge nak tengok guane agaknya rupe air keluar ikut jambatan.

So, untuk ke sini naik subway dan stop over dekat station Express Bus Terminal dan keluar melalui exit 8-1. Keluar tengok sekeliling memang takkan nampak sungai ke jambatan ke memang non hado. Perjalanan masih jauh kena menapak. Keluar je, jalan straight sampai simpang 4 dan kemudian belok ke kanan. Memang jambatan masih tak kelihatan. Yang korang akan nampak jalan besor dengan banyak kereta. Jalan jer terus sampai nampak zebra crossing dan cross the road. Pastu akan melalui laluan pejalan kaki bawah tanah. Jalan jer straight, sampailah akan nampak satu park di tepi satu sungai yang sangat besar. Kalah Sungai Pahang gayanya. There we go. Dah sampai dekat Banpo Bridge.


Tuesday, June 16, 2015

Negara Muka Fake 5.0 : Lawatan kembali ke Sekolah di Ewha University

Assalamua'laikum...

Lama giler aku nak habiskan citer negara muka fake nih. Belum lagi trip indochina aku tuh. Untuk hari ke-5 kitorang punya plan adalah untuk ke area Ewha University. Kat Korea nih there's a few women university yang wujud dan Ewha University adalah salah satu women university yang famous. Mungkin sebab structure and building dia kot. Feeling-feeling student sangat kat sini.

Ewha Women's University. Belah kanan dan kiri tuh actually kelas diorang. Cool giler kan.