Sunday, June 30, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 3 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum..


Sebelum aku start cerita pasal what happend on our third day in China, let me review pasal kitorang punya tempat penginapan for the second and third night, Lilac International Suite. Sebab musabab hotel ni dibook adalah kerana tempatnya yang sangat strategik which is lebih strategik dari Melaka. Okeh, Melaka tiada kaitan langsung. Tempat dekat gile dengan train, which is dekat dengan Guangzhou East Station yang ade link to the Bullet train to Shenzhen. Nama pun Lilac Suite kan, so, suite with two rooms and ruang tamu tapi satu je bilik air. By right, the room is only for 6 people tapi kitorang seludup semua orang masuk. Macam tak biasa berhimpit-himpit. Some of us tido berjamaah kat ruang tamu. The more the merrierlah katakan. Bilik dia not bad compared to the first night tidur kat airport but then katil dia keras sikitla. Harga around RM295 per night based on Agoda.


Semua nak sibuk menyibuk masuk gambar dekat signage.

Sunday, June 16, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 2.5 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamualaikum.....

...entry sebelumnya...

Kita bersambung dengan Episod 2.5.. Siap ade point lagi... Ko ader?? Second day adalah hari intuk meneruskan perjalanan ke Guangzhou. Get ready untuk termuntah dengan post kali ni yang panjang berjela-jela. So, Initial plan untuk hari ini adalah dari airport ke Shenzhen Railway Station tuk naik inter-city train ke Guangzhou then kalau naik train pukul 9 dapatlah haji Abah dengan anak-anak lelakinya semayang Jumaat kat masjid kat Guangzhou. Unfortunately, perjalanan kitorang taklah selancar yang diharapkan. 

Haji Abah muka excited naik public transport. Padahal kat Malaysia tak pernah nak naik public transport. Transport paling public pon, naik ferry kat Penang. Haha.

Wednesday, May 22, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 2 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Mari kita sambung balik citer pengembaraan family aku ke negara mata sepet. Pengembaraan, dah macam Dora the Explorer dah. Hari kedua, lepas dah breakfast ala kadar dengan roti sambal Gardenia untuk alas perut, kitorang pun bergerak dengan penuh kesemangatannye. Memandangkan time nih baru habis musim sejuk nak masuk musim baru memang seriusly sejuk gila. So, sapa nak datang around bulan 3 camtuh jangan lupa bawak sweater atleast.



Haruslah bergaya cam ala-ala kungfu.

Sunday, May 19, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 1 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum....
Konon-kononnya aku nak update pasal trip ke negara mata sepet. Malangnya, aku minggu lepas baru balik dari Padang, Indonesia for business trip. Ecece. Dengar dah macam business woman dah. Padahal.... 

Back to the motip sebenar post ini, 28 February yang lepas aku satu family dengan diketuai oleh Hajjah Ibu sebagai ketua rombongan telah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, dah merancang setahun lalu, pergilah kitorang ke China untuk percutian. Hambek ko. Pantun empat kerat. Dah boleh masuk pertandingan berpantun kebangsaan dah nih. 

So, family dari Kuantan dah bergerak sehari awal dan macam biasa kitorang menjadikan tempat berkumpul kat Kolumpo, umah Ablong sebagai markas operasi. Untuk lebih jelas lagi markas operasi untuk mengosongkan beg dengan tujuan nak bawak beg kosong sebab nak pergi bershopping kat sana. Flight Pak Tony pukul 4 petang. By lunch, kitorang dah berkampung dekat LCCT takut jugak anything last minute jadi pape, tak pasal-pasal main kejar-kejar plak dengan kapal angkasa. Thanks to kawan Ablong yang tinggal kat Banting, sebab umah dia dah dijadikan tempat simpanan kereta-kereta kitorang. Kata berganda tuh, dah macam bawak kereta 4, 5 bijik. 

Duk packing-packing barang masuk pacuan 4roda dari markas operasi nak gi naik kapal angkasa Pak Tony.

Muka hyper xleh nak hodoh lagi nak pegi bercuti negara mata sepet .

Monday, April 22, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Baru-baru ni, aku satu familly merayap ke negara mata sepet, China ngan Hong Kong. Dulu aku dah pernah pergi dah negara mata sepet ni tapi Beijing ngan Shanghai ikut trip kolej zaman-zaman hingusan kat UiTM. Kali ni, kitorang terjah ke Shenzhen, Guangzhou dengan Hong Kong. Trip merayap kali ni berbeza sikit compare dengan family trip kitorang sebelum ni sebab kali ni ada ahli baru dalam family.

Semua plan, itenarary semua dah diplan baik punya oleh Hajjah Ibu memandangkan aku sibuk kerja audit company orang siang malam. So, tak dapek den nak nolongnya. Kitorang merayap bukan in back packers style tapi beg tarik style. Nak ikut travel agent tak mampu la plak. Bankrapla weh. Mau tak bankrap, kalau sorang dah tiga ribu paling murah, kitorang Haji Abah, Hajjah Ibu, 8 beradik + 1 kakak ipar + 1 budak kecik mata sepet, tak ke habis RM 30 ke 40 ribu gak.