Monday, April 22, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Baru-baru ni, aku satu familly merayap ke negara mata sepet, China ngan Hong Kong. Dulu aku dah pernah pergi dah negara mata sepet ni tapi Beijing ngan Shanghai ikut trip kolej zaman-zaman hingusan kat UiTM. Kali ni, kitorang terjah ke Shenzhen, Guangzhou dengan Hong Kong. Trip merayap kali ni berbeza sikit compare dengan family trip kitorang sebelum ni sebab kali ni ada ahli baru dalam family.

Semua plan, itenarary semua dah diplan baik punya oleh Hajjah Ibu memandangkan aku sibuk kerja audit company orang siang malam. So, tak dapek den nak nolongnya. Kitorang merayap bukan in back packers style tapi beg tarik style. Nak ikut travel agent tak mampu la plak. Bankrapla weh. Mau tak bankrap, kalau sorang dah tiga ribu paling murah, kitorang Haji Abah, Hajjah Ibu, 8 beradik + 1 kakak ipar + 1 budak kecik mata sepet, tak ke habis RM 30 ke 40 ribu gak.




Tiket dah beli since last year lagi dari Pak Tony. Time tu bukan sale yang kecoh-kecoh orang tunggu depan laptop tuh, so dapatla tiket murah plus sebelum ni Shenzhen ni tak famous lagi just famous di kalangan orang business jer. Dapat tiket sorang RM350 habaq kat hang. Cuma budak kecik mata sepet tu tak lahir lagi last year, so, tiket tahun ni baru beli tambah lagi seratus lebih kot. Yang tu tak berapa nak pasti sebab Abang aku yang pegi Pak Tony nye sales counter beli.

Oleh kerana tahun lepas tiada sebarang family trip sebab ada sorang adik aku peksa SPM, maka trip yang julung-julung kali tahun ini jadi trip of the year. Yang sekolah, ponteng sekolah, yang peksa, tak gi peksa, yang duk U, ponteng kelas, yang sepatutnya register degree, suka hati postpone register, yang keja cuti, dan yang paling best aku keja, selamber badak sumbu berenti keja. Badak sumbu pon tak seselamber aku. Sah-sah tak dapat cuti sebab sekarang tengah peak period, lagipun aku memang dah lama plan nak resigned. Memang gamble habis. Kalau nak tunggu cuti sekolah semua barang naik, pastu timing ngan budak-budak U tak kena. Haji Abah ngan Hajjah Ibu pun rilek je, suruh ponteng semua.

Aku akan update lagi next post pasal entry ni. Astalavista bebeh.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment