Sunday, June 16, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 2.5 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamualaikum.....

...entry sebelumnya...

Kita bersambung dengan Episod 2.5.. Siap ade point lagi... Ko ader?? Second day adalah hari intuk meneruskan perjalanan ke Guangzhou. Get ready untuk termuntah dengan post kali ni yang panjang berjela-jela. So, Initial plan untuk hari ini adalah dari airport ke Shenzhen Railway Station tuk naik inter-city train ke Guangzhou then kalau naik train pukul 9 dapatlah haji Abah dengan anak-anak lelakinya semayang Jumaat kat masjid kat Guangzhou. Unfortunately, perjalanan kitorang taklah selancar yang diharapkan. 

Haji Abah muka excited naik public transport. Padahal kat Malaysia tak pernah nak naik public transport. Transport paling public pon, naik ferry kat Penang. Haha.




Kitorang sampai kat train station agak awal, kalau tak silap lebih kurang pukul 9. So, straight pergi cari machine untuk beli tiket bullet train ke Guangzhou. Malang yang tak berapa nak berbau sangat, semua tiket train untuk hari tu sold out. Totally tak ingat that day was Friday. Rakyat-rakyat China semua balik kampung. Then, baru teringat pernah baca online yang weekends is advisable to buy train tickets a few days earlier sebab selalu habis. Terus pacuan darah merah naik ke kepala. Mana taknya, gila kau, kitorang tak de backup plan langsung. So, makesure, kalau nak travel main redah, prepare with Plan A, B, C and kalau boleh sampai habis alphabet.

Sementara aku dengan Hajjah Ibu buat pencarian tempat bas, diorang tunggu dekat dataran sambil bergambar.

Dataran tempat melepak depan stesen bullet train. Sesuka hati je kasi nama tempat ni dataran.

So, plan pon berubah dari naik train ke naik bas. Disebabkan hotel dah online book, so, kena jugak follow plan untuk pergi Guangzhou hari tu jugak. Dalam menggagau cari stesen bas tu, boleh kitorang macam almost nak kena tipu. Tanya orang kat situ, then dia bawak aku dengan Hajjah Ibu ke satu kedai macam travel agent, tetiba jer tuan kedai tu suruh balik, dia tutup kedai dan cabut lari. Gila tak gila. Maybe ada penguatkuasa nak buat checking. Nasib baik. Kalau tak bodoh2 kena tipu dengan cina-cina ni. Kalau tak, tak ke jadi drama sinetron boleh tayang petang-petang kat TV3.

Hotel ni sebelah kiri dia stesen bullet train, tempat nak beli tiket. Bawah dia metro aka LRT. Depan dia Dataran tempat melepak. Depan dataran tu lagi, stesen bas inter-city yang atasnya Louhu Shopping Centre. Paling hujung belah kiri Louhu station yang nak pergi ke Hong Kong. Paling paling hujung pulak dah HongKong. So, pepandaila korang buat imaginasi sendiri map tempat ni.

Setelah tanya orang sana sini, barula dapat tahu yang kalau nak naik bas express intercity, tempat dia seberang tempat bullet train. At first, was-was gila tengok tempat naik bas tu sebab sebelum masuk kat dalam area tu ada macam alat yang kat airport, metal detector tu. So, beg semua kena scan dulu sebelum beli tiket bas. Kelas jah stesen bas dia. Unfortunately, dalam menggelabah tukar plan aku tak sempat tangkap gambar stesen bas dia. Tapi, apa yang aku boleh cakap agak organize, ader tulis platform no berapa untuk pergi ke destinasi mana. So, just pegi tuju jer. Tiket bas takyah beli dekat kaunter. Boleh beli waktu nak naik bas.

Tiket bas pergi Guangzhou. Ape jadah tulis kat tiket tu pun aku tak paham. Kalau tulis tulisan jawi ke pahamla jugak.

Harga tiket bas ni  adalah  ¥65 murah sikit compare to naik train ¥80. Tapi, lamala tak silap aku 2 jam lebih gakla nak boleh sampai ke Guangzhou. Aku pon tak ingat sangat sebab aku tido je sepanjang perjalanan. Kalau naik train 1 jam lebih jer. Sampai Guangzhou pulak bermulalah drama sinetron kedua. The first pitstop for the bus is Guangzhou Passenger Transport Bus Station which is aku tak ingat dalam bahasa cina panggil apa. Memandangkan driver bas tu garang dan tak pandai cakap English, so tak boleh tanya ni stesen apa and next station bas ni nak berenti mana, kitorang pun dengan redha turunlah bas. Dahla tak study pape pasal road bus sebab the plan is to use train which is tak payah susah-susah nak tanya orang. As long as dah tau tempat, boleh redah jer. Lama jugakla sangkut kat situ sebab tanya kat orang di kaunter pertanyaan semua tak pandai cakap English. Ade sorang je minah ni yang boleh cakap English tapi vocab dia limited gila. Memang dah tahap ayam ngan itik dah kat situ.

Adegan ayam dan itik nak tahu macam mana nak pergi Yuexiu Park.

So, minah cina ni suggest naik bas sebab katanya dekat je stesen bas tu ke Yuexiu Park ni. A few options yang kitorang consider waktu ni iaitu nak naik bas tambang ataupun naik teksi. Kalau naik teksi kena amik 2 teksi which is ada possibility satu teksi boleh tertinggal and its China weh, diorang tak pandai cakap omputih. Dah jadi macam orang local dah cuma beza warna kulit jer tunggu bas tepi jalan. Dua, tiga bas yang disuruh naik tu penuh. Waktu tu dengan sejuknya dan hujan renyai-renyainya. So, tukar plan sebab ade budak kecik, tak ke naya kalau demam waktu kat negara orang. By right kalau naik bas sorang ¥2 jer dan jumlah semua sekali  ¥22 sahaja. Tapi kitorang naik van yang macam prebet sapu pakai sumbat semua orang dalam satu van. Nasib baiklah slim2 semua. Mahal jugakla kena pakuk. ¥50. Padahal tempat dekat je, tak sampai 5 minit pun. Tak kesahlah yang penting terus sampai ke destinasi. Kalau naik bas dah tak tahu nak berenti kat mana-mana. Tak pasal-pasal sesat, masalah lagi.

Muka sebek Haji Abah kena tunggu bas dalam hujan.

Last sekali, naik van prebet sapu main sumbat dah macam sardin. Tin sardin pun banyak ruang kosong lagi.

This is it. Muka depan pintu Yuexiu Park. Hambik kau dengan luggage besar pegi bersiar-siar kat park. Tak penah dibuat orang.

Kalau nampak signage jalan nih, konpem you are on the right place..

At first, aku macam pelik jugak. Apejadah la Yuexiu Park ni. But, its of course one of the tourist destination if you go to Guangzhou. Ade patung besar gambar biri-biri 7 ekor kot, aku pun tak ingat. I belive there's some kepercayaan orang cina pasal this. But then, apa aku kesah. Yang aku tau pegi sana tangkap gambar and of course typical gaya bila pergi melancong is melompat macam orang gila tak tahu malu. Haha. And of course kalau anak cucu cicit tanya nanti boleh la cakap, "Yes!!!! I've been there, of course.." dengan muka berlagak. Hahaha. Tempat dia cantik la ade bunga-bungaan semua. Let the pictures tell the storylah kan.


Kena mendaki tangga yang tinggi. Kalau ade penyakit sakit lutut tu lupakan ajelah.

Biri-biri sekeluarga. Yang paling besar tu, bapak segala biri-biri.

I can't believe that people coming here just for the sake of taking pictures with these biri-biri. The only monument up in the hill after climbing up some stairs. Nasib baik suka bergambo.

Selepas dah tangkap gambar sebagai tanda dah penah sampai sini, bermulalah pengembaraan untuk mencari Masjid Saad Abi Waqas. As we were walking out through the main roads, jumpalah satu restoren (betul ke eja macam ni??) Halal. Kitorang yang tak makan tengahari lagi tanpa berlengah masa terus terjah masuk kedai tu. Well, waktu tu pun dah melepasi waktu lunch. So, gila ape tak lapar kan. Ape lagi startla menunjuk-nunjuk gambar kat dinding kedai, padahal tak tahu ape pun makanannya yang penting nampak sedap.

Menu untuk hari ini, nak makan ape tunjuk je. Kalau tanya apa memang haram tak paham apa diorang cakap. 

Restoren Chang kung Chang Teng, maybe?? Haha. 

Terus penuh kedai tak payah nak tunggu pelanggan lain. Cukup sales untuk hari ni.

Laoban , tuan kedai dengan tukang masak kulit pucat, muka kiut. Belum tengok tukang masak uli mee, bapakla kool giler.

Walaupun kebulur, semua muka happy giler sebab nak bergambo.

The food were not bad compare to makanan kat Beijing serba-serbi tak cukup rasa. Yang ni okla kena dengan selera orang Malaysia plus the portion was big. Satu dish cost around ¥15-¥20.

Yang ni memang terbaik lauk ayam ngan kentang, rasa macam in between of kari and gulai. Sebab tak habis siap tapau lagi. Which at the end kena pau dengan peminta sedeqah depan masjid.

Sebelum jumpa kedai makan ni, ade satu kedai Lebanon kot which kat luar tulis halal but then kitorang diberitahu oleh tokeh kedai yang kedai tu serve babi. Selamat tak masuk. Despite all of the drama yang berlaku during the journey, perjalanan kitorang dipermudahkan sangat. Laoban, tokeh kedai makan ni actually is the imam dekat Masjid Abi Waqas. So, hasrat Haji Abah dan Hajjah Ibu nak pegi ke sana berjaya. Pak imam siap bawak kitorang jalan kaki ke masjid tuh memandangkan by the time kitorang siap makan tuh dah masuk waktu Asar and dia pun nak pergi semayang kat sana. Dari kedai makan ke masjid 10-15 minit punya perjalanan jugaklah lebih kurang 1km kot, aku pun tak sure. Kalau nak cari sendiri menggagaula weh. Kena jalan straight then kena cross the road guna jejambat bawah tanah yang nak ke Metro station Yuexiu Park. Then, jalan sikit dah nampak lorong ke masjid.

Jalan nak masuk ke lorong masjid namanya Jalan Lanpu.

Ni ialah Lanpu Park betul-betul bertentangan dengan lorong heading to masjid. Taman ni memang berlampu, mungkin orang cina salah eja instead of Lanpu Park sepatutnya Lampu Park. Haha.

Ade pulak pokok dengan tanglung kat sini kan. Memang berehat sebentar bersama kameralah jawabnya.

Setiap hari Jumaat, sempena Jumaat yang barakah, chewah, ada macam pasar minggu kat lorong ke masjid. Macam-macamla ade. So, kalau nak cari makanan-makanan halal yang sedap hingga menjilat jari bolehla ke masjid ni. Only applicable on Friday. Kalau hari lain ko pegilah pasar malam kat TTDI ke Kg Baru ke Damansara ke yer.. Jumaat baru datang sini.. Camtuuu kan.. Sampai pun dah waktu Asar, memang tak dapekla nak bershopping sakan sebab gerai-gerai semua dah packing nak balik. Sape suruh ko datang lambat kan?? Salahkan tiket tren sape suruh habis. Salahkan bas expres apsal sampai lambat sangat. Salahkan amoi dekat stesen bas, sape suruh tak pandai cakap English. Haha. Kesian amoi tuh.

Gerai-gerai semua dah tutup. So, tak sempat nak shopping sakan.

The only gerai yang bukak adalah gerai roti. Itupun diorang dah packing dah start packing barang. At least dapatlah beli makanan untuk breakfast esok pagi.


Pintu depan sebelum masuk Masjid Abi Waqas. 

Masjid ni adalah masjid yang tertua di China dan telah dibina oleh Saad bin Abi Waqas. China lagi awal terima islam dari kita. Sebab tu orang cakap menuntut ilmu biarlah sampai ke Negara China bukan sampai Negara UK.. Dushh...(Tumbuk muka sendiri sebab tak habis-habis berangan nak belajar kat UK). Sape Saad bin Abi Waqas nih?? Meh aku nak citer sikit sape Saad nih. Kalau Kpop semua tau. Saad Abi Waqas adalah bapa saudara Rasulullah belah mak Nabi dan beliau kalau tak salah adalah antara orang terawal memeluk islam. Beliau jugak merupakan sahabat yang telah mempelopori bukan pori-pori di muka Tamadun Islam di China sebab waktu zaman Khulafah Ar-Rasyidin Uthman bin Affan beliau mengetuai rombongan untuk sebarkan ajaran islam di China. Beliau jugak masuk ranking Top 10 yang konpem masuk syurga. Ni Top 10 carta lagu je tau. *pengsan..

Depan masjid yang dah 1 abad and play important role tuk perkembangan islam di China.

Tanah perkuburan umat islam kat sini. Semangat Pak Imam ni tunjuk kat kitorang.

Sambung balik citer. Waktu sampai kat masjid ni dah pukul 5.30. So, instead of terus pegi semayang, Pak Imam bawak terus pegi belakang ke Makam Saad bin Abi Waqas. Yang bestnya, makam ni waktu melawat sampai pukul 4.30 jer and dah tutup dah. But then, Pak Imam menggunakan kuasa beliau yang berpengaruh di masjid masuk dalam dan suruh penjaga pintu makam buka pintu makam exclusively for us. Gila tak. Walaupun pakcik penjaga pintu membebel dalam bahasa cina sebab dah di luar waktu melawat tapi dia tetap bukak kunci.  So, we were there, inside the makam reciting short tahlil which conducted by Pak Imam. Where on earth nak dapat peluang macam ni kan.

Makam ni hanya di buka pada waktu seperti di atas. Jangan ingat korang akan bernasib baik macam kitorang kalau sampai lewat. Kalau taknak kena bebel dengan penjaga kunci makam.

Sementara Pak Imam panggil orang untuk bukak pintu.

If u know how to read Arabic. Aku manage tuk baca Abi Waqas jer. The first word tu tak tau apa.

Depan makam.

Tahlil ringkas diimami Pak Imam. Haha.

Based on pembacaan aku dari Pakcik Google, Saad Bin Abi Waqas dipercayai meninggal dunia di Madinah. So, it might be Abi Waqas yang lain. Who knows.. But for sure, beliau punya contribution sangat besar. After a while menghabiskan masa di masjid, Pak Imam pun dah menghilangkan diri tanpa sempat nak wish Xiexie, kitorang pun heading to hotel, Lilac International Suite.

Kain batik di China, nak semayang punya pasal sanggup menghadapi kesejukan angin.





Fuhhh... Habis gak Episode 2.5. Don't worry there wouldn't be any Episode 2.75. Next entry will be Episode 3 in Guangzhou for shopping spree. Yahooo... Hope sesape yang baca, kalau ade yang bacalah will be benefited with the sharing. Astalavista.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment