Sunday, May 19, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 1 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum....
Konon-kononnya aku nak update pasal trip ke negara mata sepet. Malangnya, aku minggu lepas baru balik dari Padang, Indonesia for business trip. Ecece. Dengar dah macam business woman dah. Padahal.... 

Back to the motip sebenar post ini, 28 February yang lepas aku satu family dengan diketuai oleh Hajjah Ibu sebagai ketua rombongan telah berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, dah merancang setahun lalu, pergilah kitorang ke China untuk percutian. Hambek ko. Pantun empat kerat. Dah boleh masuk pertandingan berpantun kebangsaan dah nih. 

So, family dari Kuantan dah bergerak sehari awal dan macam biasa kitorang menjadikan tempat berkumpul kat Kolumpo, umah Ablong sebagai markas operasi. Untuk lebih jelas lagi markas operasi untuk mengosongkan beg dengan tujuan nak bawak beg kosong sebab nak pergi bershopping kat sana. Flight Pak Tony pukul 4 petang. By lunch, kitorang dah berkampung dekat LCCT takut jugak anything last minute jadi pape, tak pasal-pasal main kejar-kejar plak dengan kapal angkasa. Thanks to kawan Ablong yang tinggal kat Banting, sebab umah dia dah dijadikan tempat simpanan kereta-kereta kitorang. Kata berganda tuh, dah macam bawak kereta 4, 5 bijik. 

Duk packing-packing barang masuk pacuan 4roda dari markas operasi nak gi naik kapal angkasa Pak Tony.

Muka hyper xleh nak hodoh lagi nak pegi bercuti negara mata sepet .


Flight amik masa 4jam sebelum melandingkan diri. Sampai pun around pukul 8 di international terminal. FYI, Shenzhen punya airport, semua sekali ade 3 terminal. International Terminal untuk international flights yang mostly flight dari Macau dengan HongKong sebab negara jiran. Lagi 2 terminal ialah Terminal A dan Terminal B which are for domestic flights. Memandangkan rakyat cina nih ramai nak mampos, so, domestic nyer terminal lagi beso and macam international terminal dah tertuko dengan international terminal yang kecik dan old school sket.

Bukhara Briyani and Nasi Lemak Pak Naseer (not in da picture) are best friend when travelling with kapal angkasa Pak Tony.

Eksaited si mata sepet Zara naik flight pegi jumpa sedara-mara mata sepet. Haha.

Sunset babeh..

Kitorang pon sampai malam and no intentions untuk bermalam kat hotel and tak book pon maka sesuka ati jer buat airport macam tok nenek aku yang punya. Airport has turned out to be our official hotel. Memandangkan Hajjah Ibu dah buat homework from travel-travel blogger lain yang penah jugak buat Shenzhen Airport macam tok nenek dorang yang punya tapi diorang tidur dekat Terminal A, maka aku sebagai Penolong Ketua Rombongan (gipang gila lantik diri sendiri) pegi usha kawasan. Dah macam gengster mana dah kan gi usha kawasan. Dari Utara ke Selatan airport kitorang round, then buat decision nak berkampung dekat 'Hotel' International Terminal sebab tak de orang and kalau tak silap flight kitorang tuh last flight kot malam tuh.

Nilah hotel tak berbintang kitorang but the important things is everybody got their own bed. Kerusi dia better dari kerusi kat Seoul airport yang keras gila.

They even close the lights for us. Dah jadi macam kawasan kitorang dah. Semua kerusi dah konker.

Aku bajet mesti banyak soalan bermain di minda pasal hotel pertama kitorang nih. Safe ker? Boleh tido ker? Mehla aku share sikit. First of all, korang takyah risau pasal safety sebab ade guard yang jaga 24 hours kat situ. But then still lah personal belongings semua kena jagalah. Nak tido pun kena letaklah beg-beg dekat-dekat. International Airport nih pukul 11 malam sampai pukul 7 pagi dia tutup. Memula was-was jugak boleh tido ker sebab pukul 10 macam tu diorang dah tutup lampu, and the only coffee shop kat situ pon tutup tapi kitorang tanya pak guard dia kata boleh. So, advisable kalau nak tido kat airport tido kat International Terminal sebab Terminal A dengan Terminal B tuh macam 24 hours operate sentiasa ramai orang and toilet dia kotor compare dengan terminal aku nih (memang bajet tok nenek aku yang punya) sebab tak ramai yang guna.

Gate close only for International Terminal sahaja. Harap Maklum.


Tak habis lagi citer pasal hotel nih. Yang bestnye pasal hotel nih, siap ader water cooler tuk air suam dengan ade air panas. So, kalau bawak 3 in 1 punya Tongkat Ali ke Milo ker Teh Ais ke bolehla bancuh minum air panas. Nak buat macam kedai air pon boleh. Sape yang ader anak kecik nak bancuh susu tu tak perlu risaula. For those yang first time or tak penah travel to negara yang basuh hasil-hasil pelaburan dengan cara beristinjak. Jangan lupa spare botol kosong satu sebab toilet diorang bukan macam toilet kita yg ade air. diorang kat singki luar jelah ade. Dah kasi good review pasal hotel nih, meh aku kasi the bad nye plak. Kalau dah tido kat sini, berjaga-jaga dengan makhluk yang bernama nyamuk sebab mereka adalah pengganas paling merbahaya kat sini. So, better bawak mosquito repellant or somethingla. Aku tido memang tak lenalah sebab dengan sejuknya and nyamuk-nyamuk bawak geng buat concert kat telinganya, memang mengganggu ketenteraman awam. Aku berjayala seal badan aku dengan tuala dan segala jenis baju yang aku bawak taknak kasi nyamuk menyerang aku. Dengan muka-muka pun kena tutup. So, serangan pengganas ni gagalla kepada aku tapi dengan jayanya serangan ke atas anak buah aku si mata sepet Zara.

   
 
Gambar before bertolak dahi licin lagi. After insiden keganasan nyamuk, hasilnya bintat-bintat merah yang dah macam chicken pox. Tapi, si Zara maintain jer, lagi hyper adelah.

Aku rase dah macam terlebih panjang lebar plak aku citer pasal Hotel Shenzhen Airport nih. Penatla plak menaip. Aku continue lagi next time on our journey merentasi Negara Mata Sepet dalam next post. Jumpa lagi di hari lain dan waktu bila-bila dalam rancangan Merayap in Od Style. Bajet buat rancangan sendiri. Oklah see you when I see youlah which is highly likely I wouldn't see you. Muhahahha * Gelak dengan tangan bercekak pinggang kepala dongak ke langit macam Action Kamen dalam citer Sinchan. Astalavista. 

Wassalam

                    Od

No comments:

Post a Comment