Showing posts with label HongKong. Show all posts
Showing posts with label HongKong. Show all posts

Sunday, December 22, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 6.5 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Aku baru lepas tengok Destinasi Airasia ke HongKong bersama Loy adik-beradik. Terus semangat nak menaip pasal sambungan trip kitorang ke Disneyland HongKong bersama adik-beradik Masri dan mak ayah serta ipar-duai (macam ramai sangat iparnya, padahal sorang je) dan anok sedara yang lebih havoc dan meriah noks.

Selepas check-in dari hotel, makan-makan dan sembahyang semua, barula kitorang secara berjemaah ke Disneyland. Kali ni dengan menaiki bas yang disediakan. No more jalan kaki. Serik. Habis lemak-lemak tepu terus jadi tak tepu. That time agak rugi sebenarnya sebab half day dah habis sebab travelling. So, kalau korang nak pergi Disneyland just make sure utilise betul-betul one whole day kat sana supaya tiket yang beli mahal-mahal tu berbaloi-baloi.

Tunggu bas pun ade kerusi Mickey. Kau hado??

Sibuk je budak kecik belah kiri tuh. Dah cun dah gambar potrait satu family. 

Monday, November 25, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 6 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum.....

...entry sebelumnya...

Masih membaca? Hebat betul. Aku ingatkan dah pengsan sebab baca previous post yang panjang berjela. Post yang dinanti-natikan mungkin?? Its Disneyland babeyh. Mari menjadi kanak-kanak!!!! Waktu kecik-kecik tak berkesempatan nak pergi Disneyland. Dah besar panjang barulah lepas.

So, before aku bercerita lebih lanjut pasal perjalanan kami merayau ke Disneyland, aku nak explain pasal cost. Mentang-mentanglah akauntan tak bertauliah kan, baru start nak baca dah cakap pasal duit. Ibarat baru masuk umah jiran, jiran dah mintak hutang. See?? Aku anggap korang jiran aku, jiran secara telepati. Perumpamaan tak logik langsung. Well, back to the business, no, I mean cost of living, eh no, cost nak masuk Disneyland. 

So, untuk mendapat tiket yang murah lagi menjimatkan, aku dengan Hajjah Ibu telah menerjah mencari DingDing Travel Agency. I was informed that Sun Hing Building is where DingDing Travel agency punya office. Punyalah bayangkan bangunan tinggi, lepas tuh ade signage besar-besar atas bangunan tulis nama bangunan. Malangnya, indah kabar dari rupa. Memang boleh terlepas pandang bangunan tu, Aku tak ingat what was the price that we bought the Disneyland Ticket from DingDing Travel Agency. It was like 8 months ago kot. Kau ingat aku macam Mike Ross dalam Suits ada photographic memory. Tapi... Tapi... Jangan risau aku dengan baik hati telah check dengan kawan aku yang baru recently pergi. Betapa baik hatinya aku. Current standard rate for adult kalau beli di kaunter tiket Disneyland adalah HKD450 tetapi kalau beli dekat DingDing harga just HKD395 for adult and HKD300 for kids. Mungkin kalau sorang dua rasa macam susah jer nak menyusahkan diri cari DingDing nih. Tapi, hello!!! Duit tuh boleh beli fridge magnet kot, bolehlah kasi extra souvenir dekat kawan-kawan yang tak ada dalam list.

Untuk family aku, jimat gila weh. So, if you are going there with a bunch of friends, advisable pegila beli tiket dekat DingDing. Kalau diorang taknak, ko volunteer pergi cari tempat ni. Then suruh dia bayar dekat korang standard rate. Padan Muka. How to go to the place??? Kalau naik MTR, berenti di MongKok Station. Then, keluar exit E1. Korang akan konfius bila dah keluar dari Exit E1, blur-blur nak tuju arah mana. Kang aku suruh tuju arah barat daya kang tak tahu plak mana Utara mana Selatan. Jadi, the easiest part is cari Nathan Road. The building is actually seberang jalan dari tempat exit MongKong station. So, you need to cross the road. Bila dah masuk building tuh pergi naik lif belah kiri, then naik tingkat 14. Kalau macam pening, boleh tanya pak Guard kat situ. Agak friendly jugaklah. 

Gambar a bit blurry.. Tapi yang dekat colour kelabu tu ada tulis SungHing Building.

Tuesday, November 19, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 5 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Its episode 5 and its day 5. Dengan pengembaraan yang lebih mengasyikkan dengan kurang drama sinetron berbanding hari-hari sebelumnya. Kitorang bergerak dari satu negara mata sepet ke negara mata sepet yang lain. Dari China ke Hongkong bukan dari Melaka ke negeri Pahang. Orang Melaka tak mata sepet hokeh kecuali Hang LiPo. Walaupun dah agak lama which was 9 months ago but masih fresh lagila ingatan pengembaraan family aku. Well, trip ke HongKong memang wa cakap sama lu upgrade habislah compare to before. 

Dari Shenzhen kitorang gerak lepas Subuh. Kalau family aku punya lepas subuh, lepas asar pun lepas subuh lagi. Selalu TokMi bising kalau balik kampung ke Terengganu, konon gerak lepas subuh, haram lepas asar baru sampai. But literally, lepas subuh kali ni agak awal compare to rekod-rekod sebelumnya, kes berjalan punya pasal semua pakat laju je. Siap cepat je. Sebelum Zohor dah gerak. Around waktu dhuha gittu. So, seperti yang aku dah pernah beritahu sebelumnya, Shenzhen ni betul-betul sebelah dengan HongKong. For Malaysians, Hongkong tak perlu visa tapi kalau nak plan masuk balik China make sure dah buat visa double entry ke China. Macam kitorang akan naik flight di Shenzhen, so, memang waktu apply visa tu, dah apply double entry punya visa siap-siap. Louhu ni borderlah antara China dengan Hongkong macam Thailand dengan Malaysia. Tapi border Malaysia dengan Thailand hudoh. Ni border cantikla.

Sekali lagi, aktiviti pindah randah dengan segala harta pusaka dilakukan.

Nampak tak teksi beratur panjang sampai ke belakang. Konpem tak yah tunggu lama-lama macam orang tunggu teksi dekat OneUtama.