Wednesday, October 30, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 4.75 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Kum apa kumbak, bak apa bak duit, duit apa duit sen, sen ape sengkeh... No I don't mean to sengkeh korang..  Sekeh kepala sendiri. Aku tak tahula korang penah nyanyi tak sambungan lepas beri salam kalau masuk rumah masa kecik-kecik.. Aku sampai ke besar kekadang buang tebiat pon still nyanyi lagi.. But then kan, macamla wujud perkataan kumbak.. Suka-suka hati jer, reka perkataan, nak sekeh orang punya pasal bila masuk umah.

Enough with intro entah pape dah off-topic. Aku sambung pengembaraan kitorang satu family kat negara mata sepet. Oh yeah!!! We managed to board the train on time. So, those yang naik train yang ala-ala bullet train ni silalah on time sebabnya kalau dalam tiket pukul 1. Ngam-ngam pukul 1 dia gerak. Dah tak boleh dah nak kejo macam kejo bas. Dia punya speed pon dah 200km/h kalau tak silap aku. Jauh panggang dari api kalau compare ngan KTM (Betul ke aku guna peribahasa tuh??).  It took less than 2 hours untuk sampai ke Shenzhen. 



Sesampai di Shenzhen, Hajjah Ibu dah booked hotel nearby the station. Kononnya, senanglah nak berjalan sebab the next day kitorang akan bergerak ke wootwoot HongKong. But then untuk search the place agak susah dan mereka (Hajjah Ibu dan Ablong) kesekian kalinya sesat nak cari hotel untuk stay. Nasib baik aku dengan adik-adik stay tunggu dekat station sibuk bergambar sambil mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah.

Port baik punya nak melepak..

Masa terluang dengan aktiviti bergambar. Orang-orang kat sana tengok kitorang pelik jer. Adik aku sorang tuh dah macam eskimo mane dah.

Pakcik ni scary gila, tengah syok-syok tangkap gambar boleh plak menyepai kat kitorang nak mintak sedeqah. Selagi tak bagi, selagi tu dia datang dekat dan follow. Last sekali kitorang kasi je duit, terus chow.

Nampak tak bangunan yang ade besi bulat kat atas tuh. That is the building we are looking for untuk bermalam.

Kitorang stay dekat hotel seperti di belakang, siap dapat bilik satu sorang. But then, only in my dreams.. Hoho..

Untuk malam tersebut, kitorang stay di Shufujia Hotel Apartment. Nama je apartment hotel, tapi dah macam motel dah, maybe lagi teruk. Tempat memang lousy gila. Dahlah susah gila nak cari. Memang not advisable to stay here. But first of all, biar ak habaq sket camana nak ke sana in case korang nak stay sana which aku highly not recommend it. Bila dekat Louhu Station korang akan nampak Shangri-la Hotel, so, just pergi terus je ke arah tu. Bila Shangri-la Hotel exactly opposite you, belok ke kiri. Kalau time busy, memang akan nampak berjujut teksi beratur sampai hujung jalan. Jalan je straight sampai nampak traffic light dengan zebra crossing untuk pedestrian cross the road. Bila korang cross the road, belah kiri korang akan ada 7Eleven. Jalan je straight sampai nampak jalan besar. Belah kiri tu ada apartment yang orang tempatan tinggal dan ada taman permainan. Bila dah sampai ke jalan besar, kena lintas jalan sekali lagi, belok kiri, then akan nampak pharmacy or kedai ubat cina taksilap, then belok kanan ke lorong ade kedai-kedai kat situ. Then, carila Blok B. Naik lif ke tingkat 15 untuk check-in. Diorang akan arahkan ke tingkat yang sepatutnya.

FYI, Shufujia ni tempat dia di kawasan apartment orang. Local people houses are there and you are actually staying inside their residential apartment. Senang cite macam homestayla. Hajjah Ibu dengan Ablong siap sesat barat nak cari tempat ni and supposedly check-in pukul 2 tapi kitorang sampai dah lambat plus tak jumpa cari tempat lagi, dalam pukul 3 lebih baru checked in. Tapi, boleh pulak bilik tak ready and they ask us untuk tunggu another 45 minutes yang end up jadi more than one hour. Haram jadah betul. Janji melayu sungguh tapi padahalnya cina. Kitorang tunggu luar apartment tu depan restoran cina yang bau bab1 busuk nak mampos. Yang tak tahan tuh siap siang bab1 kat luar kedai.

Suka beno main kejo-kejo. Sampai ke cina main kejo-kejo. Bese kat Malaysia, main dalam shopping complex jer.




Aktiviti riadah yang baru direka, lumba atas beg tarik. Suka main pelik-pelik. Mentang-mentang orang tak kenal.


Tunggu luar apartment sebelum bilik siap kemas. Muka maintain padahal, tahan je hidung bau busuk nak mampos.

Bad review pasal bilik kat Shufujia Apartment Hotel. Bilik kecik dan tak berapa bersih. Kitorang stay di apartment 2 bilik. Toilet kotor, water heater tak function menyebabkan kitorang mandi kerbau je sebab sejuk sangat. Ada small dapur dan ade periuk belanga yang kalau nak guna pon was-was gila. We expect that the room is big but then rasa-rasanya tempat kitorang stay di Guangzhou waaaay much better. Lif dia ade tiga sahaja. Dan kena share dengan penduduk kat situ dan kena tunggu sangat lama. Boleh pulak bertembung naik lif sekali dengan anjing. Yelah perumahan orang cina, diorang bela anjing kan. Yang oknye sebab ade wifi tp unfortunately kat China mana boleh bukak facebook sebab Comunist country, diorang block semua social media. Yang bestnyer, kat luar apartment tu ade kedai kacang. Everytime lalu mesti beli buah berangan and ade orang jual buah blackberry, blueberry dan segala jenis berry tapi sakit cherry-berry harap-harap dijauhkan. If you what I mean.

Betapa packnya bilik dia. Dah macam tin sardin dah sumbat reramai.

Masing-masing dah duduk kat birai katil jer. Nasib baik katil masih kukuh. Kalau runtuh tak tahu nak cakap ape.

Bilik kecik sangat terpaksa beg-beg tarik beratur dekat laluan nak pergi bilik sebelah depan toilet dan dapur.

After we have checked-in, our plan were actually nak pergi Window of the World (WOW) tempat yang kita boleh tengok all the 7 wonders of the world tetapi masa that time dah petang and agak rugilah kalau pergi so kitorang decide just pergi Louhu Commercial City after dinner and maghrib. Untuk mengisi masa lapang tak tahan tu siap beli tali inchi dengan gunting sebab nak gunting kain yang kitorang amik waktu explorace in the morning di Guangzhou.



Pemandangan dari dalam bilik. Tapi macam kabur sikit sebab hujan dan kabus. Dah macam ala-ala Genting plak. Kalau nak main-main hembus berasap pon boleh.

Louhu Commercial City ni tempatnya exactly above bus station inter-city yang kitorang menggagau cari on the first day. Please refer to previous post kalau nak tahu. Lempang kang, asik nak spoon feed jer. Hahaha. Tempat ni famous among orang HongKong sebab HongKong just seberang jer dengan Shenzhen. So, diorang selalu datang sini untuk beli barang. Boleh dikatakan yang ini adalah tourist spot for shopping. Kalau korang pernah pergi Beijing, environment nak membelinya sama. Diorang letak harga memang mahal nak mampos tapi kena pandai tawarlah. Kena tawar sampai muka penjual tuh tawar hebe tahap membebel mengutuk kita walaupun sepatah haram tak paham ape diorang cakap.

All the girls in the family except for Si mata sepet Zara.

Kedai Jam pon cikai jer. Memang like a boss, orang tu keluarkan, tunjuk je nak yang mana satu.

Serious discussion. Dah nak blah baru kasi harga yang nak tawar tuh. Kena main tarik tali rafia sikit sikit walopon takde tali .

Hajjah Ibu pernah cakap yang dia pernah baca review orang yang pernah pegi  Louhu, diorang beli Oakley punya spec kat sini. Paham2 jelah Oakley kalau original mahal nak mampos kot. So, what happend is that spec rosak then bawak ke dealer Oakley di KL untuk baiki and the dealer cakap memang totally original. So, basically those branded item kat sini kalau pandai dah tak main dah Gred AA ke AAA tapi one to one copy maksudnya memang totally original but waaaay much cheaper price.So, basically kalau kat Louhu nak beli branded item macam spec dan jam expecially bolehla ke sana. Sebenarnya macam-macam kat sana. Baju budak, mak budak, ayah budak, kasut, mainan. Semualah ada. Cuma bila diorang ni macam very persuasive rase macam nak lempang. Kalau takde intention nak beli jangan berangan nak tanya. Diorang akan sangat marah.

Memandangkan aku dah pasang niat nak beli jam bukan jam dinding, bukan juga jam strawberi dan lebih-lebih lagi bukan jamban tapi jam tangan sebab jam tangan aku yang sebelumnya sudah lama sampai ajalnya. Maka, aku pun belilah jam. Kat sini macam-macam jenis jam ade. Memang diorang copy sejibik sebijik tapi quality aku tak tahulah. Masa aku beli tuh, ada mat salleh satu geng main tunjuk-tunjuk dalam majalah nak jam yang diorang tunjuk. Macam beg doraemon, diorang keluarkan jam yang dikehendaki dari dalam plastik yang ade selonggok jam. Well, biasalah dalam magazine kan selalu ade advertisement jam mahal yang harganya sama dengan harga down payment nak beli rumah. Setelah diorang keluarkan selonggok jam untuk aku pilih, aku pun pilihlah jam Omega. Adelah brand lain jugak macam Rolex and a few brand lain yang sangat banyak imitations. Macamlah Omega tak ada imitation kan. Aku tak pasti jam aku beli tu wujud ke tak design yang sama kalau yang original tapi ade aku kesah. Asalkan design aku suka. Bila aku cek balik dekat jam tulis Omega Deville, memang ade pon Deville punya collection tapi aku tak jumpa yang exactly macam aku. Tapi yang collection Deville ni semua riburibanlah. So, setelah Hajjah Ibu yang expert tawar-menawar dapatlah harga around RM100. Okeylah bagi aku. Sebab within bajet aku. Beli jam bajet menepati masala kononnya.

Haji Abah pulak beli brand Longines. Brand ape pun tak tahu tak pernah dengar pun. Yang mechanical ikut nadi tu. Jarum dia bergerak ikut nadi. Tapi worst part ialah bila cabut jam, dia akan stil gerak dalam masa sejam ke dua jam after bukak. Pastu berenti. Then, bila nak pakai balik kena manually putar balik ikut masa yang betul. Memang ade kuasa control masa sangat. Tangan di bahu mata ke atas. Owh lupa nak cakap, waktu aku merayap ke HongKong jumpa jam exactly macam yang Haji Abah beli dekat butik Longines. Harga lepas convert seingat aku RM20,000. Ko kiralah berapa kosong. Boleh pengsan dua tiga kali tengok harga.

So, the night ends with a few things yang kitorang beli. Tak shopping sangatlah sebab tak larat nak bargain sebab sakit hati. Nasib baik pernah pergi Beijing takdelah rase sakit hati sangat. Mari nantikan hari seterusnya dengan pengembaraan in Beg tarik style ke HongKong. Wootwoot..Thank you for reading itu pon kalau ade orang bacalah. Yang mengeja pon tidak dikecualikan.  Astalavista.
Wassalam.



No comments:

Post a Comment