Tuesday, November 19, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 5 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Its episode 5 and its day 5. Dengan pengembaraan yang lebih mengasyikkan dengan kurang drama sinetron berbanding hari-hari sebelumnya. Kitorang bergerak dari satu negara mata sepet ke negara mata sepet yang lain. Dari China ke Hongkong bukan dari Melaka ke negeri Pahang. Orang Melaka tak mata sepet hokeh kecuali Hang LiPo. Walaupun dah agak lama which was 9 months ago but masih fresh lagila ingatan pengembaraan family aku. Well, trip ke HongKong memang wa cakap sama lu upgrade habislah compare to before. 

Dari Shenzhen kitorang gerak lepas Subuh. Kalau family aku punya lepas subuh, lepas asar pun lepas subuh lagi. Selalu TokMi bising kalau balik kampung ke Terengganu, konon gerak lepas subuh, haram lepas asar baru sampai. But literally, lepas subuh kali ni agak awal compare to rekod-rekod sebelumnya, kes berjalan punya pasal semua pakat laju je. Siap cepat je. Sebelum Zohor dah gerak. Around waktu dhuha gittu. So, seperti yang aku dah pernah beritahu sebelumnya, Shenzhen ni betul-betul sebelah dengan HongKong. For Malaysians, Hongkong tak perlu visa tapi kalau nak plan masuk balik China make sure dah buat visa double entry ke China. Macam kitorang akan naik flight di Shenzhen, so, memang waktu apply visa tu, dah apply double entry punya visa siap-siap. Louhu ni borderlah antara China dengan Hongkong macam Thailand dengan Malaysia. Tapi border Malaysia dengan Thailand hudoh. Ni border cantikla.

Sekali lagi, aktiviti pindah randah dengan segala harta pusaka dilakukan.

Nampak tak teksi beratur panjang sampai ke belakang. Konpem tak yah tunggu lama-lama macam orang tunggu teksi dekat OneUtama.



Bila dah melepasi imegresen, dah lepas masuk HongKong, untuk pergi ke town ada keretapi laju ala-ala LRT. Orang memang ramailah tak payah cakap sebab orang mainland banyak kerja dekat HongKong gaji mahal. Tapi bahasa conversation diorang memang different, sebab orang HK cakap kantonis, bahasa citer cina petang-petang TVB pukul 6 dulu-dulu. Alah, citer FeiMau, budak gemuk terencat yang bahu gerak-gerak turun naik tuh. Kalau korang penggemar citer cina konpem tahu. Orang China cakap mandarin. Memandangkan aku dah keje 2 tahun lebih dengan cina, so aku tahula nak beza cuma tak paham jelah mendape diorang cakap. Lupa nak cakap, nak masuk HongKong susu tepung baby kena declare tau. Aku pun tak tahu sebab ape.

After immigration, dah melepasi border. Its HongKong babeh.

Tempat penginapan kitorang for the first night is dekat YMCA Salisbury Hotel. So, dari Lowu Station beli tiket ke East Tsim Sha Tsui Station. Harga HKD39 orang besar dan HKD19.5 budak kecik dengan warga emas. Tapi kat sana ade Octopus card yang macam Touch'N'Go. Tapi, kitorang tak belilah memandangkan kitorang satu family ramai. Tapi, kalau korang sorang-sorang lagi jimat beli Octopus Card. Dari Lowu satu line je so, tak payah risau tersalah trainla. Perjalanan amik masa lebih satu jam. So, takda masalah untuk tido sebab last station untul line ni adalah HungHom station. Then, baru tukar naik line purple satu station ke East Tsim Sha Tsui. Jangan plok tido tak sedar sampai train patah balik gi border. Melampau sangat. Nak tido ke nak melancong kan. Train takyah cakap memang ade sokmo.

Time kitorang sampai tu, ade train yang nak gerak, so, ramailah yang berlari kejar train. Tapi, memandangkan kitorang tak rushing, beselah travel secara chill kan, kitorang tunggu next train depan sekali depan pintu. Pintu ni automatik tau. Dia akan bukak bila train dah sampai. Yang kelakornya, dahlah kitorang duduk depan sekali, bila pintu tu bukak jer, orang cina ni semua pakat berlari belaka. Aku dengan adik-adik aku pun berlari gak feeling-feeling Amazing Race gitu macam bila mula-mula start race. Padahal nak kejar ape pon tak tahu. Dahlah train kosong. Haji Abah dengan Hajjah Ibu pun dah kutuk-kutuk konon nak kejar menda jer. Takde menda pun nak berebut, saje je poyo nak race kasi cuak sama orang-orang cina yang berlari. Hahahaha.

Masing-masing tunggu pintu ajaib terbukak bersedia nak menerjah. Harap maaf, jampi serapah 'Zamzam ala Kazam' tak berkesan langsung.

Dengan beg tarik sorang satu, tak sedar diri semua. Nak jugak berlumba dengan mata-mata sepet yang lain.

Last sekali kena tunggu pintu train bukak jugak. Membazirkan lemak betul.

Konker tempat, orang local siap kena berdiri.

Introducing The Three Musketeers in da family. Haji Musketeers, Bapak Orang Musketeers and Si gelap Musketeers.

The best thing about HongKong is wifi merata weh. Dalam train pun ader wifi. Dahla facebook, twitter semua tak block macam China. Maka, semua muda-mudi ( bajet muda sangat jer kan) pakat update semua akaun social media belaka. Macam jakun tak pernah bukak internet. Bila dah sampai kat East Tsim Sha Tsui punya station macam biasa, tuju kepada YMCA (sambil nyanyi dan buat gaya tangan YMCA) memandangkan kitorang stay YMCA Salisbury Hotel. Keluar jer MTR station tuh, akan jumpa Middle Road. So, hotel tu memang betul-betul sebelah.

Tukar train untuk ke jalan yang benar.

Satu gerabak konker terus. Ignore muka melopong semangat study road train.

Model baju sejuk Middle Road.

As usual, some of us will wait outside the hotel sementara Hajjah Ibu and some of us go check-in for hotel. Memandangkan HongKong ni macam small island yang sangat padat penduduknya, penginapan kat sini sangatlah mahalnya. Even stay dekat hostel yang bilik cukup-cukup je muat untuk katil, tahap nak sembahyang pun kena sembahyang atas katil sebab takde ruang, pun untuk sorang per night dah RM100-RM200 kalau tak silap akulah. Because of that, Hajjah Ibu telah booked hotel 5 star habaq hang dengan 2 bilik suite. Assumption waktu booked hotel ni adalah that kalau booked suite, biliknya sama saiz dengan normal room kalau dekat Malaysia sebab memang bilik biasa kat sini pun memang kecik ala-ala bilik dekat FirstWorld Hotel Genting kalau korang pernah stay sana you would know what I mean. In terms of cost pulak, booking these 2 suite equivalent to cost kalau kitorang stay dekat hostel or backpackers punya tempat. Sebab kitorang ramai. Tempat-tempat yang kecik tak boleh seludup orang macam kitorang selalu buat. Memang worth it gilalah sebab 5 star hotel weh, duduk pulak suite.


Mangsa-mangsa keadaan yang kena tunggu sebelum seludup masuk bilik. Muka sama jer.

The best part is that sebab normal suite semua penuh, so, bilik kitorang diupgrade ke Harbour View Suite at no cost at all. After dah check-in semua, satu family semua heading to bilik kitorang with no expectations at all sebab tempat penginapan kitorang sebelum nih so-so jekan. Masuk jer bilik, semua dah menjerit terkejut ala-ala macam kena surprise birthday. Melompat sakan dalam bilik. Dengan Haji Abah sekali melompat sama naik dengan anak-anak. Habis semua menda kitorang geledah. Memang jakun gila macam tak pernah duk hotel. Dah habis explore bilik tu, tetiba teringat ade satu lagi bilik suite. Tapi, bilik suite satu lagi the other end of the corridor. Dengan super excitednya, tak pakai kasutnya, semua pakat berlari ke bilik satu lagi. Dengan Ablong pun berlari jugak. Tak sedar diri dah semua. Nasib baik semua slim2, kalau tak memang bergegar koridor hotel tuh. Scenery in both rooms memang terBAEK giler. Siap nampak harbor dari bilik tuh. Macam orang kaya dah rase.

My suggestion is that kalau korang nak pergi holiday ke HongKong dengan kawan-kawan dalam 5, 6 orang yang sama jantinalah, jangan berlainan jantina pulak. Korang better booked suite macam nih. Berbaloi-baloi. Kalau 8 orang pun boleh sumbat sebenarnya dengan syarat kawan-kawan korang tu jenis tak kesahlah. Kalau kawan-kawan aku, aku jamin memang lagi suka. The more the merrier kalau boleh duduk dalam satu bilik. Sebab kalau kitorang satu family rase satu bilik pun dah cukup dah memandangkan dah biasa bersesak-sesak. Aku nak describe lebih-lebih pun korang susah nak bayang. Let the pictures explain.

Can you see how spacious is the place. The living area.


Even Haji Abah pun melompat kegirangan dapat bilik meletup macam nih.




The scenery from the room. Siap boleh main kira-kira kapal dengan kereta.

Konon-konon berangan dapat bilik kat rumah macam nih. 

Based on our initial itenarary was naik ferry untuk pergi to the other side of HongKong. Sebab Hajjah Ibu semangat nak makan dimsum halal yang famous kat HongKong. But then, sebab takut tak sempat nak tengok Symphony of Lights dekat tepi harbour, kitorang batalkan saje plan tu. Maybe next time trip to HongKong. So, that night kitorang tengok Symphony of Lights. Symphony of Lights ni persembahan lampu-lampu laser dipancarkan from top of the building from one island to the other island. Tiap-tiap malam ada persembahan Symphony of Lights start pukul 8 and I repeat its everyday. So, makesure kalau korang ade dekat HongKong sila berada di tepi Harbour pukul 8 malam. Kitorang sampai dekat tempat tu quite early around 7 and just stayed there untuk cop tempat. Dah macam time sekolah dah main cop-cop tempat. Advisable to come early so that boleh dapat pot yang bestlah sebab by 8 tempat memang penuh. Malam tu kitorang quite lucky sebab the narrations was in English. So, fahamlah what the show is about and the narrator explains what building the lights coming from and all.  Kalau nak bawak budak-budak bestlah tengok lampu. Aku yang besor gajoh ni pun excited tengok lampu. The participating buildings are more than 20 buildings. Makesure you know how to capture night view so that takdelah menyesal tak sudah sebab gambar tak lawa.

Before keluar, haruslah melantak dulu mengelakkan muka monyok kebuluran.

Si Kak Cik dah bajet2 macam ofis dia. Ingat ni main kerja-kerja ke aper ?? *upgraded version of main masak-masak.



Konon-konon stay dekat Penninsular. Memang korek tabung masing-masinglah jawabnya.

Busy road of HongKong.




Muka macam nak kena pelempang.

After the show, we were walking along the harbour menyusuri tepi lautan melalui Avenue of Stars. As we all know, HongKong is famous for its great blockbuster movie and of course TVB drama, so, the place is like a tribute to its film industry whereby at the same time it promotes their tourism industry. Ape yang boleh tengok, ade plaque-plaque tapak tangan artis-artis famous HongKong macam Bruce Lee, Gong Li, Louis Khoo dan tidak dilupakan abang angkat aku, Jackie Chan. Memang ramai gila waktu tu sampai nak tangkap gambar pun kind of macam beratur sebab kena tunggu orang yang dah tangkap gambar chow.

Patung berlampu ni sempena dengan Chinese New Year. Dah macam dwarf dalam Snow White versi cina.





Tapak tangan abang angkat. Tak dapat sign, tapak tangan pun jadilah.

Wachaaaa.  The Legend of Bruce Lee, tok angkat. Nak mengaku abang angkat tua sangat.




It was super cold that night sebab angin laut gila kuat tahap boleh buat adegan Titanic tapi atas darat. Si mata sepet Zara plak hyper sebab sejuk sampai mengamuk kalau orang pakaikan sweater. At the end of the Avenue of Stars, banyak gila bas pelancong berderet-deret. Yang kesiannya diorang limited time gila kat situ. Baru sampai nak usha-usha tempat, bergambar sekeping dua dah kena panggil dengan tourist guide. So, its better to come here on your own, so that you can spend berapa lama pun korang nak.

Yang ni kelakar. Cina nih siap request nak tangkap gambar dengan si gelap. Mungkin tak pernah tengok budak gelap dekat HongKong. Dah macam retis. Tinggal nak mintak sign jer.




Taman Permainan pun boleh jadi port.


After that, aku ikut Hajjah Ibu cari kedai yang jual used branded things dekat Nathan Road. Tapi tak jumpa. Kedai tu ade keluar dalam Giulana and Bill masa diorang pergi HongKong. They sell branded stuff at cheaper price memandangkan second hand punye barang. So, we ended up lalu jalan jauh gila nak ke hotel kes nak cari kedai Giulana pergi punya pasal. 

Jumpa this mosque in the middle of HongKong.

In search of Guliana have-went-to-secondhand-branded shop but instead we found Bally. Air Bali tak pe jugak.

Yeay!!!! Aku berjaya habiskan Episod ini tanpa ade extended post. Stay tuned as the next day we are going to Disneyland!!!! Biasa tengok orang je pegi Disneyland. This time kitorang plak nak melompat depan Disneyland. That's all from me. Hope you enjoy and bermanfaat dari post ini sedikit sebanyak. Astalavista babeh.

Wassalam.


No comments:

Post a Comment