Monday, November 25, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 6 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum.....

...entry sebelumnya...

Masih membaca? Hebat betul. Aku ingatkan dah pengsan sebab baca previous post yang panjang berjela. Post yang dinanti-natikan mungkin?? Its Disneyland babeyh. Mari menjadi kanak-kanak!!!! Waktu kecik-kecik tak berkesempatan nak pergi Disneyland. Dah besar panjang barulah lepas.

So, before aku bercerita lebih lanjut pasal perjalanan kami merayau ke Disneyland, aku nak explain pasal cost. Mentang-mentanglah akauntan tak bertauliah kan, baru start nak baca dah cakap pasal duit. Ibarat baru masuk umah jiran, jiran dah mintak hutang. See?? Aku anggap korang jiran aku, jiran secara telepati. Perumpamaan tak logik langsung. Well, back to the business, no, I mean cost of living, eh no, cost nak masuk Disneyland. 

So, untuk mendapat tiket yang murah lagi menjimatkan, aku dengan Hajjah Ibu telah menerjah mencari DingDing Travel Agency. I was informed that Sun Hing Building is where DingDing Travel agency punya office. Punyalah bayangkan bangunan tinggi, lepas tuh ade signage besar-besar atas bangunan tulis nama bangunan. Malangnya, indah kabar dari rupa. Memang boleh terlepas pandang bangunan tu, Aku tak ingat what was the price that we bought the Disneyland Ticket from DingDing Travel Agency. It was like 8 months ago kot. Kau ingat aku macam Mike Ross dalam Suits ada photographic memory. Tapi... Tapi... Jangan risau aku dengan baik hati telah check dengan kawan aku yang baru recently pergi. Betapa baik hatinya aku. Current standard rate for adult kalau beli di kaunter tiket Disneyland adalah HKD450 tetapi kalau beli dekat DingDing harga just HKD395 for adult and HKD300 for kids. Mungkin kalau sorang dua rasa macam susah jer nak menyusahkan diri cari DingDing nih. Tapi, hello!!! Duit tuh boleh beli fridge magnet kot, bolehlah kasi extra souvenir dekat kawan-kawan yang tak ada dalam list.

Untuk family aku, jimat gila weh. So, if you are going there with a bunch of friends, advisable pegila beli tiket dekat DingDing. Kalau diorang taknak, ko volunteer pergi cari tempat ni. Then suruh dia bayar dekat korang standard rate. Padan Muka. How to go to the place??? Kalau naik MTR, berenti di MongKok Station. Then, keluar exit E1. Korang akan konfius bila dah keluar dari Exit E1, blur-blur nak tuju arah mana. Kang aku suruh tuju arah barat daya kang tak tahu plak mana Utara mana Selatan. Jadi, the easiest part is cari Nathan Road. The building is actually seberang jalan dari tempat exit MongKong station. So, you need to cross the road. Bila dah masuk building tuh pergi naik lif belah kiri, then naik tingkat 14. Kalau macam pening, boleh tanya pak Guard kat situ. Agak friendly jugaklah. 

Gambar a bit blurry.. Tapi yang dekat colour kelabu tu ada tulis SungHing Building.


Masa time aku pergi dengan Hajjah Ibu, bapakla gamblenye. The only thing that we knew was, turun Mongkok Station, cari Sun Hing Building dekat Nathan Road. Punyelah general gila maklumat tanpa apa-apa petunjuk yang specific macam land mark ker keluar exit mana ker kan. Kitorang dengan yakin je pakai redah jer. Yang penting konfiden and end up sampai ke tempat yang betul dan tepat. Dahlah masa sampai dekat bangunan tu ade satu family chinese dari Malaysia jugak. FYI, office dia buka from 9.30 am to 6.30pm. Itupun kalau office hour dia tak bertukar. I heard also that there is another DingDing International Travel Agency in Sino Centre. Tak pasti dia buka cawangan or  pindah. Walaubagaimanapun, aku sertakan sekali alamat tempat yang aku pergi  seperti dibawah :


1417B, Sun Hing Building, 607 Nathan Rd, Mong Kok, Hong Kong

Tel: 852 - 66785249


Manakala alamat yang baru plak :

580 Nathan Road, Sino Centre, 1403B (Mongkok MTR Station Exit E2, came out to turn back, facing Nathan Road direction toward the left about 200 meters.)

Depan kedai dia ada this signage.

Aku lupa nak beritahu dekat DingDing bukan tiket Disneyland sahaja murah tapi kalau nak beli tiket ke tempat tourist attraction lain pun boleh dapat at cheaper price. Setelah selesai membeli tiket Disneyland, kitorang heading back to hotel untuk check out. Mengangkut lagi sekali segala jenis harta pusaka dari hotel terbaik kitorang setakat ini. 


Nak beli tiket pun nak beramai-ramai. Taulah nakbeli banyak tiket.

Si mata sepet Zara pun excited nak pergi Disneyland dengan muka garang baru bangun tido.

Train to Disneyland quite empty maybe sebab pagi-pagi lagi gerak.

Guane nak ke sana?? Dari East Tsim Sha Tshui station beli tiket terus ke Disneyland. Harga untuk dewasa HKD20.5 and kanak-kanak HKD10 tapi kalau guna Octopus Card murah sikitlah dalam HKD18.4. Not much different basically. Dari East Tsim Sha Tsui tukar train di Nam Cheong station. Station ni agak besar dan train dia bawah tanah yang bertingkat-tingkat. Kena tengok signboard betul-betul. Lepas tu, tukar ke Line colour oren yang menuju ke Tung Chung. Di Sunny Bay sekali lagi kena tukar train ke Disneyland. Perjalanan dalam 30 minit ke 45 minit sebab banyak kali kena tukar train. In summary, East Tsim Sha Tsui - Nam Cheong - Sunny Bay - Disneyland. Masa naik train Disneyland memang jakun gila. Everything was Disney.

Dengan tingkap pun bentuk Mickey. If I can change my car window like this.

Even the chipmunks pun buat sehati berdansa di belakang menyambut kitorang.

Macam manalah tak jakun kalau handle handle pun bentuk Mickey.

Kalaulah Rapid handle macam nih, konpem orang rela berebut-rebut berdiri sampai tahap bergaduh suruh orang duduk di kerusi.

Komuter sepatutnya kena upgrade to this type of gerabak. Barulah orang tak sumpah seranah even selalu delay.



Its jakun overrated. Dah turun train, dengan beg tarik masing-masing, berlari-lari semangat gila nak kejar Disneyland. Padahal sepatutnya kena check-in hotel dulu. Sebab over excited, kitorang boleh jalan kaki from Disneyland ke hotel yang jauh gila kalau jalan kaki. Semangat follow signboard hotel. Can you imagine we were walking for around 2km to the hotel dengan beg nya. Cuaca that day pulak dah tak sejuk, panas. berpeluh-peluh. Sampai je dekat hotel, bellboy terkejut sebab kitorang jalan kaki padahal ada free bus yang sentiasa available for customers. Semangat yang terlampau membawa padah. Yang lagi best, tempat bas pick-up is exactly sebelah train station. Yang bagusnya bellboy baik gila siap kasi air mineral sebab kesian tengok kitorang keletihan and siap tolong kumpulkan beg kitorang yang berlambak untuk disimpan sebab check-in is at 2.






Kitorang stay di Hollywood Hotel. Ada satu lagi hotel which is Disneyland Hotel. Based on review dari internet, Hollywood Hotel lagi sesuai untuk kanak-kanak dengan interior hotel and everything. Dengan cara mengayat, Hajjah Ibu telah berjaya memujuk untuk check-in awal dengan alasan kitorang berjalan jauh. And amazingly it works.

Cute gila bench. Rasa nak bawak balik Malaysia.

Berlari adalah menjadi hobi kami.

Its Hollywood!!!!!! but in HongKong.


This is what happend when we felt bored while waiting to check-in. Dah macam baru turun dari planet Marikh.

Bilik dia best jugak with all the Mickey themes. Dengan berus gigi cawan semua ada Mickey. Tapi sebab sebelumnya kitorang dah duduk di hotel yang superb maka tak excited sangat.Tengok jelah gambar malas nak explain panjang-panjang.

Tak payah susah-susah beli lukisan mahal-mahal. Letak je poster-poster cerita Disney. Jimat kos.



Semua pun Mickey. Kecik hati Donald Duck dengan Goofy.

Oleh kerana dah tak larat dah nak menaip, maka to be continue dengan extension of Episod 6 fully di Disneyland. Esok kerja dan its Monday Blues. Maka, haruslah tido sebelum kemalasan membuak-buak untuk pergi kerja esok sebab mengantuk malas nak bangun. Semoga post yang membosankan ini bermanfaat. Astalavista babeh. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment