Saturday, May 3, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : Introduction

Assalamua'laikum...

Aku baru jer balik dari menunaikan ibadah umrah. Alhamdulillah settle satu perkara wajib. Owh ye, aku mention wajib kan. Ye memang wajib. Bukan haji je wajib, umrah pun wajib ditunaikan sekali. Aku pun baru tau, ko ingat ko je baru tau. Selama nih duk ingat haji je wajib. Trip Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi berlangsung awal April ritu, lebih kurang 10 hari disertai oleh 50 orang jemaah yang semuanya aku kenali. Meh aku kasi teaser sikit gambo sebelum aku cerita lebih lanjut.

Satu cukuplah.. Nak tengok banyak lagi, kena tunggu post-post lainla.

Monday, April 28, 2014

Trip Negara Mata Sepet : In Summary Trip Negara Mata Sepet

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Alhamdulillah complete pun all the posts pasal trip beg tarik style ke negara mata sepet yang penuh dramatik dan exciting. So, post ini sengaja dibuat bagi membuat kesimpulan disamping konon-konon nak menampilkan beberapa tips kalau ke sana. Poyo sangat siap nak kasi tips.

Well, berikut adalah antara tips-tips yang telah berjaya difikirkan oleh kepala hotakku yang selalu jeng kreng...

Saturday, April 26, 2014

Trip Negara Mata Sepet : Episod 8 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamuailaikum....

...entry sebelumnya...

Waa'laikumsalam.. Bagus..Bagus.. Jawab salam. Dah last episod pengembaraan beg tarik style ke negara mata sepet nih kenala jawab salam. Gigih gila nak kena siapkan allllll these posts. Dah last episod dah. Lega sikit Iolls walaupun tak tahu ada orang baca ke idak. Lain kali takleh gi travel banyak-banyak hari, tak larat nak menaip panjang-panjang. Just imagine kalau aku gi travel sebulan, aku rase ade setahun aku nak menaip. Jenuh.. Jenuh..

Too bad its last day oledy. So, for the last day misinya adalah untuk mencari souvenir. Memandangkan kitorang akan balik flight malam tu, so, pagi-pagi lagi dah keluar heading to Dongmen Street. Dongmen Street ni basically shopping street. Kalau nak cari baju boleh cari kat sini dengan harga yang murah. So, camna nak ke Dongmen Street basically ada dua station yang korang boleh turun. samaada Laojie Station then keluar ke exit A atau pun Shaibu Station. If let say korang naik teksi, boleh tunjuk Chinese name 深圳市东门步行街 tapi mostly taxi driver tahulah kalau sebut Dongmen.

Thursday, January 9, 2014

Trip Negara Mata Sepet : Episod 7 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Setelah gigih update considering aku nih sangat malas nak siapkan satu post pun lama nak mampos, sekarang dah episod 7. Sikit lagi nak habis sebelum aku boleh update trip aku yang lain. Harap-harapnya dapatlah habiskan sebelum 2014. Kalau tak habis jugak, bulan 2 cukup setahun dahla trip nih. Nak masuk trip baru dah. (Hampeh duk peram post nih dah 2014 dah pon)

I'm trying to make it short possible. *crossing finger. Dah menaip, tak ingat dunia. kalau boleh semua menda nak citer. So, in episode 7, tamatlah episod kami di Disneyland dan HongKong. As I mention before, kitorang akan depart flight to KL from Shenzhen, jadi, kitorang pun pulanglah ke pangkal jalan ke Shenzhen. 

Mickey's train would be missed.

Sunday, December 22, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 6.5 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Aku baru lepas tengok Destinasi Airasia ke HongKong bersama Loy adik-beradik. Terus semangat nak menaip pasal sambungan trip kitorang ke Disneyland HongKong bersama adik-beradik Masri dan mak ayah serta ipar-duai (macam ramai sangat iparnya, padahal sorang je) dan anok sedara yang lebih havoc dan meriah noks.

Selepas check-in dari hotel, makan-makan dan sembahyang semua, barula kitorang secara berjemaah ke Disneyland. Kali ni dengan menaiki bas yang disediakan. No more jalan kaki. Serik. Habis lemak-lemak tepu terus jadi tak tepu. That time agak rugi sebenarnya sebab half day dah habis sebab travelling. So, kalau korang nak pergi Disneyland just make sure utilise betul-betul one whole day kat sana supaya tiket yang beli mahal-mahal tu berbaloi-baloi.

Tunggu bas pun ade kerusi Mickey. Kau hado??

Sibuk je budak kecik belah kiri tuh. Dah cun dah gambar potrait satu family.