Thursday, January 9, 2014

Trip Negara Mata Sepet : Episod 7 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Setelah gigih update considering aku nih sangat malas nak siapkan satu post pun lama nak mampos, sekarang dah episod 7. Sikit lagi nak habis sebelum aku boleh update trip aku yang lain. Harap-harapnya dapatlah habiskan sebelum 2014. Kalau tak habis jugak, bulan 2 cukup setahun dahla trip nih. Nak masuk trip baru dah. (Hampeh duk peram post nih dah 2014 dah pon)

I'm trying to make it short possible. *crossing finger. Dah menaip, tak ingat dunia. kalau boleh semua menda nak citer. So, in episode 7, tamatlah episod kami di Disneyland dan HongKong. As I mention before, kitorang akan depart flight to KL from Shenzhen, jadi, kitorang pun pulanglah ke pangkal jalan ke Shenzhen. 

Mickey's train would be missed.


Another night di Shenzhen sebelum kitorang balik. So, seperti biasa kami menuju ke the next hotel. Dah macam nomad duk main tukar-tukar hotel. This time around we were staying near electronic's heaven. No more Shafujia. Dah serik. Last day, kitorang stay di Huaqiang Plaza Hotel. 4 star hotel. Bilik hotel ni besar. Nak sumbat ramai-ramai pun muat.


Sebelum tuh, aku explain dulu macammana nak pergi ke Huaqiang Plaza. Ader 2 route kalau naik train. Sama ada stop dekat station Huaqiang Road (Line Hijau) atau station Huaqiang North (Line Oren). So, memandangkan kitorang dari HongKong jadi bergerak dari Louhu Station straight ke Huaqiang Road sebab tak perlu tukar train. Bila dah sampai situ tuju ke Exit A. Then, from there sebenarnya akan keluar in front of a building. Aku pun tak berapa ingat building apa. Tapi just pegi straight je melalui jalan between 2 buildings sampaila jumpa simpang tiga. Then exactly on your right side tu Huaqiang Plaza.

Masa kitorang sampai tu, tak tahu kat mana hotel. So, seperti biasa AJK Cari Hotel adalah Hajjah Ibu dan Ablong. Tak silap aku diorang sesat jugaklah nak cari hotel tu. Lama gila tunggu diorang. And we end up lalu jalan jauh gila. Lalu depan mall electronics stuff. While waiting for them, we came accross a group of people, berdiri depan tangga keluar dr Exit Train dan sebut " Wo piao,wo piao, wo piao." Dan sampai sekarang kitorang wonder ape maksud dia. Adik-adik aku lagi bangang, bila lalu je tempat ramai orang, diorang duk sebut "Wo piao, wo piao." Orang pun pandang pelik jer. Sekali maksud tak elok camner. Dah google semua pun tak dapat jawapan. So, sesape yang tahu maksud dia sila beritahu aku yer. 


Port melepak sambil tengok orang cina duk 'Wo piao..Wo piao.'

The best part is train station dia attached dengan mall. So, kalau lalu nampaklah banyak kedai-kedai baju and all. Yang tak tahan tu,siap ada Roti Boy okeh. Jauh betul bisnes Roti Boy siap sampai China. Sementara tunggu, diorang cari hotel, sempat aku shopping sweater Adidas satu. Padahal dah berlembang dah sweater kat rumah. Murah punya pasal ambik jugakla satu. Harga dalam RM30-RM50, tak berapa nak ingat. Tapi murah gila kot sebab Adidas bunga. Tak tahulah ori ke tak tapi siap ade tagging Adidas semua. Ade aku kesah,yang penting Adidas kot.

Berbalik kepada Huaqiang Plaza Hotel, building ni tinggi gila.  Surrounded by electronics mall dan shopping mall yang lain. Ground floor siap ade Starbucks. Hotel semua kat atas. Kat bawah tu tak silap aku office. so, untuk check-in pergi ke hotel lobby tingkat 23. Then, upstairs smua hotel. Time tu kitorang dapat bilik tingkat 29. Gayat habaq hang. From the hotel, boleh nampak ke'busy'an jalan Huaqiang. Ade yang ngangkut Tv dan memacam lagilah. Kat sini kedai semua tutup pukul 6. This area macam Lowyatlah tapi 5 times bigger than Lowyat.

View dari bilik hotel. Mana tak gayat. Kalau bunuh diri, konpem mati... Tapi, jangan bunuh diri, berantu hotel ni kang...

Yang kat bawah tempat busy dengan manusia tuh, semua bangunan electronics mall.

Memandangkan ade tempat yang kitorang postpone to go the other day, so, petang tu we went to Window of the World in short form "WOW". Ablong and his small family kononnya nak shopping for Si mata sepet Zara jadi tak ikut kitorang. Gapodio WOW ni kan?? Basically, kat sini korang boleh datang dan tengok all the wonders of the world in small scale. Sebut je Shrine kat Jepun, Taj Mahal, even Eiffel Tower pun ade.





So, macam mana nak ke WOW, just naik train from Huaqiang North station sebab straight boleh tuju ke WOW sebab dia satu line plus train station ni betul-betul depan hotel. Harga tiket Y160 untuk dewasa dan Y80 untuk kanak-kanak. WOW ni bukak sampai malam. Untuk fully utilise trip ke sana better datang siang. Malam lighting dia xcukup so nak tangkap gambar xbest tapi malam ade show.


Pergh, memang terbaiklah. Basically macam korang pergi all over the world in one day. Masa kitorang pergi tu dah petang. jadi macam biasalah Explorace tangkap gambar. Sebab tempat tu SANGATTT besar. Kalau tak larat nak jalan sewa aje kenderaan yang macam basikal berenjin untuk pusing satu WOW. Kitorang almost cover 70% of the place. Mana replika yang tak cantik sangat kitorang skip. Nak kejar masa takut dah gelap gambo tak lawa. Yang paling best dekat Jepun nye area. Cantik weh. Ade sakura tipu. Siap ade couple sewa kimono lagi.


Masa kat sana, Haji Abah dengan Hajjah Ibu separate dengan kitorang. Diorang dating dua orang sewa mutation of basikal + motor. Ko ingat X-Men jer ader mutation. Padahal tak tahu nama bendalah kenderaan tuh. Nasihat aku silalah bawa map masa kat dalam WOW ni sebab boleh sesat. Expecially, kalau dah nak dekat malam sebab gelap and lampu tak banyak. Kitorang boleh main kejar-kejar dalam gelap siap boleh sesat dalam tu tak jumpa jalan keluar. Kalau sesama kitorang je takpela jugak boleh pulak ade beberapa orang cina tu pergi follow kitorang... Memang menuju jalan kesesatanla...

Korang nak naik kenderaan ni pon boleh.. lebih meriah kau... Dah nampakmacam rombongan sekolah.


Candi Borobodur.. <----Is it the right way to spell?? padahalboleh jer tanya Uncle Google.. Dasar pemalas..

Jepun punya area...

Gaya pipi kembung tak kelihatan sebab jauh...

Nilah shrinenya..

Boleh beli makanan ikan pastu kasi makan kat ikan-ikan nih dah macam kebulor benor gayanya.


Masing-masing dah buat perangai tak senonoh naik buai...

Taj Mahal in small scale, makanya jadi Taj Murah..



 
Adik-beradik menara condong Teluk Intan.. Badan semua senget sama jugak dengan kepala otak masing-masing. Senget jugak..



London bridge yg tak berapa nak London bridge sangat.

Yang ni warna dia bukan macam the exact building dekat Moscow. Mungkin sebab pakai cat tak berkualiti, dah pudar.. Semangat waja cari.. Sungguh menghampakan..

Eiffel okeh... From the pic,u cant tell whether its the real one or not..

Aya Sophia Mosque, Turkey..


The importance of the map, kalau sesat boleh cari arah ke jalan yang benar.





Dah macam raksasa dalam Ultraman dah.. 

Collaseum.. Boleh main tawaf-tawaf..

Pyramid Giza.

Yang ni lawak.. Adik aku si Kakak semangat nak cari Niagara Falls, sekali sampai-sampai Niagara Falls dah kemarau air dah tak turun.. Dah tutup paip sebab kitorang lambat. Tengok gambar parents ktorang cantik jer Niagara Falls.

This one is USA.. Atas tu 4 kepala US punya President ke apa entah..

Malam ade show dekat pentas utama.. Kalau nak masuk malam just untuk show sahaja pon boleh. Harga tiket lebih murah. Show dia sentiasa tukar. Time kitorang pergi tu tema Fairy Tales. Walaupon show dalam bahasa cina, memang sepatah haram pon tak tahu... Kitorang duk main teka-teka cerita apa diorang duk tayang. Keluar watak utama baru dapat teka.. Yang sempat tengok Hunchback, Beauty and the Beast dengan Snow White sebab lepas tu nak balik makan dan kononnya nak shopping. Seriously, show dia aku kasi 4.5 star. Memang stok taraf istana budaya punya standard. Infact lagi hebat. Costume, pentas, yang tak tahan tu siap ade kenderaan raja, kuda betul boleh pusing sekeliling pentas. pentas dia macam ala-ala coleseum sikit. Open space. Kalau nak compare dengan show Golden Mickey kat Disneyland HongKong memang jauhlah macam langit dengan bumi. Kurang 0.5 star pun sebab bahasa dia sepatah haram aku tak paham.


Night view Eiffel Tower.. Padahal the other side of the tower ada tulisan cina..


Tengoklah grand tak grand pentas dia.. 

After that, we were heading back to Huaqiang dengan niat nak bershopping tapi most of the shop dah tutup. So, kitorang pergi makan dekat muslim foods berdekatan dengan hotel. Shenzhen muslim food memang seriously nak cari makanan halal sangat senang sebab ramai orang islam.


Kalah orang local, pakai selipar jepun sejuk-sejuk nih. Orang cina pandang kaki aku slack je tengok pakai selipar jepun.

Tempat makan ni makanan dia sedap tapi tak ambik gambar makanan. Portion dia pon besar kot.

On the way back, walaupon kitorang satu family dah penat berdrama sesama sendiri, boleh pulak tengok drama sinetron. There's this one guy cina ni duk cakap kuat-kuat pegi bukak baju then bukak tali pinggang nak bukak seluar semua depan gerai. Gila ke ape kan dahla sejuk. Aku yang pakai baju 2 3 lapis pon sejuk. Dia dengan rela hati nak membuka segala pakaian. Pastu reramai kerumun nak tengok kejadian tuh. Dari pemerhatian aku, ada dua kemungkinan senario yang berlaku. Bukan senario pelawak tuh. The first one, maybe laki tu dituduh mencuri dan dia mencabut segala jenis pakaian nak buktikan dia innocent. Second one, mungkin orang tu berhutang dan nak buktikan dia tak ada duit, pastu  nak cakap dia ader pakaian sahaja. So, kalau nak ambik pakaian, ambiklah. Kesimpulan dari drama sinetron adalah orang cina di Shenzhen memanglah busy body. Suka tengok drama orang lain tanpa buat apa-apa. kitorang ingat memula orang jual ubat macam kat Malaysia. Jual ubat, cakap kuat-kuat nak promote, then, orang ramai2 kerumun nak dengar orang promote ubat. Ropa-ropanya drama mata sepet.

Konon nak keep it short, haram jadah panjang lebar jugak. Makanya, Episod 8 adalah pengembaraan terakhir keluarga kami dengan bakal memaparkan drama, aksi kejar mengejar sehinggalah ke waktu-waktu terakhir di Negara Mata Sepet. So, tunggulah episod terakhir kalau rajinlah. Kalau malas, aku report kat mak korang supaya kena bebel. Thank you for reading. Diharap bermanfaat. Astalavista babeh. Wassalam.


No comments:

Post a Comment