Sunday, December 22, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 6.5 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Aku baru lepas tengok Destinasi Airasia ke HongKong bersama Loy adik-beradik. Terus semangat nak menaip pasal sambungan trip kitorang ke Disneyland HongKong bersama adik-beradik Masri dan mak ayah serta ipar-duai (macam ramai sangat iparnya, padahal sorang je) dan anok sedara yang lebih havoc dan meriah noks.

Selepas check-in dari hotel, makan-makan dan sembahyang semua, barula kitorang secara berjemaah ke Disneyland. Kali ni dengan menaiki bas yang disediakan. No more jalan kaki. Serik. Habis lemak-lemak tepu terus jadi tak tepu. That time agak rugi sebenarnya sebab half day dah habis sebab travelling. So, kalau korang nak pergi Disneyland just make sure utilise betul-betul one whole day kat sana supaya tiket yang beli mahal-mahal tu berbaloi-baloi.

Tunggu bas pun ade kerusi Mickey. Kau hado??

Sibuk je budak kecik belah kiri tuh. Dah cun dah gambar potrait satu family. 


Oleh sebab masa yang limited, so, kitorang main ride-ride yang terpilih yang best-best jer. Ablong dah second time pergi sini, so, he is the one who chose what ride and what show to watch. Masuk Disneyland dah macam buat treasure hunt. Masuk themepark macam biasalah beg semua kena spotcheck. So, kena pepandailah nak sorok air dan makanan. Dah masuk jangan lupa ambil map location so that tak sesat dan dapat plan betul-betul ride apa nak main dan dalam map ade tulis masa untuk show.

So, kat sini aku just nak buat review ride-ride yang kitorang naik dan show-show yang kitorang tengok. Review ni adalah personal opinion dan mengambil kira faktor thrill dan keseronakan berdasarkan family kitorang punya standard.

  1) Main Street, USA
    Masuk-masuk je terus jumpa Main Street, USA. Design dia dah ala-ala macam cowboy town zaman dulu-dulu. Kalau nak berlagak macam cowboy pon boleh. Dekat area Main Street ni ade banyak maskot-maskot Disney yang mana kalau korang nak bergambar kena beratur. Yang kitorang sempat Mickey Mouse dengan Minie Mouse, pastu ader chipmunks sekali. Actually, bukan dekat this area je ade maskot ni tunggu. Dekat tempat lain pun ade. Other mascots yang sempat kitorang tangkap gambar adalah Winnie The Pooh, Donald Duck dengan Goofy. Tinkerbell tak sempat tangkap sebab takut nanti ilmu terbang-terbang menurun. Okeh tipu gila, sebab beratur panjang padahal.







  2) Mickey Philharmagic
    4D show pasal Donald Duck. Sepatah haram pun tak paham sebab show ni dalam bahasa cina.Tapi walaupun tak paham seriously enjoy gila show dia. Siap kena pakai spec 3D bagai. The best part is that kita feel show tuh. Yelah time Donald Duck lalu di air terasa air terpercik. Rase angin.Then, bila dia terbang macam terbang depan mata. Yelah, nama pun 4D. Seriously,tak boleh miss kalau pergi Disneyland HongKong.
Entrance to Mickey Philharmonic.

Semua dah sibuk bergaya dengan spek 3D. Jangan buat balik spec ni sudah..

  3) Space Mountain
   Roller coaster dalam gelap. Oleh kerana terlalu bersemangat nak main ride nih. Cammy, DSLR kesayangan telah jatuh dan menyebabkan cover lense pecah. Nasib baik lense tak rosak. Tapi, still gambar-gambar lain affected sebab terlebih pencahayaan masuk. Macam ala-ala dapat Nur gitu. Well, ride ni pun best jugak totally tak nampak apa-apa just nampak lampu kelip-kelip ala-ala bintang. So, tetiba jer dah mengona, berpusing dan menurun. Aku nak explain lebih-lebih pun bukan korang boleh imagine pun. Pergi jelah senang citer. Experience it urself.

Bekas popcorn pun comel giler bentuk Mickey.

Depan Space Mountain sebelum kisah menyayat hati Cammy terjatuh.

Selepas kisah menyayat hati terhadap Cammy. See nampak tak kesan pecah kat belah kiri.

  4) Buzz Lightyear
      Game yang rase bodoh gila. Main tembak-tembak orang jahat yang terbang-terbang sambil kumpul point. Tembak-tembak guna pistol macam laser. Not really appropriate for an adult tapi nak seronok-seronok boleh jer. The best part is Hajjah Ibu dengan Haji Abah pun main jugak ride nih. Dan tak tahu motip. Dah turun baru tau main tembak-tembak tu ader point rupanya.

Hajjah Ibu dengan Haji Abah pun nak terbang ikut Buzz Lightyear.

  5) Golden Mickey
      Bapak bosan show nih. Show nih sentiasa bertukar tapi berkisar pasal Mickeylah. Dah namapun Golden Mickey. That the show was about Mickey yang dapat award.Its a musical show. Tapi, for me, bosan gila maybe sebab bahasa dia guna bahasa cina. Sepatah haram pun aku tak paham. Aku end up tido sebab kebosanan sampai habis show semua orang dah pakat bangun. Baru sedar. Budak-budak maybe enjoy.

How cool is Pakcik at the back... Haha..Ignore Mickey and Minnie.

  6) Jungle River Cruise
      Naik bot along sungai tiruan yang konon-kononnya dalam hutan. Along, the cruise dapatlah tengok binatang-binatang cetak rompak yang kelihatan macam real. Kalau bernasib baik dapatlah kena sembur air dengan gajah tiruan.  Not bad at all.

  7) It's a small world
     This is one of my favourite ride. Ride ni naik boat menyusuri sungai  merentasi 7 benua dan sepanjang sungai tuh ade minicreature yang macam patung kecik-kecik yang pakai pakaian dan represents cultures from different countries di 7 benua. Sumpah cantik dan comel gila. Yang frustnya bila lalu SouthEast Asia takde pun patung yang represent Malaysia. Thailand dengan Indonesia adalah. By the way, it was so much of fun.




Seperti biasa, harus bergambar depan entrance sebelum masuk dengan dengan aksi melampau rase nak tampau jer.


Some of the snapshots inside. Tak banyak gambar because most of the time, kitorang record video.

  8) Grizzly Gulch
    The best ever ride dalam Disneyland. Its a roller coaster. Memang thrill dan menyeronokkan. Siap kitorang adik-beradik naik 2 kali. Takde orang, beratur jer terus boleh naik. The first time, main tujuh beradik except for Si kembar Adik. There's a part where the roller coaster go fast and instant turning in the dark. Unexpectedly, reversing and going down reversing. Then, suddenly ade bom meletus kat atas waktu tengah lalu. I don't know how to explain in details. 

     Sebab kitorang were too excited naik Grizzly Gulch, bila dah turun masing-masing plan nak naik lagi sekali. The best part was that sambil-sambil keluar masing-masing buat konspirasi untuk  mengenakan Si kembar Adik dan kakak ipar, Kak Lina yang dua-dua penakut dan tak akan pernah naik roller coaster. Dengan menggunakan Si Kembar Abang sebagai umpan, kononnya tak takut sebab kalau takut, takkan Si Abang nak naik lagi sekali. Dan misi kitorang berjaya. Dua-dua telah berjaya digula-gulakan. The whole ride kitorang gelak jer. Paham-paham jelah naik ride yang takut dengan orang yang penakut, macam-macam ayat kelakar keluar. Nasiblah dapat adik-adik ipar yang kepala gila semua. Teringat dolu-dolu main kejar-kejar satu Genting sebab nak paksa adik aku naik one of the ride yang agak thrill. Hasilnya, sekarang dia pun dah berani. That's why kalau nak pergi themepark aku prefer pergi dengan adik-beradik aku compare dengan kawan-kawan. Almaklumlah pompuan-pompuan ni ramai yang penakut, nanti membazir duit jer.

Haji Abah dengan Hajjah Ibu dating dua orang duk analyse map sementara anak-anak pergi berjimba sambil jaga cucu.

  9) Toy Story Parachute Drop
      Yang ni pulak version kanak-kanak Solero Shot di Genting. Kalau korang pernah pergi Genting, Solero Shot ride yang paling thrill sekalilah. Memandangkan its Disneyland, kebanyakan ride dia adalah untuk cater for kids. So, for those yang gayat dan penakut dengan ketinggian dan amatlah tidak berani untuk naik ride-ride yang thrill maka aku sarankan untuk cuba ride ini. Tak tinggi sangat dan tidak sampai memacu adrenalin aku. Chewah, guna perkataan adrenalin gaya macam selalu join aktiviti lasak panjat bukit jer. Malu dekat budak-budak sekolah rendah sebab diorang muka relax takde perasaan pun naik menatang nih. Kesimpulannya, tidak mencabar. No adrenalin but there're only sweat sebab kena beratur panjang bersama kanak-kanak.


ToyStory Land.

10) Slinky Dog Spin
      Ride ni OK-OK jer. Aku tak naik tapinya sebab ride ni wujud dekat themepark di Malaysia. Alah, naik kereta pusing laju-laju lepas tuh turun naik. Untuk yang senang pening tak dinasihatkanlah takut termuntah plak. Banyak pulak kerja Makcik Cleaner Disneyland nak bersihkan.





11) Shows along the Parade
     The MOST AWESOMENEST show for the day (Teacher English aku tengok grammar aku konpem geleng kepala). Makesure highlight siap-siap dalam pamphlete pukul berapa show nih. Tak silap aku around pukul 4. So, untuk mengelakkan ralit sangat duk main ride-ride di sana, set alarm terus 10 to 15 minutes before so dapat cop tempat strategik untuk tengok show nih. Basically, show ni kereta berhias akan melalui Parade together with all the Disney characters. Even character-character yang rare pun ade. Diorang akan menyanyi sambil menari along the way. Kalau yang duk kat atas kereta berhias, ade yang terenjut, ade yang terbalik-balik dah. Aku nak explain lebih-lebih  pun korang macam paham. Tengok gambar jelah.









12) Bunga api di Castle
      Last but not least show for the night. Around 7 to 8 most of the ride dah tutup because there was bunga api show in front of the Castle around 8. Gila kau, bapak besar castle, selama nih duk buat sandcastle yang tak rupa castle jer sebab selalu runtuh. Ini dapat tengok show bunga api depan castle yang waktu kecik-kecik selalunya duk berangan nak jadi anak raja sebab tengok cerita-cerita Disney. The show was awesome with all the lightings and firecrackers. Even as an adult I enjoy it very much. Apetah lagi budak-budak.

Infront of the castle di siang hari. Show bunga api malam tak sempat tangkap sebab ralit sangat tengok show.


For your info, dalam Disneyland ada makanan halal dijual and for sure mahal sikitlah kan. But then, kitorang tak makan pun kat situ memandangkan menginap dekat hotel Disney, so, we just cook the food ourselves. Nama pun trip beg tarik style, makanan penuh dalam beg. Haruslah mengutilise segala jenis makanan yang ada.

So, for those yang bawak kanak-kanak bawah umur. Kanak-kanak bawah umur di sini merujuk kepada kanak-kanak yang masih layak duduk dalam stroller, yang besor gajah tak termasuk yer. Ada disediakan perkhidmatan sewa stroller. Parents yang ada anak-anak yang boleh berjalan yang buas takut terlepas boleh sewa stroller untuk mengekang anak-anak anda daripada membuaskan diri. Even, at every ride diorang sediakan tempat parking stroller okeh. Tapi, makesure all the valueables ambiklah jangan tinggal dalam stroller takut hilang sebab tak ada orang yang jaga parking stroller nih macam parking kat Jalan TAR. Eh..

Dah habis show, haruslah shopping souvenir.



In summary, Disneyland HongKong nih lebih sesuai untuk budak-budak. Kepada orang-orang besar ataupun yang dah tua bangka yang expect nak naik ride yang meningkatkan adrenalin. Lupakan sahaja hajat anda kerana anda lebih sesuai ke Universal Studios. Rasenyelah. Aku tak pernah pergi USS. Sekian sahaja laporan dari Disneyland yang sudah tergendala lamanya. Semoga bermanfaat. Astalavista babeh. Wassalam.

No comments:

Post a Comment