Thursday, September 25, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 5.0 Mengharapkan Umrah yang Mabrur

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Kitorang sampai di Mekah betul-betul tengah malam. Jadi, kitorang check-in hotel dululah. Letak barang semua. Di Mekah kitorang stay di Hotel Ajwad Ajyad of which dalam lingkungan 600-700 meter dari Masjidil Haram. Hotel ni agak old school dan lebih kecik dari Hotel di Madinah. Macam kat Madinah, kitorang stay satu family satu bilik tapi di Mekah maximum satu bilik 3 orang. Jadi, aku dengan adik aku si Kak Cik share bilik dengan Makcik Siti. Tapi, bilik parents aku depan bilik so selalu meloncat masuk bilik depan. Aku rasa Makcik Siti mesti serabut gila tengok kitorang duk keluar masuk bilik pegi bilik depan. Mana tak, lubuk makanan sudah semestinya bilik Hajjah Ibu.

Hotel Ajwad Ajyad *ihsan Google

Monday, September 8, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 4.5 Perjalanan Umrah ke Mekah

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Perjalanan ke Mekah bermula pukul 3 petang setelah check-out. Yang lelaki semua dah siap lengkap berpakaian ihram. The first destination that we are heading is Masjid BirAli untuk bermiqat. Bagi mereka yang dari Madinah, miqat terhampir adalah Miqat Bir Ali. Sampai di Masjid semua pakat sembahyang tahiyatul masjid dan solat sunat musafir supaya dipermudahkan perjalanan.

Bila di Miqat, the most important thing is ialah niat ihram. Niat ihram di Miqat adalah salah satu perkara wajib of which kalau tak berniat di Miqat akan dikenakan dam. Bukan macam main dam haji di kedai kopi. Tapi, dam ni macam denda. Contohnya, waktu kat Miqat lupa nak niat ihram duk ralit pakai kain ihram, dah on da way baru teringat nak niat. So, sah-sah kena bayar dam. Once dah niat tu memang nak kena jaga betulla.

Masjid Bir Ali. Aku paling suka compound dia. Sangat cantik.


Sunday, September 7, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 4.0 Jumpa lagi Madinah

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Its day 4 in Madinah. Kitorang akan berangkat ke Mekah selepas zohor. Memandangkan waktu ziarah luaran sebelum ni tak berkesempatan ke kilang al-Quran sebab waktu ziarah jatuh pada hari minggu of which kilang tutup, Jadi special request telah dibuat kepada Ustaz Mat untuk arrange buat ziarah ke Kilang Quran.

Kilang Quran ni cetak berjuta-juta naskhah Al-Quran setahun. Korang nak saiz apa semua ada. Not only that, diorang gak cetak Al-Quran tafsir macam-macam bahasa. Nak bahasa apa? Korea? Bangladesh? Spain? Afrika? Semua ada. Nak melawat kilang ni better pergi pagi-pagi sebab kalau lambat beratur panjang. Nak boleh ke masuk jenuhlah.

ATAS : View dari luar kilang. BAWAH: Keadaan dalam tempat jual al-Quran.

Wednesday, August 27, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 3.8 Raudhah yang Terakhir

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Malam tu merupakan malam terakhir di Madinah. The next day kitorang akan bergerak menuju puncak. Puncaklah sangatkan. Menuju Mekah untuk perform our umrah. Selepas menunaikan isyak, aku dengan yakin bolehnya decide untuk pergi ke Raudhah buat kesekian kalinya dan terakhir because its last day already kan. Manakala adik-adik aku dan Hajjah Ibu taknak ikut sebab diorang nak buat last minute shopping sebab kononnya barang kat Mekah mahal, so, nak shopping siap-siaplah plus nanti kat Mekah nak concentrate untuk buat ibadah sahaja. Kononnyalah. Padahal kat Mekah shopping jugak. Orang Malaysiala katakan. *geleng kepala.

Deretan kedai disepanjang laluan dari hotel ke Masjid Nabawi. Tinggal nak masuk perabis duit jer.

Tuesday, August 26, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 3.4 Pertemuan yang tidak disangka

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Biasa kalau azan dalam TV, mesti tunjuk gambar-gambar masjid. Habis segala masjid dalam negara dengan luar negara ada. Salah satu yang aku ingat adalah Masjid Nabawi atap terbuka. Macam cool gilerkan. Atap boleh terbukak. So, one of thing yang termasuk dalam wish list aku waktu di Madinah adalah nak tengok live atap terbukak. Bila masuk je Masjid Nabawi, mesti usha atap. Hoping for miracles tetiba atap terbuka.

Atap yang telah disangka boleh terbukak. Padahal tak boleh pun.