Thursday, July 31, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 3.0 Ziarah Luaran Madinah

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

MASJID QUBA'

Untuk hari ketiga di Madinah, kitorang akan buat ziarah luaran. So, selepas subuh memang straight balik hotel untuk bersiap dan breakfast. 7.30 pagi bas dah standby untuk start pergi ziarah. Sebelum bergerak pergi ziarah, kitorang dah dipesan oleh Ustaz Mat untuk siap-siap ambik air sembahyang dari hotel memandangkan our first destination is Masjid Quba'. Ada riwayat mengatakan bahawa, kalau kita ambil air sembahyang dari rumah dan menunaikan sembahyang 2 rakaat di Masjid Quba, pahala seperti menunaikan umrah.

Dataran berdekatan hotel. Penuh merpati tak berapa nak sejoli.

Masjid Quba' from faraway.. Faraway..

Untuk makluman, masjid Quba' adalah masjid pertama dibina dan ia dibina semasa Nabi s.a.w. berhijrah ke Madinah. Perjalanan dari hotel ke masjid Quba' agak singkat. Kitorang diberitahu oleh Ustaz Mat memandangkan hari tu adalah hari Sabtu, orang di masjid Quba' akan sangat ramai sebab orang-orang timur tengah diorang rely on hadith yang mengatakan menunaikan sembahayang 2 rakaat pada hari Sabtu dengan air sembahyang dari rumah, pahalanya sama dengan satu umrah. Pagi itu kitorang agak awal so, waktu sampai di masjid Quba' orang belum ramai lagi. Masuk ke dalam masjid, aku cari port kat belakang di dinding sebab tak nak orang duk melangkah-langkah waktu sembahyang. Solat tahiyyatul masjid dan solat dhuha. Selesai sembahyang kitorang pergi ke bas untuk ke destinasi seterusnya.

Budak ni kiut giler terkapai-kapai, mak dia semayang sebelah aku. Mak dia letak sebab nak sujud. Nak bangun, dia dukung balik sambil semayang.

Geng jemaah dari Kontan luo masjid Quba'.

Inside and outside the masjid.


JABAL UHUD

The next destination is Jabal Uhud. Memandangkan sebelum ni waktu di Malaysia aku baru habiskan buku novel sejarah tentang Abu Ubaidah, yang mana ada diceritakan pasal Perang Uhud, semangat berkobar-kobar gila. Kat sini aku nak suggest, for those yang bakal menunaikan umrah buat pertama kali, research dan banyakkan baca tentang sirah expecially yang involve tempat-tempat yang termasuk dalam itenarary. Perang Uhud adalah sejarah sangat penting bagi umat islam memandangkan perang Uhud adalah perang yang mana umat islam kalah disebabkan ketamakan pasukan pemanah tanpa menghiraukan arahan dari Rasulullah s.a.w.

Jabal Uhud. Besar giler sampai aku wonder guane entah zaman dulu duk berperang.

Dalam perang Uhud, umat islam telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan yang mana salah satu kumpulan yang penting dan menjadi tulang belakang kepada tentera islam adalah kumpulan pemanah yang menunggu pihak musuh di sebalik bukit memanah. Di ambang kemenangan tentera islam, tentera kafir Quraisy dah nak kalah, banyaklah harta perang yang ditinggalkan. Tentera pemanah ni dah excited nampak harta, duk pakat turun belaka kutip harta rampasan perang. Diorang dah lupa dengan arahan Rasulullah sebelumnya bahawa whatever happens, menang atau kalah, pasukan memanah tak boleh berganjak dari bukit memanah. Tetapi, oleh sebab ramai kaum Quraisy dah mati mereka sangka tentera islam dah menang. Jadi, pemanah-pemanah ni turun dari bukit untuk mengutip ghanimah atau harta rampasan perang. Bila melihatkan  tentera pemanah dah turun untuk mengutip harta rampasan perang, tentera Quraisy yang menyangka mereka dah kalah berpatah balik untuk mengalahkan tentera islam. Tentera islam jadi vulnerable sebab kekuatan tentera islam yang terletak pada tentera pemanah dah tak ada dan unfortunately pasukan pemanah pergi turun pulak untuk kutip harta rampasan perang.

Tempat ramai orang ni bukit memanah. Tapi dah tak berapa nak bukit sangat dah, makin mengecik.

Antara Jabal Uhud dengan Bukit memanah ada orang menjual macam-macam. Belakang kitorang penuh. Zaman dulu takdokla. kalau tak guane nak berperang.

Waktu perang ni jugak memperlihatkan bapa saudara Rasulullah s.a.w., Saidina Hamzah mati syahid di medan perang. Keadaan jenazah beliau telah diperlakukan dengan hinanya oleh puak Quraisy. Semasa perang Uhud jugak, Rasulullah cedera teruk . Baginda telah menyorok di Bukit Uhud dengan dikawal oleh sahabat untuk memastikan keselamatan baginda. Puak Quraisy waktu tu memang dah sibuk mencari baginda untuk dibunuh. Ada satu cerita yang diceritakan oleh Ustaz Mat yang first time aku dengar. Sewaktu menyorok dari kaum Quraisy, macam aku katakan tadi Rasulullah cedera teruk. Darah baginda hampir menitik ke tanah tapi baginda tadah darah dari jatuh ke tanah. Sahabat yang lihat pelik kenapa Rasulullah beria tadah darah baginda dari jatuh ke tanah. Kalau kita kan, biar jelah dah darah menitik, nak buat apa lagi nak tadah kan. Rasulullah beritahu lebih kurang macam nilah," Jika darah ku tumpah ke tanah walau setitik, kaum Quraisy akan dikenakan bala bencana oleh Allah s.w.t." Betapa sayangnya baginda dekat umatnya even kaum Quraisy waktu tengah search for him untuk bunuh baginda. Kalau kitalah, mesti kalau boleh biar satu pint darah tumpah biar padan muka puak Quraisy kena bala kaw-kaw.

Behind "the kepala masuk air" adalah kawasan dikebumikan para syuhada uhud. Tempat pun diorang pagar takut nanti ade pulak kang orang bawak kemenyan mintak nombor. Contoh kalau kat Malaysiala.

Kat dalam batu-batu tu dikatakan dikebumikan Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah yang sangat dikasihi.

MASJID-MASJID LAIN

Memandangkan masjid-masjid lain tiada sebarang fadhilat atau kelebihan, kitorang just lalu jer masjid-masjid yang jadi tempat bersejarah zaman Rasulullah. I'm not saying that tak ada fadhilat or kelebihan as if pergi xde apa-apa pahala or something. Tapi, pahala sama sahaja macam kita sembahyang di masjid-masjid di Malaysia. So, we just passed by jer untuk menjimatkan masa. Antara masjid-masjid yang kitorang lalu adalah Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Masjid Bilal Bin Rabbah  and a few other mosque that I couldn't recall.

Yang ni aku tak berapa nak ingat, antara Masjid Qiblatain atau Masjid Tujuh.

Aku nak citer pasal Masjid Qiblatain. Basically, Masjid Qiblatain ni menjadi tempat di mana pertukaran kiblat umat islam daripada Masjid Al-Aqsa kepada Masjidil Haram. Initially, waktu di Mekah, perkara ni tak jadi isu sebab bila Rasulullah sembahyang, Rasulullah akan sembahyang yang mana kiblat Baginda menghala ke Masjidil Aqsa dan pada masa yang sama mengadap kaabah which is kedudukan yang selarilah. Bila mana Baginda berhijrah ke Madinah, kedudukannya dah tak selari ditambah pulak dengan pressure dari orang Yahudi yang argue kenapa orang Islam duk ikut kiblat diorang. Jadi, Allah perintahkan supaya kiblat umat Islam ditukarkan ke Masjidil Haram dan menjadi titik mula perubahan kiblat umat islam sehinggalah sekarang.

KEBUN DAN PASAR KURMA

Dah puas round ziarah lalu masjid-masjid, kitorang dibawa ke kebun kurma. Kebun kurma ni at first aku bajet macam masuk dalam kebun kurma. Pastu dalam kebun kurma tu diorang duk jual-jual kurma. Tapi sebenarnya takdelah betul-betul dalam kebun kurma. Tempat diorang bawak ni sebenarnya sebelah kebun kurma. Kebun kurma tak boleh masuk pun. Usually, kalau nak beli kurma better beli di Madinah and untuk pengetahuan, kebun kurma harga dia mahal sedikit compare to kalau dekat pasar kurma. Kitorang agak bernasib baik sebab waktu tuh jemaah kitorang jer. Kitorang dikhabarkan yang selalunya kat situ penuh gila orang ala-ala time Sogo buat sale. Okeh itu exagerrate gilerkan. Tapi, ramailah. Yang bestnya kat sini boleh makan kurma sampai kenyang. Suka hati jer makan even tak beli pape.

Keadaan dalam tempat jual dalam Kebun Kurma.

Sebelum makan, tanya dulu orang kat situ, "Halal?"
Diorang jawab,"Halal." "Alhamdulillah." Terus ngap masuk mulut. Kalau lama-lama duduk situ memang kenyang makan kurma jelah.

Port lambakan cokelat. Try jangan tak try.

KIRI ATAS : Diskusi serius nak beli ke taknak. KANAN ATAS : Lambakan kurma. Tinggal nak pilih jer. KIRI BAWAH : Brotha dari Indon dah keja 2 tahun jual kurma. KANAN BAWAH : Kebun kurma luar kedai.

Beza harga kurma dekat kebun dengan pasar kurma sekilo dalam 10-20 Riyal jugaklah. So, sapa yang beli banyak agak rugilah kalau beli di kebun kurma. Masa kitorang pergi tu, terus aim dekat area cokelat. Cokelat memang boleh makan sampai kenyang. Lepas satu-satu kitorang try. Bila ade cokelat sedap kitorang makan siap simpan plastik sebab nak beli dekat pasar kurma. Some of us ada yang beli, ada yang tunggu pergi pasar kurma. Sebelum keluar, ada air mineral dia kasi free untuk kita ambil. Tak kisahlah beli ke idok kat situ.

By right, pasar kurma tak termasuk dalam itenarary, so special request dibuat kepada Ustaz Mat. Ustaz Mat cakap awal-awal tak janji sebabnya drebar-drebar arab ni, kalau diorang tak nak gi memang diorang takkan bawak sebab pergi pasar diorang tak dapat tips. So, ikut nasib. Ustaz memang tak berani nak janji sebab based on pengalaman sebelum nih ada yang jemaah takde rezeki drebar taknak bawak.

Pasar kurma dari luar.

Ustaz Mat dah kowtim dengan drebar and drebar agree untuk bawak ke sana. Tapi, of courselah kena stand by duit sikit untuk kasi tips kepada drebar. Kat sini memang kuat betul main tips. Padahal tak adalah jauh mana pun pasar kurma nih. Bila masuk je pasar kurma, orang kedai-kedai duk sibuk memanggil. Tapi, disebabkan Ustaz Mat ada kawan yang menjual dalam pasar kurma, so, dia bawak jemaah ke sana. Tapi, tak adalah paksa suruh beli kat kedai kawan dia. Decision atas masing-masing. Nak beli kat kedai lain pun boleh. Tapi, biasalah semua orang duk tuju kedai tulah jugak.

KIRI ATAS : Kedai kawan Ustaz Mat dari luar. KANAN ATAS : Kedai Abu Salamah. No.29. KIRI BAWAH : Haji Abah yang orang arab ingat orang Arab jugak sebab hidung mancung padahal sebab kulit gelap aku rasa. Hahaha. Sori Abah. KANAN BAWAH : Masing-masing sibuk memborong dalam kedai.

Seperti kita sedia maklum, kurma ni bapokla banyaknya khasiat. So, kat sini ada beberapa jenis kurma yang aku nak highlight yang wajib dibeli bila berpeluang berkunjung ke sana. Actually banyak lagi kurma yang wujud kat sana.

1) Kurma Ajwa
Kurma ni juga dikenali sebagai kurma nabi. Kurma ni adalah kurma termahal antara kaum kerabat kurma-kurma semua. Harga kalau tak salah aku dalam 60 Riyal sekilo bergantung kepada saiz. Ada yang kecik, ada yang sederhana saiznya. Kalau kat Malaysia, jangan nak berangan nak dapat harga ni. Selalunya tak silap aku RM100 and above sekilo. Ada riwayat nabi berkenaan kurma nih :

"Barangsiapa di pagi hari memakan 7 biji kurma AJWA, dia akan terhindar pada hari tersebut dari bahaya racun dan sihir." Hadith Riwayat Bukhari

2)Kurma Safawi
Kalau tak mampu beli kurma ajwa, kurma safawi pun ok. Sedap gak. Kurma warna hitam. Harga dalam 20 Riyal. Ada sesetengah memanggil kurma Mariami. Tapi, tak tahulah betul ke idak sebabnya bila ditanya kepada orang di kebun kurma, diorang kata tak pernah dengar dan memang selalu sangat orang Malaysia datang dan tanya pasal kurma Mariami. Adekah kurma Mariami adalah kurma Yusof Taiyyob? Misteri tak berapa Nusantara yang harus dirungkaikan.

3) Kurma Barni
Kurma Barni ni tak famous sangat terutama bagi jemaah dari Malaysia. Even Ustaz Mat pun tak tahu pasal khasiat disebalik kurma Barni. Masa di kebun kurma, dalam kalangan pekerja-pekerja yang menjual di kebun kurma tu ada sorang pekerja Indonesia. Ustaz Mat berborak dengan dia dengan Haji Abah pun ada sekali dengar dia bercerita. Aku pun macam biasa busy body menyemak jugak nak dengar perbualan diorang. Macam-macamlah dia duk cerita. Dah kerja 2 tahunla. Macam-macamla lagi. Entah macam mana cerita pasal kurma Barni keluar. Bukan Barney kaler purple tu tau. Dia cakap sekarang diorang tak ada stok kurma Barni. Kalau ada pun diorang tak pamer macam kurma-kurma lain. Letak bawah kaunter. Orang tanya baru buat keluar. Sebabnya tak ramai yang tahu pasal kurma nih.

Kurma ni wujud kat Madinah je. Even bila ada kurma Barni yang masak ranum, peniaga-peniaga kurma ni akan berebut-rebut nak dapatkan kurma nih. Limited stocklah. Ada hadith pasal kurma ni. That's whylah mendapat sambutan menggalakkan. Masa ke pasar kurma, kurma Barni ada stok. Kitorang belilah jugak. Rupa kurma Barni tak menarik perhatian sangat. Warna coklat gelap macam perang-perang sikit. Harga pun tak adalah mahal sangat 10 Riyal sekilo.

Hadith mengenai kurma Barni yang terpampang di dinding di kebun kurma adalah seperti berikut :

"Sebaik-baik kurma adalah kurma Barni kerana boleh menyembuhkan penyakit."

4) Kurma Madu
Kurma madu pun antara kurma tersedap. Rasa manis. Rupanya tak berapa menarik. Warna gelap kemasan sikit. Dari segi appearance kurma Yusof Tayyoblah menang. Kitorang beli pun sebab tengok Ustaz Mat borong berkilo-kilo nak bawa balik ke Patani untuk isteri ngan family kat sana. Harga pun tak mahal dalam 20 Riyal tak silap aku.

5) Rawtad (tak pasti betul ke idak ejaannnya)
Rawtad ni adalah kurma masak yang disejuk beku. Macam kurma-kurma yang disebut di atas dah dikeringkan, so, boleh tahan lama. Rawtad ni tak tahan lama kena letak dalam peti sebab buah fresh. Initially, tak tahu pun kewujudan kurma ni tapi sebab bos Haji Abah dah kirim suruh beli, jadi kitorang carila jugak. Kebetulan, kedai depan kedai yang diterjah beramai-ramai tu ada jual. Penuh satu freezer dengan rawtad. Rawtad ni harga tak ikut kilo. Dia ikut saiz bekas. Bekas kecik 15 Riyal dan bekas besar 20 Riyal. Kitorang belilah beberapa bekas, satu memenuhi kiriman bos Haji Abah dan satu untuk makan sendiri. Rasa dia sedap bukan macam kurma muda yang rasa kelat-kelat. Yang ni manis. Tapi, makesure simpan dalam peti ais hotel kalau beli sebab takut buah rosak.

KIRI ATAS : Kurma Barni. Walopon rupa agak hodoh dan kurang menyelerakan tapi khasiat ubat segala penyakit yer. KANAN ATAS : Kurma Madu. Orang Kelantan kabo manis leting supo madu. KIRI BAWAH : Kurma safawi. Ada orang kata sama dengan mariami. Aku pun tak pasti. KANAN BAWAH : Coklat kurma tersedap. Boleh kasi souvenir. Mahal kot satu paket 10 Riyal.

Dah puas borong kurma, pulanglah ke pangkal jalan sebelum zohor untuk berjemaah di masjid. Macam biasa, family kitorang paling lama dan paling banyak beli sebab include untuk officemates Hajjah Ibu. In case, korang shopping terlebih banyak bolehlah suruh mereka di kedai pack siap-siap dalam kotak supaya selamat dicampak dalam luggage kapal terbang. Even kalau berat, tak larat nak angkut berpuluh-puluh kilo kurma dah gaya macam nak meniaga kurma boleh minta orang kat situ hantarkan ke bas, teksi atau van. Tapi, makesure kasi tips. Kalau tak kasi, dia akan tunggu dan mintak.

Sekian sahaja laporan separuh hari di Madinah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kepada yang dah sampai mahupun belum sampai untuk ke sana. Aku sambung bila ada masa. Not to forget Selamat Hari Raya and don't forget to pray for our fellow brothers and sisters in Gaza, Syria and all over the world. Astalavista. Wassalam.

No comments:

Post a Comment