Sunday, September 7, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 4.0 Jumpa lagi Madinah

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Its day 4 in Madinah. Kitorang akan berangkat ke Mekah selepas zohor. Memandangkan waktu ziarah luaran sebelum ni tak berkesempatan ke kilang al-Quran sebab waktu ziarah jatuh pada hari minggu of which kilang tutup, Jadi special request telah dibuat kepada Ustaz Mat untuk arrange buat ziarah ke Kilang Quran.

Kilang Quran ni cetak berjuta-juta naskhah Al-Quran setahun. Korang nak saiz apa semua ada. Not only that, diorang gak cetak Al-Quran tafsir macam-macam bahasa. Nak bahasa apa? Korea? Bangladesh? Spain? Afrika? Semua ada. Nak melawat kilang ni better pergi pagi-pagi sebab kalau lambat beratur panjang. Nak boleh ke masuk jenuhlah.

ATAS : View dari luar kilang. BAWAH: Keadaan dalam tempat jual al-Quran.



Unfortunately, hanya lelaki sahaja dibenarkan masuk untuk melawat kilang Al-Quran. Yang pompuan-pompuan boleh tunggu dekat lobby dia beli Quran. Orang lelaki gak untung sebab bila diorang keluar dari melawat kilang tu, diorang dapat satu sorang Quran free. Quran yang diorang kasi free pulak bukan standardize satu saiz, ikut suka dia nak kasi saiz apa. Ada yang dapat saiz kecik, sedang, besar and in fact ada yang dapat Quran tafsir Indonesia. Ikut suka dia nak kasi yang mana.

View dari dalam kilang. Diorang tak boleh turun pun, boleh usha dari atas je keadaan kilang Al-quran.

Sementara menunggu yang lelaki melawat kilang Quran, yang perempuan melaksanakan tugas shopping Quran. So, those yang nak kasi Quran as souvenir better beli dekat kilang Quran sebab harganya murah compare to beli dekat tempat lain. Unfortunately, time kitorang pergi tuh, most of the Quran banyak yang tak ada. Ada dua saiz sahaja iaitu yang paling besar dan paling kecik. Harga untuk Quran yang kecik sekali 8 Riyal dan yang besar sekali 75 Riyal. Kitorang ingat yang besar sekali tuh sampai ratus-ratus. End up borong sampai 40 Quran kecik dan satu Quran besar untuk sedeqahkan dekat sekolah tahfiz adik aku, si Abang. 

Bergambar dulu sementara tunggu sang lelaki melawat kilang Al-Quran.

Hasil belian. Tengok, Quran bapak besar dengan quran kecik besar tapak tangan aku lebih kurang.

Dah settle everything, kitorang pun pulang ke pangkal jalan ke hotel dan pack barang sebab lepas Zohor kitorang akan menuju ke  Mekah untuk selesaikan ibadah umrah. Duk sibuk packing barang-barang semua, tengok Hajjah Ibu dengan Haji Abah beli banyak giler minyak atar. Berkotak-kotak. Reaksi kitorang, mendalah beli minyak atar nak kasi kat orang, busuk kot. Kalau bau orang pakai minyak atar selalunya rasa macam nak pengsan bau kuat sangat and busuk. But then, perkara mengejutkan adalah duk try satu-satu minyak atar yang dibeli, tetiba bau minyak atar satu tu sedapla pulak baunya. So, sebelum gerak ke Mekah pergi beli dulu minyak atar Raudhah satu kotak.

Kalau kat sana, minyak atar memang teramatlah banyaknye jenis. So, kalau nak beli makesure bau dulu. Ada yang bau typical minyak atar tapi ada yang bau memang wangi. Raudhah ni bau dia lembut jer sesuai untuk perempuan. Don't worry sebab bau dia tak kuat, setakat nak pakai nak suruh diri sendiri bau tu okeylah. Yang lelaki beli minyak atar Sultan, bau di sedap macam minyak wangi lelaki. Setakat nak beli satu jer tak dapeklah. Kena beli satu kotak, dalam tu ada 12 botol. Ada yang 3ml dan ada yang 8ml. Hajjah Ibu beli yang 3ml dapat 20 Riyal satu kotak whereas aku beli yang 8ml dapat 25 Riyal jer setelah ditawar. 

Belah kanan Raudhah yang aku beli di Madinah, bau memang best. Belah kiri kononnya nak tambah stok buat souvenir aku beli di Mekah dengan harga yang sama walaupun diorang letak harga mahal. Tapi, yang Mekah bau tak best, ingatkan bau sama sebab dua-dua Raudhah. Haram.

Dah siap packing semua, kitorang sembahyang zohor berjemaah buat kali terakhirnya dan buat ziarah widak ke Masjid Nabawi. Memandangkan kitorang akan bermusafir ke Mekah, so, buat jamak taqdim siap-siap. Bila dah buat jamak taqdim, maksudnya sekali dengan Asar, jadi, dah tak boleh buat solat sunat dah lepas tu. Sayu pulak kan nak tinggalkan Madinah. Bila lagila boleh sampai ke sini. Musim haji pun dah start. Next post aku sambung perjalanan menunaikan umrah. Semoga bermanfaat dan dimurahkan rezeki untuk menunaikan umrah dan haji. Astalavista. Wassalam.

No comments:

Post a Comment