Wednesday, August 27, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 3.8 Raudhah yang Terakhir

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Malam tu merupakan malam terakhir di Madinah. The next day kitorang akan bergerak menuju puncak. Puncaklah sangatkan. Menuju Mekah untuk perform our umrah. Selepas menunaikan isyak, aku dengan yakin bolehnya decide untuk pergi ke Raudhah buat kesekian kalinya dan terakhir because its last day already kan. Manakala adik-adik aku dan Hajjah Ibu taknak ikut sebab diorang nak buat last minute shopping sebab kononnya barang kat Mekah mahal, so, nak shopping siap-siaplah plus nanti kat Mekah nak concentrate untuk buat ibadah sahaja. Kononnyalah. Padahal kat Mekah shopping jugak. Orang Malaysiala katakan. *geleng kepala.

Deretan kedai disepanjang laluan dari hotel ke Masjid Nabawi. Tinggal nak masuk perabis duit jer.



Berbekalkan semangat juang yang tinggi, aku memang berkobar-kobar dan nekad nak pergi jugak Raudhah malam tu walaupun pergi tanpa kroni-kroni. By hook or by crook I wanna jump onto the green carpet. So, berseoranganlah aku malam tu. Even jemaah-jemaah yang sama dengan kitorang pon tak ada sorang pon ada. Bayang-bayang pun tak ada. Aku bajet mesti semua busy packing barang sebab esok nak gerak ke Mekah dan pagi nak melawat kilang Quran lagi.

So, macam biasa jemaah melayu diasingkan setempat. The best part is ada tazkirah yang diberi dalam bahasa melayu sementara menunggu giliran ke Raudhah. Rugi betul diorang tak ada malam tu. Aku dah excited sekor-sekor dengar tazkirah dalam Masjid Nabawi. Even dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus pon aku tak seexcited nih. Try jugak usha pemberi ceramah tu Arab ke Melayu. Malangnya, dia bertutup litup dengan purdah. Nampak mata je. Kalau aku ada kuasa boleh scan mata orang, mungkin aku boleh teka kot. Bahasa Melayu yang digunakan agak fasih tapi for surelah bukan bahasa melayu standard kita. Tapi, bahasa Indonesia. Even dengan loghatnya pun aku tak boleh teka. Dia punya tazkirah bukan tazkirah kosong. Semua disertakan dengan ayat-ayat Quran dan hadith nabi.

A lot of things yang aku dapat ilmu dari tazkirah yang disampaikan. Banyak yang aku first time dengar. Antara intipati-intipati yang aku boleh recall adalah berkenaan dengan orang yang masuk ke Masjid siap cium tiang bagai. Even ada yang menangis depan maqam Rasulullah duk mintak macam-macam. Ustazah tu cakap Madinah memangla tempat suci, tempat Rasulullah, tapi siap cium tiang masjid bagai nak ambik berkat is totally amalan khurafat lagi syirik. Kita nak mintak doa' janganlah mintak dengan makhluk atau benda, kena mintak dengan Allah. Yang lagi teruk duk mintak depan maqam Rasulullah. Rasulullah tu manusia, makhluk, mintak pulak tu dekat maqam yang memang sah-sah Rasulullah dah wafat lagila berdosa besar. So, kalau pergi Madinah or Mekah korang boleh nampak orang duk sapu-sapu dinding macam yang aku cerita dalam post before. Its not that diorang duk usap-usap dinding mengamati kehebatan architectural building tapi niat memang nak ambik berkat.

Lagi satu amalan yang selalu dibuat oleh kita-kita nih adalah bila tahu je orang nak gi Madinah, semua duk suruh tolong kirimkan salam kepada Rasulullah saw. Even aku pon, ada jugakla a few of my friends yang duk suruh kirim salam kat Rasulullah bila tahu aku kat Madinah. Aku pun jawab Insyaallah jelah. Ingatkan its normal kirim-kirim salam kat Rasulullah nih. Sebelum ni aku memang tak pernah dengar. Aku tau kirim salam kat orang hidup jer. Ustazah tu cakap kita ni sapa nak tolong kirim salam kat Rasulullah. Kita ni manusia biasa je bukan malaikat. Tak perlu nak berada di Madinah baru nak kirim selawat. Dia kata selagi kita berada di atas muka bumi Allah ni regardless any part of the world, kita just selawat jer. Sekeliling kita ada berjuta-juta malaikat yang berebut dan boleh sampaikan salam kita kepada Baginda. Aku waktu dengar tuh baru tahu, padahal petang tuh baru ada member aku suh kirim salam kat Rasulullah.

Another thing is berkenaan solat sunat Rawatib. Ustazah tu cakap ada hadith yang menyebut bahawa kalau kita perform solat sunat rawatib of which sebelum dan selepas solat fardhu sebanyak 12 rakaat, secara berterusan Allah akan bina mahligai atau istana di syurga nanti. 12 rakaat tersebut adalah 2 rakaat sebelum subuh, dan 2 rakaat sebelum zohor dan 4 rakaat selepas zohor, 2 rakaat selepas maghrib dan 2 rakaat selepas isyak. Aku pernah dengar jugak ada ustaz kata sebaik-baik solat sunat adalah solat sunat rawatib. Tapi, tulah nak buat tu liat sikit. Kalau boleh lepas salam ngan doa' cepat-cepat bla dari tempat sembahyang. Basically ibadah-ibadah sunat ni untuk memperlengkapkan kekurangan ibadah-ibadah wajib yang kita perform. 

Sambung cerita pasal Raudhah. Malam tu aku rasa orang extraordinary ramai. Jemaah dari nusantara untuk kali ni bukan sahaja disertai oleh jemaah Malaysia dan Indonesia tapi jugak jemaah dari Thailand. Agak rarelah jugak sebab signage tempat berkumpul tulis bahasa melayu tapi sebenarnya diorang ni tak boleh berbahasa melayu pon tapi yang pasti ada malay blood. Nak bertanya apa-apa kat diorang pon tak boleh sebab sah-sah memang tak paham. Sekali dia jawab kungkrapkungkrap kang. Nganga aku. Paling cikai aku bleh jawab "patayasomtamtomyam." Ambik ko semua nama makanan.

Ramai yang amat orang malam tuh. Yang berbonjot-bonjot kaler oren kat kepala tuh jemaah dari Thailand. Menda tuh macam tandalah nak kenal group diorang.

Macam aku mention dalam post sebelum nih, tolak-menolak dan ketidak sabaran ni boleh berjangkit. Walaupon ko wat lek wat peace jer, tapi, bila tengok jemaah lain duk berdiri tolak-menolak dan terjenguk-jenguk ko pon jadi sama macam diorang. Dua malam sebelumnya aku dapat lihat jemaah-jemaah dari nusantara sangatlah tahap kesabaran yang tinggi. Tapi malam ni memang menda tu semua berjangkit. Terutama dekat jemaah Thailand. I'm not saying that jemaah Thailand ni sama macam jemaah Arab. No. Assumption aku adalah mungkin disebabkan diorang ni baru sampai dan terpengaruh dengan sikap jemaah dari Arab yang tak sabar. Well, for sure everyone so eager nak masuk Raudhah. Ada berkajang-kajang kertas A4 doa nak mintak kan.

Tengoklah tuh semua dah jadi impatience. Padahal nak boleh ke masuk tu lama lagi.

Memandangkan dah 2 kali dah pergi Raudhah di malam sebelumnya, jadi, aku tak adalah terikut-ikut diorang ni. Bilamana diorang ni duk pakat sekeliling aku berdiri nak masuk Raudhah, aku selamber jer duduk bersila. Sebab dah tau, nak dapat masuk ke Raudhah tuh ambik masa yang panjang sebab kena tunggu giliran. Aku bet kalau aku first time pun, aku akan jadi macam diorang. Entah-entah lagi teruk pegi rempuh semua orang. Almaklumlah dulu dekat UiTM memang expert berebut bas.

Bila dipanggil jemaah kitorang untuk standby masuk ke Raudhah, aku dapat lihat yang kawasan pintu maqam Rasulullah tak dicover dengan tirai putih seperti malam-malam sebelumnya. So, orang penuh giler dekat bahagian pintu maqam Rasulullah. Aku decide taknak pergi ke arah tu. Tu cari nahas namanya. Sah-sah aku kena penyet dengan makcik-makcik arab yang saiz double or triple dari aku. Lagipun fokus aku nak ke Raudhah nak berdoa dipermudahkan perjalanan menunaikan umrah aku dan family aku nanti. Tapi, malam tu bila askar-askar wanita panggil jemaah kitorang masuk, "Hajjah, masuk, Hajjah." Berulang-ulang kali. Tapi memang tak lepas-lepas jugak. Orang sangat pack. Jemaah yang kat depan dah tolak pun tak lepas-lepas jugak.

Bayangkan beberapa minit jugaklah nak boleh lepas masuk ke kawasan Raudhah. Aku macam biasalah, dah tak lepas nak masuk, aku cari birai-birai karpet hijau dan terus terkumat-kamit mintak doa'. Kali ini, bila dah dapat masuk, aku tak tergesa-gesa masuk dan terus sembahyang. Aku ambik masa aku untuk cari port yang sesuai dan selesa untuk aku sembahyang. Masa askar-askar tuh dah start halau jemaah nusantara, aku masih belum jumpa port. Tapi, sebab penyamaran aku pakai kain sembahyang kaler hitam, jadi tak obvious sangat yang aku ni dari Malaysia. Aku sembahyang berdekatan dengan tempat muazzin azan macam adik aku cakap sebelum nih. Dapatlah sembahyang in peace and calm. Kali ni macam khusyu' sikit nak mintak doa' dan macam biasa bila kita tahu its last time kita kat situ perasaan tu syahdu sikit. Hari-hari sebelumnya aku macam tak ada perasaan cuma excited jer. Banyak jugaklah aku doa' dengan aman tanpa adegan orang merempuh dan melangkah waktu sujud. Syukur gila. Dah selesai solat sunat 2 rakaat aku pun keluar. Taknakla tamak sangat sembahyang banyak-banyak sebab ramai lagi yang tengah tunggu nak masuk. Macam selfish pulak. Dapat masuk pun dah bersyukur giler.

Belakang tanda exit kaler putih tulah tempat muazzin azan. So, port yang bagus adalah sebelah tuh.

Based on experience aku yang ciput ke Raudhah, aku share la a few things yang boleh dijadikan guideline bila di Raudhah. Mungkin akan berguna bila korang ke sana.

1. First of all, do not expect bila korang tunggu nak masuk Raudhah tu boleh masuk terus. Lama kot nak tunggu dan kesabaran korang amatlah teruji. Jadi, sementara menunggu mungkin boleh baca segala jenis doa' dalam buku doa' ataupun just berselawat.

2. For those yang bawak beg dan beg kasut untuk ke Raudhah, pastikan dah ikat kemas-kemas. Beg silang siap-siap kat bahu sebab keadaan agak hectic dalam Raudhah dikhuatiri ada barang terjatuh dan tercicir. Barang-barang berharga simpan siap-siap dalam beg sebelum ke dalam Raudhah.

3. Kalau ada jemaah lain yang ada guide mungkin boleh menyelit dikalangan mereka sebab guide diorang akan memastikan all the jemaah yang dibawa dapat solat dengan jayanya dalam Raudhah. Lagi plak kalau dapat guide macam kitorang dapat masa first time ke Raudhah haritu. Terbaik kot.

3. Kesabaran amatlah dititikberatkan sebabnya orang akan berebut dan kena tunggu lama giler tapi boleh berada di Raudhah dalam masa yang sangat singkat jer. Kalau korang tengok diorang buat rempuhan memang dasyat giler.

4.  Bila nampak karpet hijau, itu menandakan kawasan Raudhah. Jangan buang masa even masih tidak berjaya masuk ke dalam Raudhah, lompat ke karpet hijau. Dapat sipi-sipi pun jadilah. Bolehlah start berdoa sambil usha tempat kosong untuk sembahyang.

5. Bila dah selesai sembahyang, mesti kita nak doakan. So, jangan berdoa sambil duduk macam selalu kita buat lepas sembahyang. Sebab kalau berdoa sambil duduk memang akan disuruh cepat-cepat keluar dari kawasan Raudhah. Tapi, ada dua option. Samaada berdoa dalam keadaan sujud ataupun berdiri. Kalau sujud memang sah-sah orang akan redah sahaja tapi boleh spent masa yang lama untuk berdoa. Kalau berdiri maksudnya korang kena berdoa sambil keluar dari kawasan Raudhah. So, masa singkatlah.

6. Untuk sembahyang di tempat strategik adalah tempat bukan laluan orang keluar. Kalau dapat sembahyang di saf depan sekali, Insyaallah boleh spent masa lama. Ataupun cari port di tepi tiang. Highly likely tak kena tolak oleh orang yang nak keluar.Tapi, kena tengok jugak, kadang-kadang most of the tiang ada askar jaga. So, depends on masing-masing punya situation bila ke Raudhah. And its always a difference experience.

On the way balik ke hotel, pekerja-pekerja duk sibuk mengangkut tong-tong air zamzam untuk direfill dengan yang baru.

Selesai ke Raudhah, bila on da way nak keluar, kawasan yang tempat aku letak selipar dah ditutup untuk dibersihkan. Rak kasut semua kosong. Aku dalam hati, "Insyaallah ada nih memana, kena cari jugak." Lagi pulak selipar tu selipar aku bedal selipar adik aku Kak Teh. Ada kena bebel selipar dia hilang kang. Puas jugakla buat treasure hunt selipar. Ada jugak beberapa orang lain yang mempunyai nasib yang sama dengan aku. Menggagau cari selipar masing-masing. Alhamdulillah rezeki aku, aku nampak ada beberapa orang tengah cari selipar dekat rak kasut trolley. Aku jumpa selipar tuh. Kalau ikutkan dah nak ke arah redha nak jalan kaki ayam ke hotel dah.

Balik hotel dah pukul 11 lebih. Semua pun dah selamat ke dunia mimpi masing-masing. Nasib baik tak kunci pintu. Kalau tak ada gak tido kat lobby hotel. Selesai hari ketiga. Setakat itu sahaja. Moga bermanfaat. Astalavista. Wassalam.

No comments:

Post a Comment