Monday, September 8, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 4.5 Perjalanan Umrah ke Mekah

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Perjalanan ke Mekah bermula pukul 3 petang setelah check-out. Yang lelaki semua dah siap lengkap berpakaian ihram. The first destination that we are heading is Masjid BirAli untuk bermiqat. Bagi mereka yang dari Madinah, miqat terhampir adalah Miqat Bir Ali. Sampai di Masjid semua pakat sembahyang tahiyatul masjid dan solat sunat musafir supaya dipermudahkan perjalanan.

Bila di Miqat, the most important thing is ialah niat ihram. Niat ihram di Miqat adalah salah satu perkara wajib of which kalau tak berniat di Miqat akan dikenakan dam. Bukan macam main dam haji di kedai kopi. Tapi, dam ni macam denda. Contohnya, waktu kat Miqat lupa nak niat ihram duk ralit pakai kain ihram, dah on da way baru teringat nak niat. So, sah-sah kena bayar dam. Once dah niat tu memang nak kena jaga betulla.

Masjid Bir Ali. Aku paling suka compound dia. Sangat cantik.




Basically, ada 13 perkara larangan dalam ihram. Kalau buat kena dam. Antara perkara-perkara common adalah dari segi pakaian bau-bauan dan buruan. Dari segi pakaian untuk lelaki, ada specific la of which kena pakai 2 helai kain lepas tak bersarong dan tiada jahitan, Kalau pakai putih sunat dan lebih afdhal. Perempuan pulak tak ada specific pakaian tertentu tapi tak boleh pakai sarung tangan dan tutup muka. Masa aku pergi join kelas haji banyak gak input-input aku dapat of which Ustaz kasi contoh based on real scenario. Antaranya pakai spek mata saiz mata belalang waktu dalam ihram. Ada sesetengah pendapat kata tak boleh sebab consider menutup muka sebab spek hitam kan sekarang orang pakai gabak-gabak. So, macam dah menutupi muka. Kat sana pulak panas terik kan.

Macam bau-bauan pulak dilarang memakai bauan bertujuan untuk berwangi-wangian selepas dah berniat ihram. So, menda yang nak kena alert adalah macam lip balm, kadang-kadang tak sedar yang berperisa-perisa kan ada fragrance. Terpakai pulak. So, better beli yang original flavour yang tak ada apa-apa fragrance. Vaseline pun dah ok. Untuk these two categories, ada pilihan untuk dam. Dua antaranya boleh diselesaikan di Tanah haram Mekah which are seekor kambing atau 12 cupak dibahagi 6 orang faqir miskin. Satu cupak lebih kurang RM5. So, dalam RM60. Option ketiga adalah puasa 3 hari di mana-mana even dah balik negara sendiri.

Basically, banyakla lagi. Yang lain-lain buat research sendirila yer. Dari Bir Ali perjalanan ke Mekah diiringi dengan bacaan talbiah diketuai oleh Ustaz Mat diselang-seli dengan Haji Abah. Selama ni aku ingatkan talbiah ni dekat jer macam dari rumah aku nak pergi bandar Kuantan. Rupa-rupanya sampai 5, 6 jam perjalanan. Aku pun tak sedar bila baccan talbiah dah stop sebab aku dah tertidur. Sedar-sedar dah sampai kawasan R&R. Waktu tu dah senja, stand-by sembahyang Maghrib dan jamak taqdim sekali dengan Isyak.

Semua menuju ke surau untuk sedia menunaikan solat Maghrib.

Banyak gila bas berhenti kat R&R ni. Aku boleh katakan R&R kat sini sangat basic kemudahannya. Apa yang aku boleh buat rumusan adalah R&R kita sangatlah mewah. Bersyukur dengan kemudahan yang disediakan. Kalaulah R&R macam ni memang aku nak drive balik Kuantan or pergi KL memang sanggup tahan kencing sampai rumah. Orang ramai sangat-sangat. Kesian aku tengok keadaan orang yang dah tak dapat menahan dah. Bayangkan sampai tahap ada nenek tua Arab dah tak menahan dah sampai kencing kat luar sambil dicover oleh 2 orang perempuan lain. Those yang nak ambik air sembahyang memang harapanlah. Masa nilah berguna spray ajaib. Ini waktu biasa musim Umrah. Aku tak terbayang musim Haji dengan keadaan orang yang ramai. No wonder Hajjah Ibu cerita time musim Haji dia pergi dulu orang nak pergi toilet sampai panjat atas orang. Dasyat giler sampai tak terbayang.


Keadaan  orang beratur nak masuk toilet. Dah macam beratur nak beli tiket bola. Kalau dah full tank memang tak dapekla nak menahannya. Kalau tempat kita bolehla nak menyorok dalam semak membuang hajat. Kat sini, mana ade pokoknya. Kalau tak cukup kroni memang free showlah jawabnya.

Macam-macam perangai orang. Ada tuh duk bising-bising duk menanya pasal sembahyang jamak. Kuatla tu tanya. Tanya senyap-senyap sudohla. Ada pulak adegan seorang anak ni pakaikan pampers untuk mak dia. Sweet gilerkan. Cuma tak berapa nak sweetnya, dia pakai kat luar surau. Semua orang boleh nampak, pakai sambil berdiri pulak tuh. Seb baik dah gelap. Menda ni buat aku fikir balik, mampu ker aku nak bawak Hajjah Ibu dengan Haji Abah bila mereka tua nanti. To take care of them like how they take care of us siblings masa kecik-kecik dulu.

Aku punya hobi adalah mengusha budak-budak kecik dalam pakaian ihram. Usha budak-budak kecik tak berdosa. They are so adorable in ihram.

Dah selesai solat, kedengaran bunyi hon bas tanpa henti. Tak nyabo-nyabo drebar bas nih. Drebar bas sapelah. Masalahnya tak berenti duk tekan hon. Dahla bunyi kuat gila. Duk mencari-cari bas kitorang, tengok-tengok rupa-rupanya drebar bas kitorang yang bising nak mampus tuh. Orang tak ramai dalam bas. Usha kat dalam kedai, tengok diorang rilex jer duk makan. Dengan Ustaz Mat sekali duk makan. Ustaz suruh makan je dulu abaikan drebar bas. Siap tolong kitorang belikan makanan. Bila makanan sampai macam mana entah terlanggar, habis tumpah segala nasi. Menggunakan prinsip 3 saat, kitorang kaut balik nasi yang mana yang masih diselmatkan. Kemudian, perjalanan diteruskan ke Mekah.Sampai di Mekah tengah malam.

Bersempena dengan musim haji, aku sambung perjalanan menunaikan umrah cheapskate di post seterusnya. Moga dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan dan kesempatan untuk ke Tanah Suci. Astalavista. Wassalam.

No comments:

Post a Comment