Thursday, August 25, 2016

Nomad di Indochina 0.0 Pre-planning

Assalamua'laikum...

This time around nak cerita pasal Indochina trip back in 2014. Memang stok peram habis citer nih. The idea came upon masa aku still an auditor. Aku sure semua yang kaki berjalan tak kiralah backpackers style ke beg tarik style macam aku ker, mesti berangan nak pergi Euro Trip. Then, one of us waktu tu si Hana ni pernah pergi EuroTrip dan memandangkan aku memangla tak mampu nak simpan duit nak pergi Euro Trip with the cost of living that keep increasing.

So, idea pop-up, memandangkan kitorang tak mampu why not buat Indochina Trip. Bila aku dah resign, menda tu senyap jer. Lagi pulak aku menganggur agak lama jugak. Bila dah menganggur paham-paham jelah, mana mampu nak pergi travel. Nak cekau duit mana. Nasib baik saving cukup tuk bayar kereta je. So, bila aku dah start bekerja balik, usha punya usha tiket flight return ticket ke Bangkok dapat RM183 je. So, contact geng-geng Jejongs dan budak-budak auditor ex-collegue aku. It was November 2013. Initially aku mention kat diorang yang aku nak book for early November 2014 for 14 days. Macam mana entah baru perasan yang aku book October. Bongok gila. Dan-dan tu jugak perasan within that period adalah raya haji.

End up book tickets for 8 people which is later become 10 sebab my dearly friend, Fiqah and her newly married husband pun nak ikut. Fine, aku pun book la jugak which aku tak bagi at first takut terberanak ke apa kan sebab trip lagi one year. So, the plan was to travel from Bangkok naik sampai Vientiane dan turun balik ikut jalan lain ke Bangkok semula. Plan ni gila pon ada jugak aku rasa to be completed in 14 days. Dalam end of February 2014, macam mana entah aku tergerak nak cek one way ticket from other place plak. Hanoi mahal gila. So, aku cek from Vientiane. That's it. Lagi murah dari kalau naik train turun balik ke Bangkok dari Vientiane. Plus jimat masa lagi. Contact diorang semua and end up beli tiket balik dari Vientiane for 8 people memandangkan mulut aku yang masin, Fiqah preggie. So, xboleh follow kitorang. All girls trip dowh.

Finalised route sepanjang trip Indochina

Tuesday, August 9, 2016

Phuket Bikinilah Sangat 5.0 Suparman Patong Beach

Assalamua'laikum..

Hari terakhir di Phuket. Semalam dah berhuhahuha sampai ke subuh. Semua bangun lambat. Memandangkan flight kitorang petang jadi bolehlah bangun lambat sikit. Pagi-pagi semua sibuk berpacking sebelum menuju ke cafe untuk breakfast. Memandangkan kitorang belum ada transport untuk ke airport kemudian, aku dan some of my friends wandering around the town untuk cari cheapest airport transfer untuk ke sana.

Kitorang sempat bertanyakan ke beberapa kiosk yang menjual pakej pelancongan sama ada diorang sediakan airport transfer atau tak. Setelah membuat beberapa call dan menekan kalkulator, diorang kasi price yang bagi aku masih mahal. Kebanyakan kedai masih tutup sebab still awal pagi. Yelah Phuket ni happening malam-malam. Orang duk berjimba sana sini. After a while wandering around, one of us nampak ada satu van pelancong betul-betul dekat lorong untuk ke hotel kitorang. Diorang tanya dan dia kasi harga yang affordable dan within budget. Tak silap aku 1000 Baht untuk 9 seater van ke airport. Kira oklah jatuh sorang RM10. Setelah bersetuju, kitorang inform untuk pickup di hotel pukul 1 tengahari untuk di bawa ke airport.

Pulang ke bilik membawa berita gembira, kitorang decide untuk merayap di sekitar Patong memandangkan masih ada sedikit masa sebelum ke airport. Sebab dah nama pon datang Thailand kan, tak sahlah kalau tak naik tuk-tuk. So, kitorang mintak abang tuktuk untuk bawak round sekitar Patong. Sebabnya tak sempat lagi round Patong. Satu tuktuk kitorang sumbat 9 orang. Basically, Patong nih adalah one of the beach di Phuket yang jadi tumpuan pelancong dan kira yang paling famouslah compare dengan yang lain.

Tengah nego dengan brother tuktuk.

Saturday, August 6, 2016

Phuket Bikinilah Sangat 4.5 Birthday & Bachelorette Party

Assalamua'laikum..

Balik dari pekan Phuket, malamnya selepas maghrib kitorang proceed dengan agenda masing-masing. Ada yang nak merayap dan ada yang nak buat last minute shopping. Aku dengan plan aku untuk buat surprise birthday party. Memandangkan aku ada agenda rahsia, so, kitorang separate. Aku dengan Tikin, Put, Nelly gerak dulu dengan agenda aku. Tapi, si Aizan pulak sibuk nak ikut kitorang. Dia tau dok kitorang tengah plan nak buat surprise party untuk dia dengan Mekruz. Puas kasi hint jangan ikut kitorang. Nak jugak mengekor. Masing-masing dah pandang sesama sendiri macam mana nak meloloskan diri dari Aizan. Unfortunately, gagal.

*ihsan google