Tuesday, October 22, 2013

Trip Negara Mata Sepet: Episod 4 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Its Day 4. Hari yang dramatik. Macam aku mention kat previous post tema adalah "Mari Berlari." We are shopping for beg tarik. Barulah travel in beg tarik style kan and later we are heading back to Shenzhen Darul Sepet dari Guangzhou Darul Sepet jugaklah. Memandangkan kitorang nak balik semula ke Shenzhen, tak nak pisang berbuah berkali-kali, tiket train dah dibeli malam sebelumnya waktu balik dari shopping. Taknaklah tiket train habis lagi. Nak beli tiket pon drama. Guangzhou East Railway Station nih connecting to bullet train ke Shenzhen. So, balik dari shopping kitorang berpecah aku, Hajjah Ibu dengan adik aku, Kak Teh beli tiket and the rest balik hotel prepare makanan dinner kitorang. So, kalau nak naik bullet train keluar Metro, tuju ke Exit E. Lepas tuh everywhere ade signage. So, follow jer signage tu. Ade mesin beli tiket kat situ. So, boleh check la what time train still available. 

Masa nak beli tiket train tu baru realised yang kalau nak beli tiket train kena ada passport skali. So, kalau kat China, nak travel inter-city naik train kena ada passport even local pon kena scan diorang punya IC. Pelik giler, kat Malaysia nak gi Sabah dengan Sarawak je pon kena pakai IC. So, because we do not have everyone's passport, berlarilah Kak Teh balik hotel. Nasib baik hotel boleh jalan kaki, kalau tak jenuh pulak nak patah balik. Then, suddenly all the machines under maintenance, tak sempat nak pilih time. Menggelabah kejap sebab cuak tak leh beli tiket as we are suppose to be at Shenzhen the next day. Menggagau cari other machines. Luckily, macam ade 3 ke 4 yang masih hidup. Dah nak dekat pukul 12, tapi orang Masyaallah ramai nak mampus sebab ade train baru sampai. Ramai yang tahap kalau out of sight, boleh hilang and kalau jumpa balik boleh buat gaya jejak kasih.



By the time Kak Teh sampai, beratur punya beratur ada pulak cina nih dengan muka yakin boleh pegi potong line. Memang berasap betul. Then, we manage to buy 6 tickets pegi Shenzhen pukul 1 tengahari. Bila nak beli lagi 5 tiket boleh pulak semua machine under maintenance. Just imagine we are in China takkan nak naik different train kan. Dengan cuaknya patah balik ke machine tadi and under maintenance gak. Yang bestnya, boleh tak, tak perasan kewujudan kaunter untuk beli tiket. Hajjah Ibu cakap kalau tau, awal2 dah pegi kaunter. But aku convince her that at least just boleh tunjuk je tiket and cakap nak beli tiket yang sama dengan kuantiti yang kitorang nak. Tak payah nak jadi ayam itik. Sebab diorang nih haram jadah tak pandai cakap omputeh. And another thing, dah tau nak naik train pukul brapa. In conclusion, that day berjaya beli tiket balik Shenzhen. Yahoo!!! Mission Accomplish as of now.

Rasa macam berjela-jela plak aku duk bercerita pasal beli tiket train. Back to Day 4. FYI, usually kalau family kitorang travel, kitorang akan bawak beg kosong yang ader beranak-pinak beg dalam tu sebab even tak ada niat nak shopping pun still end up shopping jugak. Tapi, kali ni, masing-masing just bawak beg galas satu sorang untuk isi baju yang nak pakai. Niatnya nak beli luggage beg dekat Guangzhou sebab katanya murah. Luggage bag yang bawak pon 3 biji jer which are one for food, one for the rice cooker and another one for budak mata sepet Zara punya stuff. Pagi tuh sementara ada time before naik train to Shenzhen kitorang pegi ke area Baiyoun. 

Baiyoun ni famous for barang-barang kulit dan luggage. Even kalau nak cari branded bag yang sejibik macam ori pon boleh kat sini. Intention ke sini adalah untuk beli beg tarik satu sorang yang ada 4 roda tuh. Katanya murah amat. So, guane nak gi sana. As usual mode of transport yang menjadi kegemaran adalah Metro. So, from hotel, di Guangzhou East Railway Station naik Line 1 yang menuju ke Xilang Station, then stop kat Yangji Station untuk tukar train di Line 5 untuk ke Guangzhou Railway Station. So, daripada situ keluar ke exit B. Akan keluar kat satu dataran. Daripada situ ambik masa dalam 10 ke 15 minit jalan kaki untuk sampai ke area Baiyoun Leather Market. Kena jalan di sepanjang jalan yang mana akan nampak on the other side of the road adalah pintu depan Masjid Saad Abi Waqas. So, kalau dah nampak Masjid tuh, dekat simpang belok kiri. Jalan terus, then boleh nampak banyak gila bangunan leather market. Kitorang nak boleh ke jumpa tuh banyak kali gak tanya askar-askar yang jaga tepi jalan tuh.

Kaunter tiket subway.. Time nih ko kosongla.. Time aku nak guna, ramai plak orang..

Kalau tak tahu nak keluar exit mana, sama ada guna telepati ataupon baling dadu..

Dataran kat Guangzhou Station.. Dah bleh jadi tempat berkumpul dah...

Semua duk bergaya ngan baju sejuk harga runtuh beli a day before bajet macam sejuk sangat... Tapi, memang sejuk pon... Sejuk tahap boleh hembus nafas keluar asap tak payah letak ais dalam mulut..

Askar-askar yang macam pak guard ni agak membantu walaupon tak paham pun cakap ape. This picture was illegally taken siap kena warning sebab tangkap gambar.. Mungkin diorang warning sebab diorang tak sempat pose.. Who knows.. Bukan kitorang paham pun..

Road towards luggage shopping..

Walaupon nampak bosan, tapi aku percaya diorang have fun.. Tengok-tengok orang sambil gelak dalam hati.. Dahlah ade partner plak tuh lagi sedap nak gelakkan orang and mengumpat. Okeh, yang tu mungkin kalau akulah keja cam diorang..

This is the front view of Saad Abi Waqas Mosque.

Oleh kerana masa kitorang sampai kat sana is quite early. Kedai pon tak bukak lagi. Shopping punya pasal awal jer. Kalaulah dulu time belajar semangat pegi kelas awal-awal macam pergi shopping, confirm every sem 4 flat. Masa mencemburui kitorang, kalaulah masa tu orang, memang aku suruh dia pusing lambat sikit. Terhad sangat masa kat sana. Banyak kedai tak sempat explore. So, we just focus on what we want to buy only. Time sampai, kedai baru nak bukak. 9 ketul luggage bercorak yang cantik-cantik berjaya dirembat. Memang murah rezeki tokeh kedai tuh. Luggage memang seriously sangat murah. Lugagge yang empat roda bercorak, saiz yang boleh hand carry angkut masuk kapal angkasa, harga around ¥150-¥210, depends kepada quality and material. Kalau yang kosong yang berwarna boleh dapat less than RM50. Kalau hebat menawar yang tahap nak bergaduh tuh maybe boleh dapat murahlah. Aku sempat survey dekat Malaysia lepas balik, OMG!!! OMG!! OMG!! Mahal nak mampos. Yang beg beroda kosong, tak ade corak apa-apa, harga RM300-RM500. Kalau nak beli kat Malaysia memang sah-sahlah tak mampu. After that, sempatlah bedal sling bag kulit yang branded harga around RM100. Okeylah kan, branded and leather kot. Haji Abah tak ikut pun dibelikan dompet kulit satu. Unfortunately, bila balik Malaysia dompet tu tak dapat dikesan kat mana.

The first shop yang bukak memang rezeki dioranglah kena terjah..

Hasil pelaburan tanpa pulangan.

Borong barang kulit some with brands some with unknown brand. Jaga-jaga dengan kulit tiga titik, kulit menatang hidung kembang, kaki pendek dan kaler pink bajet girlish, babi.

Masing-masing tarik sorang satu beg tarik kosong.

After that, masa yang limited kitorang divide to dua group, dah macam Treasure Hunt plak kan. The mission for first group is balik ke hotel dan pack up semua barang untuk heading back to Shenzhen sebab ader 1 o'clock train to catch up. Second group yang terdiri daripada aku, Cik Kakak, Kak Cik and Hajjah Ibu, missionnya adalah untuk pergi balik ke tempat beli kain semalam untuk collect kain kitorang. Memang wa cakap sama lu, adventure habis dah macam Amazing Race. Selaku, penunjuk arah yang dah macam local people, aku brief first group yang diketuai Ablong macam mana nak balik ke hotel semula.

So, from there dengan masing-masing bawak luggage kosong rushing ke Zhongda Fabric Market. Oleh sebab Hajjah Ibu ada terbaca yang turun di Tsun Yat Tsen University Station lagi dekat, so gamblelah turun kat Station tuh. Nak jadi harunya, kitorang tak familiar dengan station tuh and as always aku dengan yakin boleh follow instinct aku pakai bantai keluar exit memana. So, at first, we are actually heading to direction yang betul. Nama pun kawan-kawan aku panggil aku GPS bergerak. Berlagak gila kan, padahal kalau setakat kat Kuantan or KL bolehlah. Ni kat negara mata sepet. Hajjah Ibu, macam was-was pulak pegi tanya Makcik cina tepi jalan dan dengan selambernya dia tunjuk arah yang bertentangan. So, kitorang pon patah balik. Dah jalan dalam 15 to 20 minit, pelik gila tak nampak lagi tempat yang dituju. So, aku suruh Hajjah Ibu cari balik resit beli kain and tunjuk dekat orang tepi jalan addressnya agar tak tertipu lagi macam kena tipu dengan Makcik tadi yang mungkin tak paham apa Hajjah Ibu cakap tapi main tunjuk je jalan. Then, end up kena patah balik.

Bila melepasi Station tadi, adalah nampak kenderaan ala-ala Tuktuk (Beca Berenjin) di Thailand. Hajjah Ibu yang risau takut kena tinggal train, suruh aku nego ngan Pakcik Beca Berenjin. Dengan pengetahuan Mandarin sikit-sikit, dulu selalu meniru Amay time belajar Mandarin, berjaya jugak aku berkomunikasi dengan Pakcik tu. Menyesal tak belajar mandarin betul-betul dulu. Dah nego dapatla . Pakcik Beca ni pon otai gak suka-suka hati jer meredah jalan. Memang pakai sumbat jer 4 orang dengan beg tarik nyer. Pakcik siap bawak sampai depan kedai tuh. Nasib baik kedai level bawah. Seperti yang aku mention post before, kitorang bajet kain yg berpuluh-puluh meter tu dia dah elok-elok potong cam kat Malaysia. Letak elok-elok dalam plastik. Tinggal nak bayar remaining balance and nak angkut masuk dalam beg tarik jerkan. Unfortunately, jangkaan kami meleset sama sekali. Hajjah Ibu dah siap bayar semua, boleh tak dia tunjuk kain kat luar kedai dalam gulung macam kat kedai kain kat Malaysia. Time tuh dah tak main dah terkejut beruk dah tahap terkejut gorilla dah. Kitorang dah jadi macam bangla kedai kain dah kat depan kedai duk meleraikan kain dari gulungan untuk disumbat masuk dalam beg tarik dengan tangkasnya macam sejak azali kerja kedai kain. Memang jangkaan meleset gila. Seriously, aku memang takleh bayang kalau dengan gulung-gulung kain tu kitorang ngangkut naik Beca Berenjin then nak naik plak subway pastuh naik train gi Shenzhen. Memang OMG sangat weh dan dramatik sangat weh.  

Orang lain kerja keras takeover kerja bangla kedai kain, aku sempat tangkap gambar.

Tengoklah kain berkayu-kayu macam tuh. Nak mampos nak angkut naik train. Dah macam tokeh kedai kain dah. Bankrap Jakel kalau aku bukak kedai kain.

Kalau tak dah mengangkut kain ni macam ni dah. Boleh main drift guna basikal berenjin.

Beg tarik pon dah atas muka. Muka senyum tak ikhlas rase nak pelempang..

Dah selesai operasi mennyumbat kain dalam beg tarik, Pakcik Beca yang dah kowtim baik punya macam paham kitorang dah menggelabah mak nenek dengan otainye bawak Beca Berenjin dia redah trafik lawan arus untuk hantar ke subway station. Waktu tu pulak lunch hour, Masyaallah manusia ramai pulak naik subway. Sampai tahap Hajjah Ibu dah halfway kena kepit dengan pintu train waktu nak keluar train untuk tukar gerabak. Hambik ko gerabak terus. Kalau tak memang episod Jejak Kasih pulakla dengan Hajjah Ibu sebab kena buat lari di train kes tak sempat turun. At the moment, it was almost 1 o'clock and we actually promised with the other Treasure Hunt group that we should have meet up at 12 o'clock at Guangzhou East Railway Station. Aku ngan adik-adik aku pun berjalan laju macam tengan bertanding Walkathon time sekolah. Hajjah Ibu dah menggelabah habis dah siap berlari kat dalam subway station tuh takut kena tinggal train. From walkathon dah jadi marathon. Kitorang 3 beradik dah nampak Hajjah Ibu dah marathon pon nak jugak main race dalam stesen tuh padahal boleh jer walkathon. From far away, sambil berlari dah boleh nampak those yang lain tengah menunggu kitorang dengan anxiousnya. Mungkin dah redha kena tinggal train agaknya.

If you could see this scene, its totally like Jejak Kekasih but without all the menangis scene. Luckily, kitorang sampai just in time. Lepas tu, pintu nak naik train pon bukak. And happily ever after all of us managed to board on train on time. Memang dah macam dramalah. Kalah citer 'Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel'. Yang bestnya siap diorang kasi air mineral free for every passenger. Apa lagi memang ambik lebih dari satu soranglah sekor-sekor buat stok. Ok that's all for now. Aku akan sambung in short Episod 4.75. Lama gila aku peram Episod nih. Sorrylah yer sebab aktiviti menganggur aku dah berakhir and I'm now officially Akauntan selekeh yang berjaya tak berapa nak berjayalah. Astalavista bebeh.

Wassalam. 

No comments:

Post a Comment