Monday, November 23, 2015

Kembara Ramadhan di Medan 4.0 : Menyirap dengan Teksi Driver

Assalamualaikum...

Lama giler nak update kisah last day Medan nih. Bila mood mengarang berlari ketakutan dek kerana kerja yang melambak di office.Untuk last day, nothing much happend. Kitorang balik kemudian, naik flight malam manakala Haji Abah dan Hajjah Ibu balik dulu. Last minute baru reveal dekat Haji Abah yang kitorang naik flight kemudian. Kalau tak bising plak Haji Abah. Padahal macamlah anak-anak dara dia nih tak biasa travel. 

Pagi tuh, memang tak ke mana memandangkan kitorang tunggu check out sekali dengan both of our parents sebelum diorang straight ke airport. Yang paling leceh kalau nak balik ialah packing. Nak mengasingkan segala barang shopping yang tak seberapa bagi mengelakkan kena cukai dan mengelakkan beg overweight tak boleh hand carry. Lagipon kitorang first time di Medan dan tak tahu tahap ke'strict'an airport dia. Aku yang pada mulanya nak bawak bagpack jer end up bawak beg tarik kosong setelah disuruh oleh Hajjah Ibu. Nampak tak niat tersirat di situ walaupon kononnya tak nak shopping. Penuh jugak beg tarik aku tuh bila balik. Aku tak shopping pon. Officemate akupon aku tak inform sebab tak nak felt obligated untuk beli souvenier.

Replika Istana Maimoon yang terletak di Kualanamu Airport.