Monday, November 25, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 6 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum.....

...entry sebelumnya...

Masih membaca? Hebat betul. Aku ingatkan dah pengsan sebab baca previous post yang panjang berjela. Post yang dinanti-natikan mungkin?? Its Disneyland babeyh. Mari menjadi kanak-kanak!!!! Waktu kecik-kecik tak berkesempatan nak pergi Disneyland. Dah besar panjang barulah lepas.

So, before aku bercerita lebih lanjut pasal perjalanan kami merayau ke Disneyland, aku nak explain pasal cost. Mentang-mentanglah akauntan tak bertauliah kan, baru start nak baca dah cakap pasal duit. Ibarat baru masuk umah jiran, jiran dah mintak hutang. See?? Aku anggap korang jiran aku, jiran secara telepati. Perumpamaan tak logik langsung. Well, back to the business, no, I mean cost of living, eh no, cost nak masuk Disneyland. 

So, untuk mendapat tiket yang murah lagi menjimatkan, aku dengan Hajjah Ibu telah menerjah mencari DingDing Travel Agency. I was informed that Sun Hing Building is where DingDing Travel agency punya office. Punyalah bayangkan bangunan tinggi, lepas tuh ade signage besar-besar atas bangunan tulis nama bangunan. Malangnya, indah kabar dari rupa. Memang boleh terlepas pandang bangunan tu, Aku tak ingat what was the price that we bought the Disneyland Ticket from DingDing Travel Agency. It was like 8 months ago kot. Kau ingat aku macam Mike Ross dalam Suits ada photographic memory. Tapi... Tapi... Jangan risau aku dengan baik hati telah check dengan kawan aku yang baru recently pergi. Betapa baik hatinya aku. Current standard rate for adult kalau beli di kaunter tiket Disneyland adalah HKD450 tetapi kalau beli dekat DingDing harga just HKD395 for adult and HKD300 for kids. Mungkin kalau sorang dua rasa macam susah jer nak menyusahkan diri cari DingDing nih. Tapi, hello!!! Duit tuh boleh beli fridge magnet kot, bolehlah kasi extra souvenir dekat kawan-kawan yang tak ada dalam list.

Untuk family aku, jimat gila weh. So, if you are going there with a bunch of friends, advisable pegila beli tiket dekat DingDing. Kalau diorang taknak, ko volunteer pergi cari tempat ni. Then suruh dia bayar dekat korang standard rate. Padan Muka. How to go to the place??? Kalau naik MTR, berenti di MongKok Station. Then, keluar exit E1. Korang akan konfius bila dah keluar dari Exit E1, blur-blur nak tuju arah mana. Kang aku suruh tuju arah barat daya kang tak tahu plak mana Utara mana Selatan. Jadi, the easiest part is cari Nathan Road. The building is actually seberang jalan dari tempat exit MongKong station. So, you need to cross the road. Bila dah masuk building tuh pergi naik lif belah kiri, then naik tingkat 14. Kalau macam pening, boleh tanya pak Guard kat situ. Agak friendly jugaklah. 

Gambar a bit blurry.. Tapi yang dekat colour kelabu tu ada tulis SungHing Building.

Sunday, November 24, 2013

Halal Hub Website : Zabihah.com

Assalamua'laikum...

Sorry for the delays in the next episode of trip to negara mata sepet. Tak habis menaip lagi duk peram lagi dalam draft with the hope ia akan bertukar jadi tapai, walaupun aku tak makan tapai. Untuk post kali nih aku just nak update pasal this website while trying to search for halal food for my next next trip. Its classified as of now sebab baru je berjaya booked petang tadi. HuHu.

Owh lupa nak cakap. For today, up till 12 am, Airasia buka untuk those yang ada Big Airasia members dan dapat booked flight ticket to destinations without ada Big points pun. Untuk yang tidak tahu, Big Airasia ni macam for you to collect points whenever you booked your flight tickets. So, points tuh boleh kumpul sampai boleh beli kapal terbang Pak Tony. Okeh tipu gila. Bila korang dah ade enough points, korang boleh booked flights for the next trip.

See, even 0 Big Points pun boleh grap tiket. I bet korang tak sempat pun.. So, terpaksalah berebut-rebut menesionkan diri malam ni.

Tapi, no worries. Plenty of tickets kalau korang banyak bersabar dengan penuh kesabaran yang tinggi. So, good luck!!

So, enough with the Airasia thingy. Off topic betul. Aku nak cerita pasal this particular website yang aku jumpa. So, kepada perantau-perantau yang suka travel to tempat-tempat yang majoriti bukan islam dan susah nak cari halal food. Website ni memang useful gila. Dia ada list of restaurant yang berdekatan dengan korang kalau korang dekat oversea. Not only restaurant but also those groceries store yang ada jual daging halal. Itu pun kalau korang masaklah. So, check out zabihah.com for more info. Insyaallah reliable sebab ada review by those yang penah pergi the listed restaurant there.

Boleh try cek slow-slow kalau dah plan nak pergi memana negara, cek tempat-tempat yang offer makanan halal.

The best part is that, siap ade mobile applications lagi boleh download. Kalau korang pakai Iphone, android and even Blackberry yang dah quite outdated tapi kalau baling ke dinding Insyaallah masih elok lagi pon ade jugak. So, makesure download this app, so bila pergi over da sea boleh tumpang wifi Starbucks tak perlu beli minum, just tumpang bau je. Ape?? Korang pakai Nokia 3310?? Yang tu dah boleh masuk muzium dah. Tak payah susah-susah nak download app.

Dengan semangat wajanya, aku dah siap download app ni walaupun fon aku dah kena bar. Nak beritahu jugak kan kena bar. Nampak sangat tak de duit tapi gigih kumpul duit nak gi berjalan.

Oklah, duk usha halal food kat oversea tetiba rasa lapar. Good Luck with Airasia ye kawan-kawan. Astalavista. Wassalam.

Od


Tuesday, November 19, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 5 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Its episode 5 and its day 5. Dengan pengembaraan yang lebih mengasyikkan dengan kurang drama sinetron berbanding hari-hari sebelumnya. Kitorang bergerak dari satu negara mata sepet ke negara mata sepet yang lain. Dari China ke Hongkong bukan dari Melaka ke negeri Pahang. Orang Melaka tak mata sepet hokeh kecuali Hang LiPo. Walaupun dah agak lama which was 9 months ago but masih fresh lagila ingatan pengembaraan family aku. Well, trip ke HongKong memang wa cakap sama lu upgrade habislah compare to before. 

Dari Shenzhen kitorang gerak lepas Subuh. Kalau family aku punya lepas subuh, lepas asar pun lepas subuh lagi. Selalu TokMi bising kalau balik kampung ke Terengganu, konon gerak lepas subuh, haram lepas asar baru sampai. But literally, lepas subuh kali ni agak awal compare to rekod-rekod sebelumnya, kes berjalan punya pasal semua pakat laju je. Siap cepat je. Sebelum Zohor dah gerak. Around waktu dhuha gittu. So, seperti yang aku dah pernah beritahu sebelumnya, Shenzhen ni betul-betul sebelah dengan HongKong. For Malaysians, Hongkong tak perlu visa tapi kalau nak plan masuk balik China make sure dah buat visa double entry ke China. Macam kitorang akan naik flight di Shenzhen, so, memang waktu apply visa tu, dah apply double entry punya visa siap-siap. Louhu ni borderlah antara China dengan Hongkong macam Thailand dengan Malaysia. Tapi border Malaysia dengan Thailand hudoh. Ni border cantikla.

Sekali lagi, aktiviti pindah randah dengan segala harta pusaka dilakukan.

Nampak tak teksi beratur panjang sampai ke belakang. Konpem tak yah tunggu lama-lama macam orang tunggu teksi dekat OneUtama.