Sunday, June 30, 2013

Trip Negara Mata Sepet : Episod 3 :Shenzhen - Guangzhou - HongKong

Assalamua'laikum..


Sebelum aku start cerita pasal what happend on our third day in China, let me review pasal kitorang punya tempat penginapan for the second and third night, Lilac International Suite. Sebab musabab hotel ni dibook adalah kerana tempatnya yang sangat strategik which is lebih strategik dari Melaka. Okeh, Melaka tiada kaitan langsung. Tempat dekat gile dengan train, which is dekat dengan Guangzhou East Station yang ade link to the Bullet train to Shenzhen. Nama pun Lilac Suite kan, so, suite with two rooms and ruang tamu tapi satu je bilik air. By right, the room is only for 6 people tapi kitorang seludup semua orang masuk. Macam tak biasa berhimpit-himpit. Some of us tido berjamaah kat ruang tamu. The more the merrierlah katakan. Bilik dia not bad compared to the first night tidur kat airport but then katil dia keras sikitla. Harga around RM295 per night based on Agoda.


Semua nak sibuk menyibuk masuk gambar dekat signage.



So, how to go there?? As in Day 2, kitorang dari Yuexiu Park, so aku explain from therelah. Dari Yuexiu Park Station tuju ke Guangzhou East Railway Station. Jadi, dari situ, naik train yang heading to Guangzhou South Railway Station and tukar dekat Gongyuanqian Station (Line Biru ke Line Kuning). Then, straight heading to Guangzhou East Railway Station. Tempat ni besar gila. So, tuju ke Exit B untuk exit yang paling dekat dengan hotel. Dengan beg-beg besar terpaksalah mengangkut as at certain place xde escalator. Keluar je, dari tempat tu akan nampak bangunan tinggi dan dekat depan adalah Guangzhou East Station dengan ramainya umat manusia. So, keluar je terus belok kiri, akan nampak 7Eleven, hujung bangunan kena belok kiri lagi dan akan nampak satu hotel banyak star kot yang gah gila. Konpem mahal. VILI International Hotel. Jalan terus jer as Lilac ni exactly belah kiri hotel ni tersorok sebab Lilac ni betul-betul belakang bangunan tinggi yang bila keluar dari Exit B tuh. Kitorang lalu laluan jauh gila as Hajjah Ibu dapat direction dari blogger direction yang jauh. Padahal dekat jer dari keluar Exit train tapi kitorang pegi the other way round nampak McD siap dah jadi tawaf building tu plak.

Exit B ke hotel adalah Linhe Xilu.

Sementara menunggu diorang check-in hotel, kenala melepak kat luar dulu sebab takut nanti kena charge extra room sebab squating (betul ke eja macam nih?? Macam zaman kolejla pulak main squating-squating bilik.)

Muka dah tahap gaban dah kebosanan tunggu diorang panggil. (Tak paham kenapa orang selalu sebut tahap gaban. Aku follow jer.)

Even lalu jalan jauh, signboard dia besar giler. So, tak sesat.

************

Untuk hari ketiga misi kitorang adalah untuk shopping kain. Al-maklumlah China kan famous for its textile industry. Tak silap aku, Guangzhou is the textile punya city. So, mainly dia supply around the world. Giler bapak besar dia punya industry. So, we were heading to Zhongda Fabric untuk borong stok kain. Untuk raya, raya haji, deepavali, raya cina, dan segala perayaan yang ada. Padahal berlambak kain tak jahit lagi kat umah. Zhongda Fabric here we go. Jadi, macam mana nak pergi sana?? Dari hotel kitorang, stesennya ialah Guangzhou East Railway Station heading to Luijiang. Tapi kena tukar train dekat Kecun sebab Luijiang Line lain. Alah, ibarat Line Sri Petaling kena tukar Line Sentul Timur  kat Masjid Jamek kalau naik Star LRT. Do take note that, bila sampai kat stesen yang hendak dituju tuh, exit memang banyak gila. So, bila sampai Luijiang Station tuh kena keluar ke Exit B. Untuk pengetahuan umum Luijiang bukanlah stesen yang paling dekat dengan Zhongda Fabric Market tapi it worthwhile la sebab sepanjang perjalanan tu banyak kedai-kedai yang jadi tumpuan local people. 

Belakang tu adalah Guangzhou East Station. Besar gila. Macam lagi besar dari Pudu Raya.


Muka serius gila masing-masing nak buat evaluation nak keluar exit mana satu.

Dari Luijiang Station tuh menggagau jugaklah nak mencari tempat borong kain nih. Jalan bapakla jauhnya. Nasib baik sejuk, kalau cuaca macam kat Malaysia azab jugaklah. Perjalanan agak jauh, aku tak retila plak nak estimate kejauhannye tapi maybe around 1.5km. Aku pon tak berapa sure. Tak bawak pembaris nak ukur. Memandangkan waktu tu pagi lagi, kedai-kedai pun tak bukak lagi, so, takleh nak menyinggah sangat. Memang terasala kejauhannya. Lagi plak semua blur-blur pepagi kan. Tempat pun tak pernah sampai. Antara landmark yang boleh alert in case korang nak pergi sana ialah corner lot punya kedai buah. Okey, not a good landmark indeed. Then, akan pass ade satu hospital. Jangan putus asa. Perjalanan masih jauh. Pass-by pulak Sun-Yat-Tsen University. U ni oldskool giler dari luar. Nampaklah berlambak-lambak basikal park ala-ala budak-budak U kat Malaysia parking motor or kereta. Go further up. Sampailah nampak ade macam satu Electronis Mall. Dalam 100 meter, korang akan nampak simpang empat yang busy nak mampos dengan keretanye, dengan motor yang diubah suai untuk angkut barangnya. Itulah dia Zhongda punye area. from accesories to kain semua ade. Dah sampai situ kenalah cross the road. Kiri kanan semua tempat borong wa cakap sama lu. Pening pun ade aku tengok. 

Belakang tu adalah entrance masuk ke Tsun-Yat-Tsen University. Yang herannya bila tanya Zhongda Fabric Market, semua tak paham. So, makesure prepare tulisan cina, senang tunjuk je kalau nak tahu direction.

Bila dah bosan jalan jauh sangat, mulalah main lumba lari. Dengan si mata sepet Zara dalam stroller pun sekali main lari-lari.

Antara building yang kelihatan which is dah area Zhonda Maket dah.

Kalau korang nak beli kain, yang gila banyak choice nak mampus. Kena tuju satu building. Dah masuk dalam building tuh memang rambang mata, banyak sangat kedai kain. Kain dari nak buat sarung bantal, kain nak buat baju kemeja, seluar, boleh dikatakan semualah ada kat sana. Kitorang punya family style adalah shopping setahun sekali which is bila melancong je. So, target adalah untuk beli stok kain raya semua. Just imaginelah anok-beranok pompuan saje dah nak dekat 10 orang. Kalau dah sorang 4 meter, tak ke 40 meter dah kat situ. At first, ade a few kedai yang kitorang masuk sebab intrested with kain-kain cotton cantik-cantik. Tapi sebab language barrier tuan kedai cakap pon tak paham, kitorang cakap pon tak paham. So, tak jadi shopping kat kedai tuh. Melepas tuan kedai dengan customer yang akan kasi banyak profit. Dah puas merayap satu bangunan, aku dah surrender dah. Pergi melepak kat kerusi dengan  makan roti ngan sardin ngan nasi goreng Hajjah Ibu dah prepare siap-siap waktu pagi sebelum gerak. Adik aku si kembar dua ekor Anis dengan Anas sibuk kutip sample kain gambar-gambar kartun. Katanya boleh buat lap spek. Padahalnya, bukan diorang pun pakai spek, kakak-kakaknya yang pakai spek. Hajjah Ibu dengan anak-anak dara lain sibuk cari kedai lagi.

Pintu depan building jual kain.

Berapa banyak floor pun aku tak pasti. Tapi, yang pasti semua jual kain.

Port tempat berkumpul, tempat letak barang dan tempat makan. Kalau sesat, cari je tempat ni balik.

Makan roti siap dengan Nutella weh. Apa barang kaya Auntie Rosie kan.

Finally, aku dah siap terlelap dekat kerusi dah, sampailah perutusan dari Ibu melalui adik aku panggil dah jumpa kedai yang murah. Its super cheap and one of the sales girl can speak english. Bonus point there. Memandangkan aku ade taste aku tersendiri yang selalunya akan dipersetujui oleh adik-adik aku yang lain, maka, aku pun main-main tunjuk jelah kain yang mana cantik. Paham-paham jelah kalau pompuan shopping. Banyak giler kain borong. Ada yang 30 meter ada yang 20 meter ada yang 40 meter jugak kot. Aku pun tak berapa nak ingat. Kalau beli banyak memang murah gila. Kalau beli sikit tak murah sangat but still murah dari  Malaysia. Just imagine average price per metre for 100% soft cotton punya kain cuma around RM5. Apa yang paling mengejutkan adalah bila balik Malaysia the same kind of kain yang kitorang beli tuh, of coursela corak tak sama but I mean the same material cost about RM40 per metre ok. I repeat RM40 per metre!!! Memang taklah kalau nak beli kain mahal nak mampos macam tu. Baik beli baju dah siap.

Pantang nampak kamera budak Anas nih.

Kedai-kedai semua just letak sample-sample je dan sample-sample semua boleh ambik buat harta pusaka memberatkan luggage bawak balik Malaysia.

Amoi belakang tuh bukan amoi pandai cakap English tapi tukang catit order kain.

Antara sample-sample kain yang wujud.

Sampel-sampel ni diletak dekat koridor-koridor. Tak semestinya kalau sample letak luar kedai tu milik kedai tu. Boleh jadi kedai lain punya. So, kalau berkenan kain yang ada, boleh tengok address kat sampel tu dan tuju ke kedai berkenaan kalau nak beli.

Sebelum aku terlupa, almaklumlah aku ni forgotten (don't use this word to refer to pelupa ye adik-adik)sikit, prosedur ataupun the way the do business here is different. The stock of kain is somewhere else. Kedai diorang very small and there were only samples of kain for us to place order. So, korang akan main tunjuk-tunjuk nak kain mane berapa meter semua kat orang jual. Unlike at our place, kalau kita pergi Kamdar ke Jakel ataupon kedai kain bangla jaga, kalau kita nak sesuatu kain, kita tunjuk, dia potong then terus gi bayar, dapat terus. Tapi, kat sini, kita order, letak deposit then kena tunggu dalam one hour or maybe more before kita dapat kain yang kita nak. Sebabnya kain-kain semua diorang store kat tempat lain. So, diorang kena communicate dengan orang store, diorang potong ikut berapa meter kita beli then baru hantar ke kedai untuk kita pickup. So, do plan your time wisely. 

Ground floor dalam buiding busy giler.

Old skool tak pengangkutan yang diorang guna nak angkut kain.

As we have plenty of time before nak pickup all the kain-kain, maka meroundlah kami di sekitar kawasan situ. Kedai macam-macam ada. Dekat road side dia siap ade jual snacks yang tulis halal. So, insyaallah halal sebab dekat Guangzhou ni ramai umat islam dia yang mana mostly dari Xinggang ke ape ntah, aku pun tak pasti ejaannya, so aku eja based on orang muslim cina sebut kalau tanya dari mana. Aku belilah mee dengan kueyteow. Mee dia tak yah masak-masak pun. Dia campur macam-macam pastu kacau-kacau then bungkus. Boleh tahan jugaklah rasanya cuma sebab cuaca sejuk, so, sejuk sikitlah mee nih. Tapi semua pun bedal macam setahun tak makan. Satu lagi makanan sedap jual tepi jalan adalah sate biri-biri. Seriously, sehingga menjilat lidi weh. Tak rase hamis dan tak payah kuah tuk cicah, sate itself dah cukup seasoning. Pastu ade satu lagi roti macam roti arab yang dimasak dalam tempayan. Jangan lupa jugak beli kekacang yang jual tepi jalan. Murah kot biji gajus, kacang cerdik, kismis semua. Hajjah Ibu end up habis RM100++ beli semua jenis kacang-kacang yang ada lepas satu, satu penjual tu suruh try. Jadilah snack kitorang sepanjang travelling period .

Haji Abah gigih jaga cucu sementara orang lain pergi shopping.

Tukar turn jaga si mata sepet.

Halal mee yang dijual. Barang dalam bekas tu semua dia campur-campur end up sedap jugak makan tengah-tengah sejuk.

Muka kebulur macam nak ngap semua mee kat situ. Tak nyabo-nyabo tunggu mee. Harga kalau tak silap ¥5.

Makan berebut-rebut gaya tak makan setahun.

Si Ain dah macam nak buat iklan mee.

Yang ni bapak segala pelahap.

Roti arab masak dalam tempayan, Keras sikit dan cuma roti kosong cuma panas-panas keluar dari tempayan. Kalau ade kari ke kuah dal ke memang sedaplah. Harga dah lupa tapi kalau tak silaplah around ¥4-¥6.

Abang jual sate ensem. Kalau jual kat Malaysia konpem laku, ramai budak-budak pompuan beratur nak usha abang sate.

Sate yang sedap hingga menjilat lidi. Besar pulak tuh. Lidi panjang gila, boleh buat mengaji. Konpem ustaz tak sampai kalau nak rotan. Harga berbaloi-baloi ¥2. Makan satu konpem tak cukup.

Tamak haloba gila makan siap dua batang sate.

Sementara menunggu untuk pick-up kain-kain tu terjumpalah satu kedai aksesori. Maka, tercetuslah idea nak buat bisnes hairband for babies. Ablong dan kakak ipar aku pun borong sakanla all the accesories. Now,the online business is doing good. All the handmade hairband pun cantik-cantik. In fact, Kak Lina, kakak ipar aku siap ade dapat order from India for her handmade hairband. Silalah lawat and follow the facebook and instagram. Ade anak-anak. anak buah, anak kawan, anak bos, boleh la beli in fact boleh beli buat kasi present. Cantik-cantik and murah-murah. 

Serious discussions macam tengah bincang masalah ekonomi negara.

Facebook page and profile : sophie_closet
Instagram : sophie_closet



Antara sampel-sampel hairband yang cantik-cantik. Banyak lagi actually kena tengok kat facebook.

Even si mata sepet Zara pun pakai Sophie_closet punya hairband. Model free of charge.

Kedai-kedai kat sini semua kedai borong so, tak macam shopping malls, diorang tutup kedai awal. Meniaga siang jer. Macam kedai-kedai borong kat Malaysia jugak, dekat Jalan Pudu, ataupun Pasar Baru kat Bandung ataupun Bhen Thanh kat Vietnam, mana ade meniaga malam. Malam masa berehat. Tak silap dia start bukak kedai 8.30 pagi dan start halau pelanggan (tutup kedai) pukul 5 or 6. Dah cukup satu jam, Hajjah Ibu dan Ablong pun patah balik untuk pick-up kain-kain yang macam nak menjual. Unfortunately, order kitorang tak ready lagi, diorang suh tunggu lagi, jadi, diorang decide to pick up the next morning before our train to Shenzhen. Haru betul. Kalau hari yang sama nak balik tak ke haru dibuatnya. Kitorang pun pulanglah ke pangkal jalan menuju ke stesen yang kitorang naik tadi. By right, stesen paling dekat ialah Sun-Yat-Tsen Uni Station. Malangnya, kitorang tak tahu. Tapi, tak rugilah sebab sepanjang jalan tuh macam hidup dengan kedai-kedai semua.

Dalam rushing-rushing nak cari port tuk semayang Jamak ta'khir, boleh pulak jumpa ade kedai kasut nih tengah sale sebab winter dah habis. Kasut-kasut but semua dia main longgok-longok jer. Apa lagi, boronglah awek-awek kasut but satu sorang. Harga aku tak ingat but memang murah. Bila entahnya nak pakai lagi lepas balik kang. Dalam pada kitorang busy pilih kasut, Haji Abah sibuk jaga si mata sepet Zara tengah tido dalam stroller luar kedai, boleh pulak jadi drama sekuel beg galas Ablong hilang. Nak mampos!!! Passport anak-beranok Ablong semua dalam beg tuh plus barang-barang si mata sepet. Si Ablong pun short-term memory loss jugak mana last dia letak. Thanks to kamera ajaib, cek gambo-gambo yang ditangkap last beg dengan dia time semua pelahap makan mee tepi jalan. Nasib baik every moment rajin tangkap gambo. Patah balik. Kitorang move on cari port nak semayang sebab dah terlagho shopping. Sebab masa dah suntuk gila nak masuk Maghrib. Perjalanan kitorang dipermudahkan. Beg Ablong tertinggal tepi jalan tempat makan mee was still there, even we had left the place like almost sejam or maybe more. Kalau kat Malaysia dah memang sadaqallahulazim dah. 5 minit dah lesap. Alhamdulillah. Kalau tak jadi episod kemuncak Merayap in Od style. Gambar zoom in zoom out zoom in zoom out muka cuak masing-masing macam dalam sinetron indon kalau part-part drama.

On da way balik jumpa lagi kedai sate, tak puas makan beli lagi.

Abang ni dah muka macam arab dah tapi cakap cina. Ni mesti dari bahagian cina yang dekat negara tan Tan tuh.

Ada tanda halal siap tulisan arab. 

Because there was no surau like our country, the most convenient space that we manage to find to perform our prayer was di sebalik tiang dekat luar hospital at the corridor. Belilah dalam 2 botol air mineral untuk amik air semayang. Si kembar Anis dan Anas belajarlah menda baru time travel kali ni yang pertama semayang anywhere and everywhere pun boleh as long as tempat bersih and suci dari najis. Macam sesetengah orang ingat, semayang cuma di surau, masjid dan bilik hotel and when they go overseas tak ada surau qada'lah mereka sembahyangnya, kalau qada'lah. Yang kedua, not necessarily amik air semayang kena and wajib 3 kali. U know what I mean. Yelah, kalau dah limited sumber air, tunaikan yang wajib jelah which is sekali setiap bahagian pun dah cukup. Macam amaze gila, 2 botol air mineral besar guna amik air semayang tuk berapa orang entah siap ade lebih. Padahal, biasa amik air semayang sebaldi air. Okey, exagerrate giler. Korang paham-pahamla maksud aku. So, ingatan aku kat korang the most most most most important thing is jangan lupa bawak kompas kiblat, sejadah kecik or kain batik pon jadi buat lapik and the small travel kain telekung indon kalau ader. Tak pun if you wear proper clothes which is properly menutup aurat, telekung tak perlu pun. Just bring along handsocks and a pair of clean socks just for prayer pun dah okey dah. Islam kan mudah. All these important yang first kena masuk luggage waktu nak pack pegi berjalan. Takkan nak pergi berjalan bersuka ria jer kan. Tuntutan agama jangan dilupa. Tengok aku dah jadi macam ustazah celop dah.

Contoh kompas kiblat biasanya kalau beli sekali dengan buku panduan yang explain different negara arah tuju dia lain.

The next plan was to go to the tourist spot yang biasa pelancong-pelancong pegi. Macam Beijing Lu lepas tu ade lagilah beberapa Lu yang available. But somehow, kitorang terstuck dekat kedai -kedai along the road to the train station. Paham-paham jelah pompuan ni kan. Aku tak tahulah nama bangunan tu ape tapi kedai-kedai dalam tu jual baju-baju, kasut-kasut, accessories pun ade lebih kepada untuk cater for local people. So, harga pun harga locallah. Tak macam kalau pergi dekat tourist spot, harga mark-up kawkaw punya. Macam harem betul. Kalau dah masuk tempat jual-jual tak sahlah tak beli kan. Kalau kabo nak tengok-tengok jer, memang bapak tipulah kan lagi pulak ade clearance sale.

There was one shop yang buat clearance sale for its winter coat and trench coat. Bayangkan the price was just  ¥50 lebih kurang RM25 je. Jackpotlah kan!!! Dah nak masuk musim baru, so all the winter coat diorang jual murah harga runtuh. Kalau jual kat Malaysia konpem runtuh dan bankraplah Universal Traveller. Winter coat dekat Universal Traveller pun dah RM200++ yang tu paling murah kot. Borong siap 4 ke 5 dekat kedai tu sahaja. Hajjah Ibu siap bedal 2 trench coat. Oleh kerana barang tak banyak and anok-anok dara tak dapat satu sorang lagi winter coat maka usha kat kedai lain. Trench coat kat satu kedai ni awesome gila tapi owner kedai kerek and emo. Mahalla sikit compare to the previous one we bought but still cheap. It is normal to Hajjah Ibu untuk tawar habis-habisan sebab previously kitorang dapat murah lagi. Unfortunately, tak dapat nak kurang. Dahla tu, tak kasi try plak tuh. Setelah kena desak dengan Hajjah Ibu barulah kasi. End up beli 2 trench coat yang cantik. Ada yang satu dah macam ala-ala eskimo siap bulu-bulu. Dapatlah pompuan-pompuan satu sorang trench coat yang bleh melaram dengan kasut but masing-masing. 

Si mata sepet Zara pun dapat baju sejuk bulu-bulu jugak. Dah macam anak Monggolia dah aku tengok. 

Buah mampelam beli dekat kedai buah yang aku cakap kat atas tadi. Belah kanan normal saiz punye mampelam and belah kiri mampelam size giant.


Maka, pulanglah kami ke pangkal jalan sebab hari dah malam dan hasrat ke tempat lain berkubur begitu sahaja. Inilah masalah family kitorang, kalau spend masa dekat satu-satu tempat lama nak mampos. Tapi, guarantee tuan kedai yang kitorang terjah untung 2 3 hari tak payah menjual and wherever we go always stick together, tak de nak pecah-pecah walopon semua dah besar and sorang dah ade family sendiri. Sentiasa membontoti Hajjah Abah dan Haji Ibu. Dah tertukar kat situ. Tapi takpelah malas nak tekan backspace. Moto kitorang, "We will follow you." Sesuka hati je buat moto kan. Kalau adik-adik aku baca nih mesti bantai gelak. Well, stay tune to perjalanan kitorang yang lebih dramatik the next day dengan tajuk sinetron, "Mari Berlari." Haha. Astalavista bebeh.

Wassalam.


6 comments:

  1. Salam sis. Boleh tumpang tanya tak? Haritu beli kain kat zhongda dapat ye beli skit2? Sbb sy pergi aritu ya allah, sume suh beli per roll. Sedih gile. Dahla 1 roll 150meter T_T boleh tau x which floor kdai ni? Besar sgt tmpat tu. hOpe 2 hear from u, sy tgh survey. This weekend nak pegi sana dah. Tq sis

    ReplyDelete
  2. Salam Nadia, mostly diorang memang suruh beli per roll. Kitorang pon haritu puas round satu zhongda. Dahlah haram tak pandai cakap English. Kedai yang kitorang pegi tu tingkat bawah sekali. Kalau nak beli dalam 10 meter ke 20 meter diorang still bagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam :) ya allah thanks sbb reply :) itu lah pasalnye. Sy ada nak bli jgk kat kedai bwh haritu, dah pilih2 semua. Dia suruh dtg ambil esok.Pastu ada ke bos die suruh bayar full. Brg tak dapat lg,mana boleh nak bayar full. Menipu je. At least deposit dulu kan. Pastu eksyen,dia simpan balik resit dia. Kononnya "xnak beli sudahh". Spoil sgt mood mse tu hehe. Ohh akak beli 10-20 meter tapi dia bagi mix corak kan?mksudnye mcm 4m corak ni,4m corak lain. Boleh la ye?kena pusing la ni smpai jmpe. Haiyaa

      Delete
  3. Kalau suruh bayar full tu bahayalah... Takut kena tipu.. Kitorang harituh bayar deposit jer. Selalunya 1 jam ke 2 jam dah boleh datang ambik kain tapi kalau petang selalunya dia suruh ambik esok pagi. Kalau 4 m, 4 m xsurelah.. sebab harituh paling sikit pun dalam 10m pastuh kain-kain lain banyak2 meter. Pastuh kain nanti dia kasi dalam gelung-gelung macam kedai kain..

    ReplyDelete
  4. Ooo yeke. Alaa, xpela nnt sy try kautim. Thanks tau :)

    ReplyDelete
  5. No prob.. :) selamat borong kain...

    ReplyDelete