Monday, March 23, 2015

Negara Muka Fake 1.5 : Namsangol Hanok Village & Myeongdong

Assalamua'laikum...

Dari Apgujeong, kitorang balik ke Namsan Guesthouse untuk check-in dan membersihkan diri. Gila tak mandi seharian pergi merayap dalam cuaca panas terik. Sempat beli instant rice dekat convenience store berdekatan for lunch. Sebelum tu, bagi sesiapa yang nak stay di Namsan Guesthouse, harga sedikit mahal tapi tempat strategik sebab dekat dengan Myeongdong dan Namsan Tower. Untuk ke guesthouse ni, station yang perlu dituju adalah station Myeongdong dan keluar ke Exit 3. Keluar je akan nampak 7Eleven dan Pacific Hotel. Jalan melalui lorong di tepi belah kanan Pacific Hotel, dalam 50 meter dah boleh nampak Namsan Guesthouse di sebelah kiri. Basically ade beberapa Namsan Guesthouse dan yang kitorang stay Namsan Guesthouse 2. So, kalau booking kena ensurelah yang mana satu.

Namsan Guesthouse inside & outside.



Macam kitorang, kitorang book 2 bilik for 2 persons. Bilik dia kecik jer. Muat-muat untuk 2 orang dan dia tak ada katil tapi just toto ke tilam entah dia apar atas lantai. Agak selesalah kalau just untuk 2 orang. Lagipon nak tido je kan. Tapi, each room ade tv dengan channel yang banyak nak mampus dan we have private toilet dan tak perlu nak share dengan orang lain. Dahlah time kitorang kat situ tengah tayang latest episode cerita Korea yang kitorang tengah layan. Tapi, sah-sahlah tak paham sebab bahasa Korea tak ada subtitle.

Namsan towerdari jauh. Dah macam ala-ala KL Tower dah aku tengok.

Petang tu setelah puas berehat-rehat ayam kitorang bergerak ke perkampungan orang Korea yang mana ada rumah-rumah tradisional. Tak adalah perkampungan pon. Namsangol Hanok Village nih aku boleh katakan macam ala-ala Kg Budaya di Melaka tapi it is well-kept. Teringat pulak zaman kat UiTM pergi ke Kg Budaya Melaka dan kitorang buat show sendiri atas stage yang disediakan berbackground musickan lagu Kuala Lumpur. Siap visitor yang datang ingat betul-betul ada show. Cara terbaik untuk solve problem terlepas show kebudayaan dengan buat show sendiri atas stage. 

Kena berjalan sikit untuk ke Namsangol Hanok Village.

Ada peta besar yang boleh buat rujukan. Model di dalam gambar tidak termasuk dalam pakej.

Nak masuk ke sini tiada bayaran dikenakan and its totally free. Untuk ke sana perlu stop di station Chungmuro dan keluar Exit 4. Kat sini selalu ada cultural event. Masa kitorang sampai tuh ada orang tengah nyanyi lagu tradisional sambil orang-orang tua berjoget-joget menikmati dan enjoy the songs. Aku suka pemandangan dekat sini sebab berlatarbelakangkan Namsan Tower. Nun di atas bukit boleh nampak Namsan Tower tersergam indah. Dari satu rumah ke satu rumah kitorang masuk, buat-buat macam bertandang ke rumah sedara-mara ketika raya. 

Cultural events yang diorang nyanyi local folks songs. Orang-orang tua siap menari. Aku nak join takut terkeluar tarian asmaradana dicombine dengan makyong jer.


Gaya macam aku melompat dari bumbung kan? Padahalnya.... Biarlah rahsia. Hahaha.

Moksu dah buat macam rumah sendiri keluar masuk hanok house nih.

Basically, Namsangol Hanok Village ini adalah diorang kumpulkan 5 rumah yang diorang rebuilt balik based on Joseon Dynasty yang terdiri daripada rumah-rumah dari kasta-kasta berbeza oang zaman dulu. Ada rumah rakyat marhaen, ada rumah golongan bangsawan sehinggalah ke Raja. Basically rumah-rumah yang dikategorikan mengikut social class berbeza. Ko ingat india je ada main kasta-kasta nih, Korea pun ader okey. Kitorang explore the place sehingga melepasi Maghrib jugak. Dah maghrib-maghrib tak reti nak balik rumah. kalau kecik-kecik nih, balik rumah dah kena marah dah. Dalam tu agak besar. Tapi sebab dah malam, tangkap gambar pon tak cantik. Nama jer guna DSLR tapi memang tak pandailah nak setting untuk night view. Dasar amatur. 

Aku tau korang rasa nak lempang kan.. Aku pon rasa nak lempang diri sendiri.

Aku suka pemandangan ni. Its like traditional vs modern.

Jungon menunggu di bawah rumah. Bayangkan tetiba ade makhluk terjegul dari bawah ketika korang sibuk buat iklan bukak tingkap ala-ala Adabi.

Ada one place dalam tuh yang menarik perhatian kitorang. Ada time capsule dalam Namsangol Hanok Village. Memula ingatkan untuk balik ke zaman lampau. Time capsule nih bersempena menyambut 600 tahun anniversary Seoul. So, diorang dump dalam time capsule nih all the history of Seoul from 600 yeras back waktu tahun 1994 dan diorang expect untuk bukak balik 400 tahun lagi iaitu 2394. Anak cucu, nanti 2394 tolong melawat Seoul bagi pihak Nyang yer, tengok menda yang diorang tanam tuh mereput ke idak. Cool giler kan how they appreciate diorang punya history dengan tidak lupa daratan. Malaysia patut belajar dari diorang nih untuk preserve history dan segala peninggalan tok nenek moyang kita. Ini sejarah pon malas belajar. Merujuk kepada diri sendiri.


Anak-anak! Mana korang dah pukul 7 nih tak balik-balik lagi. 

Pergh.. Ada asam pedas ikan pari dalam tuh.


Bagus kawan-kawan aku nih. Aku suruh melekap kat dinding pakat melekap belaka.

Poor night scene punya skill tangkap gambar. Kalau aku bertapa sebulan,rasa-rasanya dapat tak skill tangkap gambar memalam.


Kemudian, kitorang buat keputusan untuk berpatah balik untuk melihat kemeriahan Myeongdong di malam hari. Waktu malam di Myeongdong sangatlah meriah. Banyak giler kedai-kedai kosmetik sepanjang jalan. Masing-masing sales girl guna pelbagai cara nak tarik customer. Bersaing secara sihat. Jangan guna mandrem sudah. Di tengah-tengah laluan pulak ada orang menjual barangan aksesori dari cart masing-masing. Aku almost terjebak jugak nak membeli-belah tapi memandangkan bajet pon ciput. Terpaksa menahan nafsu. Dahlah mostly butik-butik on sales. H&M pon waktu tu belum sampai lagi di Malaysia. Tengok makanan diorang boleh buat drooling  air liur. Teokbukgi nye kentang putar-putar nya dan macam-macam lagi. Tapi sebab perasaan was-was menyelubungi, so, better elakkan. Orang kata teokbukgi should be ok to eat, tapi, aku ada tertengok cerita korea yang ada makcik nih dia buat kuah pedas teokbukgi tu dari pork punya broth. So, memang idakla aku nak try bila dah tengok camtuh.

Kesibukan Myeongdong, nak berjalan pon susah penuh dengan orang.

Kitorang passed-by satu gerai nih jual leomanade. Keterujaan melihat diorang membuat leomanade dekat situ ditambah pulak penjual tu ada iras-iras muka junior aku kat office, Cadence lagilah menarik aku seperti magnet untuk membeli air tersebut. Air rasa macam ala-ala air gas berperisa lemon sebab dia guna sparkling water. Bolehlah melepaskan haus ditekak. Dah puas merayap, kitorang balik ke guesthouse yang seberang jalan jer dengan melintasi laluan bawah tanah. Jangan sesuka hati nak lintas jalan macam tu jer buat macam Malaysia. Badan perlu berehat sebab esok nak jumpa Baek Yeon Jung. 

Bekas leomanade pon dalam plastik siap boleh sealed. Baru nak suruh dia ikat tepi.

Penjual lemanade macam muka junior aku kat office. Nasib aku tak tanya, "Cadence, U jual lemonade kat Korea plak ker?"

Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment