Thursday, September 25, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 5.0 Mengharapkan Umrah yang Mabrur

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Kitorang sampai di Mekah betul-betul tengah malam. Jadi, kitorang check-in hotel dululah. Letak barang semua. Di Mekah kitorang stay di Hotel Ajwad Ajyad of which dalam lingkungan 600-700 meter dari Masjidil Haram. Hotel ni agak old school dan lebih kecik dari Hotel di Madinah. Macam kat Madinah, kitorang stay satu family satu bilik tapi di Mekah maximum satu bilik 3 orang. Jadi, aku dengan adik aku si Kak Cik share bilik dengan Makcik Siti. Tapi, bilik parents aku depan bilik so selalu meloncat masuk bilik depan. Aku rasa Makcik Siti mesti serabut gila tengok kitorang duk keluar masuk bilik pegi bilik depan. Mana tak, lubuk makanan sudah semestinya bilik Hajjah Ibu.

Hotel Ajwad Ajyad *ihsan Google

Monday, September 8, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 4.5 Perjalanan Umrah ke Mekah

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Perjalanan ke Mekah bermula pukul 3 petang setelah check-out. Yang lelaki semua dah siap lengkap berpakaian ihram. The first destination that we are heading is Masjid BirAli untuk bermiqat. Bagi mereka yang dari Madinah, miqat terhampir adalah Miqat Bir Ali. Sampai di Masjid semua pakat sembahyang tahiyatul masjid dan solat sunat musafir supaya dipermudahkan perjalanan.

Bila di Miqat, the most important thing is ialah niat ihram. Niat ihram di Miqat adalah salah satu perkara wajib of which kalau tak berniat di Miqat akan dikenakan dam. Bukan macam main dam haji di kedai kopi. Tapi, dam ni macam denda. Contohnya, waktu kat Miqat lupa nak niat ihram duk ralit pakai kain ihram, dah on da way baru teringat nak niat. So, sah-sah kena bayar dam. Once dah niat tu memang nak kena jaga betulla.

Masjid Bir Ali. Aku paling suka compound dia. Sangat cantik.


Sunday, September 7, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 4.0 Jumpa lagi Madinah

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Its day 4 in Madinah. Kitorang akan berangkat ke Mekah selepas zohor. Memandangkan waktu ziarah luaran sebelum ni tak berkesempatan ke kilang al-Quran sebab waktu ziarah jatuh pada hari minggu of which kilang tutup, Jadi special request telah dibuat kepada Ustaz Mat untuk arrange buat ziarah ke Kilang Quran.

Kilang Quran ni cetak berjuta-juta naskhah Al-Quran setahun. Korang nak saiz apa semua ada. Not only that, diorang gak cetak Al-Quran tafsir macam-macam bahasa. Nak bahasa apa? Korea? Bangladesh? Spain? Afrika? Semua ada. Nak melawat kilang ni better pergi pagi-pagi sebab kalau lambat beratur panjang. Nak boleh ke masuk jenuhlah.

ATAS : View dari luar kilang. BAWAH: Keadaan dalam tempat jual al-Quran.