Tuesday, June 24, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : 2.0 Subuh di Nabawi

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Friday morning in Madinah.Setelah balik dari Raudhah pukul 1 pagi. 2.30 pagi Hajjah Ibu dah kejut kitorang untuk ke Masjid untuk sembahyang subuh. Giler betul 1 jam setengah je tido. Eventhough it is super early, macam senangla jugak aku bangun pagi tuh compare to selalunya akan keep snooze handphone. Reason being pegi awal adalah supaya dapatlah qiamullail sebelum masuk subuh. Tapi, tak tahulah mampu atau tidak dalam keadaan mamai tak cukup tido.

Entrance terdekat dari hotel. Pintu No 25. Straight terus masuk entrance perempuan.

Monday, June 16, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : 1.5 Masjid Nabawi dan Raudhah yang Pertama

Assalamua'laikum..

...entry sebelumnya...

Tergendala sebentar post umrah cheapskate ni memandangkan aku sekarang tengah busy untuk prepare akaun untuk auditor. Dulu jadi auditor, tak rasa yang auditor ni irritating. Sekarang, auditor duk chase baru rasa menyampah dengan auditor nih. Tak pasal-pasal termengumpat auditor pulak.

Well, back to the story. Seperti yang aku mention its my first time in Madinah. Rupa Masjid Nabawi pun tak terbayang. Sebelum pergi je baru duk tanya Pakcik Google gambar Masjid Nabawi sebab konon-kononnya nak prepare booklet itenarary. Barulah tau Masjid Nabawi ni ada kubah warna hijau. Nampak tak betapa 'ignorance'nya aku, tempat suci kedua yang terpenting pun aku tak tahu rupanya. Yang aku tahu rupa Masjidil Haram, which is where the Kaabah is. Yang ni kalau ada yang tak tahu, memang lagi teruk dari aku.

So, setelah masing-masing dah settle down ke bilik masing-masing dan berehat after such a long journey, pukul 6 semua orang gather di lobi untuk ditunjukkan arah ke Masjid Nabi. Dari hotel ke masjid dalam 250 - 300 meter. Tak dekat sangat dan tak jauh sangat. Just nicelah. Kalau dekat sangat, tak boleh nak tengok surroundings and orang local. Dari hotel ke masjid akan melalui kedai-kedai yang jual macam-macam barang. Tapi, bila azan je masuk waktu solat, semua kedai tutup. Kalau kat Malaysia, time Maghrib la time peak orang kat pasar malam. 

Sunday, June 8, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : 1.0 Perjalanan ke Kota Nabi

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

Day 1 in Arab Saudi. Alhamdulillah we managed to arrived without much problems. Sebelum aku proceed cerita pasal perjalanan ke Madinah, aku nak cerita sikit pasal waktu dalam flight on the way atas langit. Well, memandangkan there's a time difference between Malaysia and Arab, susahlah nak jangka bila masuk subuh. Bukan tau pun lalu negara mana and pukul berapa masuk subuh. Kena pulak pilot lalu jalan kampumg (refer post lepas), lagilah tak tahu. Sebelum ni, waktu pergi kursus haji dan umrah, diorang dah explain siap-siap. Sesetengah flight, diorang tak benarkan penumpang untuk guna toilet untuk ambil air sembahyang memandangkan toilet akan basah bejeruk dan akan menyusahkan penumpang lain. So, basically, there's two options available. 

Friday, June 6, 2014

Umrah Cheapskate Berkelass Tinggi : 0.5 Keberangkatan

Assalamua'laikum....


...entry sebelumnya...


Sebelum aku start dengan story pasal urusan keberangkatan kitorang sebelum ke sana, aku nak kongsi a few things pasal visa umrah. Dua perkara penting yang perlu diketahui berkenaan urusan visa iaitu mahram dan dokumen yang diperlukan. Dulu, visa umrah tak sestrict sekarang. In fact, dulu, kalau kita tak ada mahram siap boleh tumpang mahram orang lain lagi. Sekarang memang strict gila. Kalau tak ada mahram, jangan berangan nak pergi.

Sunday, June 1, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : Persediaan Dalaman, Luaran dan Poket

Assalamua'laikum..

...entry sebelumnya...

For the current post, aku nak ceritala sikit persediaan awal sebelum ke tanah suci. Expecially for the first timer macam aku. Tak tahu apa nak expect. Kalau pergi holiday biasa, apa je kan persediaan nak buat. Ada tiket flight ada duit boleh jalan. Nak gamble pun boleh. But then, untuk umrah takkan la nak main redah macam nak gi holiday biasa kan. As for me, nasib baik Haji Abah dan Hajjah Ibu dah pernah pergi haji. So, sedikit sebanyak bolehla rujuk dengan diorang. Nak gi ibadah nih. So, below are few things that I have summarised sebagai preparations before pergi sebagai rujukan untuk menjadi manfaat bersama.