Saturday, May 30, 2015

Negara Muka Fake 3.5 : Perjumpaan dengan x-Classmate yang telah Kpop

Assalamua'laikum...

Setelah balik ke Dalkom, dalam bilik ade sorang Japanese, aku dah lupa nama dia. Dia lone ranger datang ke Korea dan datang untuk meet up dengan dia punya penpal di Seoul. Dia punya luggage bapak besar gedabak. Macam nak pindah terus Seoul. Tapi dia memang nampak baik jer. Kat jepun kerja sebagai florist. Kitorang tak sempat berbual panjang sebab kitorang pon rushing jugak dengan next appointment.

Area lobby di Dalkom. Telepon dia aku rasa nak bawak balik umah.

Tuesday, May 5, 2015

Lawatan Separuh Hari secara Random di Melaka

Assalamua'laikum...

Beberapa minggu lepas, aku ke Melaka untuk berjumpa client sambil melawat adik aku yang keseorangan di Melaka sebab tak de geng , final sem kena pindah kampus. Aku bermalam semalaman di kolej adik aku. Memandangkan roommate dia balik kampung, jadi bolehlah aku menumpang bermaharajalela sambil tolong dia buat assignment akaun. Mithali tak mithali akak dia nih. 

Memandangkan I was supposed to meet my client after lunch, maka kitorang buat random planning untuk menerjah ke sekeliling Melaka yang mana sempat. Pagi tuh awal giler aku bangun. Lepas subuh tak tidor sebab bersemangat waja nak explore. Rare giler, sebab selalunya hari minggu aku akan bangun lambat, rehat-serehatnya. Di kedinginan pagi, dari tingkap bilik kolej boleh nampak sunrise. Tak perlu nak susah payah nak panjat bukit atau gunung bagai sampai berpeloh ketiak nak pergi tengok matahari terbit.

Tanpa berpeluh ketiak, aku dah boleh witness the awesome views. Subhanallah.

Saturday, May 2, 2015

Negara Muka Fake 3.0 : Dongdaemun disangka Namdaemun

Assalamua'laikum....

Pagi tuh selepas subuh kitorang busy packing barang-barang sebelum kitorang berpindah ke guesthouse lain. Saja nak merasa guesthouse lain pulak. Dah breakfast, kitorang bergerak dari Myeongdong ke stesen Chungmuro untuk ke Dalkom Guesthouse. Mengangkut segala luggage. Sampai di Chungmuro keluar ke Exit 8. Dalkom Guesthouse ni agak ke dalam perlu melalui lorong-lorong kedai untuk ke sana. Boleh refer kepada direction melalui website Dalkom sendiri. Kitorang sebenarnya agak keliru jugak laluan ke sana. Nasib ada pakcik-pakcik yang cuba tolong figure out jugak untuk tolong tunjukkan jalan walaupon tak paham bahasa. Seriously, orang Korea sangatlah baik hati.

Ready to move out.