Friday, June 19, 2015

Negara Muka Fake 5.5 : Air Beirama di Banpo Bridge

Assalamua'laikum.....

Korang pernah tengok tak air keluar dari jambatan? Aku pon tak pernah tengok sebelum nih. Selama ni duk tengok air bawah jambatan jer kan. Petang tuh kitorang menuju ke Banpo Bridge nak tengok guane agaknya rupe air keluar ikut jambatan.

So, untuk ke sini naik subway dan stop over dekat station Express Bus Terminal dan keluar melalui exit 8-1. Keluar tengok sekeliling memang takkan nampak sungai ke jambatan ke memang non hado. Perjalanan masih jauh kena menapak. Keluar je, jalan straight sampai simpang 4 dan kemudian belok ke kanan. Memang jambatan masih tak kelihatan. Yang korang akan nampak jalan besor dengan banyak kereta. Jalan jer terus sampai nampak zebra crossing dan cross the road. Pastu akan melalui laluan pejalan kaki bawah tanah. Jalan jer straight, sampailah akan nampak satu park di tepi satu sungai yang sangat besar. Kalah Sungai Pahang gayanya. There we go. Dah sampai dekat Banpo Bridge.


Tuesday, June 16, 2015

Negara Muka Fake 5.0 : Lawatan kembali ke Sekolah di Ewha University

Assalamua'laikum...

Lama giler aku nak habiskan citer negara muka fake nih. Belum lagi trip indochina aku tuh. Untuk hari ke-5 kitorang punya plan adalah untuk ke area Ewha University. Kat Korea nih there's a few women university yang wujud dan Ewha University adalah salah satu women university yang famous. Mungkin sebab structure and building dia kot. Feeling-feeling student sangat kat sini.

Ewha Women's University. Belah kanan dan kiri tuh actually kelas diorang. Cool giler kan.

Monday, June 8, 2015

Negara Muka Fake 4.5 : Di kaki Namsan Tower

Assalamua'laikum....

Dari Bukchon, kitorang bergerak menaiki subway untuk ke Namsan Tower. Kalau pergi Seoul tak pergi Namsan Tower memang tak sahlah. Ibarat ko pergi KL tak pergi KLCC. Untuk ke sini kena stop di station Myeongdong. Dekat jer dengan Namsan Guesthouse yang kitorang stay earlier. In terms of planning aku rasa planning kitorang fail sikit sebabnya by right kitorang patut pergi sini waktu kitorang stay di Namsan, jadi tak perlu nak membazir tambang train ke sini. Entah apa yang kitorang fikir pon tak tahulah.


Sunday, June 7, 2015

Negara Muka Fake 4.0 : Lawatan Istana Zaman Silam

Assalamua'laikum...

Pagi tu awal-awal Kiah dan Echot dah bangun siapkan bekal makanan untuk dibawa untuk lunch. One of the thing aku suka tentang Korea adalah in every convenient store memang ada dijual instant rice. Nasi tuh just masuk microwave jer dan tadaa.. Dapatlah makan nasi panas. Lauk, kitorang dah bawak siap-siap canned food. Untuk typical Malay macam aku nih yang tak boleh tak makan nasi sehari memang sangat membantulah. Tak perlu nak bawak beras susah payah dari Malaysia.

Agenda untuk hari ini adalah untuk explore istana zaman silam di tengah kota raya Seoul. Dalam Seoul itself ada banyan giler istana yang diorang masih preserve for history and at the same time bertindak sebagai tourist spot. On this matter negara kita patut belajar dengan diorang in preserving buildings that has historical value bukan sibuk nak kejar kemajuan dan projek yang menguntungkan sahaja.