Thursday, July 31, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 3.0 Ziarah Luaran Madinah

Assalamua'laikum....

...entry sebelumnya...

MASJID QUBA'

Untuk hari ketiga di Madinah, kitorang akan buat ziarah luaran. So, selepas subuh memang straight balik hotel untuk bersiap dan breakfast. 7.30 pagi bas dah standby untuk start pergi ziarah. Sebelum bergerak pergi ziarah, kitorang dah dipesan oleh Ustaz Mat untuk siap-siap ambik air sembahyang dari hotel memandangkan our first destination is Masjid Quba'. Ada riwayat mengatakan bahawa, kalau kita ambil air sembahyang dari rumah dan menunaikan sembahyang 2 rakaat di Masjid Quba, pahala seperti menunaikan umrah.

Dataran berdekatan hotel. Penuh merpati tak berapa nak sejoli.

Masjid Quba' from faraway.. Faraway..

Wednesday, July 9, 2014

Ramadhan : Kisah Moreh

Sesudah sembahyang terawikh, seperti biasa aku akan jadi orang pertama yang terjah ke tempat moreh. Perangai tak senonoh betul, dah besar panjang perangai macam budak-budak. Budak-budak pun lagi lambat dari aku. Aku capai gelas dan terus isi air sirap ais yang nampak sangat tempting. Dahaga bukan kepalang. Kalah imam yang conduct sembahyang terawikh.

Aku duduk di meja disediakan sambil meneguk air sirap. Pergh... Sirap limau rupanya. Aku usha tengok kalau-kalau ada kuih yang menarik perhatian. Tapi, yilek. Aku nampak Ija, anak jiran sebelah rumah aku merangkap anak murid tuisyen akaun aku dari tempat makanan menuju ke meja disediakan. Di tangannya nampak ada kuih bakar. 

Monday, July 7, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : 2.5 Sembahyang Jumaat Pertama Seumur Hidup

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Selepas selamat menunaikan subuh secara berjemaah dengan sedikit huru-hara dengan kehadiran sujud sejadah, kami sepatutnya gather depan entrance perkarangan masjid sebelum dibawa untuk ziarah dalaman masjid. So, sebelum berkumpul, Hajjah Ibu menuju ke toilet dengan adik-adik aku. Aku yang tiada hajat untuk membuat pelaburan jangka pendek mahupun jangka panjang cuma menunggu di perkarangan masjid sambil menikmati suasana pagi dengan keindahan langit selepas subuh. Cuaca pagi tu sangatlah baik dengan keadaan yang tidak panas tetapi agak sejuk.

Depan entrance ke toilet. Jangan tak tahu ade escalator okeh nak pergi ke toilet.