Monday, April 22, 2013

Kepala Masuk Air

Setelah berhempas pulas kerja macam orang gila, segala jenis jerawat batu semua pon dah menjalar seperti cendawan tumbuh selepas hujan (ada ke jerawat menjalar???) selama dua tahun lebih. Hidup tunggang langgang kat Kolumpo, maka aku pon buat keputusan nak berehat seketika menambah lemak-lemak tepu yang dah hilang. Niat nak menaip dalam blog dah lama tapi kebizian kerja, pergi pukul 9 pagi balik pukul 4 pagi menyebabkan aku yang bajet wanita berkarier tapi tak pakai kereta Harrier ni tak dapat nak gilap bakat menulis. Dulu time SPM, orang selalu dapat star ke bagus ke A ke dalam karangan, aku siap dapat BENGONG lagi.

Memandangkan aku pun dah berenti keja sebagai auditor berjaya tak berapa berjaya dan telah menjadi seperti ikan dugong kat umah ni. Duk makan, tido, tengok tv je kijenye. Maka dengan itu kerja yang sia-sia tidak membuahkan hasil itu perlulah diisi dengan perkara yang lebih bermanfaat lagi kurang membuang masa. At least bila Haji Abah dengan Hajjah Ibu tengok, nampakla macam busy sikit duk menaip-naip dalam blog nih.

Maka dengan itu, aku nak menghapdatekan aktiviti-aktiviti sia-sia aku selama sebulan lebih menjadi ikan dugong kat rumah dan aktiviti-aktiviti merantau aku dari tahun lepas yang tak sempat nak di share.

kalau rasa takde keja, meh pakat-pakat melompat

Od

No comments:

Post a Comment