Monday, April 28, 2014

Trip Negara Mata Sepet : In Summary Trip Negara Mata Sepet

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Alhamdulillah complete pun all the posts pasal trip beg tarik style ke negara mata sepet yang penuh dramatik dan exciting. So, post ini sengaja dibuat bagi membuat kesimpulan disamping konon-konon nak menampilkan beberapa tips kalau ke sana. Poyo sangat siap nak kasi tips.

Well, berikut adalah antara tips-tips yang telah berjaya difikirkan oleh kepala hotakku yang selalu jeng kreng...


1) Visa di China
Untuk pergi segenap pelusuk negara China, dengan ada passport sahaja tidak memadai tapi perlu ada visa jugak. Janganlah syok sendiri beli tiket flight ke China dan melompat kegirangan tak sabar menunggu hari berlepas ke China. Memang alamatnya korang boleh dihantar balik ke negara asal. Tetapi, kalau nak pergi ke Hong Kong atau Macau tak perlu pun visa. 

So, basically korang boleh apply sendiri jer visa dengan cara pergi ke China Embassy dekat Jalan Ampang the same building as Bank of China dekat jugak dengan KLCC dan Ampang Point. Naik je Putra LRT. So, tak perlu bayar parking. Korang kena isi ada satu form nih dan jangan lupa bawak passport bersama-sama dengan gambar passport sekali. Makesure, passport tu validlah 6 months from the date of departure. Visa usually akan siap dalam masa 3 ke 4 hari, In case kalau korang nak siap the same day jugak, boleh jer tapi mahalla sikit harganya.

In case kalau korang nak keluar masuk China, makesure apply for double entry pass. Kang tak pasal-pasal dah keluar tak lepas masuk. Keterangan lanjut boleh cekidaut http://www.visaforchina.org.

2) Makan di Restoren Halal di China
Untuk pengetahuan umum, there's no drinks sold at restaurant kat sana. Aku rase memang diorang jenis yang makan tak tercekik agaknya. So, in case korang nak gi makan, makesure bawak air mineral atau pun beli siap-siap air tepi jalan. Kalau pesen makan macam aku nih yang makan sesuap bergilir dengan air nih memang wajiblah bawak air. Ade jugak kena sembur nanti sape makan depan aku kes tersedak punya pasal.

To think of the positive way, diorang ni ikut sunnah jugakla sebab makan tak bergilir dengan air. Or mungkin diorang ni tak tahu agaknya betapa untungnya jual air yang kosnya ciput jer.

Ko tengok!!! Bukan sahaja Teh ais, malah Sky juice pun xde dalam gambar. Hanya makanan semata.

3) Beli tiket Metro
Actually diorang tak pakai tiket, diorang pakai coins yang macam kat KL tuh. So, kalau nak beli kena guna vending machine yang ada di sekitar kawasan stesen Metro diorang. Tapi just bear in mind, vending machine diorang tak terima duit besar. So, in case korang tak de duit kecik, jangan cuak sebab korang boleh tukar duit kecik dekat kaunter-kaunter yang berada di sekitar stesen Metro. Kaunter-kaunter ni tak boleh beli tiket tau. Tempat tukar duit atau tempat pertanyaan sahaja. Jangan nak mengada pegi pura-pura tanya plak kalau ade amoi cun jaga kaunter.

4) Bargain
Selalunya tempat-tempat shopping yang jadi tourist attractions di China generally, harga diorang akan mark-up kawkaw punya. Tahap yang korang rasa ridiculous gila harga dia. So, jangan terkezut sangat. Kalau betul-betul nak beli barang tu, try tawar up to 70%-80%. Cina-cina nih diorang akan membebel dan marah dengan harga yang korang kasi. Pastu kena pura-pura blah. Nanti diorang akan panggil balik dan kasi harga yang korang nak.

Peringatan adalah jangan plak korang tak nak beli pastu korang gatal pergi tanya. Memang hanginla jawabnya makcik-makcik cina tuh. Tanya dan bargain untuk barang yang betul-betul nak beli sahaja. Kebarangkalian adegan baling-baling kalkulator sambil geleng-geleng kepala membebel mungkin berlaku.

5) Menyahut Seruan Alam
This applicable to wherever place yang korang pegi xde air dalam toilet of which rakyatnya beristinjak menggunakan tisu. So, selalunya takdelah tak ada langsung air dekat public toilet diorang. Outside mesti ade sinki. So, sentiasa pastikan yang ada satu botol kosong bersama dengan korang. Tak pasal-pasal bila seruan alam dah memanggil, masuk-masuk toilet baru tau xde air. Kan naya. Bayangla sendiri. Aku tak mau bayang sebab ak dah siap-siap bawak botol dan refill air dekat sink sebelum menyahut seruan alam.

6) Basic numbers dan kalkulator
It will be easier if you know basic numbers in chinese kalau ke China. So that, atleast bolehlah converse sikit-sikit bila nak membeli. In my case, walaupun 3 sem aku amik mandarin dekat UiTM, haram jadah tak ingat satu habuk. Tapi, my minimum knowledge of mandarin tuh membantula jugak. Macam nombor dalam mandarin taula. 

Alah, takkan tak tahu kot. Yi (1), er (2), san (3), si - baca "se" (4), wu (5), liu (6), qi - baca "chi" (7), ba - baca "pa" (8), jiu (9) dan shi (10). So, contohnya nak sebut 25. Kalau dalam bahasa melayu "dua puluh lima". Dalam mandarin pun susunan dia sama jugak. So, akan jadi "er shi wu". Tapi, ade special kes untuk "dua" which is "er". Untuk refer kepada bilangan, dua dah tak jadi "er" tapi jadi "liang". Dan kalau nak sebut bilangan selalunya nombor akan disertai dengan perkataan ge (baca ke'). Contohnya, korang nak beli 2 baju. Korang akan tunjuk baju, ( yelah tak tau baju tu apa dalam mandarin kan) dan akan sebut "liang ge".

Eh, aku dah mengajar mandarin pulak. Kalau sesape yang pandai mandarin tuh, aku ajar salah, kena kabola ke aku. Kang ajaran sesat plak kang. Btw, jangan lupa untuk bawak kalkulator. Sebenarnya, tak payah pun sebab hanset semua canggih-canggih ade kalkulator dah dalam hanset. Tapi, untuk aku yang sangat old skool nih, lagi prefer pakai kalkulator betul sebab puas sikit nak menekan. Akauntan sangat kan siap bawak kalkulator pegi holiday. Bukan apa, senang nak convert duit dan tak membazir bateri hanset.

Nah, aku kasi lompatan jurus kayu suci (baca holywood).

Aku ingat nak buat 10 tips. Tapi 6 cukuplah. Dah penat menaip. Sekian sahaja laporan dari China yang telah tergendala berikutan masalah catuan air. Okey tu tipu gila, Kuantan takde masalah catuan air. Masalah kemalasan dalam diri yang lebih tertarik tengok citer korea bila online.
Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment