Saturday, May 3, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi : Introduction

Assalamua'laikum...

Aku baru jer balik dari menunaikan ibadah umrah. Alhamdulillah settle satu perkara wajib. Owh ye, aku mention wajib kan. Ye memang wajib. Bukan haji je wajib, umrah pun wajib ditunaikan sekali. Aku pun baru tau, ko ingat ko je baru tau. Selama nih duk ingat haji je wajib. Trip Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi berlangsung awal April ritu, lebih kurang 10 hari disertai oleh 50 orang jemaah yang semuanya aku kenali. Meh aku kasi teaser sikit gambo sebelum aku cerita lebih lanjut.

Satu cukuplah.. Nak tengok banyak lagi, kena tunggu post-post lainla.



Oleh kerana nak cerita pasal umrah, bahasa kena guna bahasa sopan sikit. Sebelum aku cerita rentetan pengalaman ibadah kitorang di sana, aku story sikitla what happend before the trip waaay before the planning of the trip. Memandangkan banyak negara dah berjaya kami sekeluarga pergi tanpa menggunakan travel agent in beg tarik style, makanya of course menjadi idaman setiap muslim untuk menjejakkan kaki ke Mekah dan bagi kitorang it would be better if we can plan the trip by ourself tanpa menggunakan travel agent and all. Sebabnya seperti kita maklum, nak pergi ke sana, urusan bukannya senang. lagi pulak Arab Saudi punya rules strict gila sekarang. Ko ingat senang-senang ke nak dapat buat visa just by walk-in ke Arab Saudi Embassy. Ingat macam nak apply visa ke China??? Jangan mimpilah.

Nak dijadikan cerita, Allah tunjuk jalan kepada kami. Adik aku, si Kakak was supposed to study in Mesir which is at the end tak pergi pun yang waktu tu tengah tunggu sementara nak fly. So, memandangkan dia duk goyang kaki kat rumah, dengan rajinnya, dia google untuk cari kelas arab free as preparation nak gi sana. So, jumpalah kelas arab free. Haji Abah, Hajjah Ibu, aku, si Kakak dan Kak Cik pun pakat-pakat join kelas tu. Other than kitorang ade 2 orang lagi anak murid Ustaz Pa. 

To make it short, kelas tu diorganized oleh travel agent yang uruskan umrah dan haji. Dia buat kelas free sebab travel agent ni baru je bukak branch di Kuantan. The travel agent memang experienced more than 50 years dan sangat famous di Kelantan dan Terengganu. Diorang ade jugak branch di Selatan Thai dan KL. Memandangkan ofis Hajjah Ibu memang suka buat trip department oversea, so, this year diorang plan nak pergi buat umrah. Last time, Hajjah Ibu dah berjaya organized bawak 40 orang ke Perth tanpa khidmat travel agent. Semua urus sendiri. Ko bayangkan, 40 orang turun naik public transport together-gether. Jadi, seperti biasa orang yang dipertanggungjawabkan oleh bos haruslah Hajjah Ibu.

Setelah meng'usha' dan contact a few well known Travel agents around Kuantan, mostly diorang tak accept kalau kita nak mintak diorang uruskan visa dengan Ground sahaja. Gila kau. Orang bisnes. Habislah keuntungan diorang. Sebab part of diorang punya profit daripada pembelian tiket flight. Memandangkan kitorang dah join kelas arab dan mengaji dengan Ustaz Pa, so, tanyalah dengan diorang whether diorang accept tak kalau nak buat macam kitorang nak. Diorang kata boleh uruskan. No problemo. Diorang pun kasi quotation based on requirements yang kitorang nak. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi harga pakej ground adalah :
1) Berapa orang jemaah (Diorang boleh cater jemaah seminima yang boleh walaupun cuma 4 orang. sehinggalah beratus-ratus. Untuk cuti sekolah bulan 5 nih, diorang bawak 600 orang.)
2) Jarak hotel di Madinah ke Masjid Nabawi dan di Mekah ke Masjidil Haram (selalunya jarak di Madinah lebih dekat compare to jarak di Mekah, walaubagaimanapun it depends on choice kita)
3) Perlu iringan dari pihak travel agent dari Kuala Lumpur waktu pergi dan balik dari Arab Saudi atau tidak
4) Makanan nak diorang uruskan atau makan sendiri (selalunya jemaah prefer diorang uruskan)
5) Berapa hari akan berada di sana (which is relate to point no 2)
6) Transportation dan lawatan luar (which is bergantung kepada jumlah jemaah jugak)
7) Berapa orang sebilik (lagi sikit orang dalam satu bilik lagi mahalla)

Bila dah agreed yang diorang boleh buat, terus Hajjah Ibu dan konco-konconya (chewah!!) booking tiket Airasia di office. Airasia di Jeddah boleh dikatakan agak baru jugak. And it happends that tiket murah giler habaq kat hang. Harga dan kos aku explain kat post lain ye kawan-kawan. So, date has been decided.

Berkenaan booking tiket, kalau korang nak buat Umrah Cheapskate macam nih. Jangan sebarang-sebarang book tiket ikut suka hati makcik jiran sebelah umah korang punya free time. Sebab ade certain date visa umrah tak akan dikeluarkan oleh kedutaan. Mentang-mentang korang free bulan Januari, suka-suki je nak book tiket umrah waktu tuh. Kalau korang akauntan dan auditor mungkin tak freelah bulan Januari sebab busy buat closing dengan peak period bagi auditor. Arab Saudi pakai kalendar hijrah ye kawan-kawan bukan kalendar masihi macam kita.  Below are few guidelines yang korang boleh follow in order to book flight tickets for Umrah Cheapskate (Guidelines ini mungkin juga terpakai kalau korang nak naik basikal atau kayuh sampan atau naik 4wd) :
1) Jangan sesekali book waktu musim haji which is Zulkaedah dan Zulhijjah. Its a big NO!! Hanya visa haji dikeluarkan waktu ni.
2) Its also a big NO, NO untuk bulan selepas bulan haji which are Muharam, Safar dan Rabiulawal. Waktu ni memang tak ada visa umrah dikeluarkan. Mungkin kerajaan Arab saudi nak buat urusan penambah baikan dan pembersihan selepas musim haji yang panjang.
3) Bulan Ramadhan adalah sangat risky. Memandangkan keadaan sekarang hanya 1/3 dari Masjidilharam sahaja yang digunakan untuk beribadah dan 2/3 lagi sedang direnovate, visa yang dikeluarkan Arab Saudi pun sangat limited. Kalau based on last year, travel-travel agent besar-besar memang rugi habis. Macam Andalusia nak dekat 2 juta. Yang lain-lain setara dengannya ratus-ratus ribu. Ini roughly seperti yang dimaklumkanlah. Wallahualam. Jemaah yang dah booking dan tak lulus visa, mestilah nak balik duit diorang. So, travel agent terpaksa bear the cost semua deposit booking dari flight sampailah ke hotel. Sebab untuk Ramadhan, a few months before, diorang dah kena start booking dah.
Bear in mind, aku tak kata tak boleh. Boleh. Tapi, ade possibility tiket flight hangus kalau visa tak lepas.
4) Selain bulan-bulan disebutkan di atas insyaallah line clear. Makanya, boleh online laju-laju website airline untuk book tiket. Tetapi, cuba avoid waktu cuti sekolah di Malaysia, Indonesia dan negara-negara arab lain sebab time cuti sekolah orang ramai gila kot.

Tak boleh nak imagine lagi. Nah aku kasi gambar siap.
Sumber oleh http://abunuha.wordpress.com/2013/09/14/zulkaedah-bulan-diplomasi/ dan telah diedit di kepalamasukair.blogspot.com

So, sila dapatkan kalendar bulan Hijriah. Sape taktahu bulan Hijrah, meh kita nyanyi lagu bulan-bulan Hijrah.


Okeh, ni tipu gila. Ni lagu tiap-tiap tahun nyanyi waktu Maal Hijrah. Lagu betul bulan-bulan islam kat bawah nih. Dengar sampai hafal ye kawan. Tak hafal, replay sampai dalam mimpi pun nyanyi lagu nih.


Sambung balik citer. Nak dijadikan cerita, yang jaga branch baru Kuantan nih, one of anak tokeh, Hazim (bukan nama sebenar). Pulak tuh orang Kelantan. Terus boleh buat geng ngan Hajjah Ibu yang meme oghe kelate. Dengan Haji Abah pun sama naik jugok walaupun oghang ganu. Sek-sek pantai timur memang bulih wat gu sokmo (selalu boleh buat geng). So, everytime habis kelas arab ngan mengaji mesti berakhir dengan discussion pasal trip nih. Padahal nak dekat setahun lagi nak peginya. Owh ye, lupa nak kabo yang tiket telah dibeli lebih kurang 8 bulan sebelum pergi. Sebab tu dapat tiket murah.

Yang bestnya, kalau ade apa-apa persoalan pasal trip nih straight kontek Hazim. Kalau dia xsure pun, terus kol ayah dia kat Kelantan ataupun abang dia kat KL. Memang alhamdulillahla line clear dari awal. Ofis dia pun dekat dengan rumah kitorang. Apa-apa hal straight pergi terjah ofis dia. Dari segi pembayaran pulak, by right a few months before baru diorang mintak deposit tapi awal-awal Hajjah Ibu dah pass deposit 10% sebab tak nak pegang duit orang. So, basically involvement aku dalam planningnya stage hanyalah 30% which involved mengaudit rekod pembayaran orang lain (mentang-mentang ex-auditor), booking tiket jemaah last minute, luggage dan in-flight meals and last but not least arrange seating arrangement dalam flight memandang most of us tak beli hot seat. Another 70% was solely done by superwoman Hajjah Ibu dan sesetengah perkara dibantu oleh konco-konconya di ofis. 

See?? Sebab kerja pun tiap-tiap hari mengadap excel, sampai planning trip pun guna excel. I believe all the auditors and accountants also are like me. Dah.. Takyah nak geleng kepala sangat, memang bedooh la jawabnya.

Jadi, that's all secara roughly whats happening yang memungkinkan kitorang menjalankan trip Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi. Walaubagaimanapun, ia tidak mungkin terjadi jika bukan dari keizinan Allah subhanawataala. Makanya dah tau tips, cepat-cepat usha tiket flight di tarikh bersesuaian. Dengan itu, aku akan continue lagi di post akan datang on preparations dan costing matters. Semoga post Umrah Cheapskate ini bermanfaatlah hendaknya.  Kalau tak bermanfaat memang aku malas doh nak naip. Baik aku tido. Semoga orang yang baca sama ada pernah pergi atau tidak juga aku dan seluruh keluarga aku dijemput ke sana menjadi tetamu Allah lagi. Aminnn. Puhh (Hembus banyak sikit).

Gambar dalam Masjid Nabawi kasi inspired sikit.


Astalavista. Wassalam.

No comments:

Post a Comment