Monday, April 6, 2015

Negara Muka Fake 2.0 : Summer Sonata di Nami

Assalamua'laikum....

Gigih awal-awal pagi dah bangun. Dekat Namsan Guesthouse ni breakfast disediakan. Toast beserta jam dan maggi. Walaupun maggi yang disediakan adalah Shin Ramyun yang mana kalau di Malaysia halal, kitorang mengambil pendekatan selamat untuk tak makan sebabnya tak salah aku, Shin Ramyun di Korea tak halal sebab ada beef atau pork. Aku pon tak berapa pasti. Kalau nak masak pon tak ada hal sebab shared kitchen yang terletak di basement ada menyediakan all the utensils untuk memasak. So, kalau nak masak pon boleh. Macam kitorang, dah bawak siap-siap sabun taharah yang dibeli kat kat Malaysia. Breakfast kitorang makan maggi yang dibawa dari Malaysia. Hari ni plan nak jumpa dengan Baek Yong Jung.

Naminara Republic, dah macam bendera Malaysia dah.



Perut sudah kenyang dan hati sudah senang, dengan perasaan teruja kitorang bergerak nak pergi Nami Island. Nami Island ni jarak agak jauh dari Kota Metropolitan Seoul. Nami Island nih dekat suburb area. Basically, ada 3 option untuk ke Nami Island sama ada menggunakan bas, ITX atau KTX. Kitorang memilih KTX, keretapi lompat-lompat yang lebih slow dan lebih murah. Perjalanan makan masa lebih sejam. Lebih menguji kekuatan kaki, sepanjang perjalanan dari Cheongyangni ke Gapyeong station train penuh. Dahlah ramai warga-warga emas dalam train nak pergi hiking ke gunung mana entah dalam perjalanan ke Gapyeong. Kalau boleh duduk pon, takkan nak bersikap biadap taknak kasi orang tua duduk bila ada yang berdiri. Lenguh jugaklah kaki. Teringat pulak waktu tadika, kena berdiri di luar kelas berseorangan sambil pencil box dan colour pencil dijungjung di atas kepala didenda sebab kononnya tak bawak buku. Padahal ada je buku dalam beg tapi tak siap homework. Tak senonoh betul perangai. Melentur buluh dari rebungnya sungguh sebab sampai ke zaman universiti masih tak buat homework tapi lebih bijak dengan meniru.

Memasing muka selenga tunggu train.

Sepanjang perjalanan kitorang dilead oleh Moksu yang telah aku beri mandat untuk mengetuai rombongan kecil kami. Walaupon rombongan kami disertai Cik Kiah, aku jamin lebih sesat kalau mandat aku berikan kepada Kiah untuk mengepalai rombongan ni. Moksu dengan penuh kaliber, dengan peta train ditangan beserta segala macam notes dalam clear file yang dibawa bersama dah macam membawa rombongan kanak-kanak sekolah. Aku lebih senang berlenggang kangkung mengikut sahaja arahan Moksu. Disuruhnya tukar train di station A, aku turun, disuruhnya tukar train di station B, aku tukar dengan patuh tak nak overwrite power. Kalau ada dua orang ketua, dengan kepala berlainan memang boleh buat gaduh. 

Sampai di Gapyeong Station, terus keluar mencari teksi ke sana sebab lebih ekonomikal untuk 4 orang naik teksi. Masuk je teksi, aku dengan yakinnya menyebut, "Namiseun." Pemandu teksi pon dah tersengih mendengar aku sebut Namiseun dah macam orang Korea pulak walaupon muka authentic melayu. Teksi dia ikut meter. Oleh kerana jarak dari station agak dekat dengan jeti untuk ke Nami Island dan hanya mengambil masa kurang 7 minit 17 saat 2 milisaat, tambang cuma 3,000 won sahaja dan dibahagi 4 orang.

Gapyeong Station dari luar.

Kitorang diberhentikan di tepi convenient store dan perlu menapak sedikit melalui parking kereta dan terus membuat pembelian tiket ke Nami Island. Winter Sonata punya pasal habis satu dunia kenal Nami Island. Power tak power pengaruh Kdrama. Seingat aku Winter Sonata nih time aku sekolah menengah dekat sekolah asrama. Gigih budak-budak nih maghrib-maghrib illegally tengok tv. Entrance fees untuk ke Nami Island pada ketika itu 8,000 won. Sekarang recent trip aku ke Nami January harituh dah jadi 10,000 won. Kitorang tak tunggu lama sebelum bot untuk ke Nami Island sampai.

Salah satu cara untukke Nami Island adalah terbang atas langit dengan naik bendaalah yang tinggi nih.

Ko ingat nak gi Golok je nak kena lalu immigration. Ni ha, nak pegi Nami pon sama.

Atas bot boleh nampak berbagai bendera dari pelbagai negara dikibar termasuk bendera 1Malaysia sambil lagu UTC dipasang. Okeh, tang lagu UTC tuh aku tipu. Sesampainya di Nami Island, kitorang sangatlah excited. Sementara tengah excited kena tangkap gambar banyak-banyak even bila balik masih akan melalui entrance yang sama, feelnya tak sama macam first time jejakkan kaki. Oleh kerana Nami Island tu besar, kitorang mengambil pendekatan untuk explore dari luar dahulu. Habis seluruh port yang dirasakan cantik kitorang bergambar. Orang boleh tahan ramai jugak. Nami Island nih tak kira musim sentiasa ramai. Apalah Baek Yong Jung dah jampi sampai macam ni sekali ramainya orang datang. Boleh tahan jauh jugak kitorang pusing around Nami. Boleh nampak couple-couple duk mengayuh basikal kembar yang boleh disewa di situ.

Orang agak ramai nak naik bot. Kalau rasa nak lagi best mungkin boleh berenang gaya kuak kupu-kupu berselang-selikan dengan kuak lentang..

Waktu ni tak de monopod lagi. Terpaksalah angkut tripod.

Instead of exploring dengan masuk terus ke dalam Nami Island, we chose to explore melalui kawasan luar. Masuk-masuk, nampak sepasang kekasih tengah ambik gambar di laluan sebelah kiri. Nampak laluan dan di sepanjang laluan ada pokok-pokok bersusun. Cantik jer. Dengan jakunnye terus menuju ke situ untuk bergambar. Walaupun  cantik, tapi aku masih wonder kenapa orang lain tangkap gambar lagi cantik. Mungkin musim ketiak basah *baca musim panas, jadi tak secantik musim-musim lain. Habis segenap tempat jadi port kitorang. Sampaikan dalam semak-semak yang ada bunga sejemput pon kitorang redah untuk bergambar punya pasal. Apa yang aku boleh katakan,musim panas tak banyak beza pon. Mungkin kalau nak datang, patut datang musim luruh, bunga atau salji. Scenery lebih cantik. In fact, ada gambar-gambar kitorang yang ditangkap ala-ala macam tangkap kat Malaysia di taman rekreasi. Walau macam mana sekalipon, Nami Island masih cantik.

Orang kabo, kalau orang Malaysia tak sah tak bergambar melompat. Biarpon muka hodoh, tapi, demi lompatan, hodoh pon hodohlah.


Menumpang daun-daun yang bertukar warna, konon bajet di musim luruh.

Jangan lupa bawak cikedis dari Malaysia. Dijamin halal dan lebih murah.

Aku tak tahu ni pokok apa, tapi ni sebenarnya kawasan semak samun. Dah macam kat gurun mana dah.

Moksu dah fefeling sendiri. Sabar yer jap lagi aku bawak jumpa Baek Yong Jung.

Masa lapang yang diisi dengan main game entah paper.

Pokok nih dah macam brokoli gergasi.

Landasan pendaratan kalau pegi Nami dengan cara superman.

Alololo, sweetlah ni kononnya. Tolak masuk tasik kang.

Lambakan basikal untuk disewa.

Gambar BYJ.

Dah puas buat pusingan belah luar, perut dah lapar, kitorang ambik keputusan untuk cari kedai nasi kocak yang halal di sini. Sebab niat dah begitu, kitorang memang tak bawak bekal untuk ke Nami. Kalau ada pon cikedis jelah untuk mengunyap sepanjang perjalanan. Sebelum aku datang aku ada tanya kawan-kawan aku yang dah pernah sampai. Feedback yang aku terima berbeza. Ada yang kata sedap dan ada pulak yang kata tak sedap. Tekak tak boleh terima.We managed to find the restaurant. Di pintu masuk memang ada logo halal korea yang dipamerkan. Sebab khuatir tekak kitorang tak boleh terima, kitorang just order 2 je nasi kocak. Boleh nampak dari tempat duduk kitorang mereka sediakan nasi kocak tersebut.

Luar kedai dah terpampang logo Halal Korea.



Setelah tunggu seketika nasi kocak sampai. Siap sekali dengan sarung tangan berkebun Haji Abah. Nasi kocak tersebut disediakan dalam bekas aluminium dan dipanaskan begitu. Jadi, bekas agak panas untuk dipegang dengan bare hands. Sebab tu diorang sediakan sarung tangan berkebun Haji Abah untuk pegang bekas tersebut dan menggoncangkan sebelum makan. Sambil goncang, jangan lupa nyanyi lagu ' sakitnya ku di sini dalam hatiku,' atau mungkin 'gongxi gongxi gongxini.' Basically, nasi kocak ni cuma nasi putih, kimchi dan telur yang dipanaskan dalam bekas aluminium. The food is as simple as that ibarat ko makan nasi kicap dan telur goreng but then, the way they do it is so unique that people need to shake it before eating it. Mungkin aku patut invent nasi kocak versi Pahang, nasi putih, patin masak tempoyak dan kerabu pucuk paku. Agak-agak laku dok?

Semangat menggoncang nasi kocak. Setelah digoncang, nasi nih tak nampak menyelerakan pon. Tapi kau, licin kitorang sebat.

Bagi kitorang agak okeylah, tekak kitorang masih boleh terima even its my first time trying kimchi korea. Kimchi Seoul garden tak dikiralah. Ditambah pulak dengan kebuluran masing-masing. Habis nasi kocak, kitorang order pulak fish cake soup. Agak membazir sebenarnya order fish cake soup sebab rasanya agak bland. Tapi, patbingsu dia sedap. Patbingsu atau red bean sorbet atau kot melayu ais kepal kacang merah. Mungkin ditambah dengan keadaan musim panas membuatkan kitorang sangat menikmati patbingsu. Bear in mind, jangan pulak terorder makgeoulli sebab makgeoulli adalah rice wine diorang. Ingat betul-betul yer, order patbingsu. Insyaallah tiada sesalan.

Perut dah kenyang, kitorang pergi ke musolla di bangunan yang sama, di tingkat 2 untuk sembahyang jamak. Surau agak besar dengan kain sembahyang yang banyak cuma tiada divider atau tirai disediakan ketika itu untuk memisahkan jemaah lelaki dan perempuan. Memandangkan tiada orang selain kitorang di surau, kitorang terbungkang tido kepenatan. Nasib pergi sendiri. Kalau pergi dengan travel agent nih memang kena tinggal tak pun kena maki dalam hati oleh ahli rombongan lain. Aku rasa lebih satu jam jugak kitorang beradu di surau. Itupon tersedar sebab ada orang lain datang untuk sembahyang. Kalau tak, aku rasa lagi lama. Ni nak berjalan ke nak tido aku pon tak tahu.

Dari luar dah nampak signage musolla. Jalan masuk dan naik ke tingkat satu.

Ruang dalam surau yang agak spacious. Mana tak sedap tido. Boleh berguling-guling dari hujung ke hujung sebab takde tirai untuk separate tempat sembahyang wanita dan lelaki.

Antara cafe yang jadi tumpuan tempat lepak dalam Nami Island.

Antara sayur yang ditanam di sekitar Nami Island. Aku yang tak makan sayur pon boleh terliur sebab signange dia.

Dah berehat seketika, masing-masing dah refresh, aktiviti bergambar dan explore the place semakin rancak. The main area in Nami Island adalah tempat pengambaran Winter Sonata, tempat Baek Yong Jung berasmaradana dengan heroinnya aku tak ingat nama. Ada satu patung besar seksi sangat weh. Terbeliak jugak mata aku tengok masa memula. Lucah sungguh. Waktu sedang asyik bergambar dengan pelbagai aksi, ada satu scene yang menarik perhatian aku yang mana seorang ibu tengah main gunting, batu kertas dengan anaknya, 2 orang mungkin lingkungan umur 3-5 tahun. Dah puas bergambar, sampai tahap tepi toilet pon nak ambik gambar, kitorang decide untuk balik.

Kawasan pengambaran utama. Susahlah nak tangkap gambar tanpa ada makhluk lain dalam gambar melainkan ko upah orang pengsan jauh sikit. Konpem orang lain pergi menyibuk dan bolehlah tangkap gambar dengan aman damai.

Among the scenes yang dicapture dalam Winter Sonata.



Mana aku tak terbeliak mata tengok sculpture nih memula.

Semangat diorang nih tangkap gambar sculpture bogel.

Akulah pencegah maksiat bertugas. Jangan macam-macam yer BYJ.


Tepi tandas pon jadi tangkap gambar. Botol kosong diorang lenyek dan buat hiasan dinding tepi tandas.

Port first kiss diorang.

Till we met again yang pasti bukan musim ketiak berpeluh begini.

Masa di stesen Gapyeong, kitorang bertembung dengan 2 orang mamat dari Malaysia. Memula cuma pandang-pandang, jeling-jeling dari jauh. Biasalah awkward campur dalam kepala berlegar soalan, Malaysia ke Indonesia. Mungkin orang akan kata kitorang sombong. Tapi, bagi aku, aku tak setuju dengan mentaliti sesetengah traveller dari Malaysia yang cepat menghukum atau mengecop orang sombong hanya kerana senyuman mereka tidak dibalas, tidak menegur sapa ataupon buat bodoh sahaja bila nampak orang yang muka serumpun. Bagi aku, bukan semua orang peramah. Macam aku yang introvert, bukan senang aku nak tegur orang atau simply nak senyum kambing kat orang yang tak dikenali. Even kalau aku senyum pon, senyum aku 0.5 cm je, senyum pon tak nampak senyum even bagi aku macam dah senyum. Unless ko tayang kamera, nak tangkap gambar, aku guarantee aku akan senyum sampai hujung nyawa. Eh, senyum sampai hujung telinga. Satu lagi, kadang-kadang sesetengah orang not in the mood to talk atau rushing to go somewhere. Jadi, tak dapeklah nak menegur sapa. Kalau dan dah bertegur sapa tuh, lamalah pulak berboraknya.

Berbalik kepada cerita, kebetulan kitorang naik satu gerabak train. Salah sorang dari mamat tuh menegur sapa kitorang. Mereka dari KL travel berdua sendiri macam kitorang jugak. Datang ke Nami Island sesat. Salah station. Diorang hanya berkesempatan berada di Nami selama 2 jam sahaja sebab sesat punya pasal. Sumpah aku rasa kelakar sebabnya kata dia, oleh kerana masa yang suntuk, diorang sewa basikal sambil kayuh laju-laju around Nami untuk explore. Kayuh laju-laju yang tak menahan tuh. Seperti waktu pergi, kitorang tak berpeluang untuk dapat seat di dalam train. Makanya, kepenatan punya pasal, selamber jer duduk bersila atas lantai depan pintu. Dah tak kesah dah dengan orang. Sesuka hati je buat macam tunggu komuter kat Malaysia, beratur depan sekali dengan bersila sambil menunggu train sampai. Kali ni, bukan di station tapi dalam train duduk bersila dah macam zamzam ala kazam cuma tanpa tikar terbang. Yang rare naik train sewaktu pergi dan balik dari Nami Island adalah ada orang menjual dari gerabak ke gerabak.

Next post aku sambung pasal salah seorang dari kitorang hilang di station. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment