Tuesday, April 14, 2015

Negara Muka Fake 2.5 : Hilang di Stesen

Assalamua'laikum...

Kitorang terpisah dengan 2 orang mamat dari Malaysia sebab destinasi kitorang berbeza. Kitorang turun di station Cheongyangni untuk tukar train. Turun dari train, aku dan Echot terus menuju ke satu peta besar di stesen tersebut. Kitorang duduk depan peta sambil mengamati peta Korea. Kitorang pusing ke belakang dan nampak Moksu dan membiarkan sahaja dengan andaian dia nampak kitorang tengah mengamati peta sambil diskusi gayanya dah macam pakar geografi. Dah lama sangat menunggu, kitorang toleh ke belakang, Kiah ada tapi Moksu tak dapat dikesan ke mana.


Aku tanyakan kepada Kiah, "Moksu mana?" 

Kiah sendiri tak dapat menjawab soalan itu sebab tak pasti di mana keberadaan Moksu. 

Dah semakin bosan mengamati peta, jadi kitorang bertiga ambik keputusan untuk turun sebab berkemungkinan Moksu sedang tunggu di bawah sebelum bertukar train. Setelah turun bawah menggunakan ekskalator, usahkan kelibat, bayang-bayang pon tak nampak. Kitorang jenguk di seberang station, mana tahu Moksu menunggu di seberang. Tak ada. Maka, kitorang decide untuk naik ke ekskalator ke atas untuk ke seberang. Di atas pon tiada. Bila ke seberang, masih sama. Kelibat Moksu masih tidak kelihatan. 

Berulang kali kitorang turun dan naik ekskalator seberang-menyeberangi platform di stesyen tersebut. Sampai tahap, aku siap usha belakang dinding takut Moksu tengah menyorok. Tapi, Moksu bukan aku, nak buat perkara tak berfaedah nak main nyorok-nyorok begitu. Di bumi Korea pulak. Kitorang dah wonder giler, mana pulaklah Moksu pergi. Mungkin Moksu dah gerak balik dahulu. Memandangkan Moksu adalah pemegang mohor peta train Korea atau merangkap pemandu pelancong kitorang di Korea, kitorang tak rasa risau pon sebab kitorang tau dia boleh survive and she know where to go. Kalau Echot atau Kiah yang berada di tempat Moksu, mungkin aku perlu risau.

Kemudian, setelah bermuzakarah, kitorang ambik keputusan, ini kali terakhir untuk cross ke platform seberang untuk cari Moksu. Kalau masih tak jumpa, kitorang ambik keputusan untuk balik sebab no point nak main cross-cross platform kalau jejak Moksu pon kitorang tak dapat trace. Kalau ade kuasa menghidu macam anjing memang aku dah lama dah guna. Malangnya, masih tiada. Jadi, aku buat keputusan untuk balik. Terpaksa batalkan rancangan ke Itaewon. Semasa menuruni ekskalator untuk pulang, tiba-tiba ternampak Moksu terjenguk-jenguk di hujung dengan muka risau.

"Mana korang pergi? Puas saya cari. Risau saya takut korang sesat," kata Moksu dengan nada risau seperti mak-mak bila anak-anak balik lambat ke rumah.

"Moksu pergi mana? Kitorang dari tadi duk turun naik cari ko," soalan dijawab dengan soalan.

"Saya pon dari tadi duk turun naik cari korang," penuh kesungguhan Moksu explain.

Sumpah, aku rasa pelik giler. Kitorang berada di tempat sama tapi masih tak bertembung. Mungkin masa kitorang naik ekskalator, Moksu tengah turun dan viceversa. Masalahnya bukan sekali kitorang berulang-alik turun naik menyeberangi platform untuk cari dia, banyak kali kot. Dah macam cerita drama dah cuma tiada adegan jejak kasih bila berjumpa. Masing-masing kelegaan. Moksu bawa kitorang ke tempat untuk naik train yang perlu menapak jauh sedikit. 

Aku ketika itu, "Owh, kena keluar eh nak tukar train." Sangkaan aku, kitorang kena naik train di platform di situ sahaja.

Moksu pon menjawab, "Saya dah agak dah korang mesti tak tahu kena tukar train jauh sikit. Sebab tu saya risau takut korang sesat."

Rupa-rupanya, train di platform di situ hanya untuk train untuk ke suburb atau luar bandar sahaja. Kelakar pulak aku rasa. Konon, ada hati nak balik dulu tinggalkan Moksu. Padahal kalau tak, duk menggagau cari nak naik train mana satu. Yang kelakarnya, dahlah sebelum tuh, kitorang kena tukar train di stesen mana entah. Ada announcement yang dibuat dalam bahasa Korea menyuruh tukar platform untuk ke destinasi kitorang tapi sebab tak paham punya pasal, duk melepaklah jugak kat platform tuh sambil tunggu train yang tak sampai-sampai. Sampailah makcik cleaner tegur suruh tukar platform. Waktu tu baru perasan, memang kitorang je duk melanguk menunggu train kat platform tuh. Makanya, setelah itu, kitorang heading to Itaewon untuk ziarah ke Masjid Seoul.

Suasana di Itaewon yang sentiasa meriah. Itaewon nih basically banyak pub.

Dah ziarah negara orang, tak sah kalau tak melawat rumah Allah. Keluar dari station Itaewon melalui Exit 3, belok kiri dan jalan dalam 100 meter, kemudian akan nampak signboard untuk ke masjid dan belok ke kanan. Jalan straight melalui jalan-jalan yang kiri dan kanannya penuh dengan restoran-restoran halal sehinggalah jumpa dengan satu simpang besar ke kiri yang mana seberang simpang itu ada barber shop dan belok ke kiri. Menapak sedikit dan akan nampak Masjid Seoul tersergam indah. Memula kitorang sesat jugak sebab terbabas simpang. Bila pusing baru nampak masjid dikejauhan.

Dah nampak signboard nih kat simpang bolehlah belok ke kanan. Dah tak berapa jauhdah tapi jalan dia sedikit mendaki.

Pusing belakang baru perasan masjid tersergam indah. Makanya, terpaksa patah balik sebab dah terbabas.

Pintu masuk ke dalam masjid.

Sempat solat Maghrib berjemaah tapi kitorang jamaklah sekali. Masjid agak besar dan dibina tak silap aku sudah agak lama. Ruang solat untuk wanita di tingkat atas. Antara agenda kitorang ke Itaewon selain ziarah masjid adalah untuk rasa makanan Korea. Nak tengok sedap ke idok. Unfortunately, bukan rezeki kitorang. Restoran Muree yang berada sama lorong dengan masjid tidak dibuka. Muree nih basically kedai owned by Pakistan tak silap aku yang turut menyediakan makanan Korea. Jadi, agak ramai pelancong Malaysia datang ke sini nak rasa makanan Korea yang halal. Sebab nasib yang kurang baik, kitorang singgah di kedai halal untuk beli makanan buat alas perut dan beli kebab on the way balik ke guesthouse. Tak ada rezeki nak merasa makanan Korea.

Tak dapat makanan Korea, dapat kebab pon jadilah.

Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment