Monday, January 4, 2016

Phuket Bikinilah Sangat 3.0 James Bond Island & Abandoned the Ship

Assalamua'laikum....

Hari ketiga kitorang di Phuket, akan dihabiskan untuk trip sea canoeing dan ke James Bond island. Pepagi van dah pick up untuk dibawa ke jeti. Jeti untuk trip hari nih adalah jeti berbeza dengan yang sehari sebelumnya.


Signboard tulis apa pon tak tahu.

Topi Mr Potato aku nih memang aku tak boleh tinggal. Banyak berjasa nih.

Sebelum dibawa menaiki bot, kitorang kena naik lori crossing jambatan. Perjalanan ambik masa tak sampai 5 minit. Turun dari lori, kitorang dibawa menaiki bot dua tingkat. It's a different compared to previous day punya trip yang kitorang travel by speedboat. Kali ni bot agak besar. Tingkat bawah ditempatkan canoe pelbagai warna yang bakal digunakan later. Kat situ jugak terletak cockpit kapal dan dapur. Kitorang kena panjat tangga ke atas sebab penumpang port kat atas.

Jambatan tulah kitorang gerak dengan lori sebelum naik bot kat hujung tuh.

Dapat sebijik, aku round satu dunia dengan menda nih.

Ada jugak bot lain yang tak ada canoe dalam bot diorang. That one is a cheaper package. Memandangkan kitorang in a big group dengan semua bertudung, naik-naik bot jer, pekerja diorang randomly tunjuk kat salah seorang dari kitorang, " Roqayah?" Bebudak nih pon blur-blur jer. Sesuka hati jer kasi nama. Tunjuk kat orang lain lak. Semua kasi nama-nama old school. Dapat kat aku. Dia tunjuk dak-dak ni, "Ruqayah?" "Yes," jawab aku. "Salmah?" "Yes." Sambil tunjuk kat member-member aku. Menda entah lagi nama old school yang diorang kasi. Aku iyakan jer semua. 

Bot ni yang kitorang naik. Atas tempat duduk penumpang, bawah port letak canoe.


Seperti biasa, kitorang pilih port belakang bot, biasalah dulu time UiTM dah biasa pilih port belakang bas. Dah jadi habit pulak pilih port belakang-belakang nih. Kitorang diberi taklimat tentang our todays trip. Sepanjang tour, ade air free flow. Memang terbaiklah. Sebelum sampai ke destinasi yang ingin dituju, kitorang ambik kesempatan untuk bergambar di depan kapal ala-ala Titanic gituh. Bila perjalanan macam dah jauh sikit aku amazed giler dengan pemandangan yang dilihat. Banyak batu-batu gedabak tengah-tengah laut yang created scenery yang sangat lawa. Subhanallah cantik giler ciptaan tuhan. Macam manalah batu gedabak-gedabak besar nih boleh sesat tengah-tengah laut nih. Beyond my thinking capabilities.

Free flow air babeh. Satu tong tuh penuh air.

Apabila menghampiri kawasan yang dikelilingi blok-blok batu tengah-tengah laut, kitorang diberitahu untuk bersedia untuk aktiviti bercanoe. Sesampai di tempat sepatutnya, satu per satu canoe dari dalam bot diturunkan bersama-sama dengan pengemudi canoe. Memandangkan kitorang ngam-ngam 9 orang, jadi satu canoe 3 orang dengan seorang pengemudi atau guide. Aku tengok guide ni kawal canoe ni rilex jer macam senang pon ade jugak. Guide canoe aku sorang budak. Unfortunately, kominikasi agak limited memandangkan dia tak boleh berbahasa inggeris. So, kitorang banyak merapek sesama kitorang jer. Kawan-kawan aku yang lain untung sebab dapat guide yang boleh speaking, so, diorang banyak terangkan tentang all the details pasal the place.

Canoe diturunkan satu persatu.

Guide nih memasing dah standby nak bawak orang. Nampak tak kestabilannya even duk bucu canoe.


Talk to the hand. Amboih ko minah saleh, diva sangat aih gambo ko nih.



Sempat lagi berenti tepi minah saleh nih siap swimming.



Kitorang didayung melalui celah-celah batu. Siap masuk gua. Ada certain part siap kena baring takut kena stalagtit dan stalagmit. Tapi, aku rasa best giler. Ada dua port yang diorang bawak naik canoe. Both spot pon best. Nama aku seriously dah tak ingat. Hasil pembentukan struktur bumi kat Phuket nih aku rasa ambik masa juta-juta tahun dulu. Mungkin sejak zaman dinasour lagi.

Masing-masing dah terencat.

Gigih tau pakcik nih siap masuk mulut terus torch light. Apa barang pakai head lamp. Kau hado? Nasib tak tercekik jer.

Sampai port yang kena baring.

Boyfriend si Moksu. Siap berkenan dan kengkonon propose. Ni dia duk lukis tatoo dekat passeger kapal.

Boyfriend Moksu siap propose pakai bunga straw lagi. Atas belakang ada tatoo rimau, macam ganas tapi dalam hati ada taman.

Kitorang dibawa semula menaiki bot besar dan dihidangkan buffet makanan laut for lunch. Terbaik giler weh. Untuk pengetahuan, makanan untuk lunch memang dimasak atas kapal. Waktu tengah buat aksi-aksi Titanic depan bot tuh boleh nampak makcik-makcik gigih tengah memasak atas bot.  Oh ye, makcik nih semua muslim. Siap pakai tudung lagi. Makanan memang diorang masak from scratch. Tak ada nye main perhangat jer. Talking about from scratch takdelah waktu tu baru dia mancing ikan untuk masak. Tapi, aku agak frust sikit sebabnya masa untuk lunch time atas bot sekejap sangat. Tak sempat aku nak melantak kaw-kaw dengan lauk penuh atas meja. Seafood buffet plak. Mana taknya mentekedarah habis-habisan. Tak sempat habis makan lagi, kitorang dibawa ke next stop. Nasib tak bawak tupperware kalau tak aku dah tapaw siap-siap dah.

Siap rasmi dulu makanan. Dahlah duduk kat pintu dapur.

Makanan buffet camni, mana aku tak makan kaw-kaw. 

Kali nih, kitorang kena naik bot kecik untuk ke James Bond Island. Sebenarnya, nama pulau nih bukanlah James Bond Island. Ada nama Thai dia. Tapi, sebab pulau nih start famous lepas pengambaran cerita James Bond zaman 70-an dulu, so, ia lebih dikenali dengan James Bond island. Memang sah-sahlah tak pernah tengok kalau 70-an punya movie. Kalau era Pierce Brosnan dengan Daniel Craig aku taulah. Tempat nih macam gua-gua jugak. Tepi laut tuh banyak orang jual souvenirs. Tapi, cekik darah giler. So, lupakan ajelah tuk beli souvenir kat sini.

Bot yang bawak ke James Bond Island.



Deretan kedai souvenir. Mahal giler kot. Mungkin dia campur kos pengangkutan dan GST. Eh.
Batu seketul belakang tulah represent James Bond Island.

Selesai di sini, bot dah stand-by untuk bawak ke bot besar. Harapan aku, makanan yang berlembang waktu lunch tadi masih ada, namun harapan musnah. Diorang dah kemas habis dah. Kempunan makan besar. Kitorang, kemudian proceed to our last destination. Tiba-tiba, hujan lebat giler. Keadaan waktu tuh dah macam nak masuk ke dunia lain ala-ala Narnia gitu. Our last port nih, guide inform nothing much cuma boleh swimlah kat sini. Anak-anak mat saleh rilex jer terjun tak pakai life jacket. Padahalnya dalam giler. Kebanyakan orang dalam bot semua tak turun just stay dalam bot jer.

Brother driver bot belakang sekali tuh paling hipster. Siap pakai kain batik atas kepala.

Baru lepas keluar dari dunia lain ala-ala Narnia.

Liputan dari wartawan Fiqah tentang keadaan cuaca Phuket.

Brother nih siap berteduh bawah batu nih kes hujan.

Setelah diskusi dengan Nora, kitorang amik keputusan untuk terjun jugak tapi pakai life jacketlah. Memang tak confident langsung kalau nak terjun bodoh macam tu jer. Ade jugak lemas kang. Dahlah deep sea. Dengan confident nya, kitorang terjun dari atas bot. Budak lain jadi pemerhati jer dari atas bot. Walaupon hujan rintik-rintik, ade kitorang kesah. Demi memastikan setiap sen dari trip nih berbaloi-baloi. Dah terjun, tenggelam dan dengan bantuan safety jacket timbul balik baru memasing teringat, alamak tadi terjun lupa nak tanggal sunglasses. Wujud lagi tak. Masing-masing dah meraba mata. Oh selamat lagi sunglasses sambil gelakkan sesama sendiri. Bila masing-masing dah membongokkan diri sendiri, sunglasses dah jadi macam goggle dah. Bajet diva sangat berenang pakai sunglass. Kalah Che Ta.

Aku siap purposely beli Dicapac waterproof case untuk DSLR aku sebelum trip nih. Adela 2 ke 3 ratus gak. Nak beli waterproof camera tak mampu. Action cam murah-murah tak wujud lagi waktu nih. Nak masuk air kena buat Auto mode sebab limited movement untuk adjust semua. Muka pon dah tak nampak.

Kemudian, some of us dah tengok kitorang macam selamat, join sama terjun. Ibaratnya, U jump and if you still alive only I jump. Walaupon berdekatan dengan darat, its actually deep sea. Kaki memang tak boleh sentuh dasar. Even kalau dive pon tak nampak dasar. Ditambah pulak dengan keadaan air yang agak keruh sebab hujan. Bantuan sunglasses dapatlah swim tanpa sakit mata. Air laut kot, memang pedihlah kekdahnya kalau tak pakai. Berenang tanpa hala tuju. Abang guide sorang turun dengan canoe sambil buat rescue kitorang yang dah penat berenang. Sorang dah macam dugong, sorang dah macam ikan sardin. Tetiba datang si Put dengan machonya kayuh canoe ke arah kitorang. Selain zaman komander tongkat kat UiTM, kemachoaan Put terserlah kayuh canoe. Almaklumlah, wakil UiTM lah katakan.

1. Terjun. 2. Baru perasan pakai sunglass. 3. Operasi rescue. 4.Put dengan macho hantar bantuan tambahan. 5. Operasi menyelamat dugong. 6. Mission accomplished. Mendayung ke laut.

Dah selamat rescue aku dengan Fiqah. Aku ambik alih tugas mengemudi canoe. Sebab tengok si Put yang macho macam senang jer. Tapi, haram. Aku bawak nak gi kiri lepas ke kanan. Nak gi straight, canoe berpusing. Ni namanya ke laut. Nampak jer senang tapi sumpah susah. Campur dengan ombak lagi, memang ke lautla jadinya. Last sekali,  pass semula dekat Put. Macam senang. Tapi, memang susah. Lenguh kot tangan. Boleh cair lemak tangan.

Dah selamat atas canoe, on the way ke bot besar, Nora kasi idea bernas. "Let's abandoned the ship." Tak puas lagi nak berenang. Dengan yakinnya aku, Nora dan Fiqah abandoned the ship. Si Nora nih bajet-bajet filem kapal karam agaknya nak abandoned the ship. Dugong-dugong yang dah berjaya rescue dibawa balik ke bot besar. Kitorang pon berenang ke arah bot besar but it seems like pointless. Berenang punya berenang bot makin jauh. Aku pusing dekat minah dua orang tuh penat berenang. "Od, ada pelampung ." Aku pon berpusing. "Weh, mana pelampungnya?" Diorang dah bantai gelak giler. Kuajaq betul. Aku ingatkan diorang tipu. Rupa-rupanya by the time aku pusing, pelampung pun melepasi dan berlalu meninggalkan aku dengan selambenya. No choice berenang jugaklah. Habis semua gaya. Kuak lentang berganti-ganti kuak kupu-kupu.

Bot makin jauh, kitorang making penat. Ibaratnya ko berenang setempat. Semua orang dah atas bot dah. Last sekali sorang guide datang dengan canoe buat misi rescue. Tulah abandoned the ship sangat. Aku rasa guide tuh mesti dah sumpah seranah kitorang dalam hati. " Aku dah elok-elok rescue tadi, tak reti-reti nak balik naik bot. Pegi terjun pulak. Nih aku nak kena selamatkan lagi. Hempuk kepala sekor-sekor kang." Kawan-kawan lain kat atas bot dah bantai gelak giler. Bukan apa, yang melambatkan kitorang disamping ombak yang melarikan bot semakin jauh, life jacket yang asik kena tarik ke bawah yang timbul macam nak tercabut sebab tali yang ikat celah kangkang tu dah rosak. Kalau tak, Pangalela Renong pon kalah tau tak.

1. Mendayung. 2. Nora dah get ready nak terjun lepas kasi idea "Lets abandoned the ship."3. Selamat abandoned the ship meninggalkan Put sorang dayung canoe. 4. Berenang setempat tak bergerak-gerak. 5. Pelampung yang memula belakang aku. Aku pusing jer, dah pass-by ak. 6. Misi menyelamat berjaya. 

Kami pon dibawa pulang ke pangkal jalan. Seriously trip nih best. Kalau ke Phuket this is one of the most suggested island trip. Puas hati disamping tengok keindahan alam ciptaan Tuhan yang beyond imagination. Worth every penny. Giler ko tak worth every penny, unlimited drinks on board kot. Aku sorang saje dah berapa banyak botol dah minum. Trip nih yang pada awalnya kawan aku tak nak sebab first kena naik canoe tengah laut, takut jenuh nak kayuh canoe dan takut canoe terbalik tengah-tengah laut. Haru jadinya. Tapi aku yakinkan diorang. Canoe nih ada guide yang akan kemudikan dan seriously walaupon kelihatan unstable sebab canoe nih bukan macam canoe yang selalu ada kat tasik Shah Alam yang keras tuh yang senang terbalik. Canoe nih dia macam pelampung, canoe yang tiup angin dan sangatlah stable. Tak ada pon kes canoe terbalik even waktu operasi rescue dugong di laut canoe nih tak terbalik pon.

Si Nell nih sempat pulak posing. Orang canoe atas air, minah ni canoe atas darat pulak.

Balik ke hotel untuk berehat sebentar. Selepas maghrib kitorang keluar untuk makan besar di Kusuma. Kusuma nih hasil research aku adalah the nearest halal Thai food in Patong. Ingat lagi first day yang kitorang makan tomyam ayam sejemput kat kedai arab yang cekik darah. The next day, balik dari island hopping melilau mata aku mencari Kusuma dalam van balik ke hotel. Kusuma nih aku banyak baca review untuk halal Thai food. Gembira habis bila nampak Kusuma dari tepi jalan. Kalau dari hotel kitorang dekat main road, untuk ke Jungceylon dan Bangla Road, belah kanan dan Kusuma belah kiri. Berhadapan dengan Novotel. Food wise not bad dan harga pon tak adalah murah pon. Tapi, puas hatilah. Memang makan besarlah citenya kitorang malam tuh. Pulak tuh dah include sekali dalam bajet makan.

Mentekedarah kat Kesuma Seafood. Makanan penuh meja. Siap ada bunga orked lagi. Ada kebun orked gamaknya taukeh nih. 

Sekolah nih on the way nak pegi Kesuma. Sebelum sampai jumpa ni dulu.

Kusuma nih owned by Malaysian yang kawen dengan orang Thailand. Tu yang bila mamat guide duk berkenan kat Moksu siap kasi cincin straw, kitorang cakap another Kusuma couple. Kitorang kemudian heading ke hotel sambil singgah usha souvenir dekat kedai sepanjang jalan. Malam tuh kitorang chill jer di bilik. Aku dengan Moksu berkampung di bilik Nelly dan Put untuk buat preparation untuk following night. Esok tak ada plan lagi. Astalavista. Wassalam.

Od  

No comments:

Post a Comment