Thursday, December 24, 2015

Phuket Bikinilah Sangat 2.0 : Island Hopping Maya Bay, PhiPhi Island & Khai Island

Assalamua'laikum...

Awal pagi kitorang dah bersiap dan memandangkan breakfast is included, kitorang breakfast dulu. Makan apa yang rasa selamat of which sah-sahlah roti, buah ngan cereal. Nak makan nasi goreng kang ade Cik bab kang. Nasi lemak jangan nak beranganlah kat Thailand ni dia nak hidang. Tomyam pon tak ada. Kesimpulan yang aku buat bahawa pagi-pagi orang Thai tak makan tomyam.

Jangan disangka air yang jernih tiada buaya. Kalau ada mungkin, buaya darat.
Tunggu di lobi hotel, kemudian ada sebuah van pickup kitorang. Sebab kitorang ngam-ngam 9 orang, so cukup satu van. Usually, van akan ke beberapa tempat lain untuk pickup orang untuk penuhkan van. Perjalanan amik masa tak silap aku dekat sejam gaklah. Aku macam biasa, membutalah dalam van. Kitorang dibawa ke Asia Marina Pier. Kat sini ada deretan travel agents yang organised trip island hopping. 

Breakfast area. Meja duduk based on sape bangun paling awal. Haha. Aku sah-sahlah meja paling awal. Konpem kawan aku keji aku. Haha.

On the way ke jeti.


Kitorang dibawa ke lot yang hujung sekali. Actually ade banyak island hopping operator kat sini. Sebelum briefing, we were advised to eat pil untuk tahan muntah sebab kitorang akan naik speedboat. So, sah-sah akan melambung-lambung. Kalau dah paginye melantak tak hengat, boleh terkeluar segala macam isi perut. Kang ade plak nampak koko crunch, honey star terapung.Harga yang aku dapat dari Phuket Easy Tour yang aku search online adalah 2900 baht sorang untuk dua hari aktiviti of which island hopping and sea canoe on the next day. Oklah kan lagipun, termasuk airport transfer sekali. Kalau book individual activity 1700 baht sorang. Aku tak pasti kalau murah or lagi mahal kalau book dekat sini. Macam aku, book online siap-siap.

Yang paling penting include lunch sekali dan unlimited drinks. So, tak payah fikir dah. Snorkeling equipment pon dah masuk sekali dah dengan transportation dari hotel ke sini. Yang paling penting, makanan dia halalan toyyiban. Sebelum dibawa menaiki speed boat, kitorang di brief tentang perjalanan sepanjang hari. Basically, ade tujuh port yang kitorang akan pergi iaitu Maya Bay, Loh Samah Bay, Pileh lagoon, Viking cave, Monkey beach, Phi Phi Don dan Khai Islands. Taklimat diberi oleh tour guide yang menggelar diri dia sebagai Eddie Murphy. Bajet giler mamat nih. Tapi, yang penting kelako.


Kaki itik gembo-gembo kena sewa with additional charge. Aku dah pasti tak sewa. Guna kaki manusia marhaen je nak berenang.

Dah settle everything, sapa nak sewa kaki itik, khidmat sewa disediakan sebab not included dalam tour. Kitorang dibawa ke pier. Yang tak tahan tuh sempat lagi diorang tangkap gambar dan dah siap print sebelum naik bot. Bila masa dia print entah gambonya. Kebanyakan yang together-gether dengan kitorang adalah couple. Yelah, Phuket kan port orang honeymoon. Yang kitorang bantai workmoon sekali 9 orang. Ada sorang pakcik omputeh nih kemain emo sepanjang trip. Duduk kat bontot bot, so, bila orang nak lalu of course lah dia kena bangun. Membebel sorang dia. Later, baru aku figure out yang rupanya bini dia kena tinggal kat jeti. Simpati giler. I feel you uncle. Kalau aku pon konpem PMS satu hari, biar sebenarnya bukan waktu PMS pon.


Si Eddie Murphy nih, terus pose orang nak tangkap gambo.

Memang sepanjang perjalanan memang bumpy tapi aku rasa still bearable compare to masa aku naik boat kat Redang dulu. Meloncat-loncat. Sepanjang perjalanan mengucap. Bila menghampiri lokasi yang nak dituju, warna air laut dah bertukar. Aku waktu tuh memang dah jakun gila. Aku ingat dalam TV ngan internet tuh dia Photoshop jer gambar, rupanya memang it exactly look like that. Subhanallah cantik giler. Bukan aku sorang je yang jakun, satu bot jakun. Kalau Teluk Cempedak macam nih, tiap-tiap hari aku pergi tersadai kat sana.



Nampak tak sedih tak sedih pakcik omputih nih. Gila ko, bini tertinggal kat jeti. Memang potonglah kekdahnya.

The first location is Maya Bay. Nak dekat masuk ke Maya Bay, enjin bot dimatikan sebab laluan yang sempit dan untuk preserve coral kat situ. Tepi laut boleh nampak deretan bot pelancong. Memang cantik giler. Kawasan Maya Bay nih actually kecik jer and because of that, there's too many tourist which include us of course. Kat sini ko boleh nampak macam-macam bentuk bikini ada, One piece, two piece, boleh berpinar mata dengan pemandangan sebegitu rupa. Kat sini masa diberi agak sekejap. Seriously aku rasa tak puas hati giler. Sempat swimming konon-konon pandai swimming jer. Tak sempat nak explore surrounding. Untuk pengetahuan, Maya Bay ni adalah port berlakon citer The Beach lakonan Leonardo Dicaprio. Sumpah tak pernah tengok.

Semua dah tunjuk aksi-aksi jakun.


Senyum sampai telinga kawan-kawan aku tengok adik berbikini nih.

Nampak tak konfiden akak nih pakai bikini nih.

Kemudian, kitorang dibawa ke monkey beeach. Monkey beach nih basically port tepi laut yang dipenuhi dengan monyet. Monyet-monyet nih bertamadunla sedikit. Mungkin disebabkan diorang tak perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang sebab sentiasa ada tourist yang kasi makan free. Mat saleh semua excited tengok monyet-monyet nih. Yang buat aku tertanya-tanya kat negara diorang tak ada monyet ker. Kitorang sudah semestinya tak ada perasaan tengok monyet-monyet nih sebab dah puas main kejar-kejar dengan monyet kat Kolej Kenanga dulu. Gila kau, sekali diorang buat operasi besar-besaran samun makanan dalam bilik. Even acah-acah nak halau pakai penyapu pun, bajet-bajet macho konon berani, sekali kena sergah, beghapok lari keluar dari bilik. Mengimbau sungguh nampak kaum kerabat monyet tuh dekat Phuket nih. 


Nampak tak excited nya diorang nih kasi makan kat monyet nih.

Viking Cave. tak nampak plak kelibat pak guard. burung layang-layang apetah lagi.

Kemudian, kitorang ada passed by satu gua yang juga dikenali sebagai Viking Cave. Entrance dia siap ada pak guard lagi kau. Eddie Murphy beritahu gua ini adalah port burung layang-layang. So, satu syarikat sarang layang-layang dari China bayar kepada kerajaan Thailand, so that diorang ada control over the cave untuk mengutip hasil sarang dalam tuh which explained why there was a guard there. So, tak bolehlah simply nak main redah masuk sebab akan dikira menceroboh private area. Next, aku tak ingat tempat yang kitorang dihumbankan ke tengah laut untuk snorkelling. Aku tak ingat dah nama tempatnya. Apa yang aku boleh katakan for snorkelling, I would say Malaysia's Island is the best. Coral dan varieties of ikan not so much here. So, don't expect that it would be macam kat Redang ke Tioman. Mungkin, kalau diving different storylah. 


By lunch time kitorang dibawa ke Phi Phi Don. Phi Phi Don nih sebenarnya dalam daerah Krabi. Lunch kitorang buffet okay. Untuk yang risau status halal makanan di sini dont worry. Sebelum datang aku dah tanya dah and aku telah diberitahu yang makanan memang disediakan oleh orang islam, Tak silap akulah, majoriti penduduk di sini adalah muslim. Itu pon jumlah penduduk dah berkurang sejak peristiwa tsunami dulu. Most of the food is seafood. Aku yang allergic dengan seafood memang cannot tahan temptation seafood. Memang aku bedallah. Nak sedapkan hati makan tak hengat,tak pe ada ubat kat bilik. Masa agak singkat kat sini. 

Luncheon.




Last destination is Khai Island. Khai Island nih boleh nampak colourful payung tersusun cantik sepanjang pantai. Kat sini port untuk bersantai. Aku yang dah keletihan dicampur dengan kekenyangan makan lunch siap tidur dalam bot, dah sampai Khai Island memang could not resist kerusi malas dengan payung colourful. Ambikla kitorang satu sorang kerusi. Kerusi bukan sebarang kerusi, sudah semestinya ada tulang ikan di celah gigi. Hambik peribahasa aku. Rupanya kena bayar nak duk kat situ. Sebab aku dah ngantuk sangat pejam mata jelah bayar. Aku tak ingat berapa tapi bagi aku memang cekik darah giler. Bisnes melibatkan tourist di Phuket nih memang boleh cepat pergi hajilah. Sementara, berehat menikmati angin pantai sepoi-sepoi, ada orang akan menjaja jagung bakar, air kelapa dan macam-macam lagilah. Sempatlah jugak aku terlelap.


Hipster sangat tido pakai spek hitam. Ko hado?

Kalau letak kat TC agak-agak boleh cepat gi haji dok.

Dah refreshed dengan tidur di atas kerusi malas berbayar, kitorang explore around pulau. Ajaib betul kerusi berbayar tuh, segar-bugar aku jadinya. Macam tau-tau jer badan aku nih. Pulau ni kecik jer. Kat sini ada banyak batu-batu laut. Bolehlah nak bergambo. Kitorang pergi snorkeling dekat pantai. Coral memang tak adalah. Tapi, ikan banyak gila. Agak lama kat sini sebenarnya which aku rasa aku lagi prefer kalau masa di tempat lain lebih lama. Kitorang dibawa balik ke jeti dan straight ke hotel. On the way balik passed by tokong yang cantik dengan satu masjid yang agak besar. Aku memang mata duk melilau kiri kanan duk usha kedai halal yang banyak orang blog review. Taknak dah makan tomyam ayam seciput yang mahal nak mampos kat kedai arab yang kitorang makan sebelumnya. Alhamdulillah manage to spot Kesuma. Port halal yang banyak orang kabo. Lepas kempunan makan tomyam pure Thailand. Astaloavista. Wassalam.

Perosak gambo. Bosanlah aku tangkap gambar ala-ala control ayu.






Masjid on the way ke hotel. Tak silap aku, populasi islam boleh dikatakan lebih kurang Buddha di Phuket nih.

Od

No comments:

Post a Comment