Thursday, September 25, 2014

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi 5.0 Mengharapkan Umrah yang Mabrur

Assalamua'laikum...

...entry sebelumnya...

Kitorang sampai di Mekah betul-betul tengah malam. Jadi, kitorang check-in hotel dululah. Letak barang semua. Di Mekah kitorang stay di Hotel Ajwad Ajyad of which dalam lingkungan 600-700 meter dari Masjidil Haram. Hotel ni agak old school dan lebih kecik dari Hotel di Madinah. Macam kat Madinah, kitorang stay satu family satu bilik tapi di Mekah maximum satu bilik 3 orang. Jadi, aku dengan adik aku si Kak Cik share bilik dengan Makcik Siti. Tapi, bilik parents aku depan bilik so selalu meloncat masuk bilik depan. Aku rasa Makcik Siti mesti serabut gila tengok kitorang duk keluar masuk bilik pegi bilik depan. Mana tak, lubuk makanan sudah semestinya bilik Hajjah Ibu.

Hotel Ajwad Ajyad *ihsan Google


So, setelah settle down everything kitorang heading to Masjidil Haram. Kang makin lama duk kat bilik bahaya. Dahlah dalam ihram lagi, tak pasal-pasal kena bayar dam kang. Cuaca kat Mekah memang sangatlah berbeza dengan Madinah. Kat Mekah even dah tengah malam masih terasa bahang tak macam kat Madinah sejuk jer. First time nampak pintu Masjidil Haram je. Dah amazed gila. Seb baik masing-masing tak buat perangai jakun pegi melompat kan. Kena behave kat Mekah kot. Alhamdulillah sampai jugak kat Mekah. Bukan senang nak sampai. 

First thing first. Perkara pertama perlu diselesaikan adalah tawaf. Tawaf ni memang strict sikit. Antara perkara yang perlu dipatuhi adalah pusing tujuh keliling dengan yakin. Even kalau dah 7 keliling pon tapi ko rase baru lima, kena cukupkan jugak 7 keliling mengikut keyakinan ko. Si Kak Cik lagi kelakar. Tawaf together-gether dengan Hajjah Ibu, Hajjah Ibu kira dah cukup tujuh, dia kira baru lima. Kena pusing lagi dua. Adik aku sorang tu memang lagho skit. Pastu, bahu mesti kena setentang dengan kaabah. Kalau teralih bahu sama ada tambah satu round lagi ataupon undur satu dua langkah daripada tempat yang kita teralih bahu tu. Ustaz Mat kasi tips. Untuk mengelakkan bahu teralih semasa ada orang nak lalu keluar dari kawasan tawaf adalah berhenti dan kasi laluan. Sebab kalau tak memang sah-sahlah bahu kita akan teralih bila nak kasi laluan dekat orang tu.

My first tawaf buddy, Ili. First time tawaf kan kena ade geng. Kalau tak duk blur sekor-sekor. Ko ingat nak gi nge'teh' je nak ade buddy.

Next thing yang penting adalah niat tak boleh berubah. Niat semata-mata untuk tawaf lillahitaala. Waktu tawaf ni menguji betul. Lagi plak first time tengok kaabah. Rasa macam nak buat keluar je handphone tangkap gambar. Tahan je hasutan syaitan nak keluarkan handphone. Niat dah lain tu, tak jadi tawaf plak. Sibuk tangkap gambar plak. Even, kalau kita tengah syok tawaf, tetiba partner kita hilang nak cari pon tak leh. Sebab niat dah berubah. So, in order to mengelakkan perkara begini berlaku, kena fokus baca doa'. Doa' actually tak semestinya dalam buku jer. Doa' sendiri pon boleh. 

Diingatkan jugak for ladies, aurat waktu tawaf kena jaga. so, makesure stoking jangan pakai yang jarang or terkoyak. Kalau pakai yang wudhu' friendly pon bahaya sebab takut tempat buat keluar kaki tu ternampak aurat kaki, tak sah pulak tawaf. Tangan pon kena jaga-jaga. Kengkadang kita tak sedar ternampak aurat tangan. Waktu aku pergi kelas, Ustaz ada nasihatkan kalau yang perempuan, tangan jangan buat keluar dari kain sembahyang. Pegang buku doa' pon berlapik dengan kain sembahyang. Insyaallah selamat dunia akhirat. Eh... Akhirat tak tentu selamat lagi. Selamat tawaf korang.

Tong air zam-zam di Mekah warna coklat, di Madinah warna kelabu. Amboih, Ustaz Mat sempat lagi tu bergayut. Taulah balik kampung.

Waktu tawaf, air sembahyang kena ada. Kalau batal, kena ambik air sembahyang dulu baru boleh continue tawaf. Masing-masing mesti duk risau macam mana nak jaga air sembahyang. Memang sah-sahlah susah sebab manusia ramai nak mampus. Plak tuh duk bercampur pulak laki dengan perempuan. So, waktu menunaikan umrah kita akan rely on Mazhab Maliki tak silap aku. Kalau Mazhab Shafie' terkena kulit ke kulit laki dan perempuan bukan mahram batal wudhu'. Tapi, kalau Mazhab Maliki, kalau tersentuh kulit ke kulit tanpa syahwat tak batal. Tapi, kena ikut rules mazhab tersebut pulak. Macam mazhab kita, ambik air sembahyang sekali untuk semua anggota wajib sudah dikira sah. Berbeza dengan Mazhab Maliki, syarat sah ambik air sembahyang dia adalah 3 kali basuhan. So, kalau ambik sekali je tak sah. Lagi satu, kalau tawaf, lepas tawaf kan ada solat sunat tawaf of which digalakkan sembahyang belakang maqam Ibrahim. Kalau mazhab kita solat sunat tawaf tu sunat jer, tak payah buat pon sah je tawaf. Tapi, kalau Mazhab Maliki, menda tu wajib. So, kita kena followlah. Sebab kalau tak, tak sah tawaf. Sekian. Tazkirah Ustazah Od berkenaan tawaf. Gitew... Kalau salah tolong kabo.

Lega dah settle tawaf wajib. *lap peluh

Selesai tawaf, menuju ke tempat saie' pulak. Saie' ni kena jalan ulang-alik dari Bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali. Pengiraan dia dari Safa ke Marwah kira satu kali, Marwah ke Safa lagi satu kali. So, penghabisannya akan berakhir di Marwah. Memula expectation aku Safa ke Marwah, no halla lagipon around 350 metres jer. Tapi, bila dah capai saie' yang ke-5 dan ke atas, dah start letih, lenguh, penat semua ada. Semput habaq hang. Menguji stamina betul. Nasib baik sepanjang perjalanan tu ada air zamzam. So, kalau dahaga boleh minum. So, dinasihatkan excercise banyak-banyak sebelum datang sini. Kalau tak jadi pancit macam aku.

Safa where the saie starts.

The best part waktu saie pepagi buta tuh ada plak sekumpulan group dari Arab. Dah macam nak pergi berperang cara saie' nya. Ada sorang ketua kat depan, tukang baca doa'. Pastu pengikut-pengikut dia ulang bacaan kuat gila. "Allahumma." Yang pengikut pulak ulang,"Allahumma." Kuat gila. Dah macam ala-ala askar nak berkawad dah. Cuma tak pakai baju askar tapi pakai kain ihram. Jalan memang laju gila. Belum sampai dekat lampu hijau lagi, bila lelaki kena berlari. Bergegar dengar suara diorang. Selesai saie' maka bercukurlah kitorang. Memotong 3 helai rambut pun dah cukup. Even korang tak bawak gunting pon, korang boleh pinjam je dengan orang-orang kat sana yang bawak gunting.

Ramai giler orang pepagi buta duk saie'. The city where the people never sleep. Its the holy city of Mecca.


Peace yow. Dah settled umrah. Eh salah. R4BIA. Alhamdulillah settled dengan mudah.

Maka, selesailah umrah kami pada pukul lebih kurang 3 pagi. Memandangkan subuh pun tak lama dah. Kitorang buat keputusan untuk stay di masjid menunggu subuh. Kang balik bilik nanti semua selamat.Sadaqallahulazim atas katil. Alhamdulillah dipermudahkan urusan umrah. Checked one of the things I want to do before 30 and the most important thing is selesai perkara wajib. Next post aku cerita benda rare aku tengok di Mekah.


Pepagi buta settle umrah pertama sekian kalinya.

Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment