Sunday, March 1, 2015

Negara Muka Fake 0.5 Ke Koreakah Kita??

Assalamua'laikum...

Ni adalah trip yang sudah berlaku like 3 years ago when I still haven't start blogging yet. Tapi, nak share jugak mana tahu berguna kat sesape yang membaca. Tahun 2012 is when the peak of my travelling. Duit memang takde menyimpan langsung. Tahun tu saje adelah dalam 2 ke 3 trip. Seperti biasa, it was a trip of which we plan a year earlier which was so sudden. Being a k-pop lover time belajor-belajor dulu, ala time tu orang xminat k-pop lagi dan penggemar cerita korea, tak pernah pulak terbayang nak pergi Korea. Tak masuk dalam list langsung.



Seperti biasa, bila sahaja Pak Tony buat AirAsia sale, aku dan Nadhi, partner in crime waktu itu terus buat appointment tuk meet up after office. Sanggup tuh, meet up semata-mata nak book ticket yang tak tahu nak ke mana pun waktu tuh. We were searching for places and dates randomly and end up, Seoul tiket murah. Tak silap aku time tu tiket around 700 return. Gigih call member-member Jejongs (our uni classmates, we called us Jejongket sebab dah tua bangka masih perangai macam kanak-kanak riang). 

"Nak ajak pergi Korea, tarikh sekian sekian. Tiket harga sekian sekian. Nak pergi tak? Duit ada tak? Kena buat decision sekarang. Kalau tak babai." Camtu je cara yang tangkas dan cepat nak ajak orang. Member-member aku pun dah paham style aku. Nak pergi kena decide instantly, banyak-banyak dalih, sudah tak payah pergi. Nasibla kalau ada yang makan hati tak diajak.

Finally, yang confirm 5 orang which at the end Nadhi tak dapat pergi sebab kahwin awal so sudden. Waktu beli tiket tu, tak bajet plak akan kahwin seawal tuh. So, end up aku, Moksu, Kiah and Echot. Right after the trip, aku busy gila maklumlah auditor banyak job yang outstanding bagai even peak period dah habis. But then, peak period aku tak habis-habis. Balik pun pukul 3 4 pagi, mana nak ada masa buat research bagai. So, aku pass baton kepada Moksu untuk buat research on behalf of me. Some info aku dah compile. Aku ajarlah dia from scratch nak research apa, kat mana and apa-apa hal she will refer to me sebab most of the thing semua aku dah buat research cuma tak properly compile info bagai.

So, the day comes. Kitorang memang tak pernah duduk semeja untuk discuss ke apa. Cuma aku dengan Moksu je of which she was my housemate back then yang discuss unofficially bila aku kat umah yang mana nak jumpa pon susah even serumah. Echot di Segamat and Kiah di Subang memang trust basis habis percaya kat kitorang untuk handle the trip. Time kitorang pergi tu musim summer, so, tak menjadi masalah sangat expecially in terms of pakaian. Makanan macam biasa dah prepare makanan bertin siap-siap dengan segala macam cikedis dan roti Gardenia.

Dalam beg hitam tuh, tersimpan segala harta pusaka makanan dari Malaysia.

Manusia-manusia yang berjasa tolong hantar ke airport.

Lagi nak jadi dramanya waktu sebelum berangkat.

" Aku kat airport dah ni. Ko kat mana?" tanya aku kepada Kiah over the phone.

"Aku pun dah kat airport dah nih. Kat tingkat atas,"kata Kiah.

"Tingkat atas? Tingkat atas mana pulak nih? Ade tingkat atas ke? Kejap aku cari ko," Konpius aku dibuatnya. Setahu aku LCCT tu setingkat je. Tak tahu pulak ade tingkat lagi satu kat atas. Dengan innocentnya, aku pun siap dongak kepala untuk usha kat atas. Atap jer. 

Aku pun call balik si Kiah, " Weh, ko kat mana sebenarnya nih?"

"Aku kat tingkat sekian sekian ni ha," jawab Kiah.

"Weh jap, ko kat airport mana nih? Kat sini setahu aku setingkat jer. Mana ada tingkat atas ke jadahnya. Jangan kata ko dekat KLIA!!" makin konpius aku.

"Aku kat KLIA la. Mana lagi?" jawab Kiah. Sah miscommunication. Adoiai. Kiah pun satu. Padahal memang selalu naik flight Airasia pun. Sah-sah dekat LCCT.

"Weh kat LCCT lah. Bukan KLIA. Kita naik Airasia." Begitulah lebih kurang conversation kitorang.

Nasib datang airport awal. Kalau tak haru jugak kalau kena tinggal flight. Kiah pun naiklah teksi ke LCCT. Maka, kami pun naiklah flight menuju ke Negara Muka Fake.

Nasib sempat naik flight.

Nantikan entry seterusnya. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment