Wednesday, March 18, 2015

Negara Muka Fake 1.0 : Kukiwon dan Sesat dengan Yakin di Apgujeong

Assalamua'laikum.....

Setelah berejam-rejam dalam flight, kitorang sampai di Incheon Airport lebih kurang pukul 11. Ade jugak nampak beberapa orang Malaysia yang sama flight dengan kitorang. Memandangkan dah malam dan guesthouse pun tak dibook sebab nak menjimatkan kos. Jadi, kitorang punya plan adalah tido di airport. Based on review pon banyak cakap memang tak ada hal untuk tido di airport. Sembahyang pun idok lagi, jadi, aku dan Kiah pergi explore airport untuk cari prayer room sebab based on research aku ada prayer room dalam kawasan airport.

Yeay!!! Dah sampai Korea. Setting jam, eh. Waktu sama dengan Malaysia.

Setelah explore ke hujung pelusuk airport berdekatan dengan stesen train untuk ke Seoul, kitorang follow signage yang menunjukkan prayer room. Waktu tuh, train pon dah tak beroperasi lagi dah. Kedai-kedai within that area pon dah tutup. Kitorang lalu hujung lorong sampailah nampak pintu prayer room. Dah masuk terkejut jugak sebabnya prayer room yang dilihat tidaklah seperti prayer room yang digambarkan dalam kepala hotak ku. Basically, prayer room itu adalah prayer room for all religions. Ada ruang seperti church dengan tanda salib bagai dan ada tempat sembahan dengan ada colok bagai. Tak ada pulak disediakan like a specific place like surau. Terkejut jugak sebenarnya. Jadi, kitorang buat keputusan untuk berpatah balik. 

Dah patah balik jumpa dengan Echot dengan Moksu, kitorang turun ke level bawah untuk cari port untuk tidor supaya selesa sikit nak tido sebab tak ada orang. Bolehlah nak tido terbungkam ke, terkangkang ke, gaya spiderman ker kan. Masing-masing siap buat macam hotel sendiri. Siap tukar baju tido tak tahan tuh. One thing about kerusi di Incheon Airport adalah keras. Provided korang ni boleh tido dimana-mana macam aku, should be okay. Malam tu bolehlah nak tido tapi berjaga-jaga jugak dengan all the belongings.

Keesokan paginya, kitorang bangun awal untuk Subuh dan bagi mengelakkan orang-orang dah datang kerja kitorang masih terbungkam di kerusi dengan baju tido. Seawal-awal kitorang bangun, dah ada dah ahjumma-ahjumma cleaner tengah bergosip di toilet. Pagi-pagi dalam keadaan tak mandi kitorang bergerak ke Seoul terus menuju ke Guesthouse. Basically, ada beberapa cara untuk ke Seoul dari airport. Sama ada menggunakan bas which is agak mahal, 10,000 won atau menaiki train. Train pulak ada train laju dan train yang tak berapa nak laju. Macam ERL dengan KLIA express. Oleh kerana, kitorang in a very tight budget dan masa pon masih awal pagi dan tak rushing, kami memilih menaiki train KTX biasa. Memandangkan kitorang akan stay di Namsan Guesthouse di area Myeongdong, dari Incheon naik train dan tukar train di Seoul station kemudian straight ke Myeongdong.

Semua pakat dengan luggage memasing nak ke Seoul dari airport.

Seoul station, board the train on the right side. KL Sentral, please board the flight back to KL.

Bagi memudahkan perjalanan, kitorang beli siap-siap TMoney card yang macam Touch N Go kalau di Malaysia dan topup siap-siap. Jadi, kos pengangkutan naik train memang seriously aku tak take note sebab duk swap jer kan. Bila balance dah sikit topup jer. Perjalanan aku rasa ambik masa lebih kurang 1 jam. One thing about train station di Korea adalah bila nak keluar dari station tuh, tangga tinggi-tinggi tak ada escalator. Aku, kalau turun tangga, memang aku main campak je beg aku. Kitorang sampai di Guesthouse agak awal. Jadi, tak boleh nak check-in lagi. Jadi, kitorang just drop-off luggage sahaja sebelum bergerak ke agenda seterusnya.

Gigih sesampai guesthouse letak beg terus bukak laptop search direction ke tempat seterusnya. Tak prepare betul-betul gitulah.

Agenda seterusnya adalah untuk ke Kukiwon. Pelik gilerkan. Tak pernah-pernah orang pegi Korea pegi Kukiwon, aku pegi plak. Basically, Kukiwon ni adalah Taekwondo punya headquarters. So, those yang involved in taekwondo mungkin tau kewujudan Kukiwon. Jangan salah sangka, aku tak involved dalam taekwondo. Nak masuk taekwondo, silat gayung pon ayah aku tak lepas. Cuma mampu bersilat dengan Opah sahaja bila kena paksa mengaji. Tujuannya adalah untuk membeli peralatan taekwondo yang dipesan oleh pakcik dengan makcik aku. Anak-anak diorang ni aktif taekwondo. So, bila tau je aku nak pergi Korea, macam-macamlah dikirim. Bila tengok je list dia, aku dah geleng kepala. Macam mana aku nak angkut balik Malaysia dan mampukah credit card aku absorb cost everything. So, basically kalau nak beli barangan taekwondo boleh datang ke Kukiwon, banyak kedai-kedai barangan taekwondo yang branded dijual lebih murah dari Malaysia.

Surrounding jalan ke Kukiwon adalah bangunan-bangunan tinggi. Aku duk bayang macam Bukit Jalil.

Untuk ke Kukiwon boleh naik train je. So, takdehal. Sampai di situ kitorang agak blur-blur jugak ke mana arah nak dituju. Tanya orang sekeliling, diorang tunjukkan arah. On the way, sempat singgah di Daiso. Macamlah Daiso tak ada kat Malaysia. Padahal Daiso dekat OU tu tiap-tiap hari lalu bila balik kerja. Sekeliling laluan sebelum masuk ke Kukiwon banyak bangunan-bangunan tinggi. Masuk je lorong, tu setelah jalan agak jauh, nampak ramai budak-budak terkedek-kedek dengan baju taekwondo. Ada tournamentlah tuh sebab hari Ahad kan. Sebelum pergi, makcik aku dah kasi description dah kedai mana yang patut aku pergi. Daripada dewan pertandingan tuh, kitorang masuk lagi ke dalam. Dari jauh aku dah nampak satu kedai yang menepati description yang diberikan makcik aku. Tapi, macam tutup jer.

Kitorang pergi secara dekat sambil mengintai-ngintai dalam kedai melalui cermin. Dah macam perompak pun ada jugak. Konpem! Kedai tersebut memang tutup. That's the only kedai yang ada di area tuh. Paling hujung sekali. Deep down in my heart, aku rasa sedikit lega sebab kedai tutup. Tak perlulah aku memikirkan masalah tambahan nak mengangkut segala barangan taekwondo. At least, aku dah make an effort untuk pergi cari dan malangnya kedai tutup. Mungkin aku akan end up pakai segala macam taekwondo gear kalau luggage tak muat. Bayangkan naik flight pakai head gear dan body gear ke apa entah namanya. Mungkin aku kena greet stewardess dengan "Wachaaaa."  Kitorang pon berpatah balik. Sempat singgah di taman on the way ke train station. Masing-masing dah macam kanak-kanak ribena. Kitorang tiada specific plan untuk ke mana seterusnya, jadi, aku cadangkan ke Apgujeong Rodeo Street. Apgujeong ni basically tempat high endlah dimana tempat orang-orang kaya lepak dan beli-belah.

Kedai nilah di hujung jalan yang tutup. Selamat duit aku.

Mooto is one the taekwondo merchandise brand. Ni brand Korea. Tak silap aku branded jugak Mooto nih. Siap ade butik on the way masuk ke Kukiwon.

Kanak-kanak riang bila jumpa taman permainan. Yelah dulu asik main zeropoint jer.

Sesampai di Apgujeong, kitorang main gamble je jalan mengikut suka hati. Bila dah jalan agak jauh jugak, masing-masing dah was-was jadi kitorang berpatah-balik dan bertanya kepada sorang perempuan Korea yang agak muda. Bahasa Inggeris pon boleh tahan fasihnya. Rupa-rupanya, we were totally wrong. Supposingly, we should go to the opposite direction. Yang penting, sesat dengan penuh confident. Dalam keadaan panas terik, kitorang jalan menapak jauh jugaklah. Peluh pon dah menitik-nitik. Nasib bukan jenis pakai make up. Kalau tak, cair make up Ioollls. Tapi, ape kejadah nak travel nak make up bagai kan. Singgah sebentar di convenience store untuk beli air. Gila tak dahaga, dengan panasnya, jalan jauhnya. Sempat melepak di depan kedai melepaskan lelah. Kegilaan apekah ini, tukang jaga parking pon dah macam artis K-Pop. Kalau kat Malaysia nih, confirm mak-mak datin buat anak ikan dah nih.

One of the cafe yang kitorang passed by waktu tersesat. Cantik giler kan.

Unik giler stesen minyak dia. Pam minyak kat atas syiling.

Siap ade jual bawang putih longgok lagi. Nak suruh orang lain tanam jugakla tuh sekali dengan batang-batang dia kasi.

Kitorang berjalan tanpa arah tuju. Sebenarnya, aku sendiri tak tahu what to expect apa yang ada di Apgujeong. Tak sempat nak study. Sempat study nama jer. Semasa sibuk mencari jalan yang betul, kitorang terserempak dengan sorang akak ni dari Malaysia, tengah duduk berseorangan depan convenience store. Rupa-rupanya dia datang dengan adik dengan kawan-kawan adik dia. Dan diorang berada dalam cafe yang berhadapan dengan convenience store tuh tengah menikmati kopi. Aku tanyalah kenapa tak join sekali. Akak tu cakap malas nak join budak-budak tuh sebabnya reason diorang lepak kat cafe tu sebab sape punya member Super Junior entah yang own the cafe. Tak cari pon boleh terjumpa kitorang. Diorang siap sesat nak cari cafe tu punya pasal. Hahaha. Akak tu cakap trip diorang ke Korea adalah untuk pergi tempat-tempat Kpop dengan citer-citer Korea. Dia just follow jer adik dia dan kawan-kawannya walaupon tak minat pon Kpop. Nasiblah kitorang tak ada yang kemaruk Kpop sampai begitu sekali.

Salah satu building yang ada all the branded boutique inside.

Ada gaya model Gucci dok??


Misi menyesatkan diri diteruskan sampaikan tahap semua dah penat dan dahaga, aku dah duduk bersila tepi jalan yang dikelilingi butik-butik mewah sambil berkelah makan roti Butterscotch yang kemudiannya di ikuti oleh mereka yang lain. Suka hati jer duduk tepi jalan makan. Sadis giler. Selesai berehat, kitorang masuk ke mall yang jual all the branded stuff sambil mencuci mata. Sales girl pon mungkin pandang sebelah mata tengok kitorang sebab dengan pakaian selekehnya dengan backpacknya, tak ada ciri-ciri berduit langsung. Dapat masuk nak sejukkan diri dengan aircond pon jadilah. Keringlah peluh kat ketiak jap. Setelah berjalan tanpa motif, kitorang buat keputusan untuk balik ke guesthouse.

Ada aku kesah tempat high-end ke idak. Aku dah penat sesat dengan lapornya. Memana pon boleh jadi port picnic. Ni ibarat ko lepak luar Starhill sambil makan roti Gardenia.

Siap ade iklan visit Malaysia lagi. Dah pe jadah aku gi merayap Korea nih.

Aku akan sambung lagi perjalanan di negara muka fake in the next post. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment