Sunday, March 1, 2015

Umrah Cheapskate Berkelas Tinggi Summary

Assalamua'laikum.....

...entry sebelumnya...

Setelah complete pengembaraan aku selama 10 hari maka kat sini aku nak buat summary on certain things based on pengalaman sulong aku buat umrah. Lama giler aku tak update memandangkan agak buat-buat busy and end of last month baru balik another trip anok-beranok. Here are some of the thing that I would like to summarise :

Plastik untuk simpan selipar ala-ala macam shopping buah kat super market.



1) Preparations

As much as umrah is concerned, sesetengah orang mungkin mengambil mudah. Bagi aku persediaan pergi umrah pun kena macam persediaan pergi haji jugak. Cuma tak seextensive macam pergi hajilah. Aku cakap macam pergi haji, jangan pulak prepare pakaian macam pergi haji 40 hari. Berat nanang. Kena belajar dari buku dan juga menuntut ilmu dari tok guru-tok guru yang bertauliah. Aku pun nak start study balik mana tau insyaallah next year dapat pergi lagi. Amin.

2) Niat

Niat perlulah sesuci murni walaupon kat Malaysia tak berapa nak suci murni sangat. Yang penting kena sentiasa positif dan jangan banyak sangat negative thinking dan being judgemental. Masa nilah nak apply ceramah-ceramah Dato Fadhilah Kamsah ke Dr Muhaya ke. Untuk kaum hawa yang telah baligh, jangan lupa tentang niat khusus untuk umrah iaitu niat bersyarat in case period masa berada di Mekah.

3) Shopping Madinah vs Mekah

Menjadi rakyat Malaysia yang sangat sinonim dengan berbelanja even pergi pasar malam pun dah macam-macam borong. Belum bazar Ramadhan lagi, ya ampun. Imagine sendiri. Shopping dah macam sebati dah dengan rakyat Malaysia. So, most of us yang akan ke Tanah Suci mesti wonder where to shop samaada di Mekah atau Madinah. Ada orang cakap Madinah dan ada orang cakap Mekah.

Ini berdasarkan pengalaman aku yang sekali. Poyo sungguh aku nih, baru sekali pergi padahalnyepun. Sebelum pergi ramai orang kata nak shopping better shopping di Madinah siap-siap sebab lebih murah dan supaya lebih fokus. Madinah mungkin lebih murah dan banyak pilihan. Tetapi, barangan di Mekah pun boleh tahan murah jugak. Well, it depends on where you shop. Di Mekah kalau shopping dalam Zamzam Tower atau di kedai-kedai yang dalam shopping complex memang mahal. Tapi, kalau menyelusuri sepanjang jalan Ajyad banyak kedai-kedai tepi jalan yang harganya pun tak kurang murahnya. Macam sesetengah barang, memandangkan dah tahu harga sebab dah shopping di Madinah, so kitorang bargain as per price yang kitorang dapat di Madinah. Basically, it depends on your bargaining skills jugak.

Jangan lupa beli minyak atar dan tasbih kecik yang boleh buat bracelet. Tasbih kecik tuh guna in public tak adalah segan sangat.Walaubagaimanapun, pesanan untuk bakal-bakal jemaah, pergi haji bukanlah untuk membeli-belah *sambil nyanyi lagu Raihan.

Salah satu port shopping di Jalan Ajyad.

4) Tagging Nama

Untuk yang telah berumur, makesure bawak tagging nama yang mempunyai maklumat diri dan penginapan dalam beg dan yang paling penting dibawa bersama ketika nak pergi sembahyang di masjid. Bukan apa, ini bagi mengelakkan kes-kes sesat dan tak tahu macam mana nak balik ke hotel. Yelah, pintu keluar semua dah kelihatan sama. Takut jadi kes macam Makcik Baity. *refer previous post.

5) Doa

Last but not least keep praying on every prayers ataupon setiap kali terlintas. Insyaallah akan dimakbulkan. Aku pun doakan semua yang baca pernah or belum pergi akan dipanggil menjadi tetamu Allah.

As I have been mentioned before on the previous post, aku berjaya register haji without the needs to have at least RM1300 cash dalam akaun Tabung Haji. Apa yang aku buat? Basically, ramai yang tak tahu yang tanpa perlu ada minimum RM1300 dalam akaun tabung haji pun masih boleh daftar haji dengan syarat ada akaun KWSP dan akaun 1 jumlahnya melebihi RM1300. Just bawak je statement KWSP dan buku tabung haji. Nama korang akan diregister dalam sistem dan tahun bakal menunaikan haji akan diberitahu. Selalunya, tahun yang diberi macam jauh giler tapi jangan risau sebab selalunya jika ada kekosongan, jemaah akan dipanggil awal. Macam aku 63 tahun lagi baru dapat pergi haji. Umur dah 8 series dah waktu tuh. Entah panjang umur lagi idak. Yang latest sekarang ni kawan aku baru register 2081. So, cepat-cepatlah register.

Sekian. Semoga bermanfaat hendaknya. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment