Saturday, May 2, 2015

Negara Muka Fake 3.0 : Dongdaemun disangka Namdaemun

Assalamua'laikum....

Pagi tuh selepas subuh kitorang busy packing barang-barang sebelum kitorang berpindah ke guesthouse lain. Saja nak merasa guesthouse lain pulak. Dah breakfast, kitorang bergerak dari Myeongdong ke stesen Chungmuro untuk ke Dalkom Guesthouse. Mengangkut segala luggage. Sampai di Chungmuro keluar ke Exit 8. Dalkom Guesthouse ni agak ke dalam perlu melalui lorong-lorong kedai untuk ke sana. Boleh refer kepada direction melalui website Dalkom sendiri. Kitorang sebenarnya agak keliru jugak laluan ke sana. Nasib ada pakcik-pakcik yang cuba tolong figure out jugak untuk tolong tunjukkan jalan walaupon tak paham bahasa. Seriously, orang Korea sangatlah baik hati.

Ready to move out.


Dari luar Dalkom memang sangat cantik. By right, kitorang sampai awal dan belum masanya lagi untuk check-in. Tapi, dah dibenarkan masuk ke bilik memandangkan bilik dah ready. Kali nih, aku book 8-bed female dormitory untuk 4 orang. Tiada lift di Dalkom menyebabkan kitorang terpaksa mendaki tangga ke tingkat 3. Dahlah barang aku paling banyak sekali. Masuk-masuk bilik, ada 4 bijik katil double decker dengan cadar biru. Aku suka giler bilik dia dengan all the small details yang buat bilik tu menarik. Dah letak segala barang di bilik. Kitorang siap siaga untuk keluar shopping. Moksu tak ikut kitorang memandangkan dia sakit kaki sebab terlalu banyak berjalan dalam 2 hari pertama kitorang kat Korea. Jadi, dia just berehat di bilik.



Misi shopping pun bermula. Dari Chungmuro, kitorang bertiga heading to Dongdaemun setelah mengamati peta yang diberi oleh Moksu. Sampai di stesen Dongdaemun kitorang main redah jer keluar exit memana. Waktu tu nampak satu bangunan ni. Jadi, kitorang masuk. Dalam tu, penuh orang jual kain. Macam-macam jenis kain ada. Dari floor ke floor kitorang turun. Semua jual kain. Kitorang turun ke level bawah sekali, ada jual conforter pulak. Macam-macam jenis comforter ada. Memang cantik-cantik. Tapi, memang idoklah kitorang nak beli comforter bawak balik Malaysia.

The list of things sold based on floors of which mostly jual fabrics. Kat sini boleh nampak student designs or fashion designers wandering around dengan sketches design in search of suitable fabrics for their piece.

Dah macam tak ada hala tuju, kitorang keluar dari building tuh dan ternampak satu sungai di antara 2 building. Ada tangga untuk turun. Ya Allah cantiknya. Siap air jernih giler dengan ade ikan terkedek-kedek berenang. This was not apart of our plan pon, Balik tuh baru tahu yang sungai kitorang pergi nih adalah Cheongyangni Stream. Basically, sungai ni dulu kotor giler. Lepas tu kerajaan Korea spend million untuk bersihkan balik dan now, terpelihara lagi jernih sungai nih. Mungkin Sungai Klang atau Sungai Gombak masih punya harapan provided mentaliti masing-masing kena ubah jugak.

Air sungai jernih giler. Nampak tak seketul ikan tuh. Kalau jatuh duit syiling pon boleh nampak.

Port baik punya boleh buat photoshoot.


Tempat berteduh diari pancaran sinar matahari terik mengadap sungai yang macam sungai buatan but its actually a real one.

Setelah itu, kitorang wander around that area. Dari building ke building kitorang masuk tanpa hala tuju. Nak shopping tapi macam pelik dengan kedai-kedai yang menjual kat situ. It doesn't seems like what I imagine. Tak puas hati lagi tuh, pegi pulak lalu underground punya laluan untuk crossing the road. Korea, mostly kalau nak cross road, dia tak ada tempat untuk cross road atas jalan atau jejantas, tapi dia ade underground punya laluan. So, as we passed by laluan underground tuh, ada banyak kedai-kedai sepanjang laluan tersebut. Apa yang menarik perhatian aku dengan Kiah adalah kedai beg. Waktu tuh kitorang dah menggila. Dahlah dari awal kitorang sampai Korea, aku dengan Kiah duk mengusha beg yang locals pakai. Most of them memang style pakai bagpack. Dahlah cantik-cantik. Nampak je beg cantik orang pakai,' Kiah, yang tu orang tu pakai cantik." "Weh, tengok tuh cantik gak. Kita kena cari kedai and beli satu."

Habis semua tempat kitorang redah area Dongdaemun.

Kononnya nak beli satu. But then, rambang mata. Yang tu cantik, Yang ni cantik. Last sekali, aku beli 3 beg dan Kiah beli 2 beg. Untuk penyedap hati, at least adik-adik aku bleh pakai gak. Bergilir-gilir. Padahal kat rumah berlambak-lambak dah beg. Tiap kali pergi travel mesti beli beg. Aku pon tak paham kenapa. Dah selesai tuk explore lagi within that area. Tapi, macam tak puas hati. Aku nak shopping menda camnih. Sampai tahap dah penat berpeluh-peluh, terpaksa berehat untuk menghilangkan kepenatan. Jadi, then aku decide untuk cari port yang ada wifi supaya dapat search maklumat yang berkaitan. Unfortunately, there's no free wifi within that area. Jadi, kitorang masuk Cafe' Bene' yang ala-ala Coffee Bean untuk tumpang guna wifi. Sambil-sambil tuh orderlah satu ice blended untuk dikongsi 3 orang.

One for all.

Gigih aku search guna berihitam aku, bukak balik forum cari nak cari info. Cari punya cari, ya ampun!!! Ku sangkakan Namdaemun itu Dongdaemun. Mana taknya, dalam peta train peninggalan Moksu, mana ada stesen Namdaemun. Yang ada Dongdaemun jer. Yang aku pon overconfident sangat. Memang confident tu penting tapi ni terlajak confident sudah. For your information, port untuk beli souvenirs and port shopping adalah Namdaemun bukan Dongdaemun. Nama pun lebih kurang, bleh pulak aku tertukar. To be exact, untuk ke Namdaemun kena berenti kat stesen Hoehyeon.  Lain betul Hoehyeon dengan Namdaemun. Ni macam kes nak gi Pudu Raya tapi stesen Pudu ke tempat lain. Pudu Raya stesen nama lain.

Curlass betul tempat bergosip makcik-makcik nih. Ingatkan ni tempat hangoutmuda-mudi jer.

Muka dedua muka ketat. Penat, panas dan sesat. Combination terbaik bila travel yang boleh buat kacau bilau emosi.

Dah tau salah tempat tuh, terus dari Dongdaemun pergi stesen Hoehyeon untuk ke Namdaemun. Nibaru betul tempat shopping. Keluar stesen tuh, boleh nampat banyak orang menjual sepanjang jalan. Kitorang wandering around the place untuk usha barang for souvenirs and all. Termasukla satu building nih. Liplapliplap semua. The whole floor diorang jual kerongsang. Silau mata Iollss. Kitorang tryla tanya-tanya jugak, dengan muka ketat ahjumma tuh cakap tak jual satu. They sell in bulk. Jual banyak-banyak kekdahnya. memang takla nak beli banyak-banyak. Aku bukannya balik nak menjual.

Walaupon salah tempat, berplastik-plastikjugak beli beg.

This was actually outside building under construction. Dah wujud dah kot building nih sekarang.

Oleh kerana tak beli kerongsang, kitorang masuk ke building sebelah. Kat sini aku dengan Kiah beli souvenirs. Kitorang beli pencil box dan aku beli untuk adik-adik aku dan juga diri sendiri supaya dapat sumbat segala macam barang stationeries untuk pergi client's place. Boleh tahan jugak masing-masing memborong souvenir. Almaklumlah masing-masing adik-beradik bukan sorang dua. Nasib beli untuk kengkawan dengan family jer. Kalau mak sedara, sepupu, nenek sedara dengan segala kaum kerabat kena beli confirm pokai. Nak beli untuk family aku jer pon dah pening. Lama gak kitorang merayap. Aku ade termasuk satu building nih, penuh dengan baju budak-budak. Seriously, pakaian budak-budak stylo giler dan tak mahal sangat. Aku yang bukan mak orang pon boleh rambang mata tengok baju budak-budak, kalau mak-mak lagilah menggila. Kakak ipar aku masih in early pregnancy, jantina baby pon tak tahu lagi. So, aku tak beli apa-apa untuk bakal anak buah aku.

Ahjumma bestfriend Kiah. Berkat kuis-kuis manja Kiah tawar-menawar dengan ahjumma ni dapatlah discount.

Setelah memenuhi nafsu serakah bershopping, we decide to go back sebab ada appointment nak jumpa dengan ex-classmate kitorang yang telah Kpop. Kang lambat pulak. Lagi pulak disamping nak sembahyang, nak checkidout Moksu whether dia nak follow ke tak. Aku pon nak kena online sebab kitorang just berkomunikasi through facebook jer. Even dia kasi phone no pon, sia-sia sahaja sebab aku tak roaming phone aku. Boleh pengsan kalau aku roaming bila balik tengok bill. Sekian sahaja. Astalavista. Wassalam.

Od

No comments:

Post a Comment