Tuesday, May 5, 2015

Lawatan Separuh Hari secara Random di Melaka

Assalamua'laikum...

Beberapa minggu lepas, aku ke Melaka untuk berjumpa client sambil melawat adik aku yang keseorangan di Melaka sebab tak de geng , final sem kena pindah kampus. Aku bermalam semalaman di kolej adik aku. Memandangkan roommate dia balik kampung, jadi bolehlah aku menumpang bermaharajalela sambil tolong dia buat assignment akaun. Mithali tak mithali akak dia nih. 

Memandangkan I was supposed to meet my client after lunch, maka kitorang buat random planning untuk menerjah ke sekeliling Melaka yang mana sempat. Pagi tuh awal giler aku bangun. Lepas subuh tak tidor sebab bersemangat waja nak explore. Rare giler, sebab selalunya hari minggu aku akan bangun lambat, rehat-serehatnya. Di kedinginan pagi, dari tingkap bilik kolej boleh nampak sunrise. Tak perlu nak susah payah nak panjat bukit atau gunung bagai sampai berpeloh ketiak nak pergi tengok matahari terbit.

Tanpa berpeluh ketiak, aku dah boleh witness the awesome views. Subhanallah.


Our main plan adalah untuk ke pantai Klebang. So, dari Lendu kitorang tuju ke arah Masjid Tanah. Kitorang memang sah-sah tak tahu jalan. Walaupon boleh je guna waze untuk kenal pasti lokasi dan jalan untuk ke Klebang, tapi, aku lebih prefer travel secara redah sahaja. Aci redah sajo. Sesat pon tak pe yang penting sesat dengan confident. Di pekan Masjid Tanah, kitorang berhenti untuk tanya jalan jugak sebab ada simpang tiga yang tiada signboard jelas untuk ke Klebang. Direction yang diberi oleh orang di kedai runcit, di simpang tiga tersebut adalah belok ke kiri dan jalan straight jer. Dalam setengah jam akan sampai ke Klebang. Nampak tak general giler direction dia.

Sepanjang perjalanan kitorang melalui Petronas yang agak baru dibuka di Melaka. Aku sangkakan yang akan ada banyak signboard menunjukkan jalan ke Klebang memandangkan its a tourist spot. Tapi, non hado. The only signboard yang ada hanyalah Pantai Puteri. Memandangkan kitorang yang aci redah tanpa membuat sebarang research atau apa pon, makanya gamble sajo.Oleh sebab, kitorang pon tak pasti ke mana arah yang patut kitorang tuju, makanya bila nampak je signboard Pantai Puteri terus dengan yakinnya aku membelok ke kanan.

Dalam kepala aku assume sama kot Klebang dengan Puteri nih. Padahal terang- terang nama pon dah lain. Menuju ke Pantai Puteri boleh nampak banyak tank petroleum di sepanjang jalan. Aku dengan semangatnya duk cerita kat adik aku yang aku penah panjat this kind of tanks dulu masa jadi auditor. Beyond our expectation, tetiba di depan kitorang terbentang pantai dengan pemandangan yang luar biasa. Dari tepi pantai boleh nampak dengan jelas pelantar minyak. Sumpah, kitorang waktu tuh jakun giler. Mana taknya its a rare sight kot. Terus aku pull over dan stop for awhile untuk bergambar. Dan-dan waktu tuh lupa tentang Klebang.

Dari tepi jalan pon dah boleh nampak.

Aku rasa, kalau aku berenang pon boleh sampai ke pelantar tu. Pelantar ke? Just assume its pelantar.

Boleh nampak bot-bot nelayan tersadai dari tepi pantai.

Setelah puas bergambar, kitorang meneruskan misi in search for Klebang dan secara tak sengaja kitorang pass-by satu masjid yang agak unik dengan seni bina berunsurkan cina. Teringat belajar sejarah dulu-dulu. Ni mesti pengaruh yang di bawa oleh Laksamana ChengHo dan bukan laksa Penang yer. Eh..Setelah melakukan sedikit research (kedengaran sungguh intelek, padahal google je pon), aku dapati that particular masjid is Masjid Kampung Hulu. Masjid nih dah dibina since era 1700 dan masih utuh, tegap dan macho di atas tapaknya. Bukan takat tertua di Melaka, tapi tertua di seluruh Malaysia kot. Ikutkan memang nak berhenti, tapi aku takut nanti terconfuse pulak dengan jemaah yang tengah dengar kursus haji.

Masjid Kampung Hulu nih, tepi jalan jer.

Di persimpangan masjid, aku membelok kanan. Driving around 20 minit sambil rancak berborak dengan adik aku. Tetiba, adik aku cakap "Klebang" sambil menunjukkan ke arah signboard. Signboard Klebang nih tak boleh besar lagi ker. Nasib tak terlepas sampai ke bandar Melaka terus. Terus kitorang kegirangan dalam kereta.

Menyelusuri jalan masuk ke Klebang, boleh nampak banyak bas-bas buruk yang diguna semula. Bila dah lalu di depan, baru tahu yang it is actually hotel yang diorang convert used bus kepada bilik-bilik untuk menginap. Cool giler weh. Bukan sahaja bas tu jadi hotel tapi di sepanjang jalan tuh berderet-deret bas yang act as a stall untuk lepak-lepak, stall jual souvenir dan tak dilupakan bas tu dah transform jadi public toilet. Pagi tu orang masih tak ramai lagi. Mungkin sebab masih pagi.





Tempat yang seperti bayangan aku masih tak nampak yang macam gambar-gambar kawan aku ke Klebang.  Apa yang aku nampak kawasan jalan yang seperti baru diturap, abandon land untuk dijual dan bangunan-bangunan baru untuk pembangunan. It seems that kawasan ni bakal di commercialised kan sebabnya boleh nampak rumah-rumah kedai yang baru dibina.

Aku u-turn kereta menuju ke arah abandoned land sebab nampak jalan bertar yang sekerat jalan. So, we assume that kawasan cantik tersebut adalah di depan lagi iaitu kawasan tak berturap. Lagipon nampak a few cars yang menuju ke arah yang sama.

Laluan tidak berturap.

Dah nampak dah dari jauh, longgokan-longgokan pasir.

Dah masuk ke kawasan tak berturap, another jakun overrated moment. Boleh nampak dari jauh kawasan ala-ala padang pasir, dengan longgokan-longgokan pasir. Pada fikiran aku, kawasan ni adalah private land ataupon kawasan pantai yang dah ditambak. Untuk tujuan apa, aku tak pasti. Ade beberapa buah kereta aku nampak yang telah siap siaga parking. Memandangkan jalan tidak ada yang berturap dan hanya laluan berpasir, aku lalu laluan yang tidak dilalui kereta lain sebab risau takut sangkut pulak tayar. Tak pasal kena paggil tow-truck pulak kang. Dari pemerhatian aku, ramai muda-mudi yang datang ke sini sebab the view yang awesome. Kereta aku park agak jauh sebab dikhuatiri sangkut. Kalau ade kereta 4x4 mungkin boleh park dengan lebih dekat.



Jadi, kitorang menapak agak jauh. Gigih dalam keadaan panas berjalan. Untuk sedapkan hati, matahari pagi mengandungi banyak vitamin yang baik untuk kulit, jadi, its ok berjemur. Waktu kitorang sampai, ada sekolompok budak-budak lelaki dah nak balik dengan frisbee di tangan. Sebab tak ramai orang, ko boleh pilih nak bergambar di longgokan pasir yang mana. Lebih dari sejam jugaklah kitorang bergambar di situ. Tapi, yang tak bestnya sebab hanya kitorang berdua, jadi untuk tangkap gambar tu tak bestlah. Expecially untuk orang yang macam aku yang lebih suka bergambar in a group.






Dah puas bergambar, actually tak puas lagi tapi definitely will come again dan mungkin akan bawak surfer board boleh buat sand surf ala-ala dekat sand dune kat overseas. Kitorang terus bergerak ke Bandaraya Melaka. Tapi, sebelum tu, kitorang singgah di muzium kapal selam yang terletak tak jauh dari padang pasir Klebang. Entrance fee adalah RM3 seorang dan untuk budak-budak free. Kalau fefeeling kanak-kanak riang bolehlah cuba untuk masuk secara free dan mungkin akan kena cepuk dengan akak jaga kaunter. Kitorang tak masuk pon, cuma bergambar dari luar. Almaklumlah trip aci redah yang cheapskate.




On the way ke Bandaraya Melaka, baru nampak signboard untuk ke Pantai Klebang tapi kalau dari arah kitorang datang memang tak ada unless kerabunan membataskan penglihatan aku untuk nampak signboard ke Klebang. Sesampainya di tengah-tengah bandar Melaka, it seems that a lot has changed. The last time aku datang ialah 7 ke 8 tahun dulu waktu trip dengan classmate aku. Adik aku lagi haru, lagi jakun sebabnya last time dia datang adalah waktu makcik kitorang kawen dulu-dulu. Bayangkanlah anak sulung makcik aku pon dah umur 18 tahun. Time tu mana ada lagi Dataran Pahlawan dan all the shopping malls. Yang ada pon padang dan boleh naik kereta lembu di tepi bangunan tinggalan sejarah di Melaka.

Menara taming sari.

Beca-beca yang pelbagai design.

Among the museums in Melaka. Insyaallah, aku nak datang sini next time.



Memandangkan its weekend, parking memang susah nak dapat. Tapi, rezeki kitorang dapat dekat tempat yang nak dituju. Ingatkan tak nak beli kupon parking, tapi melihatkan pekerja Majlis Bandaraya Melaka yang gigih meround tempat parking untuk menyaman, kitorang beli jugaklah kupon. One thing yang aku rasa tak patut adalah kupon tidak dijual single kupon tapi kena beli satu buku dengan harga RM6. Bila lagi aku nak pakai? Memang nampak gayanya kena datang lagilah Melaka. Baru aku rasa MPK rupanya agak baik hati sebab orang Kuantan masih boleh beli single kupon. Kitorang explore around the area sepantas mungkin memandangkan aku ada appointment after lunch. Lunch asam pedas dan aku hantar kembali adik aku ke Lendu.

Od

No comments:

Post a Comment